You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN RASMI

Semua pelajar diminta berdiri.

[pastikan pelajar sudah berdiri untuk memulakan majlis]

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua bersama barisan


Pentadbir untuk naik ke pentas.

Dipersilakan.

-------selepas pengetua dan guru guru duduk-------

YANG BERUSAHA, TUAN HAJI SAMSUDIN BIN YUSOFF,

Pengetua SMK Bercham,

PUAN NORAINON BINTI RAMLI,

Penolong Kanan Pentadbiran,

PUAN HAJAH NORLAILA BINTI ABDUL GHANI,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

PUAN ZURAIDAH BINTI RAHIM,

Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Barisan Guru Kanan,


Guru-guru dan pelajar pelajar sekalian.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bagi memulakan majlis perhimpunan rasmi pada pagi yang mulia ini, dipersilakan
saudara ______________ untuk melafazkan bacaan doa bagi memberkati majlis kita
pada pagi ini.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudra ___________. Semua hadirin diminta berdiri
untuk menyanyikan LAGU NEGARAKU dan LAGU NEGERI PERAK

Seterusnya , dijemput saudara __________ untuk mngetuai bacaan IKRAR RUKUN


NEGARA dan IKRAR PELAJAR
Dipersilakan

[dimulakan dengan IKRAR RUKUN NEGARA diikuti IKRAR PELAJAR]

Terima kasih diucapkan kepada saudara__________atas bacaan ikrar itu tadi


Semua hadirin dipersilakan duduk

[sebelum meneruskan majlis pastikan semua pelajar telah duduk dan senyap]
Majlis akan diteruskan dengan
Mempersilakan ____________ untuk menyampaikan laporan guru bertugas pada
minggu lepas.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada____________.

Untuk pengetahuan semua,guru bertugas pada minggu ini ialah :


1.
2.
3.

Bagi melengkapkan perhimpunan rasmi pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Tuan Haji Samsudin Bin Yusoff,
Pengetua SMK Bercham untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

Bagi mengakhiri majlis pada pagi ini,semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan
LAGU SEKOLAH

Majlis bersurai.

You might also like