You are on page 1of 2

Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia.

-Nelson Mandela

Menjadi pelajar di abad ke-21 adalah sesuatu yang sangat sukar. Tekanan dan cabaran dari
pelbagai sudut hampir memusnahkan segala langkah menuju kejayaan. Orang-orang di sekeliling kita
akan mempengaruhi cara kita berfikir. Tekanan dari rakan sebaya boleh menjadi musuh utama.
Sebagai pelajar abad ke-21, adalah penting untuk membina jati diri dalam menelusuri perjalanan ke
arah menggapai impian. Duduklah dengan mereka yang saling menyokong antara satu sama lain,
yang sentiasa memberikan kata-kata semangat di kala kita berada di ambang kejatuhan, yang
sentiasa memberikan dorongan dan nasihat serta membetulkan kesalahan kita. Kita pasti akan
berjaya.

Dalam tugasan ini, saya perlu melakukan sebuah video persembahan digital bertajuk umum
yang berimpak tinggi. Video ini akan dinilai oleh pengajar dan markah keseluruhan untuk tugasan ini
ialah sebanyak 60%. Untuk mendapatkan skor yang tinggi, video yang dihasilkan perlu mempunyai
beberapa elemen yang telah ditetapkan iaitu dengan memperkenalkan konsep atau idea menarik
dan perlu dihasilkan dengan kreatif menggunakan elemen grafik, animasi atau komponen interaktif
yang mampu mempengaruhi dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Video ini juga
memerlukan saya untuk bercakap depan kamera. Memandangkan saya seorang yang agak sukar
untuk bercakap dan juga bukan seorang yang celik digital secara mendalam, tugasan ini telah
menghantui saya, di mana saya mengalami insomnia dan kadangkala mengganggu fokus saya semasa
bekerja. Namun, demi segulung ijazah, saya perlu menyelesaikan tugasan ini.

Sebelum memulakan video, saya perlu memilih tajuk yang bersesuaian. Saya mengambil
masa selama sebulan untuk memikirkan tajuk video yang bakal dipersembahkan. Untuk
menghasilkan video berimpak tinggi, saya telah membuat pencarian berkaitan dengan cara-cara
untuk menghasilkan konten video yang mampu mempengaruhi emosi penonton. Saya juga
menonton pelbagai video pengucapan awam oleh pakar-pakar motivasi. Saya belajar bagaimana
mereka boleh tampil bergaya di depan kamera dengan penuh keyakinan dan berkarisma. Selain itu,
saya juga terpaksa belajar untuk menggunakan intonasi suara yang berbeza supaya video yang saya
hasilkan itu menarik perhatian penonton untuk terus menonton.

Selain itu, saya juga perlu mempelajari cara untuk merakam video yang berkualiti tinggi, mengubah
dan memasukkan elemen² grafik berserta teks dalam video tersebut. Ianya membuatkan saya
tertekan kerana saya perlu bekerja keras untuk memasukkan elemen-elemen penting.
Walaubagaimanapun, selepas menyiapkan tugasan ini, saya tidak dapat menggambarkan perasaan
gembira kerana akhirnya sesuatu yang paling sukar dan sangat mencabar untuk saya telah selesai.
Sesungguhnya, usaha yang berterusan dan konsisten akan membimbing kita ke arah kejayaan. Ianya
mengajar saya untuk tidak mudah berputus asa sesuai dengan tonggak pembelajaran abad ke-21
yang memerlukan seorang mahasiswa berfikir secara kreatif dan inovatif serta beradaptasi dengan
teknologi terbaru dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sehingga mencapai level yang
seiring dengan orang lain.

You might also like