You are on page 1of 4

Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer (Part 1)

Session Notes:

Prepared by: PUTERA ARIS HAZEEQ BIN HAIRUNIZAM


Trial Kedah 2023
1. Syarikat Alif Berhad menerbitkan 500 000 unit Syer Biasa pada nilai RM 1.00 sesyer
dan 200 000 unit 8% Syer Keutamaan pada nilai RM 2.00 sesyer pada 1 Mac 2023.

Pada tarikh tutup permohonan 15 Mac 2023, jumlah wang yang diterima untuk
langganan Syer Biasa ialah RM 400 000 dan 8% Syer Keutamaan ialah RM 360 000.

Hitung lebihan atau kurangan langganan bagi:


(i) Syer Biasa
(ii) 8% Syer Keutamaan

Prepared by: PUTERA ARIS HAZEEQ BIN HAIRUNIZAM


Trial Melaka Lubuk Cina 2023
2. Pada 3 Januari 2020 Syarikat Santai Berhad telah menerbitkan 1 500 000 unit 7%
Syer Keutamaan pada harga RM2.00 sesyer dan 1 000 000 unit Syer Biasa pada
RM1.50 sesyer.

Pada tarikh tutup permohonan 20 Januari 2020, semua Syer Keutamaan telah
dilanggan dan dibayar penuh manakala jumlah wang yang diterima bagi Syer Biasa
ialah 2/3 daripada jumlah diterbitkan. Wang kurangan langganan Syer Biasa ini
ditanggung oleh pihak penaja jamin pada 28 Januari 2020

Anda dikehendaki:
(i) menghitung modal diterbitkan bagi Syer Keutamaan dan Syer Biasa.

(ii) merekod terbitan Syer Biasa dalam Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan).

Prepared by: PUTERA ARIS HAZEEQ BIN HAIRUNIZAM


Latihan Kendiri (Trial Terengganu 2023)
3. Syarikat Bintang Kejora Berhad merupakan sebuah syarikat yang sedang berkembang
maju dalam perniagaan perkhidmatan penghantaran kargo.

Pada 2 Jun 2022, syarikat telah menerbitkan 2 000 000 unit 6% Syer Keutamaan pada
harga RM1.00 sesyer dan 1 000 000 unit Syer Biasa pada harga RM0.50 sesyer
kepada orang awam.

Semua syer telah dilanggan dan dibayar penuh pada 15 Jun 2022.

Anda dikehendaki:
(i) menghitung Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh.
(ii) menyediakan akaun berkaitan untuk merekod terbitan syer.
(iii) menyediakan petikan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mei 2023
(bahagian ekuiti pemilik sahaja).
(iv) nyatakan dua perbezaan Syer Keutamaan dan Syer Biasa.

Prepared by: PUTERA ARIS HAZEEQ BIN HAIRUNIZAM

You might also like