You are on page 1of 26

PANDUAN PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR

DAN PENULISAN LAPORAN PROGRAM


DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) /
DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN
MALAYSIA (DLKM)
MELALUI SISTEM LATIHAN DUAL
NASIONAL (SLDN)

TAHUN 2017
KANDUNGAN

1.0 PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR DKM/DLKM 3


2.0 PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROJEK AKHIR 3
2.1 Pemilihan Projek 3
2.2 Cadangan Projek 4
2.3 Pra-Pembentangan 6
3.0 PELAKSANAAN PROJEK AKHIR 6
3.1 Pembangunan Projek 6
3.2 Pembentangan Projek Akhir 7
3.3 Penyerahan Laporan Projek Akhir 7
4.0 LAPORAN PROJEK AKHIR 9
4.1 Panduan Penulisan Dan Format 9
4.2 Susunan Laporan Projek Akhir 10
5.0 KRITERIA PENILAIAN PROJEK AKHIR 12
5.1 LAMPIRAN 13

2
1.0 PEMBANGUNAN PROJEK AKHIR DKM/DLKM
Projek adalah satu latihan ilmiah untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan kepada
latihan teori dan praktikal serta pengalaman yang dimiliki oleh seseorang perantis dalam program yang diikuti.
Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
atau/dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Terdapat dua jenis projek yang boleh dibangunkan, iaitu:
i. Produk
Projek jenis ini adalah merujuk kepada produk seperti peralatan, barangan, mesin, sistem atau perisian
yang dibangunkan mengikut kaedah-kaedah tertentu. Pembangunan projek jenis ini hendaklah
menggunapakai teknologi yang dipelajari atau teknologi terkini untuk mempertingkatkan ciri-ciri produk
yang sedia ada. Projek jenis ini juga boleh merujuk kepada penyelesaian sesuatu masalah yang mungkin
wujud di industri atau ditempat kerja. Kaedah pembangunan dan pengujian ke atas projek hendaklah
diterangkan secara sistematik, jelas dan terperinci berserta sokongan data, analisa dan bukti-bukti yang
berkenaan dengan projek.

ii. Kajian
Projek Jenis ini pula merujuk kepada kajian yang dilakukan terhadap sesuatu permasalahan atau perkara
tertentu samada dalam proses kerja, prosedur, teknologi-teknologi baru, dan sebagainya yang berkaitan.
Kaedah kajian, pengumpulan data, analisa data dan cadangan hendaklah dilaksanakan mengikut
tatacara yang betul dan sistematik. Setiap kajian hendaklah disertakan bukti-bukti seperti dokumen-
dokumen berkaitan, borang soal selidik, senarai semak dan apa-apa bukti lain yang bersesuaian.

2.0 PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROJEK AKHIR


2.2 PEMILIHAN PROJEK
i. Pemilihan tajuk Projek Akhir dilakukan oleh perantis dengan bimbingan dan nasihat Coach atau
Pengajar yang bertindak sebagai penyelia. Tajuk Projek hendaklah ringkas tetapi tepat dan dapat
difahami.
ii. Skop Projek Akhir hendaklah berkaitan dengan program latihan yang diikuti yang melibatkan aktiviti
kerja utama program berkenaan;
iii. Projek Akhir hendaklah berbentuk aplikasi yang berasaskan CU teras dan belum dilaksanakan oleh
orang lain. Sebaiknya boleh menyumbang kepada produktiviti dan membantu penyelesaian masalah
di syarikat;
iv. Projek Akhir hendaklah dilaksanakan secara individu;
v. Projek yang akan dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut:
a. Mempunyai keaslian;
b. Kekemasan yang tinggi;
3
c. Mempunyai unsur kreativiti dan inovasi;
d. Boleh berfungsi dangan baik;
e. Realistik dan boleh digunapakai;dan
f. Boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

2.3 CADANGAN PROJEK


i. Perantis hendaklah menyediakan cadangan Projek Akhir berdasarkan tajuk yang dipilih dalam
bentuk slaid pembentangan dan dibentangkan kepada Panel Penilaian Projek Akhir semasa sesi
pra-pembentangan.
ii. Susunan dan kandungan slaid pembentangan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Tajuk
Tajuk hendaklah ringkas, padat dan boleh difahami.

Rajah 1: Contoh Tajuk Projek

Contoh1:
Pengurangan kecacatan produk melalui pengaturcaraan computer

Contoh 2:
Kajian terhadap kesan perubahan waktu kerja 6 hari seminggu
kepada 4 hari seminggu terhadap produktiviti syarikat

b. Pengenalan projek
Pengenalan projek perlu menjelaskan latar belakang projek secara ringkas dan rasionalnya
menjalankan projek berkenaan. Tujuan projek tersebut dicadangkan perlu dihuraikan dengan
jelas beserta dengan jusfikasi berdasarkan kajian lapangan, kepentingan projek berkenaan dan
apakah perbezaan atau kelebihan projek yang dicadangkan berbanding dengan produk atau
kerja yang terdahulu.
Pernyataan masalah perlu menjelaskan berkaitan dengan apakah masalah utama yang
dihadapi dan hendak diatasi dan bagaimana projek yang dicadangkan dapat menyelesaikan
masalah tersebut.

4
c. Objektif Projek
Objektif projek mestilah spesifik, boleh diukur, realistik dan dapat dihasilkan mengikut tempoh
masa yang tertentu serta dapat memberi jawapan kepada masalah atau matlamat yang ingin
dicapai setelah penghasilan produk atau kajian dilaksanakan. Setiap projek boleh mempunyai
lebih daripada satu (1) objektif dan setiap objektif hendaklah ditulis dengan ringkas dan jelas
serta boleh diukur tahap pencapaiannya.

Rajah 2 : Contoh Objektif Projek

Contoh 1:
i. Membangunkan satu perisian Computer Numerical
Control di dalam sistem kawalan mesin
ii. Meningkatkan produktiviti syarikat

Contoh 2:
i. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
ii. Mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja

d. Faedah jangkaan
Faedah yang dijangka yang boleh mendatangkan manfaat kepada organisasi, masyarakat atau
pihak lain hasil daripada projek atau kajian yang dilaksanakan.
e. Metodologi
Merupakan bahagian terpenting yang menjadi asas penilaian kepada kesesuaian cadangan
projek tersebut untuk diluluskan. Ianya juga menjadi asas dalam penyediaan senarai bahan dan
anggaran kos bagi menyiapkan projek berkenaan. Metodologi perlu dijelaskan dengan merujuk
kepada jenis projek yang dijalankan seperti berikut:
i. Projek jenis produk : dijelaskan dengan rekabentuk samada melalui lakaran,
lukisan atau gambarajah mengikut kesesuaian berserta dengan penerangan bagi
setiap bahagian berkenaan
ii. Projek jenis kajian: disertakan dengan carta alir dan kaedah kajian yang akan
dijalankan seperti menggunakan borang kajiselidik dan sebagainya.

f. Senarai bahan dan anggaran kos


Menyenaraikan bahan-bahan yang akan digunakan dalam projek berkenaan khususnya projek
jenis produk. Senarai bahan tersebut hendaklah lengkap dengan kuantiti dan spesifikasi yang
jelas serta merujuk kepada metodologi yang telah ditentukan.

5
g. Perancangan pelaksanaan projek
Perancangan kerja perlu disediakan dalam bentuk carta perbatuan atau Gantt Chart dengan
sasaran masa bagi setiap tugasan. Perancangan atau skop kerja mestilah merujuk kepada
tugasan sebenar untuk membangunkan projek berkenaan.

2.4 PRA-PEMBENTANGAN
i. Memastikan pra-pembentangan dibuat selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum tamat latihan;
ii. Permohonan pra-pembentangan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang permohonan PPL
seperti di lampiran A dan Ai yang perlu dimuat turun dari laman web JPK (www.dsd.gov.my) dan
dikemukakan kepada JPK selewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh pembentangan;
iii. Memastikan sesi Pra-Pembentangan Projek Akhir hanya boleh dilaksanakan dengan kehadiran
Panel Penilai Projek Akhir yang terdiri daripada:
a. PPL;
b. Coach atau Wakil Industri yang berkelayakan;
c. Pengajar; dan
d. Wakil JPK
iv. Perantis boleh memulakan pembangunan Projek Akhir setelah semua Panel Penilai bersetuju
dengan cadangan projek yang dibentangkan

3.0 PELAKSANAAN PROJEK AKHIR


3.1 PEMBANGUNAN PROJEK
i. PB SLDN hendaklah memastikan perantis melaksanakan projek mengikut perancangan dan
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
ii. Projek yang gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan diketegorikan sebagai gagal Projek Akhir.
iii. PB SLDN hendaklah menyediakan keperluan seperti mesin dan peralatan kepada perantis semasa
pelaksanaan
iv. PB SLDN hendaklah memastikan perantis menyediakan laporan projek mengikut format yang
ditetapkan. Panduan dan Format laporan boleh dinyatakan di dalam perkara 4.0

6
3.2 PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR
PB SLDN hendaklah:
i. Mengemukakan permohonan pembentangan projek akhir kepada JPK selewatnya dua (2) bulan
sebelum tarikh pembentangan dengan melengkapkan borang permohonan PPL seperti di Lampiran
A & Ai yang boleh dimuat turun dari laman sesawang JPK (www.dsd.gov.my).
ii. Memastikan pembentangan akhir dibuat bersama Penilaian Akhir dan dilaksanakan seawal-awalnya
30 hari sebelum tamat latihan
iii. Memastikan deraf laporan projek dikemukakan kepada JPK dalam bentuk softcopy selewat-lewatnya
empat belas (14) hari sebelum tarikh pembentangan. Penyerahan deraf ini adalah perlu bagi
membolehkan Panel Penilai Projek Akhir membuat semakan awal sebelum sesi pembentangan
dilaksanakan.
iv. Memastikan pembentangan dilaksanakan pada tarikh dan tempat yang diluluskan sahaja dengan
kehadiran semua Panel Penilai Projek Akhir. Sekiranya terdapat sebarang pindaan hendaklah
dimaklumkan kepada JPK.
v. Menyediakan skema penilaian Projek Akhir yang mengandungi perkara-perkara dan peratusan
pemarkahan seperti dalam Skema Pemarkahan Projek Akhir.
vi. Memastikan Perantis hadir dengan slaid pembentangan yang merangkumi perkara berikut, iaitu:
a. Objektif projek;
b. Metodologi serta perancangan pelaksanaan projek;
c. Keputusan dan hasil projek; dan
d. Perbincangan, cadangan serta kesimpulan yang diperolehi.
e. Tempoh pembentangan adalah selama 20 minit dan bagi sesi soal jawab selama 10 minit.

3.3 PENYERAHAN LAPORAN PROJEK AKHIR


PB SLDN hendaklah:
i. Mengemaskini keputusan Projek Akhir bagi setiap perantis.
ii. Memastikan perantis membuat penambahbaikan terhadap Laporan Akhir berdasarkan komen panel
penilai terhadap deraf Laporan Projek Akhir.
iii. Laporan projek berjilid yang telah dikemaskini hendaklah dikemukakan kepada JPK selewat-
lewatnya tiga puluh (30) hari selepas tarikh pembentangan bersama Borang Penilaian Keseluruhan
untuk tujuan persijilan.

Rajah 3 menunjukkan Carta Alir Pelaksanaan Projek Akhir DKM dan DLKM

7
RAJAH 3: CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK AKHIR DKM DAN DLKM

8
4.0 LAPORAN PROJEK AKHIR
4.1 PANDUAN PENULISAN DAN FORMAT
i. Perantis hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada Pengajar atau Coach dalam penulisan
laporan;
ii. Sebagai persediaan bagi menghasilkan penulisan laporan yang baik, Pusat Latihan digalakkan untuk
mengadakan kelas atau kursus mengenai teknik penulisan laporan kepada perantis.
iii. Bilangan muka surat laporan hendaklah tidak kurang daripada 30 muka surat yang tidak termasuk
lampiran;
iv. Format muka hadapan laporan projek akhir adalah menggunakan tulisan jenis “Times New Roman”
bersaiz 18 dengan langkau satu setengah baris (1.5 spacing). Format adalah seperti Lampiran B;
v. Format penulisan laporan adalah :
a. Menggunakan Kertas bersaiz A4 (80gms);
b. Tulisan jenis “Times New Roman” bersaiz 12;
c. Langkau satu setengah baris (1.5 spacing);
d. Margin:
Kiri 1.25”
Kanan 1.0”
Atas dan Bawah 1.0”
Header dan Footer 0.5”
Jadual 1. Margin Laporan Projek Akhir
vi. Penilaian laporan projek mengambilkira perkara berikut:
a. Laporan mengikut format yang ditetapkan;
b. Laporan hendaklah menyatakan penyataan masalah serta objektif projek dengan jelas;
c. Mempunyai perancangan kerja yang jelas;
d. Mempunyai hasil analisis dan diagnosis projek yang jelas;
e. Mempunyai hasil perbincangan, cadangan dan kesimpulan yang jelas dan logik; dan
f. Mempunyai senarai rujukan yang sesuai dan mencukupi.
vii. Laporan projek yang telah disemak hendaklah dikemaskini dan dijilid dalam bentuk buku berkulit keras
mengikut warna berikut:
a. Biru - DKM
b. Hijau - DLKM

9
4.2 SUSUNAN LAPORAN PROJEK AKHIR
i. Perakuan -Borang Pengesahan Laporan Projek seperti di Lampiran C.

ii. Penghargaan
Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh orang perseorangan atau mana-mana
pihak dalam penyediaan projek hendaklah dirakamkan. Teks penghargaan ini tidak melebihi satu
muka surat. Contoh penulisan adalah seperti di Lampiran D.

iii. Abstrak
Hendaklah ditulis tidak melebihi daripada 1 mukasurat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Kandungan abstrak perlu menggambarkan keseluruhan projek yang biasanya mengandungi
pengenalan ringkas, penyataan masalah, objektif projek, metodologi atau kaedah yang digunakan dan
hasil projek. Sebaik-baiknya gunakan satu atau dua ayat bagi setiap perkara yang dinyatakan
tersebut. Bilangan perenggan yang digunakan adalah satu (1) sahaja. Contoh penulisan adalah
seperti di Lampiran E dan F.

iv. Kandungan
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta mukasurat. Contoh penulisan adalah
di Lampiran G.

v. Senarai Jadual
Senarai ini diperlukan jika terdapat jadual yang digunakan dalam penulisan laporan. Tajuk jadual
dalam laporan hendaklah ditulis di bahagian atas jadual. Contoh penulisan adalah
di Lampiran H.

vi. Senarai Rajah


Senarai rajah diperlukan jika terdapat rajah yang digunakan dalam penulisan laporan. Tajuk rajah
dalam laporan hendaklah ditulis di bahagian bawah rajah. Contoh penulisan adalah
di Lampiran I.

vii. Bab 1: Pendahuluan


Bahagian ini menerangkan tentang pengenalan (berkaitan dengan tajuk projek), matlamat, objektif,
skop projek serta latar belakang masalah secara umum (atau penyataan masalah bagi kes
penyelidikan) dan kepentingan projek. Bahagian ini turut melaporkan perancangan serta jangkaan

10
hasil bagi projek yang akan dilaksanakan atau hasil secara menyeluruh bagi projek yang telah
dilaksanakan. Format penulisan ditunjukan di Lampiran J

viii. Bab 2: Kajian Literatur


Bahagian ini menerangkan hasil kajian melalui pembacaan berkaitan dengan tajuk projek. Kajian ini
adalah perlu bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan projek terutamanya projek atau kajian
yang pernah dihasilkan sebelum ini untuk dikaitkan dengan projek yang dibangunkan atau kajian yang
dilaksanakan.

ix. Bab 3: Metodologi & Perancangan Pelaksanaan Projek


Bahagian ini menerangkan metodologi, kaedah dan perancangan pelaksanaan projek (seperti Carta
Gantt, Jadual Kerja dan lain-lain yang berkaitan). Bahagian ini juga akan menyatakan analisis yang
dilaksanakan termasuk kos, bahan serta lain-lain yang berkaitan bagi pelaksanaan projek.

x. Bab 4: Penemuan & Analisis Hasil Projek


Bahagian ini akan menerangkan berkenaan penemuan hasil projek, analisis terhadap data-data yang
diperolehi dan ulasan terhadap penemuan yang diperolehi daripada projek yang dilaksanakan.

xi. Bab 5: Perbincangan, Cadangan & Kesimpulan


Bahagian ini perlu membincangkan hasil penemuan projek, cadangan-cadangan yang boleh
dilaksanakan di masa akan datang serta menerangkan tentang kesimpulan keseluruhan projek dan
kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

xii. Rujukan
Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang telah digunakan di dalam penulisan teks
laporan projek di atas. Rujukan boleh dari berbagai sumber dan hendaklah ditulis dengan betul seperti
di Lampiran K.

xiii. Lampiran
Bahagian ini khusus untuk diletakan lampiran samada berbentuk gambar, jadual, rajah atau apa-apa
dokumen yang mempunyai kaitan dengan projek.

11
5.0 PENILAIAN PROJEK AKHIR
Kriteria penilaian projek akhir adalah seperti berikut:
i. Penilaian sesuatuProjek Akhir adalah adalah berasaskan kepada tiga (3) komponen, iaitu:
a. Hasil Projek (50%);
b. Laporan Projek (25%);
c. Pembentangan Projek (25%)
ii. Perantis hendaklah memperolehi markah minimum bagi setiap komponen yang dinilai untuk
dianugerahkan DKM/DLKM bagi program yang diambil. Pecahan markah projek adalah seperti di Jadual
2.

KOMPONEN PERATUS MARKAH


ELEMEN
PENILAIAN MARKAH LULUS
a. Pengetahuan
b. Kreativiti
Hasil Projek c. Komitmen 50% 30
d. Kebolehgunaan
e. Kefungsian(Kritikal)
a. Kandungan
b. Format (Kritikal)
Laporan Projek 25% 15
c. Rujukan
d. Keseluruhan
a. Kandungan
b. Penggunaan VA
Pembentangan c. Persediaan
25% 15
Projek d. Gaya Penyampaian
e. Soal Jawab
f. Komunikasi
Jadual 2 : Skema Pemarkahan Projek Akhir

iii. Perantis hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 60% daripada markah bagi setiap komponen
penilaian Projek Akhir dan Lulus Elemen Kritikal supaya boleh dianugerahkan DKM atau DLKM.
Penjelasan mengenai elemen yang dinilai adalah seperti di Lampiran L .
iv. Perantis yang gagal mana-mana komponen dibenarkan mengulang komponen tersebut dalam masa
tidak lebih dari satu ( 1 ) selepas keputusan dikeluarkan.
v. Penilaian akan dilaksanakan semasa sesi pembentangan dengan menggunakan borang Penilaian
Pembentangan Projek Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) seperti di Lampiran M.

12
LAMPIRAN A. Permohonan Pembentangan Projek Akhir
JPK/SLDN/P03 Pind4

13
LAMPIRAN Ai. Permohonan Pembentangan Projek Akhir

14
LAMPIRAN B. Format Muka Hadapan Laporan

15
LAMPIRAN C. Pengesahan Laporan Projek

BORANG PENGESAHAN LAPORAN PROJEK


SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

TAJUK PROJEK :
Saya memperakui bahawa Laporan Projek Akhir ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan
petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui
bahawa laporan ini dibuat dengan mempratikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan
bidang latihan berdasarkan kepada pengalaman, kemahiran dan tunjuk ajar dan tidak pernah
dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk lain program sama ada di
(nama pusat latihan) atau di pusat latihan lain.

TANDATANGAN PERANTIS :
NAMA :
NO. K/P :
TARIKH :

“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan ini
adalah memenuhi aspek keterampilan dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan
Kemahiran Malaysia”

TANDATANGAN :
(PENGAJAR)

NAMA :
NO. K/P :
TARIKH :

TANDATANGAN PPL-SLDN :
NAMA :
NO. K/PENGENALAN :
TARIKH :

16
LAMPIRAN D. Contoh Penulis Penghargaan

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa
dan kematangan fikiran untuk menyiapkan projek ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima
kasih yang tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada Pengajar yang
juga penyelia saya iaitu En. Adnan bin Eleas atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran
dan nasihat yang begitu berguna sepanjang saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada
coach saya iaitu Ramlah binti Abu Bakar Che Man dan Puan Suraya binti Bahari dengan kepakaran
masing-masing yang banyak membantu menguatkan lagi semangat saya untuk menyiapkan projek
ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan FoodTech Sdn Bhd terutama
Pengarah Urusannya Tuan Lim Kwee Seng atas keizinan untuk saya menjalani latihan dan
membenarkan saya menggunakan kemudahan serta peralatan bagiu saya menyiapkan projek ini.

Sekalung penghargaan juga tidak saya lupakan buat pegawai-pegawai di Jabatan Pembangunan
Kemahiran Wilayah Tengah yang banyak membantu memberi input serta tunjuk ajar untuk saya
menyiapkan laporan projek ini mengikut syarat yang ditetapkan.

17
LAMPIRAN E. Contoh Penulis Abstrak (Bahasa Malaysia)

ABSTRAK

Pemindahan pembelajaran merupakan sasaran utama kepada setiap program latihan. Sistem latihan
kemahiran baru yang diperkenalkan oleh Malaysia adalah berdasarkan kepada prinsip latihan dwi lokasi
latihan iaitu latihan di institusi latihan kemahiran dan latihan di tempat kerja. Paradigma baru sistem
latihan ini lebih dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Rungutan dari para majikan
tentang kualiti para graduan yang tidak menepati keperluan industri adalah disebabkan oleh kelemahan
pemindahan pembelajaran. Selain itu, tidak banyak kajian yang telah dilaksanakan mengenai
keberkesanan pemindahan pembelajaran dari tempat latihan ke tempat kerja kerana tidak terdapat cara
dan kaedah yang sesuai untuk mengukur keberkesanan pemindahan pembelajaran. Tujuan kajian ini
adalah untuk menentukan keberkesanan pemindahan pembelajaran bagi SLDN. Fokus utama kajian ini
adalah tertumpu bagi kursus Otomotif Mekatronik. Metodologi kajian adalah berbentuk longitudinal.
Para peserta kajian ini adalah terdiri daripada kalangan para pelajar dan pengajar kursus. Kajian ini
menggunakan borang kajiselidik, temuduga separa-berstruktur, kumpulan fokus dan kajian kes bagi
mengukur 16 faktor inventori pemindahan pembelajaran beserta 3 lagi faktor tambahan yang
dikembangkan dari kajian literatur serta perbincangan pakar berkumpulan bagi menentukan perkaitan
diantara faktor-faktor pemindahan pembelajaran. Hasil kajian mendapati program latihan SLDN telah
menghasilkan pemindahan pembelajaran berbentuk positive transfer dan near transfer dari tempat
latihan ke tempat kerja. Dapatan kajian dari regresi pelbagai mengesyorkan bahawa pembolehubah
ramalan menjelaskan 43.9% varian yang signifikan ke atas keberkesanan pemindahan pembelajaran.
Jelasnya, dimensi utama yang mempengaruhi keberkesanan pemindahan pembelajaran SLDN adalah
course content, training delivery dan working tasks. Keputusan kajian juga mendapati keberkesanan
pemindahan pembelajaran telah berlaku dengan ketepatan kerangka kerja pada 79.2%. Dengan yang
demikian, satu kerangka kerja keberkesanan pemindahan pembelajaran telah dapat dicadangkan.

18
LAMPIRAN F. Contoh Penulisan Abstrak ( Bahasa Inggeris)

ABSTRACT

Learning transfer is the ultimate goal of any training programme. The new Malaysian skills
training is based on the dual learning principle in which trainees alternate between attending
theoretical classes in the skills training institute and receiving on-the-job training at worksite.
This new paradigm of skills training is better known as National Dual Training System (NDTS).
The main problem is that there were complaints from the employers that the competencies of the
output of the skills training in Malaysia are of poor quality. This was due to low absorption of
learning transfer performance from training places to workplace. Apart from that there were little
studies related to the effectiveness of learning transfer due to there is no acceptable way and
mean to measure the learning transfer. The aim of this study was to ascertain on whether the
effectiveness of learning transfer did occurred in the automotive mechatronics of NDTS
programme. The research focus area is the Mechatronics Automotive course. A longitudinal
study method was employed as the research methodology. The participants of this research were
the trainees and coaches from NDTS Mechatronics Automotive course. The study utilised the
self-administered questionnaire, semi-structured interview, focus group and case study.
Measuring 16 factors of the Learning Transfer System Inventory (LTSI) plus 3 factors derived
from literature review and expert group discussion enable the researcher to determine the
relationship between the learning transfer factors. It was found that NDTS training programme
appears to have facilitated the positive transfer and near transfer from training situation to
workplace environment. The findings of multiple regressions result suggest that the predictive
variables explained 43.9% variance that has significance effect on the effectiveness of learning
transfer. Apparently, the most influential dimensions of the effectiveness of learning transfer in
NDTS were revealed as the course content, training delivery and working tasks. Interestingly,
result indicated that the effectiveness of learning transfer in NDTS had occurred by the overall
framework accuracy percentage of 79.2%. Therefore, the emerging effectiveness of learning
transfer framework of NDTS in Malaysia is proposed.

19
LAMPIRAN G. Contoh Penulisan Kandungan

20
LAMPIRAN H. Contoh Penulisan Senarai Jadual

21
LAMPIRAN I. Contoh Penulisan Senarai Rajah

22
LAMPIRAN J. Format Penulisan Laporan

23
LAMPIRAN K. Contoh Penulisan Rujukan

1. Rujukan buku
Nama Pengarang. Tahun Penerbitan. Tajuk Buku (tulisan condong). Tempat penerbitan: Nama
Penerbit

Contoh:
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: Enda Gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

2. Rencana Dalam Majalah / Buletin


Nama Pengarang. Tahun. Tajuk. (Nama Majalah) (bulan keluaran): mukasurat dirujuk

Contoh:
Ismail Hamid. 1990. Sastera kitab. Dewan Sastera Mei: 79-83.

3. Rujukan Elektronik/ Website


Nama Pengarang, Tahun Penerbitan, Tajuk :mukasurat dirujuk.
Alamat website [tarikh akses]

Contoh;
Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].

4. Contoh Rujukan dari Slaid Pembentangan


Slaid Deacon, J.E. 1975. The Galapagos Island: Birds. Slaid. New York: Harper & Row.

5. Rujukan Akhbar

i. Contoh rujukan berita / rencana tanpa nama penulis;


Anon. 1992. Syarikat Itali akan sediakan radar kawalan laluan udara. Utusan Malaysia, 30
Oktober: 3.

ii. Contoh rujukan berita / rencana dengan nama penulis ;


Ooi Tee Ching & Ganesan, V. 2004. Tourism set to rake in RM30b in receipts. New Straits
Times, 28 May: B1.

24
LAMPIRAN L. Elemen Penilaian bagi Projek Akhir DKM/DLKM

SKALA PENILAIAN
KOMPONEN
ELEMEN
PENILAIAN 0 1 2 3 4
a. Pengetahuan Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Berpengetahuan tentang Memuaskan boleh dicontohi
projek yang dilaksanakan dan
mengaplikasikan teori yang
dipelajari secara formal atau
pencarian dengan inisiatif diri
sendiri
b.Kreativiti Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Kreatif dalam pengolahan Memuaskan boleh dicontohi
idea yang ditunjukan dalam
rekabentuk / penyelesaian
masalah / kajian
c.Komitmen Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Kesungguhan yang ditunjukan Memuaskan boleh dicontohi
Hasil Projek
dalam penghasilan projek dan
projek siap sepenuhnya
dalam masa yang ditetapkan
d.Kebolehgunaan Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Produk/Penyelesaian Memuaskan boleh dicontohi
Masalah/Kajian memberi
manfaat kepada majikan &
relevan
e.Kefungsian(Kritikal)
Kebolehan produk berfungsi
mengikut mengikut spesifikasi
Ya Tidak
atau Masalah berjaya
diselesaikan / hasil kajian
dilaksanakan
a.Kandungan Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Menepati kehendak projek Memuaskan boleh dicontohi
dan berinformasi
b.Format (Kritikal)
Kepatuhan kepada ketetapan
Tidak Ya
Laporan Projek susunan kandungan & format
yang ditetapkan
c.Rujukan Tiada Hanya 1 rujukan 2 – 4 rujukan 5 – 6 rujukan Lebih dari 7
Mempunyai bahan rujukan bahan rujukan
d.Keseluruhan Tidak Kurang Memuaskan Baik Sangat baik dan
Hasil keseluruhan laporan memuaskan Memuaskan boleh dicontohi
a. Kandungan : Tiada atau tidak Memenuhi Mematuhi sebahagian Memenuhi format dan Memenuhi format
i. Mematuhi format mengikut tajuk sebahagian format yang ditetapkan mencapai objektif dan mencapai
pembentangan, kandungan yang daripada format dan hasil projek kurang objektif serta
ii. Objektif, Metodologi & ditetapkan atau yang ditetapkan mencapai objektif maklumat/analisa berinformasi
perancangan diterang jelas dan hasil projek dengan analisa
iii. Hasil projek mencapai tidak mencapai yang jelas
objektif yang ditetapkan. objektif
b.Penggunaan VA Tiada / tiada slaid Lemah dalam Sederhana dalam Boleh Boleh
penggunaan VA penggunaan VA menggunakan VA menggunakan VA
dengan baik dengan baik dan
Slaid
pembentangan
Pembentangan yang menarik
Projek c.Persediaan Tiada Tidak Kurang Memuaskan Memuaskan Baik
(penyediaan handout, slaid, memuaskan
persiapan diri)
d.Gaya Penyampaian : Tiada Hanya salah satu Hanya 2 ciri Hanya 3 ciri Mempunyai
Penampilan diri (pakaian, penampilan diri ciri penampilan penmpilan diri penampilan diri semua ciri
suara, kontak mata, menarik diri ditunjukan ditunjukkan ditunjukan penampilan diri
minat)
e.Soal Jawab Tidak berupaya Semua soalan Sebahagian soalan Sebahagian soalan Semua soalan
menjawab soalan dijawab salah dijawab salah dijawab kurang dijawab dengan
yang diajukan tepat yakin dan tepat
f. Komunikasi Tidak boleh Kemahiran Kemahiran komunikasi Kemahiran Kemahiran
bercakap komunikasi sederhana Komunikasi baik komunikasi baik &
lemah berkeyakinan

25
LAMPIRAN M. Contoh Pengiraan Markah Projek Akhir

JUMLAH
KOMPONEN PEMBERAT JUMLAH
ELIMEN 0 1 2 3 4 SKOR MARKAH STATUS
PENILAIAN (%) SKOR
DIPEROLEHI

a.Pengetahuan / 4 10 40
b.Kreativiti / 4 6 24
c.Komitmen / 4 4 16 A x 50 = 28 GAGAL
Hasil Projek
d.Kebolehgunaan / 4 8 32 200
e.Kefungsian / 0 22 0
Jumlah A = 112
a.Kandungan / 4 8 32
b.Format / 0 12 0 B x 25 = 13
Laporan c.Rujukan / 4 100 GAGAL
1 4
Projek
d.Keseluruhan / 4 4 16
Jumlah B = 52
a.Kandungan / 4 8 32
b.Penggunaan VA / 4 4 16
c.Persediaan / 4 4 16 C x 25 = 25
Pembentang d.Gaya / 4 100 LULUS
2 8
an Projek Penyampaian
e.Soal Jawab / 4 4 16
f. Komunikasi / 4 3 12
Jumlah C = 100 66% GAGAL
100

26

You might also like