You are on page 1of 18

BK85064

5.0 Dapatan kajian dan perbincangan

5.1 Persekitaran umum perniagaan kepada operasi syarikat

Menurut Sabri Hussin (2002), persekitaran umum sebagai persekitaran makro


yang boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada sesebuah perniagaan jika
mengalami perubahan.

5.1.1 Persekitaran ekonomi

Menurut Lionel Robbins (1935), ekonomi adalah ilmu yang mempelajari


perilaku manusia sebagai hubungan antara tujuan dan sarana langka yang memiliki
kegunaan alternatif.

5.1.1.1 Kuasa beli rakyat Malaysia terhadap produk Apple

Menurut Fatim Zahra (2014), kuasa beli adalah jumlah barangan


atau perkhidmatan yang boleh dibeli dengan satu unit mata wang.

(Gambar 1: Surat khabar menunjukkan kuasa beli rakyat terhadap produk Apple-
Iphone)
BK85064

Berdasarkan gambar di atas, akhbar Berita Harian (2022), menyatakan bahawa kuasa
beli isi rumah di Malaysia semakin hari semakin merosot. Hal ini telah menyebabkan
kuasa beli isi rumah terhadap produk Apple iaitu Iphone telah menurun. Gambar di
atas juga telah memberitahu bahawa pada tahun 2022 Iphone 14 Pro (128GB) telah
dijual pada tingkat harga RM5299. Dengan gaji minimum rakyat yang ditetapkan oleh
kerajaan iaitu RM1,500, pekerja tersebut perlu bekerja sebanyak 3.53 bulan tanpa
makan, tidur dan ke mana-mana untuk memperolehi iphone tersebut. Menurut kajian
Numbeo yang dikatakan pada Gambar 1 yang mengambil gaji purata sesebuah negara
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlu bekerja sebanyak 29.2 hari untuk
membeli iphone, berbanding dengan 4.6 hari di Switzerland, 5.7 hari di Amerika
Syarikat, dan 6.1 hari di Australia. Ertinya, dengan usaha dan hasil titik peluh yang
sama, negara tersebut boleh memiliki lebih 5 buah iphone berbanding dengan
Malaysia. Hasilnya, Iphone adalah alat mampu milik di negara maju lain, tetapi hanya
untuk orang kaya di Malaysia.

5.1.1.2 Kedudukan Pasaran Wang

Menurut FBS (2023), pasaran wang merujuk kepada pasaran di


mana instrumen kewangan yang mempunyai tempoh kematangan jangka pendek
didagangkan. Pasaran ini membantu syarikat-syarikat dan juga kerajaan untuk
mengatasi kesempitan dari masalah kecairan jangka pendek.
BK85064

(Gambar 2: Kedudukan pasaran wang syarikat Apple)


BK85064

Pendapatan bersih syarikat Apple


120000

100000

80000

60000

40000

20000

0
2020 2021 2022 2023

Pendapatan bersih

(Graf 1: Pendapatan bersih syarikat Apple)

Berdasarkan gambar di atas iaitu penyata pendapatan syarikat Apple telah


menunjukkan kedudukan pasaran wangnya meningkat sebanyak 5.23% antara tahun
2021 dan tahun 2022. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa pendapatan bersih
syarikat Apple telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Contohnya,
pendapatan bersih Syarikat Apple pada 30 September 2021 adalah sebanyak 94680
juta Euro iaitu bersamaan dengan 485,140.32 juta Ringgit Malaysia telah meningkat
kepada 99803 juta Euro iaitu bersamaan dengan 511,390.57juta Ringgit Malaysia
pada tahun 30 September 2022. Menurut Tim Cook (2022), rekod yang dicatatkan
pada suku ini membuktikan usaha dan inovatif berterusan Apple, membangunkan
kemungkinan baru serta meningkatkan tahap kehidupan pelanggan kami. Keputusan
tersebut telah mempamerkan kemampuan syarikat Apple untuk mengurus perniagaan
dengan berkesan di sebalik persekitaran pengurusan yang mencabar. Syarikat Apple
telah mencatat rekod keuntungan yang tertinggi pada Jun 2022 dan produk siap
terpasang juga mencatatkan rekod tertinggi di setiap segmen geografi dan kategori
produk.
BK85064

5.1.2 Persekitaran persaingan dan jaringan

Menurut Malheiro dan Armado (1989), persaingan merupakan firma–firma


lain dalam industri atau pasaran yang sama berusaha mengatasi firma–firma lain demi
mendapatkan keuntungan yang banyak. Menurut Teguh Wahyono, jaringan adalah
satu set komputer autonomi yang saling berkaitan antara satu sama lain menggunakan
protokol komunikasi melalui media penghantaran pada rangkaian komunikasi data.

5.1.2.1 Persaingan harga produk Syarikat Apple dengan syarikat lain

Menurut Kotler & Amstrong (2011), harga adalah sejumlah wang


yang ditagihkan atas suatu produk dan jasa, atau jumlah dari nilai yang ditukarkan
para pelanggan untuk memperoleh manfaat dari memiliki atau menggunakan produk
atau jasa.harga adalah jumlah uang yang harus dibayar pelanggan untuk produk yang
akan dibeli.
BK85064

(Gambar 3: Penurunan harga telephone bagi 5 jenama pada tahun 2020)

Berdasarkan gambar 3 di atas iaitu penurunan harga telephone bagi 5 jenama pada
tahun 2020, produk Apple iaitu IPhone berjaya menjadi jenama dengan harga yang
terkukuh berbanding dengan jenama-jenama lain. Walaupun Iphone ditawarkan
dengan harga yang sedikit tinggi berbanding model-model lain tetapi iPhone XR
berjaya mengalami penurunan harga terendah iaitu sebanyak 53.2% sepanjang dua
tahun. Bagi dua jenama yang mengalami penurunan harga tertinggi adalah Sony dan
LG menerusi model Sony XZ2 Premium dan LG G7 ThinQ. Hal ini berlaku kerana
Iphone mengekalkan prestasi dengan masa yang lebih panjang berbanding dengan
telefon Andriod dan mempunyai camera yang berkualiti. Oleh itu, harga Iphone
adalah lebih kukuh berbanding dengan jenama lain.
BK85064

5.1.2.2 Persaingan pasaran antara syarikat Apple dengan syarikat lain

Menurut Kotler (2002), pasar merupakan suatu tempat fizik dimana


pembeli dan penjual berkumpul untuk mempertukarkan barang.
BK85064

(Gambar 4: Pasaran telefon di Malaysia )

Berdasarkan gambar di atas iaitu graf garis pasaran telefon di Malaysia menunjukkan
bahawa penjualan Iphone iaitu produk Apple pada November 2023 telah menduduki
28.37% iaitu peratusan yang paling tinggi dalam pasaran telefon Malaysia. Di
Malaysia, majoriti pengguna masih menggunakan telefon beroperasi sistem Android.
Namun begitu, statistik dan laporan terkini dari Statcounter menunjukkan bahawa
Iphone merupakan telefon yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia .
Keputusan tersebut telah menunjukkan bahawa syarikat Apple merupakan syarikat
yang paling berdaya saing dalam pasaran telefon Malaysia.

5.1.3 Persekitaran Antarabangsa

Menurut Nazari Ismail dan Aida Idris (2001), aktiviti perniagaan


antarabangsa wujud apabila berlakunya transaksi perniagaan yang melibatkan
individu atau organisasi daripada dua negara yang berasingan.

5.1.3.1 Percukaian
BK85064

Menurut Portal Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (2023),


cukai jualan adalah cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas barang-barang
(seperingkat).

(Gambar 5: Cukai Jualan)

Berdasarkan gambar rajah di atas, ia menunjukkan bahawa Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan (SST) telah diperkenalkan semula pada 1 September 2018 bagi
menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan. Cukai
jualan merupakan cukai satu peringkat yang dikenakan hanya pada mana-mana
peringkat dalam salah satu rantaian nilai sama ada di peringkat runcit, borong atau
pengilang. Cukai jualan juga dikenakan ke atas barangan bercukai yang diimport.
Cukai jualan akan dikenakan ketika pengimportan dengan mengambil kira nilai
BK85064

barang bagi tujuan duti kastam,amaun duti kastam dan duti eksais ke atas barangan
tersebut sekiranya ada. Cukai jualan dikenakan pada kadar 5% atau 10% ke atas nilai
jualan bergantung kepada jenis barangan bercukai. Menurut Menteri Kewangan
Tengku Zafrul Aziz (2021) , Syarikat Apple Malaysia Sdn Bhd menyertai tujuh lagi
syarikat gergasi lain dalam negara Malaysia bagi senarai pembayar cukai terbaik pada
tahun 2020 sekali gus menunjukkan trend peningkatan keuntungan dalam kalangan
syarikat-syarikat komputer. Apple Malaysia berada di kedudukan ketujuh dalam
senarai yang diungguli KLCC (Holdings) Sdn Bhd pada kedudukan pertama, disusuli
Petronas LNG Sdn Bhd dan Aeon Co (M) Bhd pada tingkat pembayaran cukai di
Malaysia.

5.1.3.2 Cabaran

Menurut Sabri Hussin (2002) menyenaraikan empat cabaran dunia


perniagaan akan datang iaitu saingan dari segi peningkatan produktiviti, dilemma
dalam perniagaan antarabangsa, mengurangkan pencemaran alam yang berterusan dan
saingan inovasi teknologi.
BK85064

(Gambar 6: Sekatan perjalanan China terhadap syarikat Apple)

Berdasarkan gambar rajah di atas, ia menunjukkan bahawa sekatan perjalanan China


terhadap syarikat Apple. Syarikat Apple telah memindahkan beberapa kilang
pengeluaran iPadnya ke Vietnam dari China selepas gangguan rantaian bekalan yang
berpunca daripada penutupan dan sekatan perjalanan akibat penularan COVID-19.
Sekatan itu telah menyebabkan kekangan produk dan alat ganti. Ketua Pegawai
Kewangan Apple iaitu Luca Maestri (2022) telah memberi amaran tentang beberapa
cabaran yang dihadapi syarikat pada suku semasa, termasuk kekangan bekalan yang
BK85064

berkaitan dengan COVID-19 yang boleh menjejaskan jumlah jualan antara AS$4
bilion hingga AS$8 bilion. Menurut Malaysia Gazette (2019), Apple Inc telah
meminta pembekal utamanya menilai implikasi kos untuk memindahkan 15 hingga 30
peratus operasi pengeluaran mereka dari China ke Asia Tenggara kerana ia
menyediakan penyusunan semula rantaian bekalannya. Negara-negara yang
dipertimbangkan termasuk Mexico, India, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

5.2 Peranan Internet dalam Meluaskan Peluang Perniagaan

5.2.1 Aspek Pemasaran

Menurut Kotler (1996), pemasaran ialah satu proses sosial ataupun


pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki
dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran
produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
BK85064

5.2.1.1 Laman web sesawang

Menurut Ahmad Zaharim (1999), laman web adalah satu laman yang
mempunyai persembanhan visual yang unik dan menarik dan melibatkan grafik latar
belakang, logo, ikon, saiz tulisan, butang menu dan kombinasi warna.

(Gamabar 7: laman web sesawang syarikat Apple di Malaysia)

Berdasarkan gamabr rajah di atas, syarikat Apple telah memasarkan produknya di


laman sesawang sendiri. Produk yang telah dipasarkan adalah seperti Iphone 15 pro,
Apple watch series 9 dan Macbook Pro. Hal ini membolehkan pelanggan membeli
produk syarikat Apple tanpa kira masa dan perjalanan ke kedai Iphone. Kualiti produk
syarikat Apple juga dijamin kerana laman sesawang ini adalah portal rasmi bagi
syarikat Apple. Selain itu, Apple menjamin produk perkakasan iPhone, iPad, iPod,
Apple TV atau HomePod berjenama Apple dan aksesori berjenama Apple yang terkandung
BK85064

dalam bungkusan asal (produk Apple) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu
kerja apabila digunakan secara biasa menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple
untuk tempoh satu tahun dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir
(tempoh waranti).

5.2.1.2 Media Sosial

Menurut Leonard (2016), media sosial mempunyai sifat yang lebih


interaktif apabila dibandingkan dengan bentuk media tradisional seperti radio dan
televisyen. Melalui media sosial, kita dapat secara langsung berinteraksi dengan orang
lain.
BK85064

(Gambar 8: Media sosial syarikat Apple di Youtube dan Instagram)

Berdasarkan gambar 8 di atas, Syarikat Apple telah memasarkan produk sendiri di platform
Youtube dan Instagram. Syarikat Apple telah memaparkan video dan gambar yang
berkaitan dengan produknya seperti model telefon baharu, komputer, smartwatch dan
produk lain di media sosial sendiri. Oleh itu, cara ini telah menarik minat pelanggan untuk
membeli produk syarikat Apple. Bukan itu sahaja, pembeli juga boleh mendapat informasi
tentang syarikat Apple secara terdahulu kerana media sosial merupakan satu vektor yang
baik dalam menyebarkan mesej. Kualiti produk yang dibeli melalui sosial media tersebut
BK85064

juga dijamin kerana media sosial tersebut merupakan portal rasmi syarikat Apple. Pembeli
boleh mengenal pasti akaun tersebut adalah akaun rasmi syarikat Apple melalui “tick” di
tepi nama syarikat Apple.

5.2.2 Aspek pembayaran

Menurut Chan Kah Sing (2009), pembayaran adalah proses penukaran mata
wang dengan barang, jasa atau informasi.

5.2.2.1 Touch 'n Go eWallet

Menurut Touch 'n Go (2021), Touch 'n Go eWallet merupakan dompet


elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang). Perkhidmatan
aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).Touch 'n Go
eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan
pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua
di Malaysia.
BK85064

(Gambar 9: Peningkatan penggunaan e-dompet)

(Gambar 10: Kaedah pembayaran dalam pembelian Iphone)


BK85064

Berdasarkan gambar 9 di atas , Effendy Shahul Hamid (2021) berkata bahawa ketika
pandemik Covid-19, peningkatan permintaan untuk transaksi tanpa tunai sudah
menyebabkan peningkatan penggunaan e-dompet. Beliau berkata menurut Laporan
Tahunan Bank Negara Malaysia, transaksi e-dompet telah meningkat sebanyak 131
peratus pada 2020 membabitkan 0.6 bilion transaksi, berbanding 0.3 bilion transaksi
pada 2019. Selain itu, lebih banyak pedagang telah mendaftar untuk menerima e-
pembayaran dengan pembayaran kod Tindak Balas Pantas (QR). Touch 'n Go eWallet
sudah diterima di lebih daripada sejuta titik penerimaan pedagang DuitNow QR.
Berdasarkan gambar 10 di atas,

You might also like