You are on page 1of 22

Sub-Modul 3

BAHAN‐BAHAN BACAAN DI TEMPAT KERJA


Z-009-1:2015-M01/P(3/3)

TAHAP 1

Kertas Penerangan 3
BAHAN‐BAHAN BACAAN DI TEMPAT
KERJA
NOSS/JPK/KSM JULAI 2017
GCA01(CA01)
NOSS/JPK/KSM JULAI 2017
GCA01(CA01)
TUJUAN
• TUJUAN
• PENGENALAN
1. TUJUAN MEMBACA
2. JENIS BAHAN BACAAN
3. KANDUNGAN BAHAN BACAAN

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan;
Tujuan membaca.
Jenis bahan bacaan di tempat kerja
(seperti SOP, manual kerja, arahan kerja,
prosedur kerja, buku teks, kamus, jurnal,
memo, brosur dan surat berita).
Kandungan bahan bacaan.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
1. TUJUAN MEMBACA
Bahan‐bahan bacaan di tempat kerja seperti
SOP, manual kerja, arahan kerja, prosedur kerja,
buku teks, kamus, jurnal, memo, brosur dan
surat berita serta kandungannya sangat penting
untuk difahami dalam melancarkan aktiviti kerja.
Ia akan meningkatkan kualiti dan produktiviti
dalam sesebuah organisasi.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
1. TUJUAN MEMBACA
Membaca adalah penting kerana memberi
penerangan sebelum melakukan sesuatu tugas.
Oleh itu, tujuan membaca di tempat kerja secara
amnya ialah untuk memahami penerangan dan
arahan.

NOSS/JPK/KSM ULAI 2017


J A01)
GCA01(C
1. TUJUAN MEMBACA (samb.)
1.1 Membaca Teks
• Membaca teks ialah kebolehan memahami
bahan bacaan dalam bentuk ayat dan
perenggan. Kebolehan ini penting untuk
memahami maklumat bertulis dalam
pelbagain jenis dokumen kerja. Kemahiran ini
digunakan untuk mencari maklumat,
mengimbas untuk mencari makna dan
menggabungkan maklumat daripada pelbagai
sumber.
GCA01(CA01)
1. TUJUAN MEMBACA (samb.)
1.2 Penggunaan Dokumen
• Penggunaan dokumen ialah kebolehan
mencari dan menggunakan maklumat yang
diperlukan daripada paparan maklumat yang
mengandungi perkataan, angka, simbol dan
visual yang lain.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
Bahan bacaan di tempat kerja termasuk juga dokumen
perniagaan. Dokumen perniagaan boleh berupa emel
ringkas ataupun jenis komunikasi lain yang digunakan
dalam urus niaga harian. Sesetengah dokumen
disediakan oleh majikan dan pemilik perniagaan,
sementara dokumen lain disediakan oleh profesional di
luar organisasi.

GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.0. Prosedur Operasi Standard (SOP)
‐Prosedur Operasi Standard (Standard Operating
Procedure atau SOP) ialah set arahan langkah
demi langkah yang disediakan oleh sesebuah
organisasi untuk membantu kakitangannya
melakukan tugas yang rutin. Arahan ini bertujuan
mencapai hasil standard tertentu setiap masa,
dan biasanya merupakan sebahagian proses yang
lebih besar.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.1. Manual Kerja
‐Manual Kerja ialah buku panduan atau
risalah yang ditulis sebagai panduan kerja
kakitangan. Tujuan manual kerja ialah
memberi malumat ringkas atau gambaran
menyeluruh tentang tugasnya.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.2. Arahan Kerja
‐Arahan kerja ialah alat yang disediakan
untuk membolehkan seseorang pekerja
melakukan tugasnya dengan betul. Ini
bermakna bahawa tujuan arahan kerja ialah
untuk memastikan mutu dan sasarannya
ialah pekerja.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.3.Prosedur Kerja
‐‘Prosedur kerja’ ialah istilah yang digunakan
untuk menerangkan proses atau prosedur
melakukan sesuatu tugas atau kerja.
Prosedur kerja ialah dokumen contoh
prosedur yang menunjukkan proses, alat dan
rangka kerja untuk memahami
tanggungjawab dan tugas. Prosedur kerja
yang terperinci membantu dalam melakukan
sesuatu tugas atau kerja dengan betul.
NOSS/JPK/KSM JULAI 2017
GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.4.Buku Teks
‐Maklumat kerja boleh juga dikumpul dan
dijadikan buku teks yang berfungsi sebagai
bahan rujukan untuk melalukan sesuatu
tugas.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.5. Kamus
‐Kamus ialah bahan rujukan yang
menyenaraikan kata‐kata bahasa tertentu
mengikut urutan abjad dan maknanya atau
terjemahannya dalam bahasa lain. Di tempat
kerja, kamus juga digunakan untuk
memahami arahan lisan atau komunikasi
oral.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.6. Jurnal
‐Jurnal menyediakan maklumat bertulis,
berita tentang kemajuan atau laporan untuk
mengakui sesuatu.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.7. Emel dan Memo
‐Pada masa sekarang, komunikasi di pejabat
untuk menyampaikan maklumat biasanya
dilakukan melalui emel. ‘Memo’ ialah
kependekan bagi perkataan ‘memorandum’.
Memo ialah nota rasmi arahan kerja
bertujuan membantu seseorang pekerja
supaya mengingati sesuatu.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
2. JENIS BAHAN BACAAN (samb.)
2.8. Laporan
• Laporan perniagaan menyampaikan maklumat
dalam bentuk yang lebih formal dan biasanya
lebih panjang daripada surat. Laporan
merangkumi pelbagai topik termasuk
pematuhan keselamatan, angka jualan, data
kewangan, kajian kebolehlaksanaan dan
rancangan pemasaran.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
3. KANDUNGAN BAHAN BACAAN
2.9 Surat
• Surat perniagaan biasanya digunakan untuk
berkomunikasi dengan individu di luar
organisasi. Penerimanya terdiri daripada
pelanggan, rakan dalam perniagaan lain,
penyedia perkhimatan, profesional yang
menjadi penasihat perniagaan, peawai
kerajaan dan calon pekerja.

NOSS/JPK/KSM JULAI 2017


GCA01(CA01)
3. KANDUNGAN BAHAN BACAAN
• Kandungan bahan bacaan di tempat kerja secara
umumnya bertujuan berfungsi untuk menerangkan
sesuatu tugas, atau transaksi harian yang perlu
dilakukan semasa bekerja.
• Bahan bacaan yang disediakan untuk menerangkan
tugas tertentu bertujuan membantu anda
memahami maklumat dan arahan yang berkaitan
dengan tugas yang anda lakukan.
• Bahan seperti ini biasanya disediakan menggunakan
bahasa bahasa kerja yang jelas dan ringkas tetapi
tepat supaya mudahdifahami.
NOSS/JPK/KSM JULAI 2017
GCA01(CA01)
NOSS/JPK/KSM JULAI 2017
GCA01(CA01)

You might also like