You are on page 1of 1

VAM 3033 MEKANISASI PERTANIAN

SEMESTER A222

TUGASAN 1 (10%)
LAPORAN AMALI

Pendahuluan

Aktiviti amali akan dijalankan sama ada di bengkel atau diladang berdasarkan kepada rancangan
pengajaran mingguan yang telah dinyatakan dalam proforma. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu. Bagi setiap aktiviti amali, pelajar perlu menghantar
laporan pada minggu berikutnya. Kegagalan pelajar menghantar amali akan menjejaskan markah
tugasan ini.

Format laporan untuk amali kursus VAM3033 adalah seperti berikut:

Bil Perkara

1 Tajuk Tajuk laporan bergantung kepada amali yang dijalankan


pada minggu tersebut. Contohnya: Pengenalan Enjin 2
lejang dan 4 Lejang

2 Pendahuluan Pendahuluan ditulis secara ringkas mengenai amali


beserta objektif amali tersebut dijalankan

3 Bahan-bahan atau radas Senaraikan semua bahan-bahan, radas atau alatan yang
digunakan dalam amali tersebut. Gambar boleh
dimasukkan didalam laporan amali

4 Langkah kerja Senaraikan satu persatu langkah kerja atau methodology


bagaimana aktiviti amali tersebut dijalankan

5 Keputusan Nyatakan hasıl atau keputusan daripada amali tersebut

6 Perbincangan Nyatakan perbincangan hasıl daripada keputusan amali


tersebut

7 Rumusan Nyatakan rumusan secara ringkas hasil daripada aktiviti


amali tersebut

Laporan amali mesti dihantar pada minggu berikut nya ketika waktu kuliah.

You might also like