You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH 1&2


MINIT MESYUARAT KELAB WARGA
BIL. 1/(2022)

Tarikh : 23 Januari 2022


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Paloh 1&2
Pengerusi : Encik Mohammad Saiful Azwa bin Jusuh
Kehadiran(Bilangan) : 10 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Encik Amran bin Che Wil (Mantan Pengerusi Kelab Warga Sesi 2021)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan selamat bertugas pada tahun 2022. Semoga guru-guru dapat
menjalankan tugas dengan lebih dedikasi dan amanah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.

4 PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT

4.1 Pembahagian bidang tugas

4.1.2 Membincangkan pembahagian tugas dan jawatan di antara semua AJK


tertinggi. Jawatan tersebut adalah seperti berikut:

Pengerusi: Encik Mohammad Saiful Azwa bin Jusuh


Naib Pengerusi: Puan Noor Imrah binti Mohd Yunus
Setiausaha : Encik Ilham Izzat bin Adnan
Bendahari: Puan Nor A’zifah binti Yaakub
AJK:
Puan Wan Nur Farhana binti Wan Yahya
Puan Roslaila binti Jaafar
Puan Mariani binti Mohamed
Encik Muhashiman bin Muhammad Ab Rahman
Encik Hamid bin Derasid
Encik Noor Azman
Puan Roslaini binti Muhammad
Puan Zalina binti Muhamad Yusoff

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Encik Zaimi bin Ibrahim
Encik Mohd Saufi bin Berahim @ Ibrahim
Puan Siti Nor Aishah binti Moohd Jaaffar
Pemeriksa kira-kira: Encik Amran bin Che Wil

Makluman: Semua guru

4.1.3 Mewujudkan biro-biro supaya kerja lebih berfokus:


1. Biro Kebajikan
Objektif: Menjaga kebajikan semua ahli guru dan kakitangan .
Tugas: Mengumpul derma untuk kebajikan
Ketua: Puan Nor A’zifah binti Yaakub
AJK: 1. Puan Roslaini binti Muhammad
2. Puan Zalina binti Muhamad Yusoff
2. Biro Majlis dan Keraian
Objektif: Mengelolakan majlis yang dianjurkan oleh Kelab Warga
Tugas: Mengelola majlis dan sambutan.
Ketua: Puan Roslaila binti Jaafar
AJK: 1. Puan Wan Nur Farhana binti Wan Yahya
2. Puan Mariani binti Mohamed
3. Biro Sukan dan Rekreasi
Objektif: Mengelolakan aktiviti dan rehlah yang dianjurkan.
Tugas: Mengetuai program Hari Keluarga dan Hari Guru
Ketua: Encik Muhashiman bin Muhammad Ab Rahman
AJK: 1. Encik Hamid bin Derasid
2. Encik Noor Azman
4. Biro Jamuan
Objektif: Mengelolakan dan mengendalikan jamuan.
Ketua: Encik Zaimi bin Ibrahim
AJK: 1. Encik Mohd Saufi bin Berahim @ Ibrahim
2. Puan Siti Nor Aishah binti Mohd Jaaffar

Makluman: Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
4.2 Kewangan Kelab Warga Sekolah Kebangsaan Paloh 1&2

1. Penetapan yuran Kelab Warga SK Paloh 1&2


- Yuran tahunan: RM 120.00 (guru)
RM 50.00 (kakitangan sekolah dan guru KAFA)

2. Menyediakan rekod kewangan : rekod keluar masuk wang Kelab Warga.

3. Perlukan lebih dana untuk Kelab Warga. Mohon sumbangan daripada


pihak luar.

Makluman: Semua guru


Tindakan: Bendahari

4.3 Hadiah untuk guru berpindah

4.3.1 Penetapan Nilai Sumbangan / Hadiah


- Sama rata antara guru tidak bergantung kepada tahun berkhidmat.

4.3.2 Penetapan Akta Perlembagaan Kelab Warga


1. Melahirkan anak pertama di SK Paloh 1&2: RM30
2. Guru berkahwin kali pertama di SK Paloh 1&2: RM30
3. Khairat kematian (kematian ayah, ibu, pasangan dan anak): RM100
4. Masuk wad, kemalangan, musibah dan bencana: RM50
5. Guru berpindah: RM50 (guru lama berkhidmat lebih 3 tahun)
RM30 (guru baru berkhidmat kurang 3 tahun)
6. Guru bersara mengikut jawatan:
Guru Besar: RM200
Guru Penolong Kanan: RM150
Guru biasa: RM100
Makluman: Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
5 HAL-HAL LAIN
5.1. Isu peti ais Kelab Warga di bilik guru
Status peti ais di bilik guru adalah hak milik Kelab Warga. Peti ais tersebut akan digunakan
untuk perniagaan Kelab Warga.

5.2 Isu penapis air


Status mesin penapis air adalah hak milik Kelab Warga. Mesin penapis air akan diletakkan
berhampiran Bilik Pemulihan untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

5.3 Gotong royong bilik guru


Cadangan untuk mengadakan gotong royong bagi mengindahkan bilik guru. Tikar getah akan
ditukar dan pembelian rak kasut akan diusahakan.

Makluman: Semua guru

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................…… ……...............................……
(Ilham Izzat bin Adnan) (Muhammad Saiful Azwa bin Jusuh)
Setiausaha Kelab Warga SKP1&2 Pengerusi Kelab Warga SKP1&2
Tarikh : 24 Januari 2022 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

You might also like