You are on page 1of 16

GAYA UKM DAN BEBERAPA KESILAPAN LAZIM DALAM TESIS

PROF DR ZURIA MAHMUD

TENTANG RUJUKAN
Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai references atau bibliography Merupakan satu pernyataan menerangkan nama penulis, tarikh, tempat bahan itu didapati/diterbitkan (sama ada dalam jurnal, buku, prosiding, koleksi bacaan, temu bual, surat khabar, internet, dll) Pelbagai gaya menulis rujukan (APA, MLA, UKM)

KENAPA PERLU RUJUKAN


Perlu dalam penulisan akademik untuk tujuan -kesahihan maklumat pakar, -mendalami/memanjangkan pencarian maklumat, -mengambil kira usaha yang lepas, ***Kesilapan lazim: tidak memetik atau merujuk penulisan/kajian/usaha pakar di universiti anda

Nilai rujukan dalam tesis:


menunjukkan keprihatinan pengkaji tentang perkembangan isu dikaji menjamin bersih dari plagiat menujukkan kemampuan ahli akademik mengurus maklumat mengikut sistem ***Kesilapan Lazim: rujukan yang tidak diurus dengan baik akan merendahkan nilai tesis yang diperiksa. Panel viva akan merujuk kepada Buku Gaya UKM untuk pastikan anda tidak silap.

Lokasi Rujukan Dalam Tesis


Abstrak pastikan tiada rujukan dalam abstrak Dalam semua bab (pengenalan, sorotan literatur, metod, perbincangan) kecuali bab dapatan kajian Dalam senarai rujukan ***Kesilapan Lazim: Elakkan merujuk kepada kamus Webster, Kamus Dewan untuk maklumat definisi operasional. Sebaiknya gunakan definisi oleh Model/teori yang digunakan dalam kajian. Satu paragraf memadai, berikan definisi, dan bagaimana variabel ini diukur dalam kajian anda.

CARA MENULIS RUJUKAN (GAYA UKM, m.s 19)


RUJUKAN DALAM TEKS: nama diikuti tahun Pengarang gunakan nama keluarga (Inggeris, Cina, Arab, dll): nama keluarga saja tanpa parap (initials) contoh: Gerald Corey ditulis: Corey (2007) Pengarang Melayu: gunakan nama sendiri atau nama penuh: contoh: Zuria Mahmud (2007) : atau Zuria (2007). ***Kesilapan Lazim: Menurut Prof Gerald Corey (2007), atau menurut Gerald, atau Gerald C., atau Corey, G. Mesti tahu membezakan nama keluarga atau nama pertama

Pengarang tunggal
Zuria (2002) menyatakan ..seperti yang dinyatakan oleh Zuria (2002) Dalam satu kajian lepas (Zuria 2002) Kesilapan lazim: X Menurut Zuria (2002), menyatakan Kajian Zuria (2002) menunjukkan, Zuria (2002) menyatakan.., Menurut Zuria (2002), isu ini perlu diberi perhatian oleh pengamal kaunseling

Pengarang Bersama
Untuk dua orang pengarang: nyatakan kedua-dua nama setiap kali. Contoh: Zuria Mahmud dan Mohammad Yaacob (2009)., (Zuria Mahmud & Mohammad Yaacob, 2009). Untuk lebih dari dua pengarang: tulis nama pengarang pertama shj dikuti et al. dan tahun Untuk rujukan banyak: susun pengarang mengikut abjad dipisahkan dengan koma bertitik. ***Kesilapan lazim: et. al

Rujukan Dalam Senarai


Menurut abjad, tarikh Selang satu baris Tidak dikelaskan menurut jenis bahan ***Kesilapan Lazim: tahun yang berbeza antara rujukan dalam teks dengan senarai rujukan

Pengarang dalam senarai rujukan Pengarang menggunakan nama keluarga: nama keluarga sahaja diikuti koma, parap dan titik. Contoh: Corey, G. Pengarang Melayu: nama penuh seperti dalam teks : Contoh: Zuria Mahmud. Jika dalam teks telah gunakan Zuria sahaja, dlm rujukan Zuria, M. ***kesilapan Lazim: dalam teks gunakan nama pertama manakala dalam senarai gunakan nama keluarga (menyebabkan pemeriksa tercari-cari)

Penulisan Judul Bahan Rujukan


Judul bhn rujukan (buku, jurnal, prosiding dan laporan teknik) hendaklah menggunakan huruf condong, dan huruf besar untuk setiap huruf pertama perkataan. Untuk tajuk artikel, hanya huruf pertama dan nama khas shj gunakan huruf besar. Con: Zuria Mahmud. 2007. Counseling children of divorce, World Applied Science Journal, 14(2), 42-51.

Pengarang Bersama, Karya Suntingan

Olson, D. H. & Olson, A. K. 2000. Empowering Couples. Minnesota: Life Innovations. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan Persekitaran di Malaysia: Isu dan Cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku Gaya UKM, m.s 38.


**Kesilapan Lazim: penggunaan perkataan Dlm. Hanya untuk bab dalam buku, bukan artikel yang dijumpai dalam tesis/artikel orang lain. X Contoh salah: Corey dalam Zuria Mahmud (2007) menyatakan(pelajar ini telah membaca artikel Zuria yang telah memetik Corey) Contoh betul: Zuria Mahmud. 2010. Pendekatan kaunseling Adlerian terhadap klien remaja. Dlm. Abd Halim Hussin & Rosnani Kadir (pnyt.). Isu-Isu kaunseling di Malaysia, hlm. 54-72. Kuala Lumpur: PERKAMA.

Jadual dan Rajah (Gaya UKM m.s 97-102)


Tajuk jadual diletak di atas Tajuk Rajah diletak di bawah

ELAKKAN PLAGIARISMA !!! (Gaya UKM m.s. 106-108)


Pastikan anda menyisip dan menyebut nama pengarang apabila memetik daripada pengarang lain . Pastikan petikan tidak melebihi 40 perkataan. Pastikan mencondongkan petikan berbahasa Inggeris.

Rujuk, rujuk, rujuk.


PASTIKAN ANDA MERUJUK KEPADA GAYA UKM untuk Tesis dan artikel ke Jurnal di UKM. Rujuk gaya berbeza untuk jurnal-jurnal lain Selepas anda graduat, tesis anda akan dirujuk oleh pengkaji lain, dan anda juga akan menyelia pelajar Ph.d lain.. Oleh itu, latih diri dengan teknik yang betul .. Selamat Berjaya

You might also like