You are on page 1of 2

14 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM

MESYUARAT PANITIA PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras
mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman
tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan
kegunaan semua ahli panitia.

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR

Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang
dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada
perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop
latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah.
Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR

Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan
dalam Panitia.
7. PENULISAN RPH

Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah
latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu
mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan
murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan
kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa
kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop
soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam
mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN

Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli
panitia.

13. ULBS/PBS

Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang
yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.

You might also like