You are on page 1of 15

019

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2023/2024
Sejarah (019)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-20 20
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian
ini. 2 5
B
4. Kertas ujian ini hendaklah 3 5
diserahkan kepada guru bertugas 4 5
pada akhir ujian.
1 5
C
2 5
Jumlah 50

019
2 019

Bahagian A
OBJEKTIF ANEKA PILIHAN
[20 markah]
Jawab semua soalan

1 Apakah maklumat yang terdapat dalam alamat sekolah?


A Logo sekolah
B Nama daerah
C Nombor kad pengenalan
D Tarikh penubuhan sekolah

2 Gambar berikut menunjukkan cara pengkaji mengumpulkan maklumat.

Antara berikut, apakah kaedah yang digunakan dalam kajian tersebut?

I. Lisan
II. Bertulis
III. Arkeologi
IV. Manuskrip

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

3 Apakah maksud sejarah?


A Perihal masa hadapan
B Proses yang berlaku
C Peristiwa masa lalu
D Perkara yang baru

019
3 019

4 Apakah kegiatan yang sesuai dijalankan di kawasan bentuk muka bumi tanah tinggi?
A Perikanan
B Pelabuhan
C Pelancongan
D Perindustrian

5 Bagaimanakah cara menjadikan sekolah bersih dan ceria?


A Membuang sampah merata-rata
B Menconteng papan kenyataan
C Membiarkan kelas kotor
D Menanam pokok bunga

6 Gambar berikut menunjukkan sebuah penempatan.

Apakah bentuk muka bumi tersebut?


A Gunung
B Pinggir laut
C Tanah tinggi
D Pesisir sungai

7 Apakah yang akan anda lakukan sekiranya paras air di tempat tinggal anda naik?
A Membina petempatan di tepi laut
B Kekal menetap di kawasan yang sama
C Bergerak ke kawasan yang lebih rendah
D Berpindah ke kawasan yang lebih tinggi

019
4 019

8 Rajah berikut berkaitan hidupan pada Zaman Air Batu.

Apakah nama haiwan tersebut?


A Harimau
B Beruang
C Mamot
D Sloth

9 Gambar menunjukkan alatan batu dan kayu masyarakat zaman prasejarah.

Bagaimanakah alatan tersebut digunakan dalam kehidupan seharian?


A Membina alatan berenjin
B Menjadi alat perhubungan
C Membantu bercucuk tanam
D Memilih ketua sebagai pemimpin

10 Apakah maksud zaman prasejarah?


A Zaman sebelum manusia menggunakan teknologi
B Zaman selepas manusia menggunakan teknologi
C Zaman sebelum manusia mengenal tulisan
D Zaman selepas manusia mengenal tulisan

019
5 019

11 Gambar berikut menunjukkan lokasi Kerajaan Melayu Awal.

Apakah Y?
A Chih-Tu
B Srivijaya
C Santubong
D Kedah Tua

12 Bagaimanakah cara mewujudkan keharmonian dalam masyarakat?


A Menyebarkan maklumat palsu
B Memasang muzik dengan kuat
C Memarkir kenderaan di kawasan larangan
D Membantu jiran yang baru berpindah rumah

13 Jika kamu Laksamana Melaka, apakah tugas kamu?

I. Penasihat sultan dalam urusan pentadbiran


II. Ketua pembesar dalam pentadbiran negeri
III. Mengetuai utusan rasmi ke luar negara
IV. Menjadi pengawal peribadi sultan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

019
6 019

14 Gambar berikut berkaitan dengan Bendahara Melaka.

Apakah peranan beliau dalam situasi tersebut?


A Ketua pembesar
B Penasihat sultan
C Panglima tentera
D Ketua diplomatik

15 Apakah urutan yang tepat dalam perjalanan pengembaraan Parameswara ke Melaka?


A Temasik - Muar - Sungai Bertam - Sening Ujong
B Temasik - Sungai Bertam - Muar - Sening Ujong
C Temasik - Muar - Sening Ujong - Sungai Bertam
D Sening Ujong - Temasik - Muar - Sungai Bertam

16 Antara berikut, yang manakah tugas laksamana?

I. Menjadi ketua diplomat


II. Mengetuai angkatan laut
III. Menjaga perairan Melaka
IV. Menjalankan tugas pentadbiran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

019
7 019

18 Bagaimanakah Tun Perak menjamin keselamatan Melaka daripada ancaman luar?


A Membeli jet perang, senapang dan meriam
B Menggajikan ramai pengawal dari Gujerat
C Melatih para pedagang untuk menguasai ilmu persilatan
D Menjalinkan hubungan persahabatan dengan Raja Siam

19 Maklumat berikut berkaitan tokoh terbilang.

Peranan X
Menentukan hubungan diplomatik negara
Ketua agama dan adat istiadat

Siapakah X?
A Sultan
B Bendahara
C Laksamana
D Temenggung

20 Siapakah nama bapa Hang Tuah?


A Tun Perak
B Temagi
C Hang Nadim
D Hang Mahmud

019
8 019

Bahagian B
SUBJEKTIF
[20 markah]
Jawab semua soalan

1 Nyatakan jenis sumber sejarah bagi gambar berikut.

[5 markah]

019
9 019

2 Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang salah.

Penyataan Jawapan

(a) Zaman Air Batu berlaku sebanyak enam kali.

(b) Kala Kuaterner dibahagikan kepada tiga epok.

(c) Zaman Air Batu ialah permukaan bumi yang dilitupi air batu.

Proses pengglasieran berlaku akibat daripada peningkatan suhu


(d)
bumi.

(e) Pencairan air batu menyebabkan paras air laut meningkat.

[5 markah]

019
10 019

3 Tuliskan BETUL atau SALAH pada penyataan berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan
sosial Zaman Logam.

[5 markah]

019
11 019

4 Padankan peranan dengan penyataan yang betul.

[5 markah]

019
12 019

Bahagian C
Subjektif
[10 markah]
Jawab semua soalan

Keluarga asas ialah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Keluarga
kembangan pula ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada keluarga asas, datuk dan nenek.

1 (a) Nyatakan dua cara anak menjaga nama baik keluarga.

[2 markah]

(b) Senaraikan tiga aktiviti yang dapat melahirkan keluarga harmoni.

[3 markah]

019
13 019

Hubungan diplomatik membantu mengembangkan aktiviti ekonomi kerajaan Melayu awal


di Kepulauan Melayu.

2 (a) Nyatakan satu kegiatan ekonomi kerajaan Melayu awal di Kepulauan Melayu.

[1 markah]

(b) Mengapakah masyarakat dahulu melakukan aktiviti ekonomi?

[2 markah]

019
14 019

(c) Sebagai ketua kelas 4 Johan, berikan cadangan bagi mewujudkan hubungan baik
murid 4 Johan dengan murid kelas lain.

[2 markah]

019 KERTAS UJIAN TAMAT


15 019

NAMA: ............................................................................................................

KELAS: ............................................................................................................

BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A


ANSWER SHEET FOR SECTION A

1 A B C D 11 A B C D

2 A B C D 12 A B C D

3 A B C D 13 A B C D

4 A B C D 14 A B C D

5 A B C D 15 A B C D

6 A B C D 16 A B C D

7 A B C D 17 A B C D

8 A B C D 18 A B C D

9 A B C D 19 A B C D

10 A B C D 20 A B C D

019

You might also like