You are on page 1of 7

2 – Nasiah [Ubun-ubun]

(Diterjemahkan dari buku Bukti-bukti Rasul  dan Mukjizat-mukjizat Baginda)

Al-Quran menyifatkan nasiah [ubun-ubun], bahawa ianya menipu dan bersalah sebagaimana
firman Taala:

〈 ∩⊇∉∪ 7πy∞ÏÛ%s{ >πt/É‹≈x. 7πuŠÏ¹$tΡ 

[maksudnya]: {Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah.} [Al-Alaq : 16]


sedangkan ubun-ubun tidak bercakap! Bagaimana disandarkan kepadanya penipuan? Ia tidak
melakukan kesalahan! Bagaimana disandarkan kepadanya kesalahan?

Profesor Muhammad Yusuf Sukar 1 telah menghilangkan kehairanan 2 ini sewaktu beliau
menceritakan kepada saya tugas-tugas otak, beliau berkata: Sesungguhnya tugas bahagian otak yang
terletak di ubun-ubun manusia ialah mengarah perangai manusia. Lalu saya pun berkata kepada
beliau: “Saya dah jumpa!”. Beliau berkata: “Apa yang awak dah jumpa?”. Saya kata: “Saya dah
jumpa penjelasan firman-Nya Taala: {Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah.}”. Beliau berkata:
“Biar saya semak buku-buku dan rujukan-rujukan saya.”

Dan setelah semakan beliau terhadap buku-buku dan rujukan-rujukan tersebut, beliau pun
memastikan perkara itu dan berkata: “Sesungguhnya manusia, apabila dia mahu menipu, keputusan
tersebut diambil di bahagian hadapan otak iaitu dahi manusia dan ubun-ubunnya. Apabila dia mahu
[melakukan] kesalahan, keputusan tersebut juga diambil di ubun-ubun.”

Kemudian saya telah mengemukakan tajuk tersebut kepada beberapa ahli sains pakar, antara
mereka adalah Profesor Keith L. Moore 3 yang telah memastikan bahawa ubun-ubunlah yang
bertanggungjawab tentang penilaian-penilaian tertinggi dan mengarah peribadi manusia, anggota-
anggota tubuh hanya tentera-tentera yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di
ubun-ubun; kerana itu undang-undang di sebahagian wilayah Amerika 4 menjadikan hukuman
penjenayah-penjenayah besar yang menyusahkan pasukan polis adalah mengerat bahagian depan
otak (ubun-ubun), [kerana ia adalah pusat panduan dan arahan] agar penjenayah tersebut selepas
itu menjadi seperti kanak-kanak terbiar yang menerima segala arahan dari mana-mana individu.

Dalam kajian susunan anatomi kawasan atas dahi, ditemui bahawa ia terbentuk daripada salah
satu tulang tengkorak yang dinamakan tulang dahi5, tulang ini melakukan penjagaan salah satu lobus
otak yang dinamakan lobus hadapan ataupun lobus dahi6, dan ia mengandungi beberapa pusat saraf
yang berlainan di antara satu sama lain dari segi kedudukan dan tugas.

1
Profesor Muhammad Yusur Sukar: Dekan Pengajian Tinggi di Fakulti Perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz di Jeddah
pada waktu itu. Beliau tuan punya sebuah buku di dalam bahasa Inggeris berkenaan ilmu fisiologi yang dikira sebagai
rujukan di fakulti-fakulti [Negara] asing.
2
Kehairanan ini menemani saya selama 15 tahun.
3
Keith L. Moore adalah di antara pakar perubatan terkenal di Dunia, yang diajarkan sebahagian buku-buku beliau di fakulti-
fakulti perubatan dalam pelbagai bahasa dan beliau memiliki rujukan yang meluas di dalam analisa otak. Beliau telah turut
serta di dalam mempersembahkan beberapa kajian berkenaan Ei’jaz Perubatan di beberapa persidangan Ei’jaz Ilmi Dunia.
4
Sebagaimana yang diberitahu kepada saya oleh salah seorang pakar bedah otak Amerika.
5
Frontal Bone
6
Frontal Lobe
Korteks hadapan dahi mewakili bahagian terbesar frontal lobe otak dan tugas lapisan hadapan
dahi berkait rapat dengan pembentukan personaliti individu, dan ia dianggap pusat tertinggi dari
pusat-pusat pemerhatian, pemikiran dan ingatan. Ia menjalankan peranan yang teratur bagi
kepekaan deria individu dengan perasaan-perasaan dan mempunyai kesan di dalam penentuan
pegangan dan pembezaan.

Korteks tersebut terletak betul-betul di belakang dahi yakni ia tersembunyi di dasar ubun-ubun.
Dengan itu, korteks dahi hadapanlah yang menjadi pengarah kepada sebahagian kelakuan manusia
yang lahir daripada personalitinya seperti; benar, bohong, betul dan salah …. hingga seterusnya. Ia
yang membezakan sifat-sifat ini di antara satu sama lain dan ia juga yang menggalakkan manusia
kepada pegangan sama ada dengan kebaikan atau dengan kejahatan.7

Apabila Profesor Keith L. Moore mengemukakan kajian bersama di antara saya dan beliau
berkenaan Ei’jaz Ilmi pada ubun-ubun, di dalam satu persidangan antarabangsa yang dilangsungkan
di Kaherah8, beliau tidak memadai dengan perbincangan tentang tugas frontal lobe pada otak (ubun-
ubun) di sisi manusia, bahkan beliau telah menyentuh sehingga penjelasan tugas ubun-ubun pada
otak haiwan-haiwan yang berlainan. Beliau telah mengemukakan gambar-gambar fontal lobe pada
sebilangan binatang sambil berkata: “Sesungguhnya kajian keratan perbandingan terhadap otak-
otak manusia dan haiwan menujukan kepada persamaan dari segi tugas ubun-ubun. Ubun-ubun
adalah pusat kawalan dan arahan di sisi manusia dan begitu juga di sisi setiap haiwan yang
mempunyai otak”. Kata-kata beliau itu telah mengalihkan perhatian saya kepada firman-Nya Taala:

〈 ∩∈∉∪ 8ΛÉ)tGó¡•Β :Þ≡uŽÅÀ 4’n?tã ’În1u‘ ¨βÎ) 4 !$pκÉJuŠÏ¹$uΖÎ/ 8‹Ï{#u uθèδ āωÎ) >π−/!#yŠ ÏΒ $¨Β 

{Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah
yang menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.} [Hud : 56]

7
Daripada buku “Nasiah” keluaran Jabatan Ei’jaz Ilmi, dengan beberapa pindaan.
8
Persidangan Ei’jaz Perubatan di dalam Quran dan Sunnah di Keherah, pada tahun (1985M).
Dan saya juga teringat sebahagian hadith Nabi berkenaan ubun-ubun seperti sabda Baginda:

                  


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki-Mu, anak hamba perempuan-
Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu”9.

Sabda Baginda:

 ! #" $% & (' )


 *+ ,    - . 
“aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau kuasai ubun-ubunnya”10

9
Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam ‘Al-Musnad’ 1/391 dan 1/452, Ibnu Hibban di dalam ‘Sahih’ beliau 3/235, Al-Hakim di
dalam ‘Al-Mustadrak’ 1/690 dan beliau berkata: sahih mengikut syarat Muslim jika selamat daripada irsal Abdurrahman bin
Abdullah (iaitu Ibnu Mas’ud) daripada bapanya, kerana dia tidak disepakati di dalam pendengarannya [hadith] daripada
bapanya. Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Musannaf’ 6/40, Al-Bazzar di dalam ‘Musnad’ beliau 5/363, Abu Ya’la di dalam
Musnad beliau 9/199, At-Tabrani di dalam ‘Al-Mu’jam Al-Kabir’ 10/169 dan berkata [Al-Haithami] di dalam ‘Majma’
Zawaid’ 10/136: diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la, Al-Bazzar melainkan dia berkata: ‫ ذھاب غمي‬ganti tempat ‫ ھمي‬, serta
At-Tabrani. Perawi-perawi Ahmad dan Abi Ya’la adalah perawi-perawi [kitab] Sahih kecuali Abu Salamh Al-Juhani yang telah
dikatakan thiqah oleh Ibnu Hibban. Ia telah di sahihkan oleh Al-Albani di dalam ‘As-Silsilah As-Sahihah’ dengan nombor:
198 dan beliau mentarjihkan pendengaran Abdurrahman bin Abdullah bin Mas’ud [hadith] daripada bapanya, beliau
berkata: telah sabit pendengarannya [hadith] daripada beliau dengan penyaksian sekumpulan Imam.
Dan sabda Baginda:

01  2. 3 4 5  /
 . 6 7" .1 8  *  /

“Kuda, terikat pada ubun-ubunnya kebaikan sehingga Hari Kiamat”11

Apabila kita himpunkan nas-nas ini, kita dapat keluarkan natijah bahawa ubun-ubun adalah
pusat kawalan dan arahan bagi tingkah laku, begitu juga tingkah laku haiwan.

Makna-makna Bahasa Bagi Ayat Tersebut Serta Pendapat Ahli-ahli Tafsir

Firman Taala:

∩⊇∉∪ 7πy∞ÏÛ%s{ >πt/É‹≈x. 7πuŠÏ¹$tΡ ∩⊇∈∪ ÏπuŠÏ¹$¨Ζ9$$Î/ $Jèxó¡oΨs9 ϵtG⊥tƒ óΟ©9 Í.s! āξx.

10
Sahih Muslim kitab: Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar bab: Apa Yang Dikatakan Ketika Tidur dan Mengambil Perbaringan.
Dikeluarkan oleh At-Tirmizi kitab: Doa-doa bab: Apa Yang Datang Berkenaan Doa Apabila Baginda Datang Ke Tilam
Baginda, Abu Daud di dalam Adab bab: Apa Yang Dikata Ketika Tidurdan dikeluarkan oleh Ahmad di dalam ‘Musnad’ beliau
2/381.
Dikeluarkan oleh Al-Bukari, kitab: ‫ اﻝﺠﻬﺎد واﻝﺴﻴر‬bab: ‫ ﻗول اﻝﻨﺒﻲ أﺤﻠت ﻝﻜم اﻝﻐﻨﺎﺌم‬, Muslim di dalam ‫ اﻹﻤﺎرة‬bab: ‫اﻝﺨﻴل ﻓﻲ ﻨواﺼﻴﻬﺎ اﻝﺨﻴر‬
11

‫إﻝﻰ ﻴوم اﻝﻘﻴﺎﻤﺔ‬, An-Nasa’ie kitab: ‫ اﻝﺨﻴل‬bab: ‫اﻝﺨﻴل‬, Ibnu Majah kitab: ‫ اﻝﺠﻬﺎد‬bab: ‫ارﺘﺒﺎط اﻝﺨﻴل ﻓﻲ ﺴﺒﻴل اﷲ‬, At-Tirmizi kitab: ‫ﻓﻀﺎﺌل اﻝﺠﻬﺎد‬
bab: ‫ﻤﺎ ﺠﺎء ﻓﻲ ﻓﻀل ﻤن ارﺘﺒط ﻓرﺴﺎ ﻓﻲ ﺴﺒﻴل اﷲ‬, Ibnu Hibban di dalam Sahih beliau 10/524 dan Ahmad di dalam Musnad beliau.
{Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya
yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
- Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah.} [Al-Alaq : 15-16]

‫ السفع‬:
Adalah menggenggam dan mengheret, dikatakan ia diambil daripada [makna] pembakaran api dan
matahari, apabila ia menukar wajah orang tersebut kepada hitam12.

‫ الناصية‬:
Ia adalah bahagian permulaan kepala13.

Pendapat-pendapat Ahli Tafsir:

Jumhur ahli tafsir telah pergi kepada mentakwilkan ayat tersebut kepada, bahawa penyifatan
ubun-ubun dengan penipuan dan kesalahan bukanlah sifat untuknya bahkan ia adalah sifat untuk
pemiliknya14. Manakala selain mereka; seperti Al-Hafiz Ibnu Kathir, membiarkannya sebagaimana
yang asal tanpa sebarang takwilan.

Jelas dari kata-kata ahli tafsir, mereka tidak mengetahui bahawa ubun-ubun adalah pusat
pengambilan keputusan untuk menipu dan melakukan kesalahan, lantas perkara itu telah membawa
mereka untuk mentakwilkannya jauh daripada zahir nas. Nas tersebut menyifatkan ubun-ubun
dengan menipu dan bersalah, mereka mentakwilkan penyifatannya dengan perkara tersebut dan
menjadikannya sifat pemilik ubun-ubun itu, dan mereka mentakwilkan sifat dan mausuf di dalam
firman-Nya Taala:{ Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah. } seolah-olah mudhof dan mudhof
ilaih, dan perbezaan adalah jelas di dalam bahasa antara sifat dan mausuf dengan mudhof dan
mudhof ilaih.(*)

Dan orang-orang yang lain dari kalangan ahli tafsir telah menjalankannya sebagaimana asal,
tanpa menyempitkan diri mereka ke dalam perkara yang tidak dimampui pengetahuan-pengetahuan
dan ilmu-ilmu mereka di zaman tersebut.

12
Ruh Al-Maa’ni oleh Al-Alusi dan Fath Al-Qadir.
13
Lisan Al-Arab dan Ruh Al-Maa’ni.
14
Fath Al-Qadir oleh As-Syaukani, At-Tabari, Ruh Al-Maa’ni dan Al-Khozin.
(*)
Sifat dan mausuf adalah istilah di dalam ilmu bahasa Arab bagi menjelaskan hubungan satu kata nama dengan kata nama
lain ataupun ayat yang membawa maksud ‘yang’; contoh ‫ذﻜﻲ‬
ّ ‫[ طﺎﻝب‬seorang pelajar yang cerdik]. Manakala mudhof dan
mudhof ilaih pula merupakan istilah bahasa Arab yang menjelaskan penyandaran satu perkataan dengan perkataan lain
ataupun ayat dan tidak bermaksud ‘yang’; contoh ‫[ طﺎﻝب اﻝﻤدرﺴﺔ‬pelajar sekolah] ‫[ طﺎﻝب اﻝﺠﺎﻤﻌﺔ‬pelajar universiti], tidak ada dan
tidak boleh ada maksud ‘yang’ di dalamnya. Dan maksud yang dinyatakan oleh penulis di dalam terjemahan Al-Quran bagi
ayat tersebut {Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.} ia menjadi maksud ‘ubun-ubun orang yang ...’
walaupun bentuk ayat yang asal adalah ‘ubun-ubun yang ...’ secara langsung.
Bentuk-bentuk Ei’jaz Saintifik:

Profesor Keith L. Moore berkata bagi membuktikan mukjizat saintifik ini: “Sesungguhnya
maklumat-maklumat yang kita ketahui berkenaan tugas otak tidak menyatakan sepanjang sejarah,
dan kita tak dapati mengenainya di dalam buku-buku perubatan sedikit pun. Jika kita datangkan
buku-buku perubatan pada zaman Nabi semuanya dan selepas Baginda dalam beratus tahun, kita
takkan dapati sebarang pernyataan tentang tugas hadapan frontal lobe (ubun-ubun) dan kita tidak
sekali-kali akan menemui sebarang penjelasan untuknya. Tidak datang perbincangan tentangnya
kecuali dalam kitab ini (Al-Quran Al-Karim), yang menunjukkan bahawa ini adalah daripada ilmu
Allah -‫عز وجل‬- yang meliputi setiap sesuatu dari segi ilmu, dan menyaksikan bahawa Muhammad
adalah utusan Allah15.

Permulaan pengetahuan
manusia tentang tugas hadapan
frontal lobe adalah pada tahun
1848M, apabila salah seorang
pekerja rel kereta api di Amerika
terkena batang besi yang
(*)
menembusi dahinya . Perkara itu
telah memberi kesan terhadap
tingkah lakunya dan tidak
memudaratkan tugas-tugas tubuh
yang lain. Lantas ahli perubatan
pun mula mengetahui tugas
frontal lobe otak dan
hubungannya dengan tingkah laku
manusia.

Ahli-ahli perubatan sebelum


itu menyangka bahawa bahagian
otak ini adalah kawasan senyap
yang tidak mempunyai sebarang
tugas. Siapakah yang mengajarkan
Muhammad bahawa bagian otak
ini (ubun-ubun) adalah pusat
kawalan untuk manusia dan
haiwan, dan ia adalah sumber

15
Daripada kajian yang beliau sampaikan di dalam Persidangan Antarabangsa tentang Ei’jaz Perubatan di dalam Al-Quran
dan As-Sunnah, yang dilangsungkan di Kaherah pada tahun 1985M.
(*)
Perkerja pembinaan rel kereta api tersebut adalah Phineas Gage (1823-1860) yang sedang menyediakan tapak bagi
landasan kereta api berdekatan Cavendish, Vermont di Amerika Syarikat pada 13 September 1848 apabila belerang yang
disumbatkan ke dalam batu yang hendak pecahkan meletus setelah dinyalakan oleh gesekan besi pemecah batu yang
beliau gunakan untuk memadatkan belerang tersebut. Besi pemecah batu yang berukuran 3 kaki 7 inci dan berdiameter
3.175cm serta seberat lebih 6kg telah meluncur lebih kurang 22-27 meter ke belakang beliau, setelah menembusi pipi kiri
beliau dan keluar di ubun-ubun beliau. Beliau telah dirawat oleh Dr, John Martyn Harlow, dan dibenarkan pulang ke
tempat asal beliau di New Hampshire 10 minggu kemudian. Phineas Gage hidup sehingga 1860; iaitu 13 tahun selepas
kemalangan yang menimpa beliau. (sumber http://www.deakin.edu.au/hbs/GAGEPAGE/) [penterjemah].
penipuan dan kesalahan.(*)

Ahli-ahli tafsir besar telah terdesak untuk mentakwilkan nas yang jelas di hadapan kita kerana
mereka tidak meliputi dari segi ilmu tentang rahsia ini, agar mereka dapat memelihara Al-Quran
daripada pendustaan manusia yang jahil tentang hakikat ini, sepanjang zaman yang lampau.

Sementara kita melihat perkara tersebut dengan sehabis jelas, di dalam kitab Allah dan Sunnah
utusan-Nya bahawa ubun-ubun adalah pusat kawalan dan arahan pada manusia dan haiwan.

Siapakah yang [memilih] memberitahu Muhammad dari tengah-tengah seluruh umat Dunia
tentang rahsia dan hakikat ini?

Ia adalah ilmu Ilahi yang tidak didatangi oleh kebatilan dari hadapan mahupun dari belakangnya
dan ia adalah penyaksian daripada Allah bahawa Al-Quran adalah dari-Nya, kerana ia turun dengan
ilmu-Nya Subhanahu.

(*)
Pakar-pakar perubatan yang mengkaji identiti manusia telah pun menjelaskan bahawa tempat terbaik untuk mengkaji
diri manusia adalah melalui otak dan ini adalah berpandukan kepada apa yang berlaku kepada Phineas Gage. Selepas
kemalangan yang menimpa Phineas Gage, beliau tidak kehilangan keupayaan tubuh dan beliau masih boleh membaca,
menulis, mengira, mengingat dan lain-lain lagi, melainkan satu perkara sahaja, iaitu identiti diri perangai beliau yang asal
telah pun hilang, sehinggakan rakan-rakan beliau mengatakan “Gage bukan lagi Gage”. [penterjemah]
(sumber http://www.hno.harvard.edu/gazette/2001/04.12/01-selfawareness.html)

You might also like