Majlan bin Suradi
No A2-008, Pasar Besar Ipoh,
30300 Ipoh, Perak.
5 November 2024
Pengarah,
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Perak,
Tingkat 3, Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
30450 Ipoh, Perak.
Tuan,
PEMAKLUMAN KETIADAAN SURAT PERJANJIAN SEWA, HANYA
MEMILIKI LESEN PERNIAGAAN DARI MAJLIS BANDARAYA IPOH
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Majlan bin Suradi, ingin memaklumkan
kepada pihak tuan mengenai situasi pemilikan saya terhadap premis
perniagaan di No A2-008, Pasar Besar Ipoh, 30300 Ipoh, Perak.
2. Dimaklumkan bahawa saya tidak memiliki sebarang surat perjanjian sewa
bagi premis ini. Walau bagaimanapun, saya mempunyai lesen perniagaan
yang sah yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh sebagai
bukti pengesahan perniagaan yang dijalankan di premis tersebut.
3. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat menerima lesen perniagaan
ini sebagai dokumen yang mencukupi bagi tujuan pentadbiran atau
keperluan lain yang berkenaan.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang dokumen atau maklumat
tambahan, saya sedia mengemukakannya apabila diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………..
Majlan bin Suradi