You are on page 1of 2

Pengalaman Flipped Classroom

Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep
pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya
melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!

Apa Itu Flipped Classroom?


Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di
dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya
untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas,
hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa,

"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif
bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa
hadapan. Ia juga memberi lebih masa kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam
aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat
mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."
Apakah 4K 1N?. 4K adalah kemahiran yang perlu diterapkan kepada murid selaras dengan
cabaran kehidupan abad ke21. 4K yang kita sedia maklum ialah:
Komunikatif: Mahir dalam berkomunikasi iaitu menyampaikan maklumat dan bertukar
pendapat dengan orang lahir. Murid tidak kekok serta mampu membiasakan diri bercakap
dengan individu lain. Selain itu, ciri komunikatif juga bermaksud murid boleh berkomunikasi
dengan berkesan, maksud sampai dan ada tindakan. Komunikasi yang dimaksudkan adalah dua
hala juga dengan medium bersemuka mahupun maya.
Kolaboratif: Mahir berurusan dengan org lain. Murid boleh bertukar-tukar idea dengan rakan-
rakan untuk mencapai kata putus sebulat suara. Murid juga tahu peranan masing-masing
sebagai ahli atau ketua kumpulan. Murid boleh membuat keputusan dalam merancang gerak
perbincangan atau aktiviti.
Berfikiran kritis: Murid mahir mencari jalan penyelesaian, menimbang tara pilihan serta
membuat keputusan. Murid juga bersedia untuk merungkai langkah-langkah ke arah hasil atau
keputusan yang dibuat.
Kreatif: Murid boleh memberi alternatif di luar jangkaan yang bersesuaian dengan situasi. Murid
juga mahir menggunakan kemahiran pelbagai dalam mempersembahkan hasil perbincangan
atau menyampaikan keputusan.

Setelah menilai 4 aspek tadi, terdapat satu nilai yang jarang diterapkan iaitu N - Nilai.
Nilai bermaksud murid menyedari aspek nilai murni yang dipelajari serta hubungkaitnya dengan
kehidupan seharian. Murid boleh menyatakan nilai murid berdasarkan isi pembelajaran dan
aktiviti yang dilakukan pada pdpc tersebut.
Kepentingan nilai murni untuk murid:
Membina profil murid ciri abad ke 21
Melahirkan bangsa pempimpin yang berwibawa kelak.
Mendidik ahli masyarakat yang bertanggungjawab
Membina sahsiah terpuji
Memupuk perpaduan

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi
pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya
berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom.

Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan
kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.

Kelebihan Flipped Classroom

Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah :

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan

2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif

3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar

4. Menggalakkan 'independent learning'

5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu

You might also like