You are on page 1of 1

Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita


(a) Gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran
➢ Unsur tradisional : Kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat Melayu
➢ Unsur moden : Demokrasi berparlimen berdasarkan model Westminster England
➢ Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dapat mengimbangi
amalan demokrasi dalam persekitaran sosiopolitik negara yang mempunyai kepelbagaian
bangsa, agama dan budaya
(b) Mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran
➢ Pemerintahan beraja :
- Berperanan mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja berkecuali dalam hal
politik, ekonomi dan dasar negara
- Mampu meredakan konflik yang berlaku dalam demokrasi (pertikaian parti politik
yang pelbagai ideologi dan perselisihan antara kaum)
➢ Pengasingan kuasa :
- Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
- Badan perundangan menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan oleh badan
eksekutif. Sekiranya timbul konflik dan kekeliruan, penyelesaian dibuat melalui
badan kehakiman
(c) Kuasa budi bicara raja
➢ Kuasa yang boleh dilaksanakan oleh baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat
ketua kerajaan dalam perkara tertentu
➢ Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :
- Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong
1. Pelantikan ketua Kerajaan Persekutuan (Perdana Menteri)
2. Tidak memperkenan permintaan pembubaran Parlimen
- Kuasa budi bicara Raja dan Yang di-Pertua Negeri
1. Pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri
2. Tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
(d) Kerjasama politik
➢ Menekankan perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur,
perundingan dan pengorbanan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili
➢ Permuafakatan parti politik dalam satu gabungan membolehkan parti politik membentuk
kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan
➢ Sejak pilihan raya pada tahun 1955, gabungan parti berasaskan kaum dibentuk, iaitu
Parti Perikatan

You might also like