You are on page 1of 2

KOPERASI SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1) BERHAD

JALAN WAWASAN 2/23, PUSAT BANDAR PUCHONG,


47160 PUCHONG, SELANGOR
MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI BIL 2 TAHUN 2022

Tarikh : 1 Sept 2022


Hari : Jumaat
Masa : 12.40 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat 1
Pengerusi : Puan Noor Hasni binti Abdullah

Kehadiran :
1. Puan Noor Hasni binti Abdullah (Pengerusi)
2. Puan Haryanti binti Ramli ( Setiausaha)
3. Puan Siti Noor bt Mohamed (Bendahari)
4. Puan Azlina binti Jaafar (Penolong Bendahari)
5. Puan Kavitha a/p Pandi (Pengurus Belian)
6. Encik Muhammad Zurimi Mohd Remli ( Pengurus Jualan-Pagi)
7. Encik Alias Sedik (Pengurus Stok-pagi)
8. Puan Nor Diana Mazlan (Pengurus Pendaftaran -petang)
9. Puan Zenti Elyana bt Nawi (Pengurus Promosi- petang)
10. Puan Ida Norbaya binti Mohd Yusoff ( Pengurus Pendaftaran – Pagi)
11. Encik Mohd Ramdam Mohd Zin ( Pengurus Promosi-petang)

Tidak hadir:
1. En. Ahmad bin Taba( Urusan rasmi)

AGENDA :
1 Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dalam mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi
sesi 2022/2023 dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran mereka.

2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Puan Ida Norbaya binti Mohd Yusoff dan disokong oleh Puan
Haryanti binti Ramli.

3 Perkara-Perkara Baharu
Tiada.

4 Pengurusan Koperasi
4.1 Pemasangan cctv koperasi.
Pemasangan cctv telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat bagi tujuan keselamatan dalam koperasi.
Sehubungan itu, En. Ramdam bin Mohd Zin telah dicadangkan supaya melaksanakan pembelian dan pemasangan cctv
itu pada tahun ini.

Tindakan: En. Ramdam Mohd Zin

4.2 Kenaikan Gaji Puan Salmah


Pengerusi memaklumkan bahawa kenaikan gaji Puan Salmah dinaikkan dari RM700 ke RM1000

1
bermula Oktober.
Tindakan : Makluman
4.3 Pertukaran Kerusi di hadapan Koperasi
Pengerusi memaklumkan bahawa kerusi besi di hadapan koperasi telah uzur dan perlu dibaiki dan dan
digantikan dengan kerusi batu. Bumbung di laluan koperasi juga perlu dibaiki disebabkan keadaannya
sudah uzur dan bocor. beberapa orang koperator akan dipilih dan dilantik bagi membantu guru
bertugas di kaunter Koperasi. Para pelajar akan diberi borang untuk mengisi kelayakan sebagai
koperator.
Tindakan: Pen Jualan.
4.4 Tempahan T-shirt Rasmi Guru
Pengerusi memaklumkan bahawa tempahan t-shirt rasmi guru-guru SMKPBP1 akan diuruskan oleh
kelab guru. Sehubungan itu, pihak koperasi akan berhubung dengan kelab guru bagi tempahan t-shirt
mengikut warna yang dipilih oleh pihak Koperasi.
Tindakan : Pengurus Promosi

4.5 Peti Simpanan Harian


Pengerusi memaklumkan kepada semua ALK untuk sentiasa menggunakan peti simpanan dengan
berhati-hati. ALK juga mencadangkan kepada pengerusi tentang pemasangan cctv di dalam bilik
koperasi untuk memantau pergerakan semasa di dalam bilik koperasi.
Tindakan:

4.6 Tempahan Buku Panitia


Tempahan buku panitia akan diuruskan melalui koperasi .
Tindakan: Pengerusi

4.7 Hal-hal lain


Fail Pelajar
Buku Maklumat Murid dan buku peribadi pelajar tidak dibuat dalam bentuk booklet, kerana penjualan
fail pelajar masih dilaksanakan. Puan Zenty akan berhubung dengan PK Petang berkenaan hal ini.

Tindakan: Pen.Promosi

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh,

Noraina Maliha Binti Ahmad


Setiausaha Koperasi
Smk Pusat Bandar Puchong (1)

You might also like