You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL. 2 / 2020

Tarikh : 8 Ogos 2020 (Sabtu)


Masa : 2:30pm – 3:00pm
Tempat : Bilik Sains, SJKC Kong Min Pusat
Kehadiran : Seperti Lampiran.

AGENDA :

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Cadangan pengesahan oleh : Pn Chong Lee Ping

Disokong oleh : Cik Chew Yin Lai


Makluman
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada
Makluman
4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan

4.1.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Majlis Hari Kanak-kanak 2019 dijalankan dengan lancar atas
kerjasama guru, semoga Majlis Hari Kanak-kanak 2020 akan dijalankan dengan lancar dan penuh
dengan kesyukuran.
Makluman
4.1.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa penggunaan 12 buah kelas bagi tahun 2020. Darjah 6 mempunyai 3
kelas, manakala darjah 1, 2, 4 dan 5 mempunyai 2 kelas dan darjah 3 hanya mempunyai 1 kelas sahaja.
Jumlah enrolmen murid ialah 270 orang murid (145 murid lelaki dan 125 murid perempuan) pada
tarikh 02.01.2020.

GURU KELAS BIL MURID


KELAS
姓名 NAMA GURU LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

1M 曹佩芬 Pn. Cho Pui Foon 13 6 19


1K 赵艳丽 Cik Chew Yin Lai 13 6 19
2M 潘玉梅 Pn. Phuah Geok Moi 15 7 22
2K 游秀珠 Pn. You Siew Choo 12 9 21
3M 许美玲 Pn. Khaw Mei Lin 17 16 33
4M 蓝玉莲 Cik Na Geok Lean 12 9 21
4K 潘秀丽 Pn. Phuah Siew Lee 12 10 22
5M 杨百佳 Pn. Yeoh Peik Kar 12 12 24
5K 陈素枫 Pn. Tan Soo Huang 12 12 24
6M 黄逸诗 Cik Ng Yee See 10 16 26
6K 张丽彬 Pn. Chong Lee Ping 8 12 20
6B 赖思勤 Cik Lai See Ching 10 10 20

1
4.1.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa guru kelas wajib menyemak dan memastikan data murid seperti
nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil beranak dan lain-lain lagi yang berada pada sistem APDM
dan sistem SAS (Dynabook) adalah SAMA dengan Kad Pengenalan dan Sijil Beranak bagi setiap kali
pengemaskinian maklumat murid pada akhir tahun. Hal ini penting untuk urusan UPSR.
Tindakan: Semua guru kelas

4.1.4 Mesyuarat dimaklumkan KPI PIBK 2020 berkuatkuasa 1 Januari 2020:

KPI 1: Peratus sekolah yang mendapat skor pelibatan ibu bapa secara sukarela sebanyak 50% dan ke
atas
dalam aktiviti PIBG / sekolah; dan
KPI 2: Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran ibu bapa dalam 5 aktiviti sebanyak 65%
dan ke atas.
Makluman

4.1.5 Mesyuarat menggalakkan guru agar guru berperanan aktif untuk mengalakkan ibubapa / penjaga
menyertai atau menghadiri program sekolah khasnya melibatkan mereka secara langsung seperti:
 Hari Pendaftaran Tahun 1 (Jan)
 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (Jan)
 Hari Sukan (April)
 Hari Pelaporan (Jun)
 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid (Nov)

Hal ini untuk menggalakkan kerjasama ibubapa dan pihak sekolah mendidik anak murid ke
arah lebih cemerlang dari segi sahsiah, pontensi dan akademik.

Makluman

4.1.6 Mesyuarat dimaklumkan bahawa bilangan kemasukan murid Tahun 1 bagi Tahun 2020 ialah 39 orang

Tahun Lelaki Perempuan Jumlah Tarikh


2020 Tahun 1 26 13 39 2.1.2020
murid.

Makluman

4.1.7 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jika murid mendapat pertukaran ke sekolah lain, maka guru kelas
berkenaan perlul menyediakan dokumen-dokumen berikut dan letak di pejabat PK HEM:
1) Buku Teks (SPBT)
2) Buku Laporan Kemajuan Murid
3) Rekod Kesihatan Murid
4) Pelaporan Prestasi – Laporan Individu (Setiap Subjek)
5) PEKA (Tahun 3 hingga 6)
6) Kad Rawatan Pergigian
7) Laporan Adab Belajar
8) Dan sebagainya.
Tindakan: Guru Kelas Berkenaan

4.1.8 Mesyuarat dimaklumkan bahawa guru perlu mengemaskini data murid terkini pada sistem SAS
(Dynabook) dan sistem APDM dari semasa ke semasa. Keluarga yang berpendapatan Rm3000 atau
kurang daripada RM3000 harus mengisi borang pengesahan gaji atau disertai dengan slip gaji.
Tindakan: Guru Kelas

4.2 Bantuan Dan Biasiswa

4.2.1 Bantuan dan Biasiswa yang diberi pada 2020:

• Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)


• Bantuan Dan Biasiswa (Swasta)
• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
• Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
2
• Program Susu 1Malaysia (PS1M)
• Elaun Murid Khas (EMK)
• Insurans (AIA)
• Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M)

4.2.2 Mesyuarat diperingatkan bahawa guru kelas harus merekodkan setiap jenis bantuan atau biasiswa sama
ada dari pihak kerajaan atau pihak swasta.
Tindakan: Semua Guru Kelas

4.2.3 Mesyuarat bersetuju bahawa tiada permohonan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi Tahun
2020 kerana murid yang miskin itu telah ditaja oleh pihak swasta.
Makluman

4.2.4 Mesyuarat dimaklumkan bahawa buku yang tidak perlu dipulangkan ikut arahan setakat pada 2020,
iaitu:
a) Semua Buku PKJR
b) Buku Aktiviti Tahun 1 sehingga 3
Tindakan: Guru yang terlibat dan Guru SPBT

4.2.5 Mesyuarat diperingatkan bahawa guru perlu melaporkan kepada guru kelas masing-masing jika dikesan
keadaan buku teks (murid) yang rosak atau hilang agar tindakan susulan boleh diambil dengan segera.
Murid warga asing perlu membeli buku teks masing-masing.
Tindakan: Semua guru

4.2.6 Mesyuarat diperingatkan bahawa tarikh pemeriksaan buku SPBT bermula 14 November 2019,
manakala tarikh kutip balik buku teks ialah 11 November 2020.
Tindakan: Semua Guru Kelas dan Guru SPBT

4.2.7 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada calon yang layak untuk permohonan Elaun Murid Khas (EMK)
kerana tiada murid OKU.
Tindakan: Guru EMK

4.2.8 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah pembelian Insurans AIA RM32.00. Sebarang pertanyaan
berkaitan Insurans AIA. Borang Insurans akan diedarkan pada 2 Jan 2020 (Khamis) dan tarikh akhir
untuk mengutip balik Borang Insurans ialah pada 7 Jan 2020 (Selasa). Insurans yang dibeli perlu
menghantar kepada PK HEM setiap hari.
Tindakan: Guru Kelas

4.3 Bimbingan Dan Kaunseling

4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Program yang akan dijalankan ialah:-


 Program Guru Penyayang
 Program Warga Emas
 Kes B & K
 Program Mentor Mentee
 Pentaksiran Psikometrik ( PPSI )
 Ujian Aptitud

4.3.2 Sekolah akan mengadakan kempen Anti Dadah seperti Pameran Anti Dahah dan Ceramah Anti
Dadah.

4.4 Disiplin

4.4.1 Mesyuarat bersetuju bahawa guru menggunakan buku pemantauan kelas dengan sepenuhnya dalam
rekod keberadaan murid di kelas, rekod kebersihan kelas dan rekod salah laku murid.
Makluman

3
4.4.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengisian kehadiran murid (Jadual Kedatangan, Sistem APDM dan
Sistem SAS – Dynabook) perlu dijalankan setiap hari.
Tindakan: Guru Kelas

4.4.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kehadiran murid dalam Sistem APDM perlu diisi setiap hari sebelum
8.00 pagi (sesi pagi), manakala sebelum 3.00 petang (sesi petang).
Tindakan: Guru Kelas

4.4.4 Mesyuarat dimaklumkan bahawa guru darjah wajib menelefon kepada ibu bapa jika murid tidak hadir
ke sekolah pada hari itu.
Tindakan: Guru Kelas

4.4.5 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sijil sakit dan surat penjelasan atas ketidakhadiran murid perlu
dikepilkan dalam sampul surat (Jadual Kedatangan).
Tindakan: Guru Kelas

4.4.6 Mesyuarat dimaklumkan bahawa ketidakhadiran murid tanpa sebab dan berturut-turut selama 3 hari
atau berkala 7 hari, maka guru darjah perlu maklum kepada PKHEM untuk proses surat amaran kepada
murid.
Tindakan: Guru Kelas dan PKHEM

4.4.7 Mesyuarat bersetuju bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid
digunakan sebagai panduan utama peraturan sekolah.
Makluman

4.4.8 Mesyuarat dimaklumkan bahawa merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003, salah laku-salah laku
murid kepada tiga jenis seperti Kesalahan berat, Kesalahan sederhana, Kesalahan ringan.
Makluman

4.4.9 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tindakan pihak sekolah jika murid melakukan:
a) Kesalahan ringan
Diberi Amaran dan sesi kaunseling (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: LAMPIRAN B)
b) Kesalahan sederhana
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan, maksima 3 kali sebatan. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: LAMPIRAN B)
c) Kesalahan berat
Kesalahan Kali 1:
Surat Amaran Ke-1 + Perjumpaan Ibubapa / Penjaga + Surat Aku Janji
Kesalahan Kali 2:
Surat Amaran Ke-2 + Perjumpaan Ibubapa / Penjaga + Surat Aku Janji
Kesalahan Kali 3:
Surat Amaran Ke-3 + Perjumpaan Ibubapa / Penjaga + Surat Aku Janji
Kesalahan Kali 4:
Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
(SPI 6/68 dan 8/68 bertarikh 12 Okt 1968)
Kesalahan Kali 5:
(Buang Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968)
Guru-guru digalakkan menggunakan cara yang lembut terhadap murid yang bermasalah dan
mengawal emosi sendiri semasa PdPc dijalankan.
Makluman

4.4.10 Mesyuarat bersetuju bahawa Buku Pemantauan Kelas digunakan untuk merekodkan kesalahan murid
jika murid masih melakukan kesalahan selepas amaran diberi.
Tindakan: Semua Guru

4.4.11 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengurusan disiplin murid perlu mematuhi 1-3-7 Pelaporan Dan
Menangani Isu Disiplin Murid.
Makluman

4.4.12 Mesyuarat dimaklumkan bahawa murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan
berdasarkan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Makluman

4
4.4.13 Mesyuarat bersetuju bahawa guru diminta mengizinkan pengawas keluar kelas 10 minit lebih awal
sebelum waktu rehat untuk berehat dulu dan bertugas.
Tindakan: Semua Guru

4.5 Kebersihan

4.5.1 Pertandingan Kebersihan akan diadakan setiap setiap minggu, hadiah akan diberi semasa
perhimpunan.

Tindakan: Guru Bertugas

4.5.2 Setiap kelas terdapat tandas masing-masing dan murid murid perlu menjaga kebersihan tandas.
Tandas guru perlu ada alat pengantung.

Tindakan: PK HEM

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 SKPMg2: Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

5.1.1 Mesyuarat diperingatkan bahawa setiap unit di bawah Hal Ehwal Murid (HEM) perlu menyediakan
dokumen untuk SKPMg2, seperti di bawah:
a) Surat Panggilan Mesyuarat
b) Borang Kehadiran Mesyuarat
c) Minit Mesyuarat Jawatankuasa
d) Rancangan Tahunan (Ambil dari takwim sekolah tahun 2020)
e) Laporan bergambar bagi setiap aktiviti berkaitan
f) Laporan / Rekod / Instrumen Penilaian dan lain-lain lagi.
Tindakan: JKHEM yg terlibat

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30pm.


Makluman

Disediakan oleh, Disemak dan disah oleh, Disemak dan disah oleh,

------------------------------- ------------------------------- -------------------------------


CIK LAI SEE CHING EN CH’NG YAN GIIN PN CHIN YOKE KUAN
Setiausaha Timbalan Pengerusi Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

You might also like