You are on page 1of 3

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD AIMAN BIN ZAINAL ABIDIN

KUMPULAN: CTU552 – MC08


MAKLUMAT ARTIKEL: PENGETAHUAN GENERASI MUDA TERHADAP GAGASAN
RUKUN NEGARA (2023)

BAHAGIAN A: HURAIAN RINGKAS KESELURUHAN ARTIKEL

Artikel yang diterbitkan pada tahun 2023 ini bertujuan untuk menjawab persoalan mengenai
tahap pengetahuan generasi muda terhadap gagasan rukun negara. Kajian ini telah
dijalankan dengan melibatkan mahasiswa yang negara berumur 20 hingga 25 tahun yang
bakal menjadi masa hadapan negara. Melalui maklum balas yang berjumlah sebanyak 240
menunjukkan generasi muda mempunyai pemahaman yang agak baik mengenai Rukun
Negara. Melalui keputusan ini ianya menunjukkan generasi akan datang mampu menjawab
persoalan asas berkaitan Rukun Negara dengan sebaiknya. Ini menunjukkan teras kepada
pembentukan jiwa generasi muda dalam pengukuhan perpaduan berjaya diwujudkan.
Usaha yang signifikan perlulah terus dilaksanakan dalam langkah seterusnya dengan baik.
Kesimpulannya kajian ini memberikan pemahaman mengenai status pengetahuan generasi
masa hadapan yang bakal memimpin negara ini pada masa hadapan mengenai falsafah
kebangsaan.

BAHAGIAN B: ULASAN PELAJAR

Isu utama yang diutarakan oleh penulis dalam kajian ini adalah mengenai pembentukan
jiwa generasi muda ke arah pengukuhan perpaduan yang sangat penting bagi menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kuat dan bersatu padu.

Isu yang merangkumi produk masa hadapan ini iaitu remaja berusia dalam linkungan 20-
an ini menarik kerana ianya telah membuka minda anak muda Malaysia mengenai betapa
pentingnya gagasan Rukun Negara terhadap negara.

Selain itu, kajian mengenai pemahaman dan pengetahuan anak muda terhadap rukun
negara merupakan isu yang relevan kerana Rukun Negara ini akan sentiasa menjadi prinsip
rakyat Malaysia buat selamanya. Oleh itu, rakyat Malaysia dari generasi ke generasi dapat
terus mengimplementasikan falsafah kebangsaan.

Pada pendapat saya menerusi isi kandungan dan hasil yang didapatkan melalui kajian
artikel ini, saya bersetuju kerana tahap pendidikan yang telah diberikan oleh Kementerian
Pendidikan yang sentiasa menitik beratkan mengenai Rukun Negara dalam silibus sekokah
rendah hingga menengah. Kesannya anak muda mampu memahami dan menerapkan
unsur unsur yang ada di dalam rukun negara.

Kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menyiapkan kajian ini ialah melalui
pendekatan kuantitatif dan analisis pengumpulan data menggunakan kaedah statistik
deskriptif.

Kaedah metodologi yang digunakan bagi pendapat saya cukup bersesuaian kerana ianya
telah menyasarkan golongan yang tepat iaitu remaja sehingga seramai 240 dalam
kalangan berumur 20 hingga 25 tahun yang berasal daripada zon utara (Perlis dan Kedah)
Di samping itu, penyelidik menggunakan mengemukakan sebanyak 13 soalan yamg
berkaitan dengan rukun negara.
Dapatan kajian ini pada pendapat saya boleh dipercayai kerana penyelidik telah
menjalankan kaedah metadologi yang tepat dengan menggunakan kaedah kuantitatif.
Jumlah yang didapatkan dalam bentuk nombor dapat menjadi bukti dan perjumpaan
tersebut ialah benar.

Penyelidik telah menggunakan langkah yang tepat bagi memastikan tahap kesahihan kajian
ini melalui perbandingab dengan kajian-kajian daripada penyelidik terdahulu. Dengan
membuat perbandingan ianya dapat menjelaskan mengenai hasil borang soal selidik yang
telah diberikan.

Penyelidik mengambil langkah yang relevan kerana telah mengumpul segala data dalam
kaedah metodologi kuantitatif dengan memberi soalan kepada responden. Hal ini sudah
pasti menyebabkan setiap jawapan yang ditulis ialah jawapan jujur yang dapat mengukur
tahap kefahaman responden.
Pada pendapat saya artikel ini telah mengubah pemikiran saya mengenai tahap
kepentingan Rukun Negara bagi anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa
hadapan. Polisi yang diterapkan dalam Rukun Negara menyedarkan saya bahawa Rukun
Negara dapat membentuk negara ini menjadi negara yang bersatu padu.

Berdasarkan artikel tersebut, banyak pengetahuan yang saya dapat perolehi dalam
menggunakan kaedah metodologi kuantitatif. Daripada pemilihan respondens, bentuk
soalan yang ingin ditanya dan pengiraan nombor statistik yang lebih spesifik lagi. Oleh itu,
untuk penyelidikan yang akan datang, jika saya ingin menggunakan kaedah kunatitatif saya
perlu memfokuskan kepada nombor dan statistik bagi mendapatkan hasil yang tepat.

BAHAGIAN C: PENUTUP

Antara pengetahuan baru daripada artikel yang saya pelajari ialah mengenai bagaimana
Rukun Negara menjadi sesebuah falsafah yang mampu menjadi legasi kepada negara.
Walaupun ianya telah diwujudkan daripada mulanya Malaysia merdeka ianya tetap dapat
digunakan selamanya bagi membentuk Malaysia yang harmoni dan aman.

Bagi saya, penemuan ilmu yang saya perolehi ini dapat menggalakkan saya untuk mengkaji
pula bagaiman sistem pendidikan negara yang memfokuskan kepada pengajaran rukun
negara ini dan bagaimana kita dapat meningkatkan tahap pendidikan tersebut.

Jika saya yang menjadi penyelidik bagi kajian ini saya akan menambahkan kaedah
metodologi kualitatif dengan mengadakan kaji selidik menerusi temu bual. Kaedah ini dapat
membantu saya mendapatkan data yang lebih mendalam dan pelbagai untuk membantu
dalam penyelidikan saya.

LAMPIRAN

You might also like