You are on page 1of 2

Refleksi Perkhemahan KRS NAMA : AIMAN BIN HAMIDON ANGKA GILIRAN : 200830134003

Program perkhemahan KRS yang diadakan di PULAKO IPSAH Sungai Petani merupakan kemuncak kepada latihan kami dalam Kadet Remaja Sekolah. Saya telah menyertainya bersama kumpulan KPLI IPTB bersama dengan guru-guru pelatih dari IPSAH dan IPDA. Disebabkan penyertaan saya tidak bersama rakan maka banyak perkara yang dapat saya rumuskan. Sepanjang berada di sana banyak ilmu yang telah kami pelajari. Kebanyakkan adalah lanjutan daripada kemahiran asas yang telah saya pelajari semasa di institut. Namun terdapat beberapa perbezaan yang dapat saya perhatikan dalam beberapa aspek. Aspek yang paling ketara ialah arahan command yang saya dapati lebih banyak berbanding apa yang telah saya pelajari semasa di IPTB. Di sini kami tutut didedahkan dengan Doa Kawat iaitu arahan paling asas untuk memanggil semua kadet untuk berkumpul. Selain itu perkhemahan kali ini agak berbeza dengan perkhemahan yang disertai rakan-rakan kumpulan saya kerana kami turut berkesempatan menjalankan aktiviti luar iaitu orienteering di Pantai Merdeka. Di sini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mencari barang tersembunyi yang terdapat dalam hutan paya bakau tersebut. Terdapat kumpulan yang tersesat sehingga ke atas bukit dan tidak kembali ke tempat yang sepatutnya. Ini membuatkan pensyarah yang terlibat bimbang dan gerakkan mencari dijalankan. Kumpulan yang tersesat itu telah dijumpai sekitar jam 6 petang di sebuah banglo lama di atas bukit. Ketika itulah kami semua dimarahi oleh pensyarah yang terlibat kerana tidak mendengar arahan yang diberikan dengan betul. Disebabkan penyertaan saya adalah bersama dengan kumpulan yang masih tidak saya kenali maka saya lebih banyak bergerak bersama-sama dengan kumpulan IPG lain yang sebaya dengan saya. Saya agak tekilan dengan sikap kumpulan KPLI ini yang mengambil mudah banyak perkara. Di kala pihak penganjur telah mengarahkan kadet-kadet bersolat jemaah di dewan mereka dengan angkuhnya melanggari arahan tersebut. Pergaulan bebas antara mereka disebabkan kedudukan khemah lelaki dan perempuan menyebabkan saya agak segan dan bertindak menjauhi mereka. Bagi saya ujian yang paling mencabar ialah semasa ujian arahan kawat diadakan. Di sini kami perlu member dan mengikut arahan yang telah diajar. Disebabkan banyak arahan yang baru saja saya tahu maka ramai kadet yang bekerjasama untuk memastikan rakan-rakan lain dapat menguasai arahan tersebut. Agak malang bagi seorang guru pelatih KPLI IPTB apabila dia tidak dapat

menguasai kemahiran tersebut lalu menimbulkan keberangan penguji dari IPSAH tersebut. Sikapnya yang celupar menyebabkan dia didenda berdiri di dataran seorang diri. Saat yang paling meletihkan adalah apabila saya terpilih untuk menyertai pasukan kawalan utama untuk upacara penutup. Kami dikehendaki berlatih sehingga jam 4 pagi. Ini disebabkan banyak perubahan yang dilakukan bagi mendapatkan kawat yang cantik. Rakan-rakan yang tidak terlibat dikehendaki menunggu di tepi. Ramai juga kadet yang tidur di atas padang kawat tersebut. Secara jujurnya saya sangat berpuas hati sepanjang kem ini berlangsung. Ia bukan sahaja menjadi tempat saya menilai orang lain bahkan tempat untuk saya bermuhasabah diri. Semoga pangkat Leftenan Muda ini akan dapat melahirkan insan-insan yang berguna semasa saya berada di sekolah kelak.

You might also like