You are on page 1of 1

PELAKSANAAN PROJEK HOKI KEBITARAAN SEKOLAH KEBANGSAAN WELLESLEY 2023 -

2025

1.0 LATAR BELAKANG

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk
membangunkan sukan hoki dewan di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia kini
menduduki ranking ke-2 di dunia selepas Belanda. Justeru, KBS sentiasa bekerjasama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid
sekolah untuk mewakili negara pada suatu masa nanti. Sekolah Kebangsaan Wellesley telah
sekian lamanya menjadikan sukan hoki sebagai sukan teras atau “Kebitaraan Sekolah” di mana
matlamat sekolah untuk menjadi pusat kecemerlangan sukan.

Sekolah Kebangsaan Wellesley juga merupakan Pusat Latihan Daerah (PLD) Hoki Daerah Timur
Laut sejak dahulu lagi. Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Wellesley juga menjadikan suka
hoki sebagai sukan utama selain sukan bola sepak. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat
pihak sekolah untuk memiliki padang mini astrotuf di Sekolah Kebangsaan Wellesley akan menjadi
kenyataan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Walaupun Sekolah Kebangsaan Wellesley memiliki kekuatan yang tersendiri dalam sukan hoki,
namun didapati wujudnya beberapa kekangan dari aspek latihan hoki. Antaranya, Sekolah
Kebangsaan Wellesley tidak memilik tempat latihan yang sempuerna. Keadaan ini menimbulkan
kekangan di dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana :

2.1 Gelanggang simen bola baling tidak sesuai untuk latihan kerana simen yang keras,
berlubang dan banyak mengalami rekahan. Akibat kerosakan yang dinyatakan tersebut, masalah
bola hoki kerap tersangkut, melantun ke dalam kantin, dan timbul masalah dari segi keselamatan
kerana simen yang pecah kerap kali menyebabkan pemain terjatuh dan kaki terseliuh.

2.2 Saiz gelanggang terbuka yang agak sempit sudah tentu menyukarkan pemain untuk berlatih
dengan efektif kerana jumlah pemain seramai 60 orang. Keadaan ini menyebabkan jurulatih hanya
menumpukan perhatian kepada aspek latihan asas sahaja kerana “drill”, struktur dan taktikal tidak
dapat dilaksanakan disebabkan saiz tempat latihan yang sempit sedemikian.

2.3 Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Wellesley juga tidak mempunyai padang alternatif lain
untuk digunakan sebagai tempat latihan kerana padang sekolah merupakan padang latihan bagi
pasukan Bola Sepak dan Ragbi sekolah.

You might also like