You are on page 1of 3

MPU 2183 – PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

Nama:
No. Pelajar:
Kursus:

Soalan: TUTORIAL 8

1. Realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa dari atas ke bawah (top down)
selalunya disebut sebagai:

A. Takrifan makro
B. Takrifan meso
C. Takrifan autoriti
D. Takrifan harian

2. Etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua realiti sosial
iaitu takrifan autoriti dan takrifan harian. Manakah antara yang berikut merupakan
contoh takrifan autoriti.

A. Menghadiri majlis perasmian bangunan


B. Melanggar lampu isyarat merah
C. Menghadiri jamuan berbuka puasa
D. Menghadiri majlis perkahwinan jiran

3. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah:


Ahmad meneruskan legasi keluarga iaitu mencanting batik. Beliau menjadikan ini
sebagai sumber pendapatan. Beliau bebas menentukan projek bisnesnya tanpa ada
paksaan dari mana-mana pihak.

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan:

A. Takrifan harian
B. Takrifan autoriti
C. Tanggungjawab sosial
D. Kesedaran nasional

4. Pendedahan kanak-kanak di sekolah kepada pelbagai norma hidup sejagat adalah


merujuk kepada konsep __________

A. Realiti sosial
B. Adaptasi sosial
C. Transisi sosial
D. Transformasi sosial

1|Page
5. Manakah di atara berikut BUKAN tergolong dalam khidmat sukarelawan.

A. Membantu mangsa banjir di Manik Urai, Kelantan


B. Membantu mangsa tsunami di Pulau Pinang
C. Membantu membersihkan kawasan perkuburan
D. Menjadi guru ganti di sekolah dan mendapat elaun

6. Menghadiri majlis perrtabalan Diraja adalah contoh kepada:

A. Realiti sosial
B. Adaptasi sosial
C. Takrifan sosial
D. Takrifan autoriti

7. ‘Kehidupan seharian yang tiada peraturan formal dan tanggungjawab sosial dalam
bentuk adab dan nilai hormat-menghormati menjadi panduan perilaku seseorang
individu’

Manakah takrifan yang sesuai?

A. Takrifan harian
B. Takrifan protokol
C. Takrifan autoriti
D. Takrifan sosial

8. Berikut merupakan nilai dan sikap tanggungjawab sosial KECUALI:

A. Membantu orang buta melintas jalan


B. Memberi bantuan kepada mangsa banjir
C. Melaksanakan kerja dengan paksaan
D. Membersihkan kawasan perkuburan

9. Manakah antara berikut menggambarkan takrifan harian?

A. Beberapa (NGO) dari Kelantan telah memberi bantuan kemanusiaan kepada


mangsa banjir tanpa mengira etnik dan agama mangsa di Selangor
B. Melanggar lampu isyarat bewarna merah
C. Pekerja awam dan swasta menyanyikan lagu negaraku dalam majlis rasmi
D. Memandu tanpa lessen

10. Manakah antara berikut merupakan contoh pelaksanaan ‘takrifan harian’ dalam
mempopularkan aktiviti tanggungjawab sosial di Malaysia?

2|Page
A. Pekeliling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar semua jabatan dan agensi
kerajaan melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial
B. Pemberian insentif pelepasan cukai oleh kerajaan
C. Kebanyakan rakyat Malaysia menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam komuniti
dan di peringkat negara
D. Kerajaan memberi pelepasan cukai kepada rakyat yang membayar zakat

11. Suatu kewajiban atau kemampuan seseorang individu untuk menjalankan kerja-kerja
sosial demi kebaikan dan kesejahteraan hidup bersama.

Definisi di atas adalah berkaitan dengan:

A. Tanggungjawab sosial
B. Sukarelawan
C. Takrifan autoriti
D. Takrifan harian

3|Page

You might also like