You are on page 1of 3

LAPORAN PRESTASI PRA UPSR (AR1 DAN AR2)

TAHUN 6 2018

MATA PELAJARAN / KOD : MATEMATIK / 015

SK BUKIT KINYAU, SARIKEI

1.0 PENDAHULUAN
Pra UPSR pertama (AR1) telah dilaksanakan pada 5 Mac 2018 hingga 7 Mac 2018,
manakala Pra UPSR kedua (AR2) dijalankan pada 21 Mei hingga 25 Mei 2018. Jadual
dan pelaksanaan peperiksaan ini telah disediakan dan dikendalikan oleh Setiausaha
Peperiksaan SK Bukit Kinyau. JSU dan Soalan disediakan oleh pihak PPD Sarikei.

2.0 BILANGAN CALON


Bilangan calon sebenar ialah 9 orang (6 lelaki, 3 perempuan). 100 peratus calon telah
hadir bagi kedua-dua Pra UPSR ini.

3.0 ANALISIS MARKAH AR1 DAN AR2 MATEMATIK

3.1 Perbandingan Analisis Markah AR1dan AR2 MT

Markah/Gred/AR
Bil AR1 AR2 Naik/Turun/Kekal
Nama Murid
. Marka Markah Gred
Gred
h
1 AWG IZMAN 47 D 54 C Naik
2 IRFAN HAZIQ 33 E 31 E Turun
3 MAJIDI 28 E 16 E Turun
4 MOHD SHABRI 24 E 10 E Turun
5 NORAIMIN 21 E 14 E Turun
6 NUR HUSNA 36 E 40 D Naik
7 NUR MUHD ADITYA 34 E 31 E Turun
8 NURHASLINA 24 E 24 E Kekal
9 NURUL HAZIQAH 36 E 14 E Turun
GPS 4.89 4.67 Naik
PERATUS LULUS 11.11 % 22.22 % Naik
BIL. A 0 (0.00%) 0 (0.00%) Kekal
BIL B 0 (0.00%) 0 (0.00%) Kekal
BIL. C 0 (0.00%) 1 (11.11%) Naik
BIL.D 1 (11.11%) 1 (11.11%) Kekal
BIL.E 8 (88.89%) 7 (77.78%) Turun
3.2 Rumusan
Secara keseluruhan, markah MT dalam AR2 menunjukkan trend menurun
walaupun bilangan lulus dan GPS meningkat.
Menurut analisis guru mata pelajaran, kertas 1 menjadi ‘penumbang’ kepada
kemerosotan markah murid dalam AR2 berbanding AR1.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PRESTASI / INTERVENSI

4.1 Beberapa cadangan penambahbaikan telah dirancang sebelum AR3 dan ujian
sebenar UPSR dijalankan. Antaranya ialah :

4.1.1 Gerak gempur Kertas 1 dan Kertas 2 setiap hari, termasuk Sabtu dan
Ahad, bermula 25 Jun 2018.

4.1.2 Latih tubi berkesan menggunakan Model UPSR yang dibeli dari Kedai
Buku Tempatan

4.1.3 Study Group – murid yang lebih pandai membantu rakan mereka yang
lemah dalam Matematik terutama soalan 1 markah dan 2 markah dalam
Kertas 2 (015/2).

4.1.4 Guru sentiasa mengesan kesukaran yang dihadapi murid seperti


kefahaman murid terhadap soalan Matematik dengan menggunakan
Kaedah PILL (Program intervensi lima langkah).

4.2 Cadangan lain bagi peningkatan prestasi telah diusulkan oleh beberapa guru
pakar / JU. Antaranya ialah :

4.2.1 Cadangan daripada En. Muhammad Zuraidi (Penggubal soalan


Matematik untuk Didik Berita harian)

a) Tingkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan mudah atau


soalan 1 markah. Soalan-soalan jenis ini sepatutnya mampu
dijawab betul oleh murid

b) Tumpukan lebih kepada soalan 2 markah, jalan kerja mesti


ditunjukkan dengan jelas, gambarajah yang dilukis seboleh-
bolehnya menggunakan pembaris.

c) Bagi soalan beraras tinggi, banyakkan latih tubi dengan bentuk


soalan yang sama terlebih dahulu,dan dari topik yang sama
sebelum meninggkatkan aras soalan.
4.2.2 Cadangan daripada En, Zamerene (Guru Besar SK St. Alphonsus Julau /
Jurulatih Utama Matematik Daerah / Bahagian Sarikei.

a) Kawalan dan penggunaan masa menjawab amat penting. Ikut


sistem markah bagi menentukan tempoh masa menjawab satu-
satu soalan. Jika soalan 1 markah, jawab dalam masa 1 minit, jika
2 markah, jawab dalam masa 2 minit dan seterusnya jika 3
markah jawab dalam tempoh masa 3 minit. Ini bererti dalam
kertas 2 60 markah, maka 60 minit. Kertas 1 pula bagi satu soalan
diperuntukkan 1.5 minit.

b) JANGAN paksa murid untuk menyelesaikan soalan KBAT/aras


terlalu tinggi sedangkan konsep asas masih lemah. Soalan KBAT
hanya sesuai untuk murid yang benar-benar telah menguasai 100
peratus kemahiran dan konsep asas Matematik

c) Untuk kertas 2 semua operasi(+,-,x,÷) dalam ayat matematik


mesti ditulis dengan jelas. Jawapan tidak perlu ditulis dua kali.
Unit/parameter juga hendaklah ditulis dengan jelas serta mengikut
kehendak soalan.

d) Jika soalan dalam dwibahasa, abaikan terus ayat soalan Bahasa


Inggeris. Baca dan fokus kepada ayat soalan Bahasa Malaysia.

4.0 PENUTUP
Guru mata pelajaran sentiasa berusaha bagi meningkatkan prestasi murid. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang mungkin melambatkan atau
membantutkan usaha ini seperti kesediaan murid itu sendiri. Oleh sebab itu, guru akan
sentiasa memberi motivasi, galakan serta semangat kepada murid Tahun 6 yang akan
menduduki UPSR tahun ini. Semoga usaha ini dipermudahkan ALLAH SWT.

Disediakan oleh :

(JAPAR BIN YUSUP)

Guru Mata Pelajaran Matematik

22 Jun 2018

You might also like