You are on page 1of 5

AKADEMI PARLIMEN:

DASAR AWAM DAN PERUNDANGAN


22 - 23 Februari 2024

LATIHAN 1: PEMETAAN KAWASAN, PENGUNDI DAN PROFIL MP ANDA

Sejauh manakah anda kenali kawasan, pengundi dan prioriti Ahli Parlimen (MP) anda? Sila cuba menjawab
seberapa banyak soalan di bawah yang anda boleh. Anda tidak perlu menyerahkan atau mengemukakan
jawapan anda kepada kami. Akan tetapi, jawapan kepada soalan-soalan ini memang berguna dalam kerja
harian anda. Kita akan membincangkan soalan-soalan ini dengan lebih lanjut semasa bengkel ini.

Anda mungkin mempunyai sumber maklumat anda sendiri untuk menjawab soalan-soalan di bawah.
Maklumat umum juga tersedia di sini:

OpenDOSM/Kawasanku: https://open.dosm.gov.my/ms-MY/dashboard/kawasanku

DOSM Official Portal:


https://v1.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=TWNzZjZSZS9RUzhHYzdXODhFSEhLdz
09

Bahagian A: Demografi penduduk di kawasan anda

1. Berapakah jumlah populasi di kawasan parlimen anda?

687,609 penduduk

2. Apakah status perkahwinan populasi di kawasan anda (termasuk perceraian dan penjandaan)?

3. Berapakah peratusan pengundi yang tinggal di kawasan anda berbanding yang tinggal di luar kawasan?

4. Bagi penduduk di luar kawasan, di manakah mereka terutamanya ditempatkan, dan atas alasan apa
(contoh: peluang kerja, pendidikan, dsbg.)?

5. Berapakah julat dan purata saiz isi rumah di kawasan anda?

Purata isi rumah 3.8

6. Berapakah peratusan pemilik rumah dan penyewa rumah di kawasan anda?

pemilik rumah – 69.8%


penyewa rumah – 29.9%
7. Apakah pecahan populasi / pengundi bersilang ciri (cross-sectional data) berlandaskan jantina, umur,
kaum dan/atau agama bagi soalan-soalan 1-6 di atas?

Bahagian B: Status Ekonomi di kawasan anda

8. Berapakah peratusan populasi pada umur kerja di kawasan anda?

72.7%

9. Berapakah kadar penyertaan tenaga buruh di kawasan anda?

23.9%

10. Berapakah kadar pengangguran di kawasan anda?

3.4%

11. Apakah sektor-sektor atau aktiviti-aktiviti ekonomi utama di kawasan anda?

Perkhidmatan & Keusahawanan/Perniagaan

12. Apakah sumber-sumber pendapatan utama bagi penduduk / pengundi kawasan anda?

13. Berapakah peratusan penduduk / pengundi kawasan anda yang menerima pendapatan bergaji, pendapatan
perniagaan dan/atau pendapatan ekonomi gig?

14. Berapakah julat pendapatan isi rumah di kawasan anda, dan apakah purata pendapatan?

Purata pendapatan – RM10,256

15. Berapakah julat perbelanjaan isi rumah di kawasan anda, dan apakah purata pendapatan?
Purata perbelanjaan – RM5,275

16. Berapakah peratusan kanak-kanak di kawasan anda yang bersekolah, dan apakah pecahannya mengikut
julat pendapatan isi rumah?

17. Berapakah peratusan belia dari kawasan anda yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan
apakah pecahannya mengikut julat pendapatan isi rumah?

18. Apakah pecahan populasi / pengundi bersilang ciri (cross-sectional data) berlandaskan jantina, umur,
kaum dan/atau agama bagi soalan-soalan 9-17 di atas (kecuali 11)?

Bahagian C: Keperluan kemudahan dan infrastruktur di kawasan anda

19. Berapakah peratusan populasi di kawasan anda yang mempunyai akses stabil dan/atau berterusan kepada:

a. bekalan elektrik di rumah

100%

b. bekalan air paip di rumah

100%

c. perkhidmatan/liputan internet

20. Berapakah peratusan populasi di kawasan anda yang tidak mampu untuk memasang atau membayar
untuk:

a. bekalan elektrik di rumah

b. bekalan air paip di rumah


c. perkhidmatan/liputan internet

21. Berapakah jumlah __________ di kawasan anda:

a. Taska dan tadika

b. Sekolah rendah / menengah

c. Balai polis

d. Balai bomba

e. Hospital / klinik kesihatan kerajaan

f. Tempat ibadat bagi setiap agama (yang mana relevan kepada kawasan anda)

22. Apakah nisbah __________ bagi 1000 kanak-kanak (bagi a dan b) / penduduk (bagi c hingga e) /
penganut (bagi f) di kawasan anda:

a. Taska dan tadika

b. Sekolah rendah / menengah

c. Balai polis

d. Balai bomba

e. Hospital / klinik kesihatan kerajaan

f. Tempat ibadat bagi setiap agama (yang mana relevan kepada kawasan anda)

23. Adakah liputan dan akses kepada rangkaian pengangkutan awam di kawasan anda mencukupi?
Bahagian D: Profil MP anda

24. Apakah perkara-perkara pokok di sebalik aduan dan maklum balas yang diterima oleh pejabat-pejabat
daerah MP daripada penduduk di kawasan anda?

Laluan keluar masuk kawasan, bencana alam, infra, isu alam sekitar, isu pengangkutan awam

25. Apakah masalah atau isu ekonomi / sosial / pentadbiran yang MP anda anggap adalah paling penting
untuk diselesaikan:

Isu pembangunan yang pesat tetapi tidak dapat ditampung oleh infra

26. Dalam bidang / perkara dasar apakah yang anda / MP anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan
yang mendalam?

Perundangan Hak Kemanusiaan

27. Apakah matlamat ideologi utama atau dasar awam teras parti politik anda? Matlamat atau objektif yang
manakah yang menjadi tumpuan utama MP anda?

Infra, Pengankutan awam, Belia

You might also like