You are on page 1of 2

Lampiran A

KAWALAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN

Semua pengguna yang mengakses MYSST hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara


berikut dipatuhi:

i) Kata laluan adalah RAHSIA dan hanya diketahui oleh pengguna berkenaan sahaja.
Kata laluan antara 6 hingga 8 aksara.

ii) Semua pengguna hendaklah mengelakkan daripada menggunakan kata laluan yang
mudah dikesan atau berkaitan dengan diri sendiri seperti nama anak, nama isteri
atau suami, nombor telefon, nombor kenderaan, nombor rumah dan sebagainya bagi
mengelakkan penyelewengan atau penyalahgunaan.

iii) Pengguna mesti menukar kata laluan sebaik sahaja ID Pengguna diserahkan
kepada mereka.

iv) Kata Laluan boleh ditukar pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Walaubagaimanapun bagi tujuan keselamatan, system menetapkan supaya
pengguna menukar kata laluan berkala setiap dua (2) minggu.

v) Pengguna mesti log keluar dari system sekiranya penggunaan system tidak
diperlukan bagi mengelakkan penyalahgunaan ID Pengguna.

vi) Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna perlu memohon untuk menetap semula
kata laluan kepada penyelaras ID atau Penolong Penyelaras ID Pengguna melalui
Borang Permohonan ID Pengguna (Borang Permohonan ID MYSST 1.0). Pengguna
perlu memasukkan kata laluan yang baru setelah Pentadbir ID Pengguna menetap
semula kata laluan pengguna.
PENYALAHGUNAAN ID PENGGUNA

Penyalahgunaan ID Pengguna bermaksud :-

i) Memberi dan / atau menyebabkan diberi ID Pengguna dan kata laluan kepada orang
lain

ii) Membenarkan dan / atau menyebabkan dibenarkan ID Pengguna dan kata laluan
digunakan oleh orang lain.

iii) Kecuaian dalam mengurus ID Pengguna dan kata laluan.

iv) Mengguna dan / atau menyebabkan ID Pengguna diguna di luar tanggungjawab atau
bidang tugas.

v) Mengguna ID Pengguna dan kata laluan orang lain.

vi) Merosakkan kata laluan orang lain.

PEMATUHAN ARAHAN

1. Arahan Jabatan ini hendaklah dipatuhi. Kakitangan yang gagal mematuhi arahan ini
akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 P.U(A) dan / atau dikenakan tindakan undang-undang.

2. Arahan ini hendaklah dibaca bersama Akta Rahsia Rasmi 1972, Pekeliling Am Bilangan
3 Tahun 2000 – Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kerajaan, Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2009 – Garis Panduan Penilaian Tahap
Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT Sektor Awam bertarikh 17 November 2009,
Arahan Teknologi Maklumat MAMPU bertarikh Disember 2007, Dasar Keselamatan ICT
versi 5.3 bertarikh 24 Mei 2010.

3. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

You might also like