KANDUNGAN

Kata Pengantar Modul Impak dan respons global terhadap HIV/AIDS Siapakah yang dijangkiti HIV/AIDS? Kesan HIV/AIDS Melindungi diri daripada HIV/AIDS Bekerjasama dalam komuniti Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS Alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS Rujukan Panel Kawal Mutu

V

1

17 37 49 61 71

83

105

121 123

KATA PENGANTAR

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap kesejahteraan dalam kehidupan.

Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak.

(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

v

dan ada pula yang menganggapnya sebagai isu sensitif dan kontroversi. masyarakat dan individu. Menjelaskan impak HIV/AIDS di kalangan muda-mudi serta kepentingan intervensi berasaskan sekolah. Status serta trend HIV/AIDS di rantau Asia Pasifik dan dunia 2. Perasaan takut terhadap HIV/AIDS. Meluahkan perasaan serta rasa takut terhadap HIV/AIDS 3. Segelintir manusia mengelakkan diri daripada membincangkannya kerana takut dicela. ataupun tidak relevan dalam kehidupan mereka.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 1 IMPAK DAN RESPONS GLOBAL TERHADAP HIV/AIDS Masa Mesej : : 3 waktu HIV/AIDS merupakan wabak yang semakin membimbangkan komuniti global termasuk negara-negara di rantau Asia Pasifik. Kandungan : 1. Menerangkan status serta trend HIV/AIDS di dunia khasnya di rantau Asia Pasifik 2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengambil satu pendekatan inovatif. enam pertubuhan telah digabungkan untuk membentuk program yang dinamakan UNAIDS (Joint United Nations Programme on HIV/AIDS). murid dapat : 1. Pada tahun 1996. . Memandangkan ancaman penyakit AIDS yang semakin meningkat. Keberatan untuk membincangkan HIV/AIDS disebabkan halangan kebudayaan dan sosial tidak membantu untuk menggalakkan pemahaman mengenai penyakit ini dan tingkah laku seseorang individu itu yang terdedah kepada HIV. 3 Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini. Gambaran Keseluruhan : Memahami epidemik global HIV/AIDS akan membolehkan manusia menangani ancaman yang kian merebak ini. Modul ini akan membantu murid berasa selesa ketika membincangkan situasi HIV/AIDS serta respons PBB dan ahli-ahli gabungannya yang lain dari perspektif geografi.

..... .... . .. ......... .. . . . . . ............. Saya merancang . . ... .. ... ....... . Menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS Penilaian : Lengkapkan mana-mana satu pernyataan jelaskan jawapan anda secara ringkas : Saya mempelajari . . berikut dan Saya berasa . ... . 4 ... ..... . .... . . .. . .... . Saya berharap .. .... Saya percaya ........ ........ . ..... . . .. .. . . .. ... . ..... . .. Saya berhajat ...... . .... .. .. Saya menjangkakan .. . ..... .. ... .. ........ Saya meramalkan .. .... .. ... ... .... ...PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran : 1.. Kerja berkumpulan mengenai keserantauan terhadap HIV/AIDS impak global dan 2... ........ .. .... .. . .. ... . Saya menyedari . .. . Saya akan .. .. .

Ia merupakan satu wabak yang menjangkiti serta membawa maut di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. murid dapat : 1. Mengapakah HIV/AIDS mengancam golongan muda? 4. Beberapa kesimpulan dan ramalan mengenai HIV/AIDS. Menjelaskan sebab-sebab mengapa HIV/AIDS terus mengancam golongan muda 4. Menerangkan peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 5. Mengapakah sesetengah tempat dijangkiti HIV/AIDS dengan teruknya? 6. Menerangkan statistik terkini impak global HIV/AIDS berdasarkan 5 2. Pengenalan : Kini hampir setiap negara terjejas kerana HIV/AIDS. Kandungan : Impak global dan keserantauan terhadap HIV/AIDS 1. Meramalkan beberapa situasi berkaitan wabak HIV/AIDS. . Menjelaskan sebab-sebab mengapa sesetengah tempat dijangkiti HIV/AIDS dengan teruknya 6. Apakah trend dan impak HIV/AIDS di Asia Pasifik? Mengapakah penyakit ini terus menjadi satu ancaman kepada golongan muda? Apakah ramalan yang boleh dibuat berkaitan dengan penyakit ini? Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. Status dan trend HIV/AIDS di Asia Pasifik 3. Ringkasan global terhadap HIV/AIDS 2. Menganalisis trend dan status HIV/AIDS di Asia Pasifik 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Kerja berkumpulan terhadap HIV/AIDS Masa : mengenai impak global dan keserantauan 1 waktu Persediaan : Persembahan slaid yang menggambarkan sifat semulajadi dan setakat mana wabak HIV/AIDS merebak. Peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 5.

5. 6. 2. Meminta ahli lain yang tidak terlibat dalam penyampaian tersebut memberi komen berkaitan dengan topik yang dibentangkan. tempat dijangkiti . 7. Meminta seorang atau dua orang murid membuat ringkasan aktiviti tersebut. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing selama 3 hingga 5 minit dengan menggunakan transparensi yang telah disediakan terlebih dahulu serta bahan visual lain agar penyampaian yang dilakukan adalah jelas dan menarik. Berikan setiap kumpulan satu berdasarkan senarai kandungan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prosedur : 1. topik untuk diteliti 3. Setiap kumpulan menjalankan tugasan berikut : Kumpulan 1 Menerangkan impak global dan keserantauan terhadap HIV/AIDS berdasarkan statistik terkini Kumpulan 2 Menganalisis trend HIV/AIDS dengan menunjukkan : • Pola merebaknya penyakit AIDS • Kawasan/negara yang dijangkiti • Kesan terhadap manusia Kumpulan 3 Menjelaskan mengapa HIV/AIDS dianggap sebagai satu ancaman kepada golongan muda Kumpulan 4 Menerangkan peranan pendidikan pencegahan HIV/AIDS 6 Kumpulan 5 Menjelaskan mengapa sesetengah HIV/AIDS dengan teruknya Kumpulan 6 Membuat kesimpulan dan meramal beberapa situasi berkaitan HIV/AIDS. Memberi pujian kepada penyampai kerana melaksanakan tugas dengan baik. 4. Bahagikan murid kepada enam kumpulan kecil dan setiap guru diberikan satu salinan Bahan Sumber 1.

..... ... Saya tertanya-tanya ... ... Tuliskan satu perkataan atau ungkapan yang terlintas secara spontan ketika membaca salah satu daripada perkara berikut : • • • • • • • • • • HIV/AIDS Tingkah laku yang berisiko Golongan muda Pendidikan pencegahan HIV/AIDS Negara-negara sedang membangun Wanita Kematian akibat AIDS UNAIDS Kondom Wabak 7 Bahan Rujukan : Wabak HIV/AIDS di rantau Asia Pasifik .......... .... 2. . .... .... . . Lengkapkan salah satu daripada yang berikut : • • • • • Saya mempelajari .... Saya mendapati ...... .. Saya akan ............. .. . ....PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Hasil Pembelajaran : 1.... Saya berasa . .... ...

Apakah yang paling ingin diketahui mereka? 2. Aktiviti ini membolehkan murid menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS secara bertulis mengenai : 1. Berikan tempoh 5 minit untuk melakukan aktiviti ini. Menjawab persoalan tersebut 2. Apakah yang paling ditakuti mereka? Maklumat ini akan digunakan secara optimum oleh guru bagi : 8 1. Nama peserta tidak harus ditulis pada kad tersebut. murid dapat : Menerangkan perasaan takut terhadap HIV/AIDS Kandungan : Perasaan takut terhadap HIV/AIDS Prosedur : 1. Murid diminta menulis satu perkara yang ingin dipelajari berkaitan HIV/AIDS pada sebelah muka kad itu dan apa yang paling ditakuti apabila terdedah kepada HIV/AIDS pada muka lain kad yang sama. Mengurangkan ketakutan sejauh mungkin. Setiap murid mengambil kad berwarna pilihan masingmasing. 2. dan baca respons yang . 3. pendapat dan soalansoalan yang belum terjawab mengenai beberapa aspek HIV/AIDS sama seperti orang lain dalam masyarakat. Kutip semula semua kad diberikan oleh murid. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Menghubungkaitkan diri dengan HIV/AIDS Masa : 2 waktu Bahan : Kad berwarna Pen Persediaan : Kad berwarna yang telah digunting untuk diagihkan kepada murid Pengenalan : Murid mempunyai perasaan takut.

Hal sebaliknya berlaku di kawasan sempadan Greater Mekong Subregion (Cambodia. Nepal dan India. Kecuali Jepun. Sifat dan magnitud wabak HIV/AIDS agak berbeza. Laos. 7. rantau tersebut merangkumi kawasan di mana faktor risiko HIV tersebar dengan luas dan seterusnya mencatat tahap jangkitan sederhana hingga tinggi di kalangan penduduk secara amnya.6 juta adalah jangkitan baru. iaitu kedua selepas Afrika serta mempunyai persamaan trend yang terdapat di negara tersebut. Myanmar.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 4.5 billion orang. 5. Korea Utara.6 juta orang. 9 . Jepun serta negara-negara di sepanjang Lingkaran Pasifik. di mana kemungkinan tercetusnya pandemik HIV/AIDS pada tahap yang mengancam penduduk. India. Oceania.6 juta orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Namun demikian. termasuk China. 6. New Zealand dan beberapa kepulauan kecil di Pasifik. mewakili lebih daripada 60% jumlah penduduk dunia. Jumlah kematian pada tahun 1998 ialah 2. Bacakan perasaan takut murid mengenai HIV/AIDS. Yunan (Selatan China). Galakkan murid membincangkan sebab-sebab wujudnya perasaan takut terhadap HIV/AIDS. sejumlah 5. China dan India amat mengambil berat akan hal ini disebabkan jumlah penduduk yang besar walaupun secara keseluruhannya kadar jangkitan adalah agak rendah. Hasil Pembelajaran : Hasilkan cogankata mengenai HIV/AIDS berdasarkan apa yang telah dipelajari daripada aktiviti yang terkandung dalam modul ini. negara-negara lain di Selatan. Mulakan dengan perkara yang ingin diketahui murid mengenai HIV/AIDS dan rujuk modul untuk mendapatkan jawapan. Jumlah kematian kumulatif akibat AIDS telah meningkat sehingga kini. Daripada 33. Malaysia. Timur dan Asia Tenggara. BAHAN SUMBER 1 Pandemik HIV/AIDS : HIV/AIDS di Rantau Asia Pasifik Penduduk rantau Asia Pasifik berjumlah 2. Minta seorang murid merumuskan dalam 3 ayat berkaitan perasaan takut terhadap HIV/AIDS. Australia. Thailand dan Vietnam).

530.hubungan heteroseksual Asia Timur dan Pasifik Wabak bermula .0.000 Jangkitan baru .068% Wanita HIV positif .000 Jangkitan baru .700 Australia dan New Zealand .40.3 juta Kadar jangkitan di kalangan dewasa (15 hingga 49 tahun) .penggunaan dadah secara intravena (IDU).PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Untuk tujuan manual ini.000 Asia Timur dan Pasifik .1% Wanita HIV positif .30% Cara jangkitan .lewat tahun 1970an dan awal tahun 1980an Orang yang hidup dengan HIV/AIDS .000 Kadar jangkitan di kalangan orang dewasa . homoseksual (hubungan lelaki dengan lelaki/MSM) Australia dan New Zealand Wabak bermula .0.000 orang berusia dalam lingkungan 10 hingga 24 tahun dijangkiti HIV setiap hari iaitu pada kadar 5 orang setiap minit Kira-kira 1.< 100 Kematian akibat AIDS dalam tahun kajian sehingga bermulanya pandemik tersebut : 510.2 juta Asia Selatan dan Asia Tenggara .400 Australia dan New Zealand .15% Cara jangkitan .penggunaan dadah secara intravena (IDU). statistik dan ciri-ciri di rantau Asia Pasifik pada Disember 1999 adalah seperti berikut : Selatan dan Asia Tenggara Wabak bermula .1. homoseksual (hubungan lelaki dengan lelaki/MSM) 10 HIV di kalangan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah Hidup dengan HIV/AIDS : 1.120.7 juta orang di Afrika dijangkiti HIV setiap tahun Hampir 700.lewat tahun 1980an Orang dewasa dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS .< 100 Anggaran bilangan jangkitan HIV baru di kalangan golongan muda Lebih kurang 7.000 Asia Timur dan Pasifik .000 hingga 140.6 juta Orang dewasa dan kanak-kanak yang baru dijangkiti HIV .lewat tahun 1980an Orang dewasa dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS .2 juta Asia Selatan dan Asia Tenggara .12.000 orang dijangkiti HIV setiap tahun di Asia Pasifik.000 hingga 3.69% Wanita HIV positif .10% Cara jangkitan .2. heteroseksual.500 Kadar jangkitan di kalangan orang dewasa . .94. heteroseksual.< 1000 hingga 1.

penggunaan dadah. kanak-kanak juga menjadi piatu pada usia muda disebabkan ibu bapa yang menghidapi AIDS. murid mula menjadi aktif secara seksual. pencemaran. kebimbangan serta pantang larang menghalang kanak-kanak daripada mendapat pengadilan dan penjagaan yang sepatutnya. Ini memberi ruang kepada berlakunya tingkah laku tidak bertanggungjawab dan seterusnya menyebabkan situasi di mana mereka mudah terdedah kepada jangkitan HIV. . Kini. serta berlagak rich and famous. Justeru itu. berminat pada cabaran. Jumlah golongan ini di negaranegara sedang membangun adalah melebihi 800 juta dan angka ini akan bertambah 20% dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Sementara itu. mereka tidak mendapat sokongan moral dan keperluan asas yang sepatutnya dinikmati pada usia tersebut.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Senario Kesihatan dan Mengapa Golongan Muda? Penyakit berjangkit dan malnutrisi akan terus menjadi faktor penyebab utama mortaliti dan morbiditi di rantau Asia Pasifik. dan juga menerima tekanan rakan sebaya dalam pergaulan sosial. perindustrian serta perubahan gaya hidup di kawasan metropolitan akan menjadi punca utama faktor stres. meniru idola. dan didera oleh rakan sebaya atau orang dewasa. seperti hubungan seks. Asia yang semakin pulih daripada krisis ekonomi akan mengalami pertumbuhan pesat dan penyebaran maklumat serta perkembangan teknologi. urbanisasi yang meluas. Ini akan mengakibatkan masalah kesihatan iaitu penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Jika tidak menjadi mangsa AIDS. Penghijrahan sempadan dan seberang laut akan mempercepatkan globalisasi yang berkemungkinan membawa masuk serta menyebarkan penyakit. Dalam keadaan lain. Seseorang individu harus menerima perubahan dan mengambil pelbagai peluang luas yang ada. 11 Intervensi dan perkhidmatan berasaskan sekolah Terdapat lebih daripada satu billion remaja di dunia. Terdapat juga kepercayaan bahawa AIDS boleh dirawati dengan mengadakan perhubungan seks dengan orang yang muda atau masih dara. Kejahilan. Kadar pertumbuhan penduduk yang terbesar dijangka akan berlaku di negara-negara rantau ini dengan majoriti penduduknya berusia 18 tahun ke bawah. Mempromosikan program pendidikan kesihatan yang efektif di sekolah dengan disertai usaha pencegahan dalam komuniti adalah satu cara melindungi golongan remaja daripada binasa akibat HIV/AIDS. terdapat kanak-kanak yang dijual untuk tujuan pelacuran. Pertimbangkan dan perhatikan bahawa 95% kes HIV/AIDS berlaku di negaranegara sedang membangun Dalam lingkungan usia 18 tahun ke bawah. Mereka akan melakukan perkara yang disifatkan sebagai in-thing. degradasi alam sekitar. Golongan muda amat cenderung dalam memenuhi keseronokan dunia dan konsumerisme.

Kerjasama pihak atasan kerajaan adalah penting dalam menjayakan program pendidikan AIDS di sekolah. terutamanya sebelum bermula usia aktiviti seksual.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Pendidikan dilaksanakan pada peringkat kebangsaan dan secara global. Pendidikan sebegini dapat membantu menangguhkan pengalaman seks remaja. Terdapat juga kekangan masa untuk memuatkan Pendidikan HIV/AIDS ke dalam kurikulum yang sesak. Terdapat sekolah di sesetengah tempat menyampaikan maklumat mengenai HIV/AIDS tetapi kemahiran tingkah laku yang diperlukan untuk tujuan pencegahan dan sokongan tidak diajar. program yang bersesuaian dengan usia perlu dimulakan pada peringkat sekolah rendah. ketua komuniti dan agama. ibu bapa serta guru untuk menggubal dasar yang kukuh bagi Pendidikan HIV/AIDS 12 Mereka bentuk kurikulum yang baik atau/dan program kokurikulum yang disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun. Hasil kajian menunjukkan bahawa usaha sama antara Kementerian Pendidikan dengan Perkhidmatan Kesihatan dan Sosial. penjagaan dan sokongan kepada penghidap HIV/AIDS tanpa sebarang diskriminasi. Untuk mendapatkan keputusan yang berkesan. serta Program AIDS Kebangsaan setiap negara di dunia seharusnya bertujuan ke arah menyediakan Pendidikan HIV/AIDS kepada 100% kanak-kanak di sekolah. Pendidikan HIV/AIDS yang baik mestilah merangkumi pencegahan yang berkesan. Ia disifatkan sebagai sensitif dan kontroversial di kalangan sesetengah masyarakat. dan apabila aktif secara seksual maka mereka dapat membuat keputusan dengan bijak untuk mengelakkan tingkah laku berisiko. serta memfokus kepada kemahiran hidup dan tidak hanya tertumpu kepada maklumat biomedik Mengajar murid sekolah rendah dan menengah untuk menganalisis dan memberi respons terhadap norma-norma sosial. termasuk membuat perbezaan antara keburukan dengan kebaikan yang boleh melindungi serta memberikan kesihatan dan kesejahteraan Latihan yang baik untuk guru serta rakan sebaya remaja yang dipilih khususnya untuk membimbing rakan dan kenalan mereka mengenai HIV/AIDS Memulakan program pencegahan HIV/AIDS serta promosi kesihatan untuk kanak-kanak pada usia paling muda. Amalan yang baik untuk intervensi berasaskan sekolah termasuklah : Mewujudkan permuafakatan di antara penggubal dasar. golongan kanak-kanak dan remaja tidak didedahkan kepada Pendidikan HIV/AIDS di sekolah atas sebab-sebab tertentu. .

HIV didapati merebak dengan lebih cepat di kawasan perlakuan seks berleluasa secara komersial. pemandu trak dan pelayar tertentu 13 (b) (c) (d) (e) Sebaran HIV stereotaip yang berbeza seperti di Thailand Variasi dalam kaedah pengawasan serta kumpulan sasaran. . Dua pembolehubah yang mempunyai korelasi positif dengan kadar jangkitan HIV yang tinggi adalah : (a) Kadar pusing-ganti pelanggan seks terutamanya di kalangan pelacur (pekerja seks) iaitu jumlah purata pelanggan yang diterima bagi tempoh seminggu Peratusan penduduk lelaki yang menggunakan khidmat pelacur dalam satu tahun. (b) Kedua-dua pembolehubah tersebut adalah sangat relevan apabila mengambilkira keengganan menggunakan kondom dan amalan seks vaginal atau anal. IDU dan MSM. berbanding dengan satu komuniti di mana amalan seks secara casual berlaku melalui satu rangkaian sebenar yang melibatkan pasangan bukan komersial. 2. Kajian menunjukkan bahawa jenis pasangan dan pola amalan seksual dalam sesuatu komuniti memberi jawapan kepada persoalan ini. Faktor-faktor lain (a) Cara jangkitan penyakit. IDU juga boleh membawa jangkitan HIV kepada pasangan Pertambahan insiden HIV/AIDS di kalangan ibu dan kanak-kanak adalah disebabkan suami yang suka berfoya.foya Kadar HIV/AIDS yang tinggi di kalangan golongan seperti polis. Faktor tingkah laku Tingkah laku berisiko tinggi adalah berbeza. Kadar HIV yang tinggi terdapat di tempat-tempat di mana seks vaginal atau anal adalah ketara. Walau bagaimanapun. misalnya.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan HIV/AIDS antara negara : 1. tentera.

terutamanya di kalangan mereka yang miskin. (b) (c) (d) (e) (f) (g) 14 (h) (i) (j) (k) Walau apa sekalipun. . sistem kesihatan yang lemah serta kekurangan sumber untuk pencegahan dan penjagaan akan meningkatkan penyebaran virus Penyalahgunaan dadah dan penyakit jangkitan seks akan terus menghantui dan menunjukkan betapa mudahnya seseorang terdedah kepada ancaman HIV/AIDS Kualiti hidup merosot disebabkan impak keseluruhan HIV/AIDS Jangka hayat dipendekkan oleh kematian akibat HIV/AIDS Jangkitan HIV/AIDS akan membantutkan pembangunan sosioekonomi Kadar jangkitan HIV akan terus kekal atau menurun di negara-negara yang mana program pencegahan sudah mula beroperasi dan terus dilaksanakan Kajian relevan untuk meningkatkan pengetahuan dalam semua aspek epidemiologi HIV/AIDS dan pengawalan diperlukan untuk program perancangan serta pelaksanaan secara berkesan Kesedaran yang tinggi dan penglibatan semua sektor dalam komuniti akan tercapai. di mana kemiskinan.2 juta anak yatim piatu sebelum mencapai usia 15 tahun disebabkan ibu bapa atau kedua-duanya adalah penghidap AIDS HIV/AIDS menjadi satu masalah kesihatan dalam komuniti yang kaya raya dan juga miskin.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Apakah yang perlu dijangka? (a) Pelbagai situasi berpotensi menyebabkan tercetusnya wabak di kalangan populasi am dan/atau golongan tertentu bergantung kepada keberkesanan usaha pengawalan oleh semua pihak yang terlibat Kematian di kalangan mereka yang dijangkiti akan terus meningkat walaupun terdapat terapi antiretroviral dan langkah-langkah pencegahan Faktor usia menjadikan AIDS sebagai satu ancaman kepada kanak-kanak dengan jumlah kumulatif sebanyak 11. masih ada harapan sekiranya kita tidak hilang keyakinan dan terus memberi fokus kepada matlamat yang hendak dicapai.

000 0.000 1.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS STATISTIK DAN CIRI-CIRI HIV/AIDS MENGIKUT KAWASAN (DISEMBER 1999) Dewasa & kanakkanak yang baru dijangkiti HIV Dewasa & kanakkanak yang hidup dengan HIV/AIDS Kadar sebaran di kalangan dewasa Peratus wanita yang HIV positif Sub Sahara Afrika Afrika Utara. Timur & Tengah Selatan dan Asia Tenggara Asia Timur Pasifik Amerika Latin Lewat 70an dan awal 80an 23.000 500 0.000 0.000 0.1 % 10 % IDU. MSM IDU.000 30.000 0.6 juta 5. MSM Amerika Utara Australia & New Zealand JUMLAH 920.13 % 20 % Lewat 80an 6 juta 1.56 % 20 % IDU.000 95.69 % 30 % Lewat 80an Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an 530.57 % 20 % Cara utama jangkitan di kalangan orang dewasa yang hidup dengan HIV/AIDS Permulaan Pandemik Rantau Hetero IDU.8 juta 8.96 % 35 % Hetero.000 44.25 % 20 % IDU. MSM 12. Hetero.000 120.3 juta 0.14 % 20 % IDU.3 juta 3.6 juta 1.1 % 46 % . Hetero.000 19.000 0. Hetero Hetero IDU.0 % 55 % Lewat 80an 220. MSM Caribbean Eropah Timur & Asia Tengah Eropah Barat Awal 90an 360.3 juta 150.068% 15 % 1.000 0. Hetero.000 57. MSM 15 360. MSM 33. MSM Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an Lewat 70an dan awal 80an 520.

mengadakan perhubungan seks dengan banyak pasangan (multiple partners) dan menyuntik dadah dengan berkongsi jarum. Membezakan mitos dengan fakta mengenai HIV/AIDS 3. Tingkah laku tertentu boleh menyebabkan seseorang dijangkiti HIV. Ini termasuk tingkah laku seks yang tidak bertanggungjawab atau melakukan persetubuhan tanpa perlindungan (enggan memakai kondom). Menyenaraikan kumpulan kepada HIV/AIDS. Gambaran Keseluruhan : Manusia perlu memahami mengapa dan bagaimana AIDS boleh mempengaruhi mereka. Walaupun AIDS kerap menjangkiti golongan miskin dan kurang berpendidikan. Menganalisis risiko mengenai jangkitan HIV/AIDS 4. Fakta asas mengenai HIV/AIDS 2. murid dapat : 1. yang mudah terdedah Kandungan : 1. Mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS 5. Menerangkan fakta asas mengenai HIV/AIDS 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 2 SIAPAKAH YANG DIJANGKITI HIV/AIDS? Masa Mesej : : 2 waktu Amat penting untuk mengetahui situasi dan tingkah laku yang berkaitan dengan risiko tinggi jangkitan HIV/AIDS. Fakta dan mitos mengenai HIV/AIDS . jantina dan status ekonomi. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV tanpa mengira umur. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini. HIV/AIDS merupakan masalah kesihatan yang serius dan mengancam tanpa mengira masyarakat miskin atau kaya. 19 Modul ini akan membincangkan fakta-fakta asas HIV/AIDS iaitu bagaimanakah ia berjangkit dan siapakah yang berkemungkinan besar dijangkiti.

Sesi buzz : Siapakah yang paling berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS? Penilaian : 1. (c) Berkongsi jarum suntikan antara penagih dadah adalah salah satu tingkah laku yang berisiko tinggi. Penilaian kendiri mengenai tingkah laku yang berisiko tinggi 3. Mengenal pasti seseorang yang mudah terdedah kepada HIV dan beri sebabnya. 20 (d) HIV boleh merebak melalui perkongsian tandas dan berus gigi. Aktiviti Pembelajaran : 1. Soalan Benar/Salah (a) Mereka yang menghidap HIV selalu diuji positif. Kunci Jawapan : (a) (b) (c) (d) (e) Salah Salah Benar Salah Benar . (b) HIV menyerang semua organ badan secara langsung. Kumpulan yang berisiko tinggi dan mudah terdedah kepada HIV/AIDS. (e) Semua orang yang dijangkiti menghidap penyakit AIDS. Risiko menghidap HIV/AIDS 4. Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS 2. HIV akan 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3.

Letakkan kad-kad yang telah digunting ke dalam sebuah kotak. 2. Prosedur : 1. 4. Salin terminologi pada Kumpulan A ke dalam kad berwarna dan maksud setiap terminologi pada Kumpulan B ke dalam kad warna lain. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Membezakan mitos daripada fakta tentang HIV/AIDS 2. 2.1) dalam kad kecil dan gunting setiap pernyataan. Fakta mengenai HIV/AIDS 2. 5. Memberi penerangan tentang istilah berkaitan dengan HIV/AIDS. Gunakan Bahan Sumber 2. Salin “Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS” (Bahan Sumber 2. Sediakan salinan Bahan Sumber 2.3 (Mencari Jawapan). 3. maklumat yang benar 21 Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. Kandungan : 1. Murid pertama akan mencabut satu kad dari kotak dan membaca pernyataan tersebut kepada diri sendiri.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS Masa Bahan : : 2 waktu Kotak kecil Kad kecil berwarna Gunting Persediaan : 1. . Mitos berkaitan HIV/AIDS. murid dapat : 1.2 yang mencukupi (Fakta Asas HIV/AIDS) untuk diedarkan. Bersedia untuk memberi mengenai HIV/AIDS.

Murid diberi 5 – 10 minit untuk membaca.2). Kumpulan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang betul menjadi pemenang. Setiap pasangan dikehendaki berbincang tentang pernyataan HIV/AIDS yang telah dilengkapkan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3. Murid tersebut kemudian membacakan pernyataan itu dengan suara lantang untuk memberitahu sama ada pernyataan tersebut adalah “fakta” atau “mitos” supaya fasilitator dan ahli kumpulan lain boleh mendengar dan menilai sama ada betul atau salah. Kemudian mereka dikehendaki memilih salah satu fakta untuk berkongsi pendapat dengan ahli kumpulannya. Kedua-dua kumpulan akan memilih soalan-soalan secara bergilir sehingga kesemua soalan telah habis dibaca. Untuk menjadikan frasa kepada ayat.3). murid perlu mencari pasangan yang mempunyai jawapan betul dari kumpulan lain. 6. 22 . Rumuskan aktiviti dengan menunjukkan transparensi iaitu Bahan Sumber 2. Setiap pasangan diminta menunjukkan kad mereka dan salah seorang daripada mereka dikehendaki memberitahu semua ahli dalam kumpulannya tentang perkara yang telah dibincangkan oleh mereka secara ringkas. 4. Murid kumpulan B diberikan kad-kad yang berlainan warna (Bahan Sumber 2. Hasil Pembelajaran : Mencari Jawapan 1. 5. 4. 6. Mengedarkan lembaran kerja tentang "Fakta Asas HIV/AIDS" (Bahan Sumber 2. 2. 3.3. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan B). 5. Kad-kad yang sama warna ditulis dengan perkataanperkataan berkaitan HIV/AIDS diberikan kepada murid kumpulan A.

Sediakan satu gambar/visual untuk setiap bahagian dalam Bahan Sumber 2.5 yang mencukupi untuk aktiviti individu. Mengetahui risiko seseorang dijangkiti HIV/AIDS. Tunjukkan dengan cepat setiap gambar yang terdapat dalam Bahan Sumber 2.4b (berkenaan dengan cara HIV dijangkiti dan cara HIV tidak dijangkiti). Cara-cara HIV/AIDS dijangkiti atau tidak dijangkiti 2.4b (tentang cara HIV dijangkiti dan cara HIV tidak dijangkiti). 3.5 Persediaan : 1. Sediakan salinan Bahan Sumber 2.4a dan 2. Sediakan transparensi untuk Bahan Sumber 2. murid dapat : 1. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. 23 Kandungan : Kecenderungan untuk dijangkiti HIV adalah universal.4a dan 2. 2.4 (Bagaimanakah Seseorang Dijangkiti atau Tidak Dijangkiti HIV) dan murid dikehendaki memberi jawapan mereka dengan menggunakan tindakan yang telah diplih untuk jawapan ‘YA’ dan jawapan ‘TIDAK’. 2.1 hingga 2. . 1.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Mengetahui risiko HIV/AIDS Masa Bahan : : 1 waktu Gambar/Visual Transparensi Projektor Bahan Sumber 2. Murid diminta memilih satu tindakan untuk jawapan ‘YA’ dan satu tindakan lagi untuk jawapan ‘TIDAK’. Mengetahui risiko seseorang dijangkiti HIV/AIDS Prosedur : 1. Menyenaraikan cara-cara HIV/AIDS dijangkiti dan tidak dijangkiti 2.

Ringkaskan cara-cara seseorang boleh dijangkiti atau tidak dijangkiti HIV dengan menggunakan transparensi. tidak dijangkiti HIV/AIDS. 5. Edarkan Bahan Sumber 2. dijangkiti HIV/AIDS 2. Murid dikehendaki memberi jawapan bagi aktiviti individu dalam masa 5 minit. Hasil Pembelajaran : Setiap murid diminta menyenaraikan cara-cara seseorang : 1. 4. Jelaskan salah tanggapan konsep. 24 .4.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3. 6.

“Pada pendapat anda. 2. “Mengapakah anda berpendapat sedemikian?” . Kemudian buat keputusan sama ada orang tersebut menghidap penyakit AIDS atau tidak. budaya. adakah orang ini dijangkiti HIV/AIDS?” 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 3 Siapakah yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS? Masa : 1 waktu Bahan : Gambar-gambar orang berlainan bangsa. Tunjukkan carta flip dengan jadual seperti yang dinyatakan dalam bahagian prosedur. etnik. Tuliskan jawapan dengan huruf besar pada belakang gambar. umur dan pekerjaan. murid dapat : Mengenal pasti golongan yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS. Kemudian menyoal. Contohnya. “Orang ini berumur 50 tahun. 25 Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. Jelaskan penerangan pada setiap gambar. Mereka dikehendaki menjawab soalan tersebut secara berkumpulan. 3. Staple atau gamkan pada kertas berwarna. Persediaan : 1. Gunting 8 hingga 12 gambar orang yang berlainan daripada majalah atau surat khabar. Huraikan perwatakan orang dalam gambar dan menyoal. dia merupakan seorang pengurus bank dan mempunyai harta yang banyak”. Kandungan : Kumpulan berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS. Prosedur : 1. Pengenalan : Mengetahui siapakah yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti serta menghidap penyakit HIV/AIDS merupakan langkah penting dalam membendung jangkitan ini daripada merebak. Tunjukkan gambar-gambar yang berbeza untuk dilihat oleh seluruh kelas.

Setiap kumpulan diminta menggantungkan carta flip mereka dalam bilik untuk dipersembahkan kepada kelas. KUMPULAN BERISIKO TINGGI SEBAB-SEBAB KUMPULAN YANG MUDAH DIJANGKITI 26 SEBAB-SEBAB Hasil Pembelajaran : Nyatakan seorang yang berisiko tinggi dan mudah dijangkiti HIV/AIDS dan terangkan sebab-sebabnya. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil. 5. Minta mereka untuk mengisi jadual di bawah dalam carta flip. Berikan mereka 10 minit untuk melakukan aktiviti ini. Jelaskan bahawa kita tidak boleh menilai dan membuat kesimpulan bahawa seseorang itu dijangkiti HIV atau AIDS hanya berdasarkan kepada wajah/muka orang berkenaan. .PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3. 4.

Orang yang melakukan perhubungan seks rambang adalah berisiko tinggi dijangkiti HIV. Anda boleh dijangkiti HIV melalui penggunaan mangkuk tandas. Sekiranya seekor nyamuk menggigit seseorang pesakit AIDS dan kemudian menggigit orang lain. Seseorang itu boleh dijangkiti AIDS jika dia melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur. 14. Anda boleh dijangkiti AIDS melalui perhubungan seks oral dengan pasangan lelaki penghidap AIDS. Anda boleh dijangkiti AIDS dengan mencium pipi pesakit AIDS. 9. Anda boleh dijangkiti AIDS jika seorang pesakit AIDS batuk atau bersin berhampiran anda.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 2. . 6. 7. 1. 15. Seseorang itu boleh dijangkiti AIDS jika duduk bersebelahan dengan pesakit AIDS. 10. Pilih soalan-soalan yang dianggap paling bersesuaian dengan tahap kematangan dan usia kumpulan murid anda. orang kedua yang digigit itu mungkin akan dijangkiti AIDS. Anda boleh dijangkiti HIV jika berkongsi minuman dalam gelas yang sama dengan seseorang yang telah disahkan HIV positif. Seseorang bayi yang belum dilahirkan boleh menghidap AIDS jika ibunya telah dijangkiti AIDS. Wanita yang menghidap penyakit AIDS boleh merebak HIV kepada lelaki melalui perhubungan seks. 11. Anda boleh dijangkiti AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh seorang pesakit AIDS. 12. 8. 3. 4.1 Permainan mitos dan fakta HIV/AIDS Nota : Anda mungkin tidak ingin menggunakan kesemua soalan ini. 13. 5. 27 2. Serangga dalam rumah seperti kutu katil dan lipas boleh membawa HIV dan menjangkiti orang lain. Anda boleh dijangkiti AIDS apabila menggunakan telefon yang baru digunakan oleh seorang pesakit AIDS. Anda boleh dijangkiti AIDS jika telah menyentuh air mata seorang pesakit AIDS.

26. Anda boleh dijangkiti HIV jika mandi di hot tubs atau kolam renang. Seseorang pesakit AIDS yang kelihatan sihat tidak akan dapat memindahkan HIV kepada orang lain melalui perhubungan seks. Seseorang boleh menghidap AIDS melalui persetubuhan dengan orang yang dijangkiti AIDS. 25. 30. Hanya orang miskin dan tidak berpendidikan akan dijangkiti AIDS. 29. 23. Anda boleh menghidap AIDS dengan memeluk pesakit AIDS. 24. Abang dan kakak kepada seseorang pesakit AIDS biasanya juga akan dijangkiti AIDS. . Anda mudah dijangkiti AIDS jika tidur di atas katil yang sama dengan seorang pesakit AIDS. Bayi yang belum dilahirkan boleh dijangkiti AIDS jika salah seorang daripada ibu bapanya adalah HIV positif. 17. Seorang bayi boleh dijangkiti AIDS melalui penyusuan ibu yang HIV positif. 18. Perkongsian jarum antara penagih dadah menyumbang kepada faktor merebaknya AIDS. 22. Mereka yang menjalani ujian darah dan disahkan negatif semasa window period mungkin tidak dapat memindahkan HIV melalui transfusi darah. 20.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 16. 21. Doktor dan jururawat yang merawat pesakit AIDS kerap kali dijangkiti AIDS. Kanak-kanak sekolah boleh dijangkiti HIV jika duduk bersebelahan atau bermain bola dengan murid yang disahkan HIV positif. 27. 28 28. Anda boleh dijangkiti HIV melalui jarum yang digunakan semasa suntikan atau transfusi darah. 19. Anda boleh dijangkiti AIDS apabila berjabat tangan dengan seorang pesakit AIDS.

25. Mitos Fakta Mitos Fakta Mitos Mitos Mitos Mitos Mitos Fakta 21. 30. 18. 15.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Kunci Jawapan 1. 20. 7. 16. 23. 22. 28. 14. 3. 17. 29. 27. 24. 12. Mitos Fakta Fakta Mitos Mitos Fakta Mitos Mitos Mitos 11. 13. 2. 19. Mitos . 6. 9. 4. Mitos Mitos Fakta Mitos Fakta Mitos Mitos Fakta Mitos Fakta 29 10. 8. 5. 26.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 2. iaitu sel keimunan untuk membiak. penyakit respirasi. Contohnya. Dia masih boleh menjalani aktiviti harian. adalah sangat kecil dan tidak akan dapat dilihat hanya melalui mikroskop biasa. HIV perlu masuk ke dalam sejenis sel badan. mekanisme pertahanan tubuh terhadap sebarang jangkitan organisme. Mereka yang dijangkiti HIV mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda penyakit ini dan boleh menjangkiti orang lain tanpa mengetahuinya. gastro usus dan penyakit kulit. • 30 • • . HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. penghidap HIV tidak berupaya menentang sebarang jangkitan atau penyakit lagi. Seseorang yang dijangkiti HIV boleh berasa sihat dan kelihatan sihat. Tahukah Anda … • HIV. Oleh kerana HIV mengganggu mekanisme pertahanan tubuh. HIV boleh hidup dalam tubuh manusia untuk beberapa tahun lamanya dan boleh dipindahkan kepada orang lain sebelum sebarang tanda dikesan. seperti virus lain. Jangkitan yang disebabkan oleh pemusnahan sistem imun oleh HIV juga dipanggil “jangkitan berkesempatan" atau opportunistic infections. HIV melemahkan sistem imun manusia.2 Fakta asas HIV/AIDS HIV adalah singkatan bagi Human Immuno-deficiency Virus. HIV mengganggu sistem imun dan menyebabkan tubuh kita tidak dapat dilindungi daripada penyakit yang biasanya dipertahankan oleh sel-sel imun.

masih tiada vaksin atau ubat untuk merawat AIDS walaupun ujian bahan vaksin dan beberapa jenis ubat-ubatan sedang dijalankan. Bagi setiap orang yang telah disahkan menghidap penyakit AIDS. jangka masa hidup adalah lebih singkat. Kadar kematian adalah sangat tinggi (50 peratus orang dewasa yang dijangkiti AIDS mati dalam tempoh 18 bulan selepas diagnosis). 31 • • • • • . Seseorang menghidap AIDS apabila virus tersebut telah melakukan kemusnahan yang serius terhadap sistem imun tubuh dan membenarkan jangkitan serta penyakit lain merebak. terdapat ramai lagi yang telah dijangkiti AIDS tanpa mengetahuinya. Immune (imun) bermaksud sistem pertahanan semula jadi badan yang memberi perlindungan terhadap organisme yang membawa penyakit. Jangkitan sedemikian melemahkan orang tersebut dan boleh membawa maut.. Bagi kanak-kanak. Tahukah Anda . Buat masa ini. • • AIDS disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil HIV yang menyerang dan dalam satu jangka masa yang tertentu memusnahkan sistem imun tubuh. Syndrome (sindrom) bermaksud sekumpulan gejala atau tanda hasil daripada sesuatu penyebab utama atau kombinasi penyebab dan mengakibatkan manifestasi klinikal bagi sesuatu penyakit. pasangan seksual.. Deficiency (kekurangan) bermaksud kekurangan respons daripada sistem imun terhadap organisme yang menyebabkan badan tidak berupaya melindungi diri daripada jangkitan penyakit. tetapi adalah dianggarkan bahawa 25 hingga 50 peratus orang akan dijangkiti AIDS dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas jangkitan HIV. misalnya. Kita tidak mengetahui jangka masa bagi seseorang yang dijangkiti HIV untuk mendapat AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome Acquired (pemerolehan) bermaksud ia merupakan hasil daripada interaksi dengan satu sumber luar.

dalam kes-kes tertentu. pembalut plastik. keputusan ujian adalah negatif memandangkan antibodi belum berada pada tahap yang boleh dikesan. ia mungkin mengambil masa yang lebih lama lagi. Pertolongan cemas dan pembersihan sudah memadai. pembalut luka (gauze) atau sarung tangan latex sebagai penapis semasa berdepan dengan darah orang lain. 32 Cara HIV Merebak HIV tidak merebak melalui kegiatan dan aktiviti sosial atau harian. Kulit melindungi tubuh kita daripada agen berjangkit termasuk HIV. Jawapannya adalah tidak. Ini bermakna. antibodi dapat dikesan untuk mengesahkan sama ada dijangkiti atau tidak. Gunakan kain. tempoh ini mungkin mengambil masa 2 . Mengapakah AIDS tidak merebak melalui nyamuk? Adakah HIV merebak melalui nyamuk atau serangga lain yang menghisap darah? Itulah persoalan yang paling biasa ditanya.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Apakah Window Period ? Window period adalah tempoh yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk menghasilkan jumlah antibodi tertentu selepas sesuatu jangkitan. orang yang dijangkiti boleh memindahkan HIV kepada orang lain dalam tempoh tersebut. Mengapa? . jika satu ujian antibodi HIV dijalankan dalam window period. Ujian yang biasa digunakan bagi antibodi HIV adalah ujian ELISA. Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan air selepas memberi pertolongan cemas tidak kira sama ada anda memakai sarung tangan atau tidak.12 minggu. Untuk HIV. Walau bagaimanapun. HIV tidak merebak melalui sentuhan biasa dengan orang lain ataupun melalui udara dan air. Orang yang mengambil ujian tersebut dinasihatkan untuk melakukan follow-up dalam masa 3 bulan jika keputusan ujian adalah negatif supaya dalam tempoh itu. HIV tidak merebak hanya dengan berada di sisi seseorang yang dijangkiti AIDS.

tiada jangkitan yang berlaku melainkan terdapat pasangan seks atau jangkitan AIDS daripada ibu kepada anaknya. BAHAN SUMBER 2. Selepas itu.3 Mencari Jawapan Kumpulan A HIV adalah singkatan bagi AIDS adalah singkatan bagi Kumpulan B Human Immuno-deficiency Virus Acquired Immune Deficiency Syndrome Kurang respons dari sistem pengimunan untuk menentang organisme yang membawa penyakit 33 Sindrom Manifestasi sesuatu jangkitan atau keadaan Keupayaan badan untuk melawan jangkitan Sejenis penyakit yang boleh dipindahkan daripada seorang kepada orang lain Tempoh yang diambil oleh tubuh untuk menghasilkan antibodi selepas sesuatu jangkitan Bahagian darah yang bertanggungjawab menghapuskan sebarang jangkitan yang memasuki tubuh Memilih untuk tidak melakukan persetubuhan Kekurangan pengimunan Keimunan Penyakit yang boleh merebak Window Period Sel darah putih Menahan diri (abstinence) . Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat pesakit AIDS dalam sebuah rumah yang banyak nyamuk atau serangga lain. darah. HIV hanya berganda dalam sel imun manusia dan jangkitan hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan cecair atau bendalir dalam tubuh (air mani. parasit akan berpindah ke kelenjar air liur nyamuk untuk disuntik ke dalam salur darah orang lain.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Parasit malaria memerlukan spesis nyamuk tertentu untuk melengkapkan kitar hidup mereka. Parasit akan memasuki badan seekor nyamuk melalui darah dan kemudian berkembang serta berganda dalam sel-selnya. bendalir faraj).

34 Jangkitan HIV dari ibu kepada bayi yang belum atau baru dilahirkan • Bayi yang dilahirkan mungkin dijangkiti HIV dalam uterus ibu sebelum atau semasa dilahirkan dan kadang-kadang melalui susu ibu. • Seseorang boleh dijangkiti HIV melalui peralatan yang pernah digunakan oleh pesakit AIDS untuk menindik telinga. Darah yang dijangkiti . • HIV juga boleh dijangkiti melalui mulut. • Mengadakan persetubuhan tanpa perlindungan bermaksud melakukan hubungan seks vagina atau anal tanpa menggunakan kondom.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 2.4a Bagaimana HIV merebak? Persetubuhan • Kebanyakan orang dijangkiti HIV melalui perhubungan seks tanpa perlindungan dengan orang yang menghidap AIDS. • Seseorang boleh dijangkiti HIV dengan menggunakan jarum yang tidak disterilkan dengan sempurna dan telah digunakan oleh orang lain untuk suntikan. tatu atau berkhatan di mana peralatan tersebut telah digunakan tanpa pensterilan yang sempurna. • Seseorang boleh dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dengan darah yang dijangkiti.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 2. • • .4b Bagaimanakah HIV tidak merebak? • Bersekolah • • Bersin atau batuk Berpeluh atau air mata • Berpelukan • Menggunakan tandas atau kemudahan mandi • Berjabat tangan 35 • Nyamuk atau serangga lain • Menggunakan telefon. pisau. komputer. sudu dan cawan Berenang Menggunakan alat-alat sukan dan gimnasium. kerusi dan meja • Berkongsi pakaian • • Makan makanan yang disediakan atau dihidang oleh orang yang dijangkiti HIV Berkongsi garpu.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 2. 13 14 .5 Untuk setiap tindakan/amalan yang disenaraikan di bawah. nyatakan dalam petak berkenaan tahap risiko setiap tindakan. Tiga tahap tersebut adalah : TR RR RT 1 (Tiada Risiko) (Risiko Rendah) (Risiko Tinggi) Menggunakan tandas awam 2 Menyentuh atau memberi simpati kepada pesakit HIV/AIDS Mengadakan hubungan seks dengan seseorang tanpa menggunakan kondom Mengamalkan hubungan seks rambang Ciuman kering Berkongsi jarum untuk kegunaan suntikan dadah secara intravena Berenang bersama dengan orang yang disahkan positif HIV Berkongsi jarum untuk membuat tatu dan menindik telinga 3 4 5 6 7 8 36 9 Mengelakkan persetubuhan 10 Bersekolah dengan orang yang HIV positif 11 Digigit oleh nyamuk 12 Menderma darah Persetubuhan dengan menggunakan kondom Memakan makanan yang disediakan oleh orang yang dijangkiti HIV.

keluarga. emosi. Menerangkan kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal. Kerja kumpulan untuk mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS 3. Isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS. Sidang pleno: kritikan dan forum terbuka 4. Kandungan : 1. Ia menjelaskan kesan HIV/AIDS terhadap individu. Lakonan: kesan HIV/AIDS. Menyenaraikan kesan HIV/AIDS 2. keluarga dan masyarakat. jantina. emosi. Modul ini akan menerangkan impak HIV/AIDS dari aspek fizikal. dapat : 1.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 3 KESAN HIV/AIDS Masa Mesej : : 2 waktu HIV/AIDS mempengaruhi fizikal. Aktiviti Pembelajaran : 1. negara serta dunia 4. sosial. moral dan ekonomi serta mengancam kesejahteraan individu. Percambahan fikiran mengenai kesan HIV/AIDS 2. Klasifikasi kesan HIV/AIDS 3. Mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS murid 39 3. Kesan HIV/AIDS 2. moral dan ekonomi terhadap individu. status sosial ataupun masyarakat. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini. sosial. masyarakat. sosial. Kehilangan nyawa dan produktiviti merupakan halangan dalam pembangunan sosioekonomi. emosi. Membincangkan isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS. negara dan dunia. moral dan ekonomi dalam kehidupan manusia. . keluarga. Gambaran Keseluruhan : Epidemik HIV/AIDS adalah satu ancaman serius terhadap kesihatan tanpa mengambil kira had umur. masyarakat.

Minta setiap kumpulan mencatat seberapa banyak yang mereka ketahui mengenai kesan HIV/AIDS. sosial. murid dapat : Menyenaraikan kesan HIV/AIDS berdasarkan persepsi atau pemerhatian individu. 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Penilaian : Menerangkan secara ringkas kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal.5 orang. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 . 3. Kandungan : Kesan HIV/AIDS Prosedur : 1. . Hasil Pembelajaran : Ringkaskan semua kesan HIV/AIDS. moral dan ekonomi terhadap : (a) individu (b) keluarga (c) masyarakat/komuniti (d) negara (e) dunia Aktiviti Pembelajaran 1 Percambahan fikiran mengenai kesan HIV/AIDS Masa 40 Bahan : : 1 waktu Pen Kertas Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. Minta murid memilih seorang ahli selaku pencatat atau jurucakap bagi kumpulan masing-masing. emosi. Berikan masa selama 15 minit untuk tugasan ini.

moral dan ekonomi. 3. 5. 4.1 kepada semua murid. emosi.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Kerja kumpulan untuk mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS Masa Bahan : : 2 waktu Pen Kertas Persediaan : Sediakan salinan Bahan Sumber 3. 41 Hasil Pembelajaran : Merumuskan kesan HIV/AIDS dari aspek fizikal.1. murid dapat : Mengklasifikasikan kesan HIV/AIDS terhadap individu. sosial. Berikan kertas dan pen. 2. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. masyarakat/komuniti. Beri masa 10 minit untuk setiap kumpulan meneliti hasil kerja mereka dan seterusnya menambahkan kesan yang mungkin terlepas pandang. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 . Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka dalam sesi pleno. Kumpul dan semak semua tabulasi dalam satu carta flip untuk aktiviti seterusnya. negara dan dunia dari aspek fizikal. moral dan ekonomi terhadap : (a) individu (b) keluarga (c) masyarakat/komuniti (d) negara (e) dunia . Murid dikehendaki mengisi jadual yang disediakan bagi Aktiviti 3. emosi. keluarga. sosial. Kandungan : Klasifikasi kesan HIV/AIDS Prosedur : 1.5 orang.

Pengenalan : HIV/AIDS memberi kesan ke atas setiap aspek kehidupan kita dari segi peribadi dan sosial.2 kepada semua murid.2. 2. 42 Hasil Pembelajaran : Padankan item dalam Lajur A dengan jawapan di Lajur B. murid dapat : Menganalisis isu berkaitan HIV/AIDS. Aspek fizikal 3. Aspek ekonomi 4. Aspek sosial Lajur B (a) isu penyingkiran atau diskriminasi (b) kesukaran mendapat pekerjaan (c) tidak berupaya (d) perasaan putus asa takut dan mudah marah : 1 2 3 4 (a) (c) (b) (d) 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 3 Sidang pleno : kritikan dan forum terbuka Masa : 1 waktu Persediaan : Edarkan salinan Bahan Sumber 3. Mengkaji semula Bahan Sumber 3.2. Mengajak murid merenung dan membincangkan isu berkaitan HIV/AIDS dengan menggunakan bahan persediaan yang telah dikumpul semak dari Aktiviti 3.1 dan 3. Lajur A 1. Kandungan : Isu berkaitan HIV/AIDS Prosedur : 1. Aspek emosi Kunci Jawapan . Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini.

43 Kandungan : Kesan HIV/AIDS Prosedur : 1. 2. Setiap kumpulan dijemput mempersembahkan lakonan (cungkil reaksi semasa lakonan dan ucapkan tahniah kepada setiap kumpulan selepas lakonan). Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. 4. Setiap kumpulan mencabut undi untuk memilih topik lakonan. . Hasil Pembelajaran : Komen mengenai kesesuaian lakonan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan : Melakonkan situasi sebenar adalah satu cara untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai HIV/AIDS dan orang yang menghidapinya. murid dapat : Menjelaskan kesan HIV/AIDS. Garis panduan lakonan : setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk persediaan setiap lakonan harus dilakonkan dalam 5 minit setiap murid harus bercakap dengan suara yang jelas gunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan mesej dalam lakonan mereka dengan jelas. Bahagikan kelas kepada 4 kumpulan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 4 Lakonan : kesan HIV/AIDS Masa : 1 waktu Persediaan : Potong cebisan kertas untuk cabutan undi bagi topik yang akan dilakonkan : (a) kesan fizikal HIV/AIDS (b) kesan sosial HIV/AIDS (c) kesan sosioekonomi HIV/AIDS (d) kesan ekonomi HIV/AIDS.

kestabilan kewangan. keyakinan. Isu-isu psikologi termasuk : takut pada kesakitan dan kematian (terutamanya apabila keseorangan) rasa kehilangan yang berkaitan dengan cita-cita. Sebanyak 30% daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dikenal pasti sebagai HIV positif juga akan turut menjadi HIV positif. Perasaan tersingkir dari kawan-kawan dan orang tersayang. rancangan masa depan dan berdikari . Sebanyak 50% daripada orang dewasa yang disahkan sebagai penghidap AIDS meninggal dunia dalam lingkungan 18 bulan selepas diagnosis. daya tahan. serta keterasingan dari aktiviti sosial dan komuniti.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 3. perhubungan seksual. kanser kulit dan pneumonia).2 Kesan HIV/AIDS 44 1. status dalam masyarakat/komuniti.1 Klasifikasikan kesan HIV/AIDS Fizikal Individu Keluarga Masyarakat Negara dan Dunia Emosi Sosial Moral Ekonomi BAHAN SUMBER 3. Individu Immuno defisiensi (kelemahan pada sistem imun iaitu daya tahan semula jadi seseorang terhadap jangkitan yang membawa kepada jangkitan sekunder seperti cirit-birit. poten.

susut berat badan dan kehilangan kekuatan hypochondria adalah satu keadaan obsesi akibat terlalu menumpukan perhatian terhadap kesakitan serta cara-cara mengelakkan jangkitan kesedihan terhadap kehilangan yang telah dialami atau kelak dialami rasa bersalah terhadap kemungkinan menyebabkan jangkitan HIV kepada orang lain.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS - menyalahkan diri kerana dijangkiti HIV dan juga terhadap orang lain yang menganggapnya sebagai penderaan terhadap dirinya kecenderungan membunuh diri mungkin dilihat sebagai cara untuk mengelak kesakitan dan kurang selesa atau untuk mengurangkan perasaan malu dan kesedihan orang yang disayangi kehilangan harga diri dan rasa nilai diri kerana disingkirkan oleh rakan sejawat atau orang yang disayangi. ditambah pula dengan kesan fizikal penyakit berkaitan dengan HIV/AIDS seperti kecacatan. terutamanya kanak-kanak kemurungan disebabkan ketiadaan rawatan serta rasa hilang upaya dan kawalan diri penafian sebagai cara mengatasi keputusan daripada diagnosis kerungsingan terhadap : • • • • • • • • • • • ramalan jangka pendek dan jangka panjang risiko jangkitan penyakit lain risiko menjangkiti orang lain dengan HIV hilang kebebasan dari aspek fizikal dan kewangan hilang keupayaan untuk berfungsi secara efisien tidak disenangi kelak dari aspek seksual atau emosi hilang kehidupan peribadi kewujudan rawatan perubatan/pergigian yang sesuai keupayaan orang yang disayangi untuk menanganinya ketakutan mati dalam kesakitan serta dalam keadaan hina kemungkinan diabaikan atau dipulaukan 45 - - - - ditamatkan perkhidmatan atau ditolak permohonan pekerjaan tanpa sebab . dan keperitan yang akan dialami oleh orang disayangi.

paranoid dan kehilangan harga diri orang yang tidak dijangkiti tetapi rapat dengan individu HIV positif diskriminasi terhadap kumpulan pelacur dan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan dilarang masuk ke negara-negara tertentu. serta kematian disebabkan AIDS mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. daerah serta negara dalam usaha mengurangkan impak AIDS. Kanak-kanak sering kali menjadi ketua keluarga dan orang tua dibiarkan menjaga diri sendiri. 3. - 2. Keluarga Stres secara psikologikal di kalangan semua ahli keluarga akibat kemarahan. menjual aset (tanah. Pengurangan Impak Menurut laporan kemajuan UNAIDS 1996-1997. kajian yang dijalankan di benua Afrika dan Asia memberi maklumat mengenai impak HIV/AIDS terhadap tahap masyarakat serta populasi secara spesifik. kesedihan dan kegagalan memenuhi keperluan individu yang dijangkiti Diskriminasi dan penyisihan dihadapi oleh semua ahli keluarga yang terlibat dalam penjagaan individu yang dijangkiti Masalah ekonomi disebabkan kos perubatan yang tinggi serta rawatan yang kerap diiringi dengan ketidaksanggupan untuk bekerja. kenderaan dan ternakan) serta berhutang. Kini. Justeru itu. . 4.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS - perasaan takut. menghabiskan wang simpanan. rawatan dan penjagaan 46 Bebanan pada sistem penjagaan kesihatan dan syarikat insurans Kehilangan output ekonomi dan produktiviti disebabkan penyakit pada tahun-tahun yang paling produktif bagi seseorang yang bekerja. Strategi keluarga sedemikian untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengurangkan makanan. diagnosis. Masyarakat Peruntukan bagi keperluan lain terpaksa dikurangkan akibat perbelanjaan berkaitan pencegahan AIDS. kita mengetahui bahawa keluarga yang dijangkiti menghadapi pengurangan pendapatan dan kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah dikeluarkan dari sekolah untuk memulihkan pendapatan. kerungsingan. UNAIDS dan penaja-penajanya telah menjalankan beberapa projek termasuk sokongan yang diberi kepada kajian-kajian utama dan penerbitan bertujuan untuk berkongsi pengalaman antara kawasan.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Impak AIDS terhadap ekonomi Sektor Kesihatan Individu Perbelanjaan bertambah Komuniti Perbelanjaan bertambah Kebangsaan Perlu meluaskan infrastruktur kesihatan Kehilangan orang yang terlatih Pendidikan Ketidakhadiran Kekurangan nilai sumber tenaga manusia di masa akan datang Bertambahnya penghijrahan Perdagangan dan perindustrian Kehilangan produktiviti Kesan kepada sektor pelancungan Ancaman terhadap industri pemakanan Pertanian Kehilangan produktiviti Kekurangan tanah yang diusahakan Perbelanjaan dan tahap jangkitan HIV Perbelanjaan Secara langsung Sebelum jangkitan Langkah kawalan dan pencegahan Kematian Jangkitan Pengujian dan penjagaan pesakit luar Penyakit Penjagaan pesakit dalam Pengebumian dan perbelanjaan berkaitan Hilang pendapatan 47 Secara tidak langsung Simpanan Kemerosotan produktiviti orang yang dijangkiti Penurunan penggunaan dan peluang pelaburan Perbelanjaan penjagaan pesakit Kemerosotan produktiviti dan hilang pendapatan Penurunan penggunaan dan peluang pelaburan Perbelanjaan penjagaan pesakit Kos dari segi psikologi Insurans Penurunan pendapatan keluarga Menerima pekerjaan yang kurang berisiko tetapi dengan gaji yang rendah Kesihatan yang tidak memuaskan di kalangan ahli yang masih hidup .

Tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga. 4. . Masalah yang dihadapi pada mulanya ialah pemeliharaan. Kemiskinan merupakan masalah yang memberi ruang kepada wabak ini merebak. tetapi mengalami kekeliruan. 2. Jangkitan HIV/AIDS membawa kepada ketandusan serta disintegrasi sosial dan ekonomi. Menjalankan semua urusan harian iaitu menjaga pesakit. menjaga suami yang menghidapi penyakit berkaitan dengan HIV. Keadaan ini menghalang kempen pencegahan HIV/AIDS secara efektif. Sesetengah wanita terpaksa melacur sebagai satu strategi ekonomi. keluarga saya akan kelaparan". rumahtangga dan membesarkan anak-anak. cuba memenuhi keperluan suami serta anak dan diri sendiri. (rintihan daripada seorang ibu dan suri rumah yang HIV positif). Wanita tidak berpeluang mendapat pekerjaan bergaji tetap. "AIDS menyebabkan saya sakit tetapi jika saya tidak bekerja. justeru mendedahkan diri mereka kepada risiko tinggi jangkitan HIV.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Perbelanjaan Sebelum jangkitan Jangkitan Kos dari segi psikologi bagi pesakit dan ahli keluarga Perbelanjaan pada orang lain terjejas secara tidak sengaja Penyakit Kematian Dari sudut ekonomi 1. 48 3. memaksa mereka bergantung kepada pasangan lelaki (suami) untuk kestabilan ekonomi.

Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti berkaitan pencegahan HIV/AIDS 2. Peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti 2. murid dapat : 1. 63 Kandungan : 1. Sentiasa berhubung atau berinteraksi dengan pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam pencegahan dan kawalan terhadap HIV/AIDS. Analisis kajian kes 3. Temuduga . Memilih tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah HIV/AIDS 3. Perbincangan panel mengenai peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk menangani masalah HIV/AIDS 2. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini. Aktiviti Pembelajaran : 1. Mengenali agensi yang terlibat dalam pencegahan dan kawalan terhadap HIV/AIDS. termasuk individu yang menghidapi HIV/AIDS serta keluarganya. Gambaran Keseluruhan : Menangani impak epidemik HIV/AIDS memerlukan kerjasama komuniti. Kajian kes 3. Masyarakat perlu memahami peranan individu dan kumpulan serta tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah HIV/AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 5 BEKERJASAMA DALAM KOMUNITI Masa Mesej : : 2 waktu Setiap ahli komuniti mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam menghadapi masalah HIV/AIDS.

Penghidap HIV/AIDS 1. 3. 3. 2. . 3. 2. 3. 2. 2. Kumpulan komuniti Peranan Tanggungjawab 1. 6. 64 Golongan profesional 1. 3. 3. 3. 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Penilaian : 1. 2. 4. 2. 1. 2. 5. 3. Murid dan guru 1. 2. 2. 3. 1. 2. 2. 2. 3. Ibu bapa dan penjaga 1. Komuniti keagamaan 1. 3. Isikan tempat kosong yang berikut dengan tiga peranan dan tanggungjawab utama pelbagai kumpulan dalam komuniti yang terlibat dalam pencegahan dan kawalan HIV/AIDS. Berbincang dengan ahli keluarga mengenai cara membantu individu yang menghidap HIV/AIDS. 1. 1. 2. 1. Industri hiburan dan tayangan 1. 2. 3. 1.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3. Mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga agensi menghulurkan bantuan kepada penghidap HIV/AIDS keluarganya. Lain-lain (sila jelaskan) . 65 4. 3. yang serta Nama & Alamat agensi Individu yang dihubungi Bantuan yang diberikan 1. 2.

Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab pelbagai kumpulan dalam komuniti yang terlibat dengan masalah HIV/AIDS 2.Para pendidik/guru . Prosedur : 1. Contoh : .1 2. Kandungan : Peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti serta bantuan yang dapat disumbangkan kepada penghidap HIV/AIDS dan keluarganya.3 memperkenalkan penceramah mengendalikan forum merumuskan perbincangan panel. Sediakan dan hantar surat jemputan. Menjemput 2 atau 3 orang individu yang mewakili 2 – 3 kumpulan dalam komuniti untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel. 66 Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini.Tokoh agama .2 2. Pengenalan : Terdapat pelbagai kumpulan dalam komuniti yang mengambil berat tentang masalah HIV/AIDS. Lantik seorang pengacara majlis untuk : 2.Penghidap HIV/AIDS atau ahli keluarganya .Persatuan ibu bapa dan guru . murid dapat : 1. Menerangkan bagaimana kumpulan ini dapat membantu penghidap HIV/AIDS serta keluarganya.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Perbincangan panel mengenai peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk menangani masalah HIV/AIDS Masa : 2 waktu Persediaan : 1. 2. Adalah penting untuk mengenal pasti peranan serta tanggungjawab mereka supaya mereka dapat digerakkan secara efektif dan berkesan apabila keadaan memerlukan.

Meminta setiap penceramah memberi ceramah selama 10 minit tentang peranan dan tanggungjawab mereka. 67 .Pegawai kesihatan . 4.penghidap AIDS. Memperkenalkan penceramah secara ringkas. 3. Merumuskan peranan bersama yang disumbangkan oleh kumpulan dalam komuniti untuk mengatasi masalah HIV/AIDS. 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS . 5. 2. Merumuskan isi perbincangan panel.Ahli perniagaan . Membuka forum untuk perbincangan. Hasil Pembelajaran : 1. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab kumpulan dalam komuniti untuk membantu penghidap HIV/AIDS serta keluarganya.Pemimpin belia Nota : Kumpulan lain dalam komuniti yang boleh dijemput . pemimpin kerajaan (tempatan dan kebangsaan) serta ahli media.Pertubuhan bukan kerajaan .

2. penyisihan dan lain-lain yang sepatutnya dielakkan. Mengenal pasti tindakan yang sesuai apabila menghadapi masalah berkaitan HIV/AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Analisis kajian kes Masa Bahan : : 2 waktu Kajian kes Pengenalan : Pada kebiasaannya terdapat pelbagai reaksi terhadap masalah mereka yang menghidapi HIV/AIDS. Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil seramai 4 .1) Tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah berkaitan HIV/AIDS. Prosedur : 1. diskriminasi. Setiap kumpulan dikehendaki membuat analisis kajian kes berdasarkan lakon peranan (role play) menunjukkan reaksi individu apabila mengetahui salah seorang ahli keluarga dijangkiti HIV/AIDS. Mendalami keadaan hidup. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. 3. keperluan dan aspirasi mereka adalah langkah pertama dalam memberi bantuan kepada mereka. . Menganalisis keadaan hidup penghidap HIV/AIDS dalam pelbagai situasi 2.5 orang setiap kumpulan. Minta kumpulan tersebut mengambil kira isu-isu seperti stigma sosial. murid dapat : 1. 4. • • • LP1 : individu yang dijangkiti HIV/AIDS LP2 : individu yang diberitahu oleh LP1 tentang jangkitan beliau LP3 : individu yang akan menyoal mengenai lakon peranan tersebut. Kandungan 68 : Kajian kes (Bahan Sumber 5. Menetapkan pelakon dalam lakon peranan (LP).

Selepas lakon peranan tersebut. Ini menakutkan Andy dan beliau telah pergi ke hospital untuk menjalani ujian HIV. Kes 3 Andy adalah seorang pemuda yang berasal dari sebuah kampung terpencil dan telah kehilangan kedua-dua ibubapanya dalam satu kebakaran baru-baru ini. Keputusannya adalah positif. Beliau lebih suka menggunakan kondom kecuali jika pelanggannya enggan berbuat demikian. Abu khuatir isteri dan anaknya yang berusia 2 tahun juga berkemungkinan telah dijangkiti HIV dan beliau tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Baru-baru ini. Beliau telah diuji dan didapati HIV positif. seorang rakan karib yang selalu berkongsi jarum suntikan dengannya telah disahkan HIV positif. Janet keberatan untuk pulang ke kampungnya kerana takut layanan yang akan diterima daripada keluarga serta saudara maranya. . Beliau kemudian telah berhijrah ke bandar untuk bekerja tetapi kesunyian dan tertekan. beliau berasa kurang sihat dan telah meminta doktornya menjalankan ujian HIV ke atas dirinya. Baru-baru ini. Janet telah diuji HIV positif dan dipaksa keluar dari rumah yang disewanya bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. bincangkan perasaan LP1 dan LP2. Hasil Pembelajaran : Menerangkan bagaimana setiap LP dapat mengatasi situasi dan masalah berbeza yang berkaitan dengan HIV/AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 5. 69 Kes 2 Abu cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu dan telah menerima transfusi darah ketika berada di hospital. BAHAN SUMBER 5.1 Kajian kes Kes 1 Janet adalah seorang pekerja seks. lalu mula menggunakan dadah. Baru-baru ini.

Beliau risau memikirkan bagaimana hendak menanggung keluarganya tanpa sebarang pekerjaan. Pemuda tersebut telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ini menyebabkan Julia kesunyian. Dia dibuang kerja.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Kes 4 Julia pernah bekerja di sebuah hotel yang terletak di sebuah bandar besar di mana ramai warga asing menginap. 70 . Tidak lama kemudian beliau mendapati ramai lelaki yang menginap di hotel tersebut ingin mendampinginya. Isterinya telah meninggalkannya dan pulang ke kampung bersama-sama dengan anak-anak. Beliau telah bercinta dengan seorang pemuda selama tiga tahun dan kemudian telah memutuskan hubungan kira-kira dua tahun lalu. Pada mulanya. Dua bulan yang lalu. Beliau telah cuba menghubungi isterinya tetapi gagal. dadah tersebut juga dapat membantunya melupakan penderitaan yang dialami. Stoli telah diuji HIV positif. Beliau telah meminta bantuan daripada salah seorang rakan sekerja. Stoli telah menggandakan penggunaan dadah kerana memikirkan tiada bezanya kerana beliau telah pun dijangkiti HIV. Malangnya. Julia mula bertukar-tukar pasangan dan pernah sekali mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan kondom. Pada masa yang sama. Sekali sekala Stoli sendiri telah menggunakan dadah dan dibekalkan dengan jarum suntikan oleh pembekal dadah. Stoli memang tidak mahu terlibat dengan penyalahgunaan dadah tetapi kemudian telah mendapat tahu daripada rakan-rakannya bahawa melalui pengedaran dadah akan menghasilkan pendapatan lebih lumayan serta dapat menampung keluarganya. Kes 5 Stoli adalah seorang pekerja pembinaan yang telah diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi kini. Akhirnya. Julia telah dijangkiti HIV dan seterusnya menghidap AIDS. rakan sekerja yang sememangnya tidak bersetuju dengan perbuatan Julia yang suka bertukar-tukar pasangan dengan para pengunjung hotel tersebut telah memberitahu pihak pengurusan hotel tentang Julia.

Dalam usaha menangani wabak ini. program pendidikan pencegahan juga dijalankan untuk meningkatkan kesedaran bagi mencegah penyakit ini.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 6 INTEGRASI PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS DALAM KURIKULUM Masa Mesej : : 3 waktu Fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh diintegrasikan dalam kurikulum sekolah sebagai satu pendekatan holistik dalam pendidikan kesihatan di kalangan remaja. Kandungan : 1. Mengilustrasikan proses mengintegrasikan fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran 2. Menyenaraikan kebaikan mengintegrasikan pendidikan dalam kurikulum sekolah dan kelemahan pencegahan HIV/AIDS 4. Mereka cipta matriks fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang boleh diintegrasikan dalam mana-mana mata pelajaran pada peringkat yang bersesuaian 3. Proses integrasi 2. Senarai fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS . 73 Objektif : Pada akhir pengajaran guru dapat : dan pembelajaran modul ini. Program di sekolah sepatutnya memberi fokus ke arah meningkatkan keupayaan golongan remaja untuk membuat keputusan yang rasional bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan mereka. 1. Selain itu. Gambaran Keseluruhan : Wabak AIDS menunjukkan impak negatif terhadap pelbagai aspek kehidupan. Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mana-mana mata pelajaran. pelbagai kajian tentang ubat-ubatan dan kaedah rawatan terus dijalankan.

kita boleh menyediakan generasi muda dengan pengetahuan serta membantu mereka membentuk nilai. Rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah. Beri komen tentang rancangan pelajaran yang mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran yang diajar di sekolah. Bagaimanakah menulis rancangan pelajaran yang kreatif? Aktiviti Pembelajaran : 1. 74 Rumusan : Adalah penting mengintegrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum sekolah kerana pada peringkat ini generasi muda mudah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran mereka. 4. Kebaikan dan kelemahan mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mana-mana mata pelajaran 4. sikap dan kemahiran untuk melindungi diri mereka. Kumpulan perbincangan kreatif 2. Senaraikan kebaikan dan kelemahan mengintegrasikan pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah. 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 3. Gunakan ilustrasi untuk menerangkan proses integrasi. . Penilaian : 1. 2. Gunakan matriks untuk mengintegrasikan fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah pada mana-mana peringkat yang sesuai. Melalui pendidikan pencegahan HIV/AIDS.

Dalam aktiviti ini. Tugaskan kumpulan 1 untuk mengilustrasikan proses mengintegrasi fakta. Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan kecil dan minta mereka membaca Bahan Sumber 6. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran di . Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. guru dikehendaki bersikap kreatif dalam mengintegrasi fakta. Menyediakan senarai kebaikan dan kelemahan mengintegrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah. konsep atau mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah. Mereka cipta matriks untuk diintegrasikan dengan pelbagai mata pelajaran pada tahap yang berbeza 3. 75 Kandungan : Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum : • • • • • • Integrasi Prinsip pembelajaran Mata pelajaran di sekolah Pemilihan isi kandungan Sebab integrasi Kebaikan dan kelemahan mengintegrasi Prosedur : 1. Mengilustrasikan proses mengintegrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah 2. Mereka boleh mengekalkan keinginan intelek dan produktiviti murid. guru dapat : 1.1 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Kumpulan perbincangan kreatif Masa Bahan : : 2 waktu Kertas carta flip Pen Masking tape Pengenalan : Guru yang inovatif boleh merangsang pemikiran dan pergerakan aktif murid.

Setiap guru diminta memberi komen untuk penambahbaikan setiap pembentangan (5 minit).PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS sekolah. 2. Beberapa orang guru diminta memberi dua atau tiga ayat untuk merumuskan aktiviti ini (5 minit). konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain serta pelbagai peringkat di sekolah (Bahan Sumber 6. Minta mereka menyenaraikan fakta. Senaraikan kebaikan dan kelemahan integrasi (Bahan Sumber 6. 3. Hasil Pembelajaran : 1. Ilustrasi proses integrasi (Bahan Sumber 6. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan tugasan mereka dalam sesi pleno (5 minit setiap kumpulan). Kumpulan 3 dikehendaki menyediakan satu senarai kebaikan dan kelemahan mengintegrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah (20 minit).1b).1a). 5. 4. 6. 76 3. Minta kumpulan 1 dan 2 menyediakan satu matriks untuk diintegrasikan dengan pelbagai mata pelajaran pada pelbagai peringkat. 7. .1b). Matriks untuk integrasi fakta. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS serta mata pelajaran di sekolah (20 minit).

77 6. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain di sekolah Fakta. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS Mata pelajaran Tahap T1SR T2SR SM Nota : T1SR – Tahap 1 sekolah rendah T2SR – Tahap 2 sekolah rendah SM – Sekolah menengah .1a Proses mengintegrasi fakta.1 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum di sekolah 6.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 6. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran lain serta pelbagai tahap di sekolah Fakta.1 6.1b Matriks untuk integrasi fakta. dll. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS : • • • • • • • • • • Maksud HIV/AIDS Mata pelajaran : • • • • • • • • • • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Moral Sains Biologi Matematik Geografi Sejarah Pendidikan Seni Visual.

4. dan sediakan rancangan pelajaran (30 minit). Hasil Pembelajaran : Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan fakta. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran lain di sekolah. Kandungan : Format untuk rancangan pelajaran • • • • • • • • Motivasi Objektif Garis panduan isi kandungan Bahan/peralatan Kaedah/aktiviti Penilaian Rumusan Tugasan (pilihan) Objektif 78 Prosedur : 1. Setiap pasangan diminta mengenal pasti fakta. 5. Kita perlu ingat tentang kepentingan isi kandungan mata pelajaran. Guru bekerja secara berpasangan dan baca Bahan Sumber 6. keperluan dan jangkaan murid serta contoh format yang disediakan boleh diubahsuai untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan.2a. : Selepas menyertai aktiviti ini. 2. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang mereka rancang untuk diintegrasikan dengan mata pelajaran tertentu pada pelbagai peringkat. persekitaran pembelajaran.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Menulis rancangan pelajaran yang kreatif Masa Pengenalan : : 2 waktu Menyediakan rancangan pelajaran adalah tugas yang mencabar. . Guru merumuskan hasil aktiviti ini (5 minit). Guru digalakkan memberi komen pada setiap rancangan pelajaran untuk penambahbaikan (5 minit).2 dan 6. guru dapat : Menulis rancangan pelajaran yang mengintegrasikan fakta. Guru menyemak semula dan mengubah suai rancangan pelajaran selepas cadangan daripada guru lain ( 10 minit ). 3. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan pelbagai mata pelajaran di sekolah.

membina sikap dan nilai serta menambahkan kemahiran yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan atau menghalang penyakit.2 6. konsep dan mesej pencegahan HIV/AIDS dengan kurikulum di sekolah pendidikan Matriks integrasi fakta dan konsep pendidikan pencegahan HIV/AIDS BAHAN SUMBER 6.2a 6.2 Proses mengintegrasi fakta. .2b Objektif pengajaran Rancangan pelajaran dalam pendidikan kesihatan BAHAN SUMBER 6.3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 6.1 6. Ini merupakan proses meletakkan fakta.4 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum sekolah Pengenalan Pembelajaran dari pengalaman menggalakkan perubahan dan tindak balas tingkah laku yang akan membantu individu berhadapan dengan pelbagai situasi pada masa akan datang. 79 Integrasi Integrasi ialah satu strategi untuk menyediakan pengalaman pembelajaran tentang kawalan pencegahan HIV/AIDS dalam pendidikan di sekolah. Ia memberi fokus untuk merangsang murid menyertai secara aktif dalam menimba ilmu pengetahuan. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam konteks mata pelajaran lain.3 6. Di sini kita akan mengajar murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang betul apabila berhadapan dengan situasi yang mendedahkan mereka dengan jangkitan HIV. Pendidikan termasuklah mengajar murid untuk memahami norma sosial dan membezakan perkara yang akan merosakkan kehidupan dengan perkara yang akan menjamin kesihatan dan kesejahteraan.3 Integrasi pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam kurikulum 6.2 Bagaimanakah cara untuk menulis rancangan pelajaran yang kreatif? 6.3.

konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS ialah : • • • • • • • • Sains Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Bahasa Pendidikan Moral Matematik Geografi Pendidikan Seni Visual Mata pelajaran lain 80 Pemilihan isi kandungan Garis panduan pemilihan fakta. disemak dan melibatkan beberapa mata pelajaran serta isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti. Antara contoh mata pelajaran yang boleh digabungkan dengan fakta. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dalam mata pelajaran di sekolah ialah : • • • • Mengambil kira objektif mata pelajaran yang ingin anda integrasikan Isi kandungan sepatutnya sesuai dengan kesediaan pembelajaran murid Isi kandungan yang dipilih perlu dibina berdasarkan kesesuaian dengan mata pelajaran Tempoh yang ditetapkan mestilah berpatutan dan mengambil kira minat murid . latar belakang serta pengaruh persekitaran tertentu Mata pelajaran di sekolah Murid seharusnya didedahkan dengan pelbagai pengalaman pembelajaran supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan produktif.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prinsip pembelajaran Aplikasi prinsip pembelajaran untuk pendidikan pencegahan adalah seperti berikut : • • • • • • Murid belajar dengan mengamalkan atau melakukan Peringkat persediaan untuk pembelajaran adalah sangat penting Motivasi adalah syarat pembelajaran Tindak balas mesti diperkukuhkan dalam bentuk maklum balas Tindak balas murid adalah berbeza berdasarkan apa atau cara mereka memahami situasi Kebolehan murid untuk mendalami proses adalah dipengaruhi oleh faktor keturunan. Murid seharusnya datang dari sekolah yang telah menjalankan proses integrasi kurikulum secara seimbang.

Guru pelbagai mata pelajaran boleh bersama-sama menentukan fakta. Soalan : Adakah anda merupakan guru yang ingin mengintegrasikan fakta. Murid berpeluang untuk berbincang dan bertanya soalan. guru sepatutnya diberi tugas dari peringkat awal perancangan hinggalah ke peringkat pelaksanaan. Antara kebaikan integrasi : • Pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh dimasukkan dalam kurikulum sekolah dengan menambah fakta. Guru yang inovatif sentiasa mencari idea untuk memotivasikan murid meneroka idea dan konsep baru. Untuk mempercepatkan proses ini.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Mengapakah integrasi? Banyak sekolah mendakwa kurikulum sedia ada adalah membebankan dengan pelbagai mata pelajaran diajar kepada murid. Oleh itu. guru juga boleh mengenal pasti jurang pengajaran mereka. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini. konsep dan mesej yang sesuai pada mana-mana mata pelajaran yang sesuai Bahan pengajaran boleh dibina dan guru-guru boleh dilatih Program latihan jangka pendek boleh dijalankan untuk melatih guru-guru menggunakan bahan pengajaran secara berkesan Pentadbir dan penyelia juga boleh diorientasikan dalam program ini supaya mereka boleh melakukan pemantauan dan penilaian terhadap pendidikan pencegahan HIV/AIDS • • • . 81 Terdapat kebaikan dan kelemahan dalam proses integrasi. fakta. guru seharusnya berkemampuan untuk menunjukkan hubungkait bidang pembelajaran sesuatu mata pelajaran. dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah atau isu tersebut. Guru mengalu-alukan usaha murid untuk berfikir secara kreatif. konsep. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS dengan mata pelajaran yang diajar? Mungkin anda adalah guru kelas yang muridnya mengamalkan budaya saling mempercayai dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Dalam aktiviti ini. Murid boleh menyoal tentang HIV/AIDS tanpa rasa malu atau bersalah. konsep dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS boleh diintegrasikan dengan mudah. integrasi boleh dilakukan secara optimum dengan menggunakan tempoh yang ditetapkan dalam mata pelajaran sedia ada melalui kaedah pembelajaran holistik. Dalam hal ini. Sebenarnya. Mereka menggalakkan pemikiran kreatif untuk mengenal pasti masalah atau isu. Anda mesti memulakan integrasi sekarang. pemantauan dan penilaian. dan mesej pendidikan pencegahan HIV/AIDS yang boleh diintegrasikan dengan manamana mata pelajaran lain. Mereka boleh mengurangkan tugas bertindih yang tidak sesuai dan meningkatkan tugas lain yang perlu. terdapat sikap saling hormatmenghormati dan penerimaan hubungan antara guru – murid.

.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Antara kelemahan integrasi : • • • • • Mata pelajaran sedia ada padat dengan isi kandungan dan aktiviti. Cadangan matlamat pendidikan pencegahan HIV/AIDS Matlamat ini boleh digunakan sebagai panduan dalam menentukan isi kandungan untuk integrasi dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah : • • • • • 82 Membina kemahiran diri untuk menghadapi masalah hidup Menggalakkan sikap berdikari tetapi ada had dan batasan Mengambil kira persekitaran kompleks yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan murid Meningkatkan kemahiran yang bersesuaian untuk menghadapi masalah tekanan diri Menekankan tingkah laku yang baik dan gaya hidup sihat. mungkin tidak ada masa yang mencukupi untuk pendidikan pencegahan HIV / AIDS Halangan daripada guru dan pentadbir Salah maklumat dan kekurangan bahan pengajaran yang sesuai Sensitiviti agama dan budaya masyarakat Halangan daripada ibu bapa dan komuniti.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

MODUL 7 PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID, TEKNIK KEMAHIRAN DIRI DAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS
Masa Mesej : : 3 waktu Kita belajar melalui pendengaran (11%) dan penglihatan (83%). Kita mengingat apa yang kita baca (10%), mendengar (20%), melihat (20%), melihat dan mendengar (50%), bercakap (70%), bercakap dan melaksanakan (90%).

Gambaran Keseluruhan

:

Guru yang kreatif akan menggunakan masa dan keupayaan untuk memilih dan merancang kaedah, teknik serta strategi pengajaran. Aktiviti pengajaran berpusatkan murid dan menyediakan ruang penglibatan murid secara aktif adalah aktiviti yang paling sesuai. Setiap pelajaran menggunakan lebih dari satu aktiviti untuk disesuaikan dengan pelbagai kebolehan dan minat murid.

Objektif

:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini, dapat : 1. Menerangkan konsep pengajaran berpusatkan murid 2. Membandingkan kaedah tradisional pengajaran berpusatkan murid dengan

guru

85

kaedah

3. Menyediakan sampel ujian pra dan ujian pasca tentang bagaimana murid berfikir atau memberikan pendapat dan menyatakan perasaan mereka tentang HIV/AIDS 4. Membina contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid 5. Menyediakan contoh teknik kemahiran diri (life skill techniques) 6. Mengaplikasi kriteria dalam memilih dan menggunakan media 7. Demontrasi contoh strategi dan media pengajaran untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kandungan

:

1. Konsep pembelajaran berpusatkan murid 2. Arahan tradisional lwn pembelajaran berpusatkan murid 3. Contoh ujian pra dan ujian pasca tentang pendidikan pencegahan HIV /AIDS 4. Strategi pembelajaran berpusatkan murid 5. Teknik kemahiran diri (life skill techniques) 6. Media pengajaran

Aktiviti Pembelajaran

:

1. Pertukaran kumpulan dengan kumpulan 2. Bengkel tentang persediaan sampel ujian pra dan ujian pasca, strategi pembelajaran berpusatkan murid, teknik kemahiran diri dan penggunaan media pengajaran dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3. Tunjuk cara tentang penggunaan contoh aktiviti : • Strategi pembelajaran berpusatkan murid • Teknik kemahiran diri.

86

Penilaian

:

Ujian ialah sebahagian daripada penilaian yang sahih atau penilaian aktiviti pengajaran berpusatkan murid dan merupakan indikator pencapaian murid bagi sesuatu masa. Penilaian yang sahih menilai keseluruhan prestasi murid dan tidak mengasingkan aspek tertentu. Contoh penilaian yang sahih ialah ilustrasi, artifek bergerak, kolaj, permainan video, puisi, lisan dan aktiviti bertulis seperti cerita pendek yang kreatif dan esei; potfolio yang menggalakkan kemahiran berfikir dan kemahiran mengurus, log pembelajaran, jurnal, surat dan sebagainya. 1. Berdasarkan kepada aktiviti pertukaran kumpulan dengan kumpulan : 1.1 1.2 1.3 Terangkan satu idea atau konsep baru yang anda telah pelajari. Idea atau Mengapa? konsep manakah yang berkesan?

Apakah cadangan yang boleh anda beri supaya murid menyertai secara aktif semasa pembelajaran?

2. Tafsir atau nilai aktiviti dan media pengajaran yang anda sediakan dengan menyediakan senarai semak. 3. Berdasarkan tunjuk cara sampel strategi pengajaran, buat pemerhatian ke atas senarai semak.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

4. Berdasarkan corak dan penggunaan media dalam tunjuk cara aktiviti pengajaran, sediakan Skala Likert yang memasukkan perkara berikut : 4.1 4.2 Pilih media yang sesuai dengan objektif. Kaitkan media dengan pelajaran dengan mengambil kira keadaan tempoh masa, dan lain-lain bahan pembelajaran. Terangkan sebahagian ciri-ciri media sebelum bahan ini digunakan. Sediakan peralatan atau kemudahan terlebih dahulu sebelum pengajaran. Sediakan media alternatif jika berlaku perkara yang menyebabkan bahan sedia ada tidak dapat digunakan. Pastikan penyertaan murid secara maksimum apabila media digunakan. Tentukan sama ada murid memberi maklum balas positif terhadap media yang digunakan.

4.3 4.4 4.5

4.6 4.7

Rumusan

:

Aktiviti pengajaran sepatutnya : • Menekankan sikap positif, nilai, hubungan interpersonal, perubahan tingkah laku dan pembangunan diri atau individu secara keseluruhan Menarik dan dapat dilaksanakan Membantu murid menyelesaikan masalah yang diutarakan Menggalakkan pembelajaran dan penyertaan secara aktif, mengaitkan pengetahuan dengan gaya hidup sihat serta tingkah laku yang bertanggungjawab Menggalakkan murid menggunakan kemahiran diri dalam mengelakkan risiko dijangkiti HIV/AIDS Belajar dengan melakukan atau mengamalkan, belajar cara untuk belajar dan meningkatkan kemahiran diri dengan membina perasaan serta tindakan yang konstruktif.

87

• • •

• •

Aspek teknikal i. iv. 4. v. ii. Adakah mudah dilihat. iv. v. ii. Adakah ia tepat dan terkini? Adakah ia bersesuaian dengan tahap kebolehan murid? Adakah ia tepat dan jelas? Adakah ia bebas dari syak wasangka dan diskriminasi? Ciri-ciri lain (sila nyatakan). didengar atau dibaca? Adakah format bersesuaian dengan peralatan dan kemudahan yang ada? Adakah murid dan guru memiliki kemahiran untuk menggunakan media? Adakah masa yang diperlukan untuk penggunaan media sesuai dengan masa pengajaran dan pembelajaran? Ciri-ciri lain (sila nyatakan). 1. Aspek Ya Tidak Tidak Pasti Jenis pengajaran (Instructional design) i. Adakah mudah diurus. Adakah objektifnya jelas? Adakah format dan strategi media yang digunakan sesuai dengan tahap kebolehan murid. iv.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Senarai semak pemilihan media Baca setiap item dengan teliti dan semak jawapan anda dalam ruangan yang sesuai. objektif dan kandungan? Adakah arahan jelas untuk murid? Adakah diadakan penilaian? Ciri-ciri lain (sila nyatakan). . iii. disimpan dan dikenal pasti? Adakah tempoh pakej mencukupi untuk kegunaan dan penyimpanan? Adakah ia boleh mencapai matlamat yang diharapkan? Adakah menjimatkan berbanding dengan media lain? Ciri-ciri lain (sila nyatakan). 88 3. 2. v. iii. iii. iii. Kandungan i. ii. v. iv. Pakej i. Bil. ii.

Aktiviti pengajaran i. Berikan komen dan cadangan anda untuk memperbaiki atau meningkatkan keberkesanan aktiviti. Adakah aktiviti bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kebolehan murid? iv. . 1. Soalan Adakah objektif mengandungi unsur pembangunan pemikiran kritis dan kebolehan untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab? ii. Adakah aktiviti yang dijalankan mengarah kepada objektif yang dikehendaki? 89 3. i. ii. Adakah aktiviti pengajaran ini menarik? Adakah melibatkan penyertaan murid secara maksimum? iii.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Senarai semak pemerhatian (observation checklist ) Nama guru : ________________________ Tahap gred : ________________________ Tempoh Tarikh : ________________________ : ________________________ ) pada ruangan yang sesuai. Adakah objektif tercapai? Ya Sebahagian Tidak 2. Sila tandakan ( Bil.

Sediakan lima kumpulan kecil.1. Membandingkan arahan tradisional pembelajaran berpusatkan murid dengan arahan 3. 2. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. Kandungan : 1. 3. guru dapat : 1. Konsep pembelajaran berpusatkan murid 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Pertukaran antara kumpulan Masa Persediaan : : 2 waktu 1. Pengenalan : Pengajaran ialah aktiviti yang bertumpu kepada proses pembelajaran. Mengulas perbezaan contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid dan teknik kemahiran diri (life skills techniques) 4. Setiap kumpulan merujuk topik yang ditetapkan pada Bahan Sumber 7. dan lain-lain. Pertukaran antara kumpulan merupakan contoh pembelajaran koperatif di mana terdapat peraturan tertentu antara ahli kumpulan. Strategi pembelajaran berpusatkan murid : • • • • • • • ujian pra dan ujian pasca pembelajaran koperatif pengajaran dan pembelajaran setara (peer teaching and learning) kajian kes cerita untuk membuat keputusan (decision stories) teka silang kata permainan . Setiap kumpulan diminta membawa bahan yang diperlukan untuk persembahan seperti pentel pen. Pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran tradisional 3. kertas carta flip. Menyatakan isu asas dan kebaikan menggunakan media yang dipilih. Menerangkan konsep pembelajaran berpusatkan murid 90 2. masking tape.

Minta setiap kumpulan memilih ahli yang akan membuat persembahan. 5. carta. lukisan.1 Kumpulan I II III IV V Tajuk yang perlu diberi perhatian Konsep pembelajaran berpusatkan murid Pengajaran tradisional dan pengajaran berpusatkan murid Strategi pembelajaran berpusatkan murid Teknik kemahiran diri Media pengajaran 2. 6. Persembahan setiap kumpulan boleh mengikut urutan berikut (25 minit). Teknik kemahiran diri (life skill techniques) • • • meningkatkan harga diri membuat keputusan secara bertanggungjawab memantapkan kemahiran sedia ada 5.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 4. Minta beberapa ahli merumuskan aktiviti ini. Galakkan interaksi dengan bersoal jawab. 3. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan menggunakan teknik kreatif seperti kata kunci. poster. I I 91 II Sekuen persembahan IV III 4. Perkukuhkan dengan komen dan cadangan. Media pengajaran Prosedur : 1. . Minta setiap kumpulan melihat kembali topik sebelumnya dari Bahan Sumber 7. drama. dan lain-lain.

...... Guru membantu murid menghubungkaitkan pengetahuan asas tentang HIV/AIDS dengan pengetahuan yang baru diterima. • Saya ingin . Guru membantu murid membina pengetahuan asas tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS....... 2. • Saya ingin menilai semula ...1 Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid... teknik kemahiran diri dan penggunaan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS Konsep pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran berpusatkan murid di bilik darjah : 1. Guru menerangkan sekurang-kurangnya dua idea baru atau konsep yang telah dipelajari : • Strategi pembelajaran berpusatkan murid • Teknik kemahiran diri • Media pengajaran 3. Guru melengkapkan mana-mana rangkai kata di bawah : • Sekarang saya sedar bahawa .... • Saya hairan . • Sekarang saya menyokong .... 4. 2................ Aktiviti direka untuk membantu murid menggunakan strategi berfikir dan pembelajaran untuk mencapai kejayaan di sekolah serta dalam kehidupan sebenar......... teknik kemahiran diri dan penggunaan media dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS : 1......... 92 BAHAN SUMBER 7. 3. Memperkembangkan kemahiran sosial dan kemahiran koperatif murid. Idea atau konsep yang paling guru minati...........PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Hasil Pembelajaran : Berdasarkan pengalaman menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid... ..

• Perkara yang perlu diberi pertimbangan Apakah masalahnya? Apakah punca masalah? Apakah bukti yang menyokong kewujudan punca masalah? Apakah kesimpulan dan cadangan kajian ini? 93 . Pembelajaran koperatif juga merupakan asas kepada banyak aktiviti pembelajaran berpusatkan murid di bilik darjah. Murid menjadi peserta yang aktif dalam pembelajaran. Pendekatan ini menyediakan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan sebaya bagi meningkatkan kefahaman tentang subjek. Murid belajar bekerja dalam kumpulan. bertanggungjawab terhadap pembelajaran. bercerita untuk membuat keputusan (decision stories). 'pasangan pembelajaran' di mana pasangan murid bergilir-gilir bertanya dan menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca. 6. mengamalkan kemahiran sosial dan mendorong sikap saling bergantungan yang positif melalui aktiviti yang dijalankan. berkongsi. menghasilkan produk yang kreatif dan menggalakkan identiti serta standard kumpulan. Guru menggalakkan sikap saling bergantungan melalui pengagihan peranan. Murid terdorong. berbahas atau berbincang dan mensintesis. perbincangan sepatutnya berfokuskan pertanyaan soalan. • Pembelajaran koperatif Murid membantu antara satu sama lain. menggalakkan analisis serta menguji kesahihan generalisasi dan penyelesaian. berfokus dan berprestasi tinggi. • Ujian pra dan ujian pasca Ujian pra dan ujian pasca adalah ujian yang sama. • Kajian kes Kes-kes yang dikaji biasanya merupakan situasi kehidupan sebenar berkaitan dengan satu masalah spesifik. memberi kesimpulan yang mencabar. pengajaran dan pembelajaran sebaya (peer teaching and learning). pembelajaran koperatif.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS 5. • Pengajaran dan pembelajaran sebaya (peer teaching and learning) Contohnya. teka silangkata dan permainan. Ini bertujuan untuk membolehkan murid mengesahkan atau membetulkan respons berdasarkan apa yang telah mereka pelajari daripada program. Strategi pembelajaran berpusatkan murid Antara contoh strategi pembelajaran berpusatkan murid ialah ujian pra dan ujian pasca. berkeupayaan untuk membuat pilihan dan maju mengikut tahap pencapaian masing-masing. kajian kes. menjelaskan isu. Dalam laporan kes.

Kumpulkan idea berdasarkan soalan yang difokuskan. soalan harus berfokus ke arah menyokong tindakan yang dicadangkan. Fokuskan isu utama (yang disokong dengan kenyataan dan peristiwa). Panduan dalam menyediakan cerita untuk membuat keputusan : Cerita seharusnya ringkas iaitu antara 50 . murid dapat : 1. . Cerita yang baik seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pendapat.150 patah perkataan. Murid mencadangkan keputusan dan tindakan yang sewajarnya dalam aktiviti ini. • 94 Teka silang kata Aktiviti ini sangat berguna dalam membina perbendaharaan kata dan pengukuhan konsep. Cerita yang mengandungi pelbagai tindakan akan menjadikan aktiviti ini lebih berkesan. Beri tajuk yang deskriptif. permainan tidak boleh terlalu kompetitif. Sediakan pelbagai tindakan yang akan diambil. Bahan komersial juga boleh digunakan. Bersimpati dengan individu yang dijangkiti HIV/AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS • Bercerita untuk membuat keputusan (decision stories) Ini adalah vignette terbuka (open-ended) yang menerangkan sesuatu isu atau masalah. Pastikan terdapat realisme dan kenal pasti watak. • Permainan Permainan menggembirakan di samping dapat melatih murid untuk mengikut peraturan dan menyediakan pengalaman yang berguna dalam proses sosialisasi. Menyatakan perasaan atau sikap mereka tentang isu berkaitan HIV/AIDS 2. nilai dan perasaan. Ia juga seharusnya dapat menggalakkan murid untuk berfikir. Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran : Tajuk 1 : Perasaan terhadap individu yang dijangkiti HIV/AIDS Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun. Cerita sepatutnya menggambarkan situasi kehidupan sebenar dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Pada akhir pembelajaran. menganalisis dan mencuba. Ini boleh dilakukan oleh guru dan murid.

2. Mereka ini adalah rakan anda juga dan mereka menjangka anda akan menyokong tindakan mereka. Perkenalkan pelajaran dengan menulis tajuk kajian kes berikut : "Rakan sekelas yang dijangkiti AIDS" Anda mengetahui rakan anda. sekumpulan ibu bapa meminta murid ini dihalang daripada menghadiri kelas. anda boleh menyoal tentang pilihan murid dan akibatnya : • • • • • • • • Adakah anda akan bersama rakan kelas mengelak atau tidak berkawan dengan Joey? Akibatnya : Adakah anda menolak untuk bersama rakan sekelas? Akibatnya : Tidak berbuat apa-apa dan bersikap neutral. . Walaupun AIDS tidak berjangkit melalui hubungan biasa. Joey. Akibatnya : Adakah anda akan cuba mengubah tindakan rakan sekelas? Akibatnya : 95 Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda menerima akibat tersebut? Adakah anda akan menyatakan pendirian anda? Tajuk 2 Objektif : : Harga diri dan pencegahan HIV/AIDS Pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Ramai rakan sekelas anda mengelak dan enggan berkawan dengan Joey. 2. Mendefinisikan maksud harga diri Menghubungkaitkan harga diri dengan tingkah laku seks yang bertanggungjawab Membincangkan kepentingan mempunyai harga diri dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab dalam pencegahan HIV/AIDS. Untuk memudahkan perbincangan. murid dapat : 1. dijangkiti AIDS.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prosedur : 1. 3.

6.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prosedur : 1. Bulatkan perkataan berikut dan buat garis seperti di bawah : Harga diri 2. Setiap murid melukis bulatan di atas sehelai kertas dan bahagikan bulatan kepada enam bahagian yang sama besar. Rumuskan aktiviti ini dengan memberi definisi dan peningkatan harga diri. 6 5 4 1 2 3 7. 6. Tandakan setiap bahagian dengan nombor 1 . 96 4. Murid diminta memilih perkataan atau rangkai kata untuk mendefinisikan konsep berikut : • • • Pendapat individu yang positif Penghormatan diri. karektor dan tingkah laku terbaik anda . imej diri. Murid menjawab soalan-soalan berikut : • Tiga perkataan yang menerangkan kualiti. Murid diminta menulis pada setiap garis perkataan yang boleh dikaitkan dengan harga diri. perasaan dihargai Percaya dan menyukai diri sendiri 3. Menyoal murid : • • Apakah faktor yang boleh meningkatkan harga diri? Apakah kemungkinan yang menyebabkan kekurangan harga diri? 5. Tulis perkataan “harga diri” di atas papan hitam.

10. Bincangkan kualiti ini dan bagaimanakah cara mereka boleh meningkatkan harga diri. 8. 11. Murid memilih pasangan untuk membincangkan tugasan yang diberi. 9. Beri arahan berikut : • • • Setiap pasangan menulis di atas lima jari yang mewakili kualiti yang baik tentang diri mereka. • Satu perkara yang akan membantu anda berjaya dalam hidup. Rumuskan aktiviti ini serta kaitkan harga diri dan tingkah laku seks bertanggungjawab yang berkaitan dengan pencegahan HIV/AIDS. 97 12. Seterusnya murid melakar tapak tangan mereka (menekap lima jari di atas sehelai kertas). . Pada akhir aktiviti. Terangkan cara-cara harga diri mempengaruhi tingkah laku seseorang yang tidak sihat dan tidak bertanggungjawab. murid disoal mengenai perasaan terhadap diri sendiri.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS • Satu nilai hidup yang anda tidak akan ubah • Milik anda yang paling bernilai dalam hidup • Pencapaian peribadi terbaik dalam hidup anda • Namakan tiga individu yang paling penting dalam hidup anda.

4. Memberi komen terhadap contoh aktiviti pengajaran Menyediakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid serta dapat meningkatkan kemahiran diri mereka Menunjukkan contoh media pengajaran Menunjuk cara sebahagian strategi pengajaran dan pembelajaran. 3. 5. Penggunaan strategi pengajaran Pemilihan strategi pengajaran Media pengajaran Senarai semak pemerhatian (Aktiviti Pembelajaran 1). . Objektif 98 : Selepas menyertai aktiviti ini. Pengenalan : Penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran • Pembelajaran berpusatkan murid • Kemahiran diri 2. Kandungan : 1. guru akan menyedia dan menunjuk cara contoh strategi pengajaran yang berpusatkan murid serta dapat meningkatkan kemahiran diri murid melalui media pengajaran. 2. 4. teknik kemahiran diri dan media yang sesuai merupakan aktivitiaktiviti yang boleh disertai murid secara aktif. tugaskan pasangan bagi merancang contoh bahan penulisan untuk strategi pengajaran dan pembelajaran serta membawa bahan yang diperlukan untuk media pengajaran. guru dapat : 1. 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 2 Bengkel tentang menyediakan aktiviti dan media pengajaran untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS Masa Persediaan : : 3 waktu Sebelum bengkel dijalankan. Dalam modul ini.

Guru dikehendaki memberi komen terhadap tugasan pasangan lain.. iii. Saya berharap .. Rumuskan hasil bengkel dan tunjuk cara pengajaran dengan melengkapkan sekurang-kurangnya satu daripada rangkaian kata berikut (5 minit) : i. Setiap pasangan menyemak tugasan masing-masing berdasarkan komen dan cadangan daripada pasangan lain (5 minit). ii. Guru dikehendaki menunjuk cara contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan (40 minit). Setiap pasangan dikehendaki memberi komen terhadap contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Bahan Sumber 7..2 dan 7.. ..2b..2a (10 minit). Saya tertanya-tanya . Guru dikehendaki menyediakan contoh sendiri..PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prosedur : 1.. Saya berasa bangga bahawa saya . Saya belajar bahawa saya . 2. Guru dikehendaki mengubah kesesuaian (5 minit). 4. iv. suai bahan mengikut 3. Saya berasa bahawa saya .. Rujuk Bahan Sumber 7. v. Hasil Pembelajaran 99 : Mengumpul aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid serta meningkatkan kemahiran diri (yang digunakan bersama media pengajaran) dalam pendidikan pencegahan HIV/ AIDS. aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memilih media pengajaran yang diperlukan (30 minit).. 5. Rujuk senarai semak pemerhatian (Aktiviti Pembelajaran 1). 6.

sementara yang lain lebih sesuai untuk membantu membuat keputusan. tindakan apakah yang perlu diambil serta faedah berbuat demikian dan situasi yang menyebabkan kita gagal melakukan. Berpemikiran terbuka dan terus meneroka isu yang bermakna kepada murid. sikap dan kemahiran Kaedah yang diminati murid Kaedah yang berkaitan dengan objektif dan penilaian.2b Kriteria untuk memilih strategi pengajaran • Pilih strategi yang boleh menyumbang kepada pembelajaran keseluruhan. • • • • • BAHAN SUMBER 7. Tips untuk guru dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS • • 100 • Tukar sikap dan tingkah laku. Strategi yang dipilih seharusnya melibatkan penyertaan murid secara aktif. Menggalakkan pembelajaran kreatif dan kolaboratif dengan bertanya kepada murid untuk mendapatkan maklumat baru. Ini membolehkan murid belajar pelbagai kaedah dan konsep. Gunakan situasi untuk menekankan apa yang perlu dilakukan. Menyampaikan mesej kesihatan secara jelas dan konsisten melalui pelbagai saluran komunikasi. bina komunikasi dan kemahiran interpersonal daripada memfokuskan punca penyakit.2a Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran • • • • • • • • Karektor murid Kemahiran guru Isi kandungan pelajaran Masa yang mencukupi untuk menyampaikan pelajaran Kemudahan yang mencukupi di sekolah Pengetahuan. Sesetengah strategi membantu meningkatkan pengetahuan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 7. Menyoal murid : maklumat manakah yang akan mereka bincangkan dengan rakan. Gunakan lebih daripada satu strategi untuk menerangkan konsep yang kompleks dan/atau susah. • . Menyoal murid : manakah bahagian pelajaran yang berkesan dan alasannya. Gunakan strategi untuk membantu murid menghadapi tekanan dan takut terhadap AIDS.

Adakah bahan ini membantu murid berfikiran lebih matang dan kritis? 5. Bahan bantu mengajar boleh digunakan pada mana-mana peringkat yang sesuai. Pencapaian yang dijangkakan 5. Grading 7. sesuai dengan perbelanjaan dan pencapaian yang diharapkan? Perbandingan antara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran berpusatkan murid Komponen arahan 1. Menetapkan matlamat 2.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS • Mulakan dengan strategi mudah kepada yang sukar. Pemulihan Tradisional Berdasarkan buku teks Berdasarkan kebolehan guru Objektif tidak dimaklumkan kepada murid Berdasarkan keluk normal Hanya sebilangan kecil murid menguasai objektif Berdasarkan perbandingan dengan murid lain Biasanya tidak dirancang Pembelajaran berpusatkan murid Berdasarkan keperluan penilaian Berdasarkan kebolehan murid Objektif dimaklumkan kepada murid sebagai panduan dalam pembelajaran Berdasarkan rujukan kriteria Sebahagian besar murid menguasai objektif Berdasarkan penguasaan objektif Dirancang untuk murid yang memerlukan bantuan 101 . Objektif 3. Adakah bahan ini dapat membantu tajuk yang diajar? 3. Adakah bahan ini memberi gambaran sebenar? 2. Objektif dimaklumkan kepada murid 4. Adakah bahan ini sesuai digunakan dalam jangka masa yang ditetapkan. • BAHAN SUMBER 7. kebolehan dan pengalaman murid? 4. Adakah media bersesuaian dengan peringkat umur. Penguasaan 6. Ia boleh membantu untuk meningkatkan pembelajaran. Sementara murid semakin mahir untuk berdepan dengan konsep yang semakin sukar.2c Kriteria dalam memilih dan menggunakan media 1. strategi semakin kompleks boleh digunakan untuk strategi penemuan kendiri atau analisis bahan.

Ulangkaji pengajaran dan bahan Tradisional Berdasarkan minat dan pilihan guru Rujukan norma Berdasarkan kesediaan bahan baru Pembelajaran berpusatkan murid Dipilih untuk mencapai objektif . : Memiliki harga diri ialah menerima diri sendiri. Saya kreatif. Antara contoh seseorang mungkin mengatakan ‘tidak’ ialah : • • • • “Saya sukakan anda. Individu yang memiliki harga diri yang tinggi berkemungkinan dapat mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti HIV. Antara contoh pernyataan ‘imej meningkatkan harga diri ialah : • • • • • yang positif’ untuk Harga diri 102 Saya okey. tetapi saya belum bersedia untuk melakukan seks”. . Saya ingin menunggu”. Kita memerlukan kemahiran untuk mengatakan ‘tidak’ dalam situasi yang tidak diperlukan. penggunaan pelbagai strategi Rujukan kriteria . “Saya gembira bersama anda tetapi saya belum cukup matang untuk melakukan seks”. guru dan kawan-kawan. Saya akan memulakan hari dengan senyuman. Ini adalah keputusan saya”. Penilaian 10. menilai penguasaan murid terhadap objektif Berdasarkan data yang telah dinilai dan kerap kali muncul Teknik kemahiran diri (Life skills techniques ) Kemahiran diri adalah keupayaan individu menangani cabaran dan halangan persekitaran di samping memupuk sikap yakin diri dalam kehidupan. “Saya tidak percaya kepada seks sebelum kahwin.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Komponen arahan 8. Pengukuhan kemahiran ketahanan diri atau mengatakan ‘tidak’ Keputusan berkaitan seks merupakan perkara peribadi dan sensitif. “Saya tidak perlu memberi alasan untuk menolak. Strategi pengajaran 9. Saya suka diri saya. Saya boleh belajar dari orang lain. Contoh kemahiran hidup ialah : • • • Meningkatkan harga diri Mengukuhkan kemahiran ketahanan diri atau mengatakan 'tidak’ kepada unsur negatif Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab. Harga diri boleh juga ditingkatkan oleh ibu bapa. berkebolehan menerima kelemahan diri dan bertanggungjawab bagi sesuatu tindakan.

Media pengajaran yang efektif • • • • • • Sediakan asas yang kukuh untuk membentuk pemikiran Murid perlu berminat Membantu pembelajaran yang lebih mantap Mempertingkatkan perbendaharaan kata Menyumbangkan kecekapan dan kepelbagaian pembelajaran Membolehkan pelajar memberi maklum balas secara aktif Perkara asas dalam memilih media pengajaran • Adakah media yang sedia ada bersesuaian? • Adakah praktikal untuk digunakan? • Adakah sesuai dengan karektor murid? . slaid. berkongsi pandangan. buku. menghormati diri dan orang lain.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Selain daripada itu. video. Tindakan bertanggungjawab ialah tindakan yang sihat. Cara untuk meningkatkan kemahiran diri dalam menghadapi rintangan : • • • • • Bersikap tegas Mengamalkan tingkah laku non-verbal yang berpadanan dengan verbal Mempengaruhi orang lain untuk memilih tingkah laku bertanggungjawab Mengelakkan situasi yang mungkin menyebabkan tekanan untuk keputusan negatif Bersikap tegas terhadap tekanan yang boleh menyebabkan tingkah laku tidak sihat. peta. gambar dan ilustrasi kartun. selamat. ada panduan ibu bapa dan guru serta dapat membina karektor yang baik Membuat keputusan tindakan manakah yang bertanggungjawab dan sesuai Mengamalkan cara yang bertanggungjawab dan menilai keputusannya. carta. surat khabar dan lain-lain bahan bercetak. Media audio visual ialah radio kaset. 103 • • Media pengajaran Media pengajaran ialah arahan yang disampaikan kepada murid. Ini termasuklah semua bahan bantu mengajar tradisional seperti kapur tulis. radio dan rancangan TV. sah. graf. kepercayaan. carta. filem dan komputer. peta. perasaan dan paling penting ialah saling menghormati akan menjalinkan perhubungan berkekalan. Contoh alatan visual ialah diagram. Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab Kemahiran ini boleh dibina dengan mengikut langkah-langkah berikut : • • • • Menerangkan situasi atau masalah secara jelas Senaraikan tindakan yang mungkin boleh diambil berdasarkan situasi atau masalah Berkongsi senarai bertanggungjawab kemungkinan tindakan dengan orang dewasa yang Menilai setiap tindakan dengan berhati-hati.

Untuk membina alat ujian yang sah. nilai yang diamalkan dan kemahiran diri di kalangan murid. Alat ujian yang lain ialah skala penilaian. Kebaikan dan kelemahan pelbagai jenis ujian juga perlu dikaji semula. penilaian tidak seharusnya dihadkan kepada aspek pengetahuan atau domain kognitif tetapi juga perlu meliputi penilaian terhadap sikap. Dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. Ujian merujuk kepada ujian bentuk objektif dan esei. Alat penilaian dibuat berdasarkan objektif ujian yang dinyatakan secara jelas. sampel dalam pendidikan pencegahan . beberapa prinsip dan peraturan tertentu perlu diberi perhatian. Gambaran Keseluruhan : Bahan penilaian merujuk kepada pelbagai cara atau kaedah murid menguasai objektif pembelajaran. Mematuhi prinsip dan peraturan untuk pembinaan alat penilaian 5. Menyemak semula pelbagai alat penilaian untuk menguji pengetahuan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS MODUL 8 ALAT PENILAIAN UNTUK KEGUNAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Masa Mesej : : 3 waktu Alat penilaian digunakan supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Ini termasuklah ujian dan instrumen lain yang subjektif. Menulis ujian HIV/AIDS. pilihan dan penggunaan alat yang sesuai mengikut tahap atau kumpulan murid sangat penting. Oleh itu. dapat : 1. 107 Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran modul ini. Menerangkan penggunaan Ujian Rujukan Kriteria guru 2. Membina ujian yang baik untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3. tingkah laku dan kemahiran 4. Modul ini akan dapat membantu guru menilai semula pengetahuan dan kemahiran dalam pembinaan ujian. senarai semak dan soal selidik.

Prinsip dan peraturan tertentu menentukan pembinaan alat ujian yang baik. 3. 5. Ujian yang sah dapat mengukur apa yang tercatat dalam objektif. borang pemerhatian dan penilaian prestasi. 3.. . 4. senarai semak. Ujian Rujukan Kriteria 2. Sekarang saya percaya … Saya bertambah mahir … Saya suka atau gembira … 108 Rumusan : 1. Terdapat beberapa alat penilaian untuk menguji pengetahuan.. 2. sikap dan kemahiran seperti ujian aneka pilihan. Penilaian sepatutnya digunakan sebagai susulan terhadap perkembangan pencapaian objektif pelajaran. Langkah-langkah dalam membina ujian yang baik 3. Panel perbincangan : alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS. Prinsip dan peraturan dalam pembinaan bahan ujian Aktiviti Pembelajaran : 1. 2. 4. 5. Jenis alat penilaian 4. Saya hairan . 2. tulis dua perenggan yang dimulakan dengan manamana satu daripada rangkai kata berikut : 1. Saya mula tertanya-tanya ..PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Kandungan : 1. Bengkel : pembinaan alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS.. Alat penilaian terdiri daripada dua jenis iaitu objektif dan subjektif bergantung pada reka bentuk dan tujuan penilaian. Penilaian : Berdasarkan pengalaman pembelajaran dalam membina alat penilaian.

Menjelaskan pelbagai alat penilaian untuk menguji 4. Guru dikehendaki menyediakan soalan yang ingin disoal berkaitan bahan penilaian dan ujian. sikap dan kemahiran. 4. tujuan menguji. guru lain juga boleh menyoal jika perlu. iaitu satu panel bertindak sebagai kakitangan sumber dan satu lagi sebagai kumpulan guru yang akan menyoal. 5. guru akan menyemak kembali ujian rujukan kriteria. Dalam aktiviti ini. Dapatkan 3 sukarelawan di kalangan guru untuk mewujudkan panel kedua yang akan menyoal dan membangkitkan isu semasa perbincangan. Kemukakan soalan ini kepada kakitangan sumber untuk membimbing mereka semasa perbincangan. 2. 109 Pengenalan : Membina alat penilaian berdasarkan penentuan objektif secara jelas merupakan kemahiran yang diperlukan guru secara berkesan. Walau bagaimanapun. 3. Susun bilik latihan dengan dua panel di depan. Membina ujian yang baik tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Aktiviti Pembelajaran 1 Panel perbincangan : alat penilaian untuk kegunaan dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS Masa Persediaan : : 2 waktu 1. Mengulangkaji ujian. Menghitung kebaikan sesetengah alat ujian 5. serta pengujian pra dan pasca. Objektif : Selepas menyertai aktiviti ini. alat untuk menguji pengetahuan. (Lakukan perkara ini beberapa hari sebelum perbincangan panel diadakan). prinsip dan peraturan untuk membina ujian. prinsip dan dan kelemahan peraturan menggunakan membina untuk . Jemput guru lain sebagai pembimbing. 6. guru dapat : 1. Jemput 2 atau 3 orang panel atau kakitangan sumber yang mahir dalam subjek berkaitan beberapa hari sebelum perbincangan panel. Menerangkan penggunaan ujian rujukan kriteria 2.

4. Prinsip dan peraturan pembinaan ujian.. . Ujian rujukan kriteria 2. Kebaikan dan kelemahan menggunakan sesuatu alat penilaian 5. guru dikehendaki menjelaskan secara ringkas perkara yang menjadi topik utama perbincangan panel dengan memulakan manamana satu daripada yang berikut : 1. dengan 6. Minta kakitangan sumber menyoal... 110 Hasil Pembelajaran : Berdasarkan pengalaman pembelajaran tentang penggunaan alat penilaian dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. sikap dan kemahiran 4. 3. 2. Saya gembira .. Langkah-langkah dalam pembinaan ujian 3. 2. 7. Pastikan anda telah menyediakan panel perbincangan. Mulakan perbincangan dengan pengacara memperkenalkan ahli daripada kedua-dua panel. Saya tertanya-tanya .. 5. Saya bertambah mahir .. Pengacara bertindak sebagai fasilitator untuk memulakan forum.. Saya terkejut . Prosedur : 1. Minta kakitangan sumber dan guru yang akan menyoal duduk dalam panel yang ditetapkan. 5.. 4.. diikuti pertanyaan daripada panel guru dan penonton.. Pengacara merumuskan keputusan perbincangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti. Alat untuk menilai pengetahuan. 3.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Kandungan : 1. Pengacara duduk di antara kedua-dua panel. Sekarang saya percaya .

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Aktiviti Pembelajaran 2 Bengkel : membina alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Masa Persediaan : : 3 waktu Guru membawa rancangan yang telah disediakan dalam sesi lepas. Penilaian sepatutnya tidak dikelirukan dengan pemarkahan (grading), walaupun kita tidak boleh memberi gred tanpa menilai murid pada kali pertama. Adalah lebih sesuai membuat penilaian tanpa memberi markah. Berkemungkinan tujuan kita adalah untuk menetapkan data asas melalui ujian pra. Guru juga mungkin ingin membantu murid dalam pembelajaran seterusnya dan memaklumkan kepada mereka apa yang telah dipelajari. Dalam aktiviti ini, guru seharusnya boleh membezakan jenis alat penilaian. Selepas menyertai aktiviti ini, guru dapat : 1. 2. Memberi komen tentang alat penilaian yang telah disediakan terlebih dahulu dalam rancangan pelajaran Membina alat penilaian untuk pendidikan pencegahan HIV/AIDS. 111

Pengenalan

:

Objektif

:

Kandungan

:

1. 2. 3. 4.

Alat penilaian digunakan untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran Prinsip dan peraturan untuk pembinaan alat pengujian Langkah-langkah dalam membina ujian yang baik Ciri-ciri untuk menilai item ujian yang baik.

Prosedur

:

1. Guru dikehendaki memilih pasangan dan memberi komen tentang alat penilaian yang telah disediakan berdasarkan kriteria di bawah : • Alat penilaian sepatutnya menyatakan dengan jelas : (i) Tujuannya (ii) Bidang yang diliputi (iii) Keutamaan setiap item. Alat penilaian sepatutnya memberi arahan yang jelas dan mudah. Setiap item adalah berdasarkan objektif yang dinyatakan secara jelas. Item sepatutnya tidak mengelirukan atau trick murid.

• • •

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

• • •

Setiap item mestilah tidak terlalu panjang sehingga boleh mengelirukan murid. Setiap item adalah bebas dari sebarang kesilapan teknikal atau maklumat yang salah. Setiap item adalah bebas daripada sebarang kecenderungan (bias) kaum, agama atau jantina.

2. Guru menyemak alat yang telah disediakan terlebih dahulu berdasarkan kriteria di atas. 3. Pasangan guru dikehendaki membina alat penilaian baru berdasarkan tajuk-tajuk HIV/AIDS yang telah dibincangkan. Ingatkan pasangan untuk membina alat penilaian yang berbeza seperti aneka pilihan, padanan, Skala Likert, esei dan sebagainya. 4. Jemput 2 - 4 pasangan untuk membentangkan alat penilaian mereka dalam sesi lain dan galakkan guru lain memberi komen serta cadangan untuk penambahbaikan. 5. Dua orang guru diminta merumus aktiviti ini. Hasil Pembelajaran

:

112

1. Alat penilaian seperti ujian aneka pilihan, betul/salah, isi tempat kosong, jawapan pendek, esei, padanan, senarai semak, Skala Likert, soal selidik dan lain-lain dapat dikumpul dan digunakan dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. 2. Rancangan pelajaran beserta dengan alat penilaian/pengujian yang telah disemak semula dapat dikumpul. 3. Buku rujukan guru tentang pendidikan pencegahan HIV/AIDS dapat disediakan. Ini merupakan koleksi artikel, rancangan pelajaran, kaedah dan teknik pengajaran, alat penilaian, artikel jurnal, nota dan sebagainya.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

BAHAN SUMBER 8.1 Alat penilaian untuk kegunaan pendidikan pencegahan HIV/AIDS
Pengenalan Murid biasanya takut dengan ujian. Andaikan bahawa tujuan latihan telah difahami oleh murid. Berikut adalah beberapa panduan tentang kegunaan alat penilaian secara umum. Rujukan berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS termasuk dalam bahan sumber. Ujian rujukan kriteria Pendekatan terkini untuk menilai dan menguji adalah membina alat yang berasaskan kepada objektif pengetahuan dan kemahiran yang dinyatakan secara jelas. Ujian dibuat untuk mengukur kebolehan murid mencapai objektif. Ujian jenis ini dikenali sebagai rujukan objektif atau ujian rujukan kriteria (objective-referenced or criterionreferenced test). Ia adalah berdasarkan pencapaian murid secara individu vis-à-vis parameter luaran lebih daripada skor agihan relatif murid lain yang dikenali sebagai Pengukuran Rujukan Norma (norm-referenced measurement). Kedua-dua ujian tersebut mungkin mempunyai persamaan dari segi isi dalam soalan aneka pilihan atau benar/salah. Namun, wujud perbezaan dalam interpretasi keputusan. Kebolehan murid diukur berdasarkan pencapaian objektif, iaitu item ujian sepatutnya sepadan dengan objektif. Murid menyedari apa yang penting dipelajari kerana terdapat kesesuaian antara objektif pengajaran dan arahan penilaian. Oleh itu, kaedah penilaian dan alat yang digunakan mempunyai banyak fungsi seperti mengukur, mendapat maklum balas dan pemulihan. Contoh alat penilaian untuk menguji pengetahuan ialah aneka pilihan, benar/salah, isi tempat kosong, padanan, jawapan pendek dan esei. Contoh alat penilaian untuk menilai sikap ialah temu bual, survey, pemerhatian, Skala Likert dan inventori. Contoh alat penilaian untuk mengukur kemahiran ialah penyelesaian masalah, pemerhatian, senarai semak, perbincangan, Skala Likert dan soal selidik. Contoh alat penilaian untuk menguji pengetahuan, sikap dan kemahiran ialah projek, kajian kes, dan penilaian porfolio. Tujuan penilaian • • • • • • Menilai keberkesanan aktiviti pembelajaran Memotivasikan murid Memastikan kualiti dan kebolehan murid Mengredkan prestasi murid Mengenal pasti nilai dan kesesuaian perubahan tingkah laku murid Mengambil langkah-langkah pemulihan yang sesuai. 113

bidang yang diliputi dan keutamaan setiap item Item ujian mesti jelas dan tidak kabur Item ujian sepatutnya tidak memperdaya (trick) atau mengelirukan murid Alat penilaian mesti dapat menunjukkan arah dan memberi arahan yang jelas Sila rujuk Bahan Sumber 8. sintesis dan penilaian. Walau bagaimanapun. Menguji pengetahuan Mendapatkan pengetahuan adalah asas untuk mempelajari tahap domain kognitif yang lain. dan dengan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Prinsip pembinaan alat penilaian Objektif penilaian mesti dapat menyampaikan dengan jelas apa yang diukur dan menunjukkan bagaimana pengukuran dilaksanakan. tindak balas murid mungkin tidak menggambarkan perasaan sebenar dan hasil pengajaran mungkin akan dapat dilihat selepas sesuatu pelajaran atau tajuk selesai diajar. senarai Isi tempat kosong Esei Jawapan – tafsiran Skala Likert. Beberapa kegunaan penilaian sikap : • • Hasil perubahan sikap mengukur sejauhmanakah sikap seseorang berubah selepas pengajaran Pengajaran ditentukan dengan menyoal murid apa yang disukai atau tidak.1b tentang peraturan dan pembinaan ujian. esei 114 Menjalankan pemerhatian dan menguji sikap Perasaan. nilai dan kepercayaan adalah sukar untuk dinilai kerana sifat semula jadi yang personal. aplikasi. Enam tahap tersebut ialah pengetahuan. Seseorang hanya boleh membuat kesimpulan daripada percakapan dan tindakan murid.1a tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan alat penilaian yang khusus dan Bahan Sumber 8. Contoh adalah seperti berikut : Objektif • • • • • • Untuk mengenal pasti Untuk menyenarai Untuk menerangkan Untuk menyelesaikan Untuk membina Untuk menjangka Ujian Aneka pilihan. Kata kerja digunakan dalam objektif untuk menerangkan cara menulis item ujian. Prinsip yang perlu dipatuhi dalam pembinaan alat penilaian : • • • • • Alat penilaian mestilah dapat membentuk/mewakili sampel pelajaran Alat penilaian mestilah menjelaskan tujuan ujian. analisis. . Perlu diingat bahawa arahan direka untuk menghasilkan pembelajaran. Ujian digunakan untuk menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku atau tidak. senarai semak Aneka pilihan. kefahaman.

Contohnya. rekod anekdotal. Kontinum maklum balas mungkin diberi keutamaan dari skala 1 . Saya takut akan menghidap penyakit AIDS kemudian hari Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 115 Pemarkahan bergantung kepada bagaimana sesuatu pernyataan dibentuk. senarai semak. Pemerhatian boleh digunakan sebagai tambahan kepada skala perubahan sikap. skala pilihan terhad seperti ya/tidak atau setuju/tidak setuju. Pemerhatian ialah salah satu cara menilai tingkah laku secara berkesan. .PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Penilaian terhadap sikap adalah sangat sesuai dalam pendidikan pencegahan HIV/AIDS. Senarai semak sangat berguna untuk menilai tingkah laku murid dan aktiviti pembelajaran. Ia menyatakan perasaan seseorang terhadap orang lain. Ia dapat menyediakan gambaran penting tentang perubahan sikap. kerja seni dan sebagainya. Alat penilaian lain yang umum ialah skala perubahan sikap.5 dengan skor terendah adalah untuk pernyataan sangat tidak setuju. Skala perubahan sikap tidak boleh digunakan untuk tujuan menggred (pemarkahan) kerana skala akan cenderung kepada maklum balas murid. Anggota keluarga sepatutnya menjaga pesakit AIDS 2. media. Portfolio ialah koleksi hasil kerja harian atau mingguan yang terbaik bagi sesuatu mata pelajaran. Dalam hal ini. seperti item kedua di mana jawapan sangat tidak setuju mandapat skor 5. tempat. soal selidik. Skala perubahan sikap (attitude scales) memerlukan murid memilih beberapa alternatif (sepanjang kontinum). nilai dan penghargaan yang sukar untuk diukur dengan ujian objektif. survey. murid diajar bagaimana mengurus kerja mereka iaitu salah satu aspek kemahiran berfikir. Anekdotal menyimpan rekod seiring dengan pemerhatian. Pemarkahan adalah sebaliknya untuk pernyataan yang negatif. Skala Likert dan panduan temuduga. Skala Likert menyediakan beberapa pilihan tentang isu berkaitan sikap seseorang individu. Senarai semak membolehkan guru mencatat dengan cepat dan berkesan sama ada berlaku perubahan sikap. Skala ini menyediakan hanya dua pilihan bagi setiap pernyataan. pemerhatian. projek. Kedua-dua pemerhatian dan anekdotal merupakan teknik yang subjektif. Sikap melibatkan perasaan. Penilaian portfolio lebih berbentuk kabinet yang mempunyai fail berbeza mengikut bahagian. Contohnya : Sangat Tidak Setuju 1. benda atau idea. Setiap fail mengandungi bukti pembelajaran iaitu satu bahagian untuk kerja bertulis. Jika murid sangat setuju dengan item pertama skor adalah betul.

6. 5. Ujian pra dan ujian pasca (pre-testing and post-testing) Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menilai tahap pengetahuan. Kombinasi teknik penilaian memberi petunjuk yang lebih baik tentang kebolehan serta tahap pencapaian murid vis-à-vis keputusan yang dijangkakan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengelakkan situasi ini. Alat penilaian sepatutnya dikaitkan dengan pencapaian yang objektif. Kelemahan ujian pra dan ujian pasca : • • • Mengambil sebahagian besar waktu pengajaran Murid mungkin memberikan lebih tumpuan perhatian terhadap apa yang mereka tidak ketahui dan kurang tumpuan terhadap tajuk lain Boleh menyebabkan perasaan negatif di kalangan murid yang mendapat skor rendah. Alat penilaian boleh menjadi objektif atau subjektif bergantung pada reka bentuk dan tujuannya.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Menguji kemahiran dan tingkah laku Untuk menilai kemahiran dan tingkah laku. 4. Ujian objektif terhad kepada menguji daya ingatan murid. perubahan sikap atau kemahiran murid berdasarkan pelajaran atau unit yang dipelajari. Ujian yang sah adalah satu ujian yang dapat mengukur apa yang dinyatakan dalam objektif. kita mesti memerhati tindakan murid dan cara mereka menguruskan sesuatu tugas yang diberikan. Tiga fungsi penting ujian pra : 1. Mengetahui penambahbaikan selepas pengajaran selesai. Rumusan 1. 3. Menentukan bahagian dalam sesuatu pelajaran atau tajuk yang telah dikuasai oleh murid 3. Menilai tahap kebolehan murid dalam sesuatu pelajaran atau tajuk 2. Penilaian sepatutnya digunakan untuk tujuan positif. Murid mempunyai peluang untuk mempraktik dan mengaplikasi kemahiran melalui pembelajaran. 2. pastikan murid memahami tujuan ujian pra dan dengan ini tidak akan memberi kesan terhadap gred mereka. Kebaikan ujian pra dan ujian pasca : • • • • 116 • Menyedarkan murid tentang apa yang diketahui atau tidak tentang sesuatu topik Menunjukkan kerja pemulihan yang perlu dibuat sebelum pengajaran dimulakan Memotivasikan murid untuk mempelajari apa yang mereka tidak ketahui Menyediakan data asas untuk menentukan perubahan tingkah laku dengan membandingkan pra dan pasca ujian Memberi peluang kepada guru untuk mengubah suai dan memulakan pelajaran mengikut kesediaan murid. Standard pencapaian adalah berdasarkan objektif arahan dan aktiviti. .

Ia meliputi bahan pengajaran secara ekstensif. 3. Mudah menentukan pemarkahan dan skor markah adalah objektif. Menguji kandungan yang luas.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS BAHAN SUMBER 8. Tentukan panjang ujian. 6. 3. pengadilan dan diskriminasi. 2. 4. Sukar mengelakkan petunjuk. 4. Sediakan arahan ujian dan pilihan jawapan. 7. Murid mesti menentukan setiap item dan menjawab. Ia merangkumi bidang pengajaran yang luas dan merupakan ujian jawapan pendek yang terbaik. Kelemahan : 1. Item ditulis untuk mengukur perbezaan. Kebaikan : 1. 117 . ketaksaan atau perincian. Boleh digunakan untuk kuiz. 2. ulangkaji pelajaran dan ujian pada akhir pelajaran. 2. Deraf item ujian. Pilih dan edit item ujian. Sediakan jadual spesifikasi berdasarkan objektif pengajaran. Ia ditentukan secara objektif dan berterusan. Perbanyakkan ujian. 2. Kebaikan : 1. Sangat berguna apabila cuma ada dua pilihan dalam sesuatu isu.1b Kebaikan dan kelemahan menggunakan alat penilaian yang khusus Ujian betul/salah Ujian ini mengandungi pernyataan benar atau salah. Ujian aneka pilihan Ujian ini menyediakan peluang untuk membentuk pemikiran. 4. Susun item mengikut tahap dari paling mudah kepada paling sukar. 4. 3. 3. Keterangan yang sedikit diberi keutamaan. Item dibina untuk menguji daya ingatan murid. Biasanya sukar untuk membina pernyataan yang betul-betul benar dan salah. 5. BAHAN SUMBER 8.1a Langkah-langkah dalam mereka bentuk ujian yang baik : 1. Menggalakkan murid meneka.

Kebaikan : 1. 2. Ia cenderung untuk memasukkan clue dalam jawapan yang betul. Meningkatkan tahap kesukaran jika bilangan item untuk dipadankan bertambah. Mudah untuk dibina. Memberi penekanan kepada tahap ingatan berbanding dengan pemahaman sebenar. Pilihan jawapan yang disediakan oleh murid mungkin hampir kepada jawapan yang tepat menyebabkan masalah dalam pemarkahan. 2. Lebih daripada satu pilihan jawapan yang hampir tepat. Ia cuma menguji maklumat atau fakta. Kelemahan : 1. 5. Menggalakkan murid meneka. 3. Menegaskan fakta. Boleh dibina dengan cepat. 2. 2. Format yang ada tidak membenarkan murid memberi pendapat mereka. 3. Format ini menggunakan ruang yang sedikit. Digunakan secara meluas dalam banyak jenis ujian. Clue menggalakkan murid meneka jawapan. . Kebaikan : 1. 118 4. rajah dan carta. Menggalakkan skor yang objektif. 4. 3. 3. Kelemahan : 1. 2. Pembinaan ujian mengambil masa. 4. 4. Mudah untuk mendapat markah. Item berasaskan fakta menyebabkan tekanan untuk mengingat. Boleh diadaptasikan dengan banyak tajuk. Pilihan jawapan biasanya sukar dibina. 3. Meminimumkan tekaan kerana jawapan adalah daripada murid.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Kelemahan : 1. Ujian melengkap (completion test) Ujian ini mengukur kebolehan murid untuk memilih perkataan atau rangkai kata yang logik dan mengikut kenyataan. 4. Ujian padanan Ujian ini adalah sejenis ujian aneka pilihan di mana pilihan jawapan adalah banyak.

Peluang meneka adalah minimum. Menggalakkan murid untuk membina kemahiran berfikir. nilai dan kemahiran. Murid yang lemah kemahiran menulisnya tidak dapat menguasai ujian ini. Menggalakkan kreativiti murid. Menyediakan jawapan yang memberi gambaran tentang sikap. Peluang menipu sangat minimum. Pemarkahan mengambil masa. Ia hanya boleh mencakupi bidang pelajaran yang kecil. 119 . 2. Kebaikan : 1. 3. Pemarkahan mungkin terlalu subjektif.PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS Ujian esei Penggunaan ujian ini membenarkan murid mengurus maklumat dalam cara yang lebih sistematik. 4. 4. 2. Ia juga memberi kefahaman mendalam kepada guru mengenai pemahaman murid terhadap pelajaran. Kelemahan : 1. 3. 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful