You are on page 1of 1

LDK: KOS VOLUM UNTUNG

Kyota Electronics Sdn Bhd mengeluarkan walkman yang mana kumpulan


sasarannya adalah dikalangan remaja. Tahun lepas, Kyota Electronics Sdn Bhd
telah menjual sebanyak 25,000 unit walkman pada harga RM50 bagi setiap unit.
Sebanyak RM1,050,000 kos telah dilibatkan, yang mana RM300,000 daripadanya
adalah kos tetap. Dalam usaha syarikat untuk menyediakan kualiti produk yang
terbaik kepada pelanggannya, syarikat telah bersetuju untuk menukar satu
komponen sedia ada yang berharga RM5 seunit kepada komponen yang lebih
baik berharga RM9 seunit. Keputusan ini akan berkuatkuasa pada tahun
berikutnya. Syarikat juga bersetuju untuk membeli sebuah mesin baru dalam usaha
untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran. Harga mesin adalah RM36,000 dengan
tempoh usiaguna selama 6 tahun, dan tidak mempunyai nilai sisa. Syarikat
mengamalkan kaedah garis lurus untuk mengiktiraf susut nilai bagi semua jenis aset
tetap. Pengiraan cukai pendapatan tidak diambilkira.

DIKEHENDAKI:

1. Kirakan Titik Pulang Modal (dalam unit) untuk Kyota Electronics Sdn Bhd bagi
tahun lepas.
(2 MARKAH)

2. Sekiranya syarikat menetapkan sasaran untung sebanyak RM280,000,


berapakah unit produk yang sepatutnya dijual pada tahun lepas?
(2 MARKAH)

3. Andaikan syarikat bersetuju untuk mengekalkan harga jualan dan


melaksanakan perubahan yang dicadangkan. Kirakan bilangan unit yang
harus dijual untuk mencapai Titik Pulang Modal pada tahun hadapan.
(2 MARKAH)

4. Andaikan syarikat bersetuju untuk mengekalkan harga jualan dan


melaksanakan perubahan yang dicadangkan, berapakah bilangan unit
yang harus dijual untuk memperolehi keuntungan yang sama seperti tahun
lepas?
(2 MARKAH)

5. Pada tahun 2020, syarikat telah mengalami kerugian kerana kemerosotan


permintaan bagi walkman akibat dari evolusi teknologi dimana remaja kini
hanya mendengar lagu dari telefon bimbit mereka. Sebagai pengurus
syarikat, nyatakan DUA (2) cara bagaimana anda dapat mengatasi
masalah ini.
(2 MARKAH)

You might also like