You are on page 1of 87

LEMBANGAN SALIRAN

KUMPULAN 2:

TAJUK:
PROSES, BENTUK DAN TINDAKBALAS Konsep Hidrologi Sistem proses Tindakbalas dalam lembangan saliran Proses Lembangan Saliran Pergerakan dan hakisan air Proses Lembangan Saliran Lembapan Tanih dan pergerakan jisim

KITARAN HIDROLOGI
perkataan Greek iaitu logia dan hudor. Brutsaert (2005), hidrologi merupakan sains atau kajian tentang air - berkait rapat dengan proses air dan keseimbangan air secara global. Tim Davie (2008), hidrologi tidak sekadar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keseluruhan sifat air sahaja tetapi hidrologi merangkumi kejadian, penyebaran dan pergerakan air sama ada di permukaan bumi, di bawah permukaan serta melalui atmosfera

Nonner (2003), hidrologi ialah kajian tentang kejadian, pergerakan dan hubungan air bawah tanah dalam persekitaran geologi yang memberikan tumpuan terhadap proses yang memainkan peranan di lautan, atmosfera dan di daratan.

Kitaran hidrologi pula merujuk kepada pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai bentuk termasuklah wap, cecair dan pepejal di mana melibatkan beberapa ruang seperti ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera dan litosfera. kitaran air - alam semulajadi - bergerak dalam fasa yang berbeza dengan melalui atmosfera. berterusan tanpa ada titik permulaan dan penamat yang mutlak - lautan adalah tempat permulaan .

PROSES SEJATAN
Penukaran daripada bentuk cecair kepada bentuk gas (wap) dan ianya diserap ke atmosfera. Bergantung kepada sumber tenaga yang dihasilkan oleh matahari. Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan lebih tinggi berbanding tekanan udara di atmosfera. Kadar sejatan paling tinggi di kawasan terdedah.

Sejatan haba molekul air disejat naik ke udara sehingga kelembapan udara tepu. Sejatan juga di permukaan yang lembap. susupan storan. Sejatan berlaku apabila tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi.

SEJAT PELUHAN (TRANSPIRASI)


Proses wap-wap air dipindahkan daripada tanih yang terdedah atau tumbuhan melalui sejatan dan melalui stomata daun. Proses perpeluhan ialah kehilangan air melalui liangliang stomata daun dan proses ini berlaku akibat daripada tekanan wap pada sel-sel permukaan daun adalah tinggi. Akar tumbuhan akan menyerap air dan kemudiannya akan dibebaskan melalui liang-liang daun.

SUMBER: WWW.APM-REALTY.COM/7AS-ARTESIAN

SEJAT PELUHAN (TRANSPIRASI)


Sejat peluhan potensi -kuantiti air yang boleh disejatkan daripada permukaan tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan, jika tanih tersebut mengalami lembapan yang optimum

Sejat peluhan sebenar -Sejat peluhan sebenar ialah kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan dalam satu jangka masa tertentu.

PEMELUWAPAN (KONDENSASI)
ialah pertukaran sifat air daripada wap air kepada bentuk cecair . berperanan penting kepada kitaran hidrologi dalam proses pembentukan awan. berlaku akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera.

KERPASAN (PRECIPITATION)
Kerpasan merupakan pelepasan air dari atmosfera ke permukaan bumi yang meliputi salji, hujan batu, hujan beku, dan hujan. Apabila awan tersebut mencapai tahap tepu, barulah kerpasan akan turun (bentuk cecair atau pepejal). Hujan merupakan bentuk kerpasan yang paling lazim berlaku.

PINTASAN (INTERSEPTION)
merujuk kepada kehilangan air hujan sebelum sampai ke permukaan - akibat daripada pintasan sama ada secara semula jadi atau buatan manusia. Tiga komponen utama yang membentuk pintasan bagi sebatang pokok, iaitu aliran batang, jatuhan lansung, dan hujan kasar.

Sumber: www.s3.amazonaws.com/ppt-download/ag1133-pplk-62720.ppt

LARIAN AIR PERMUKAAN/ AIR LARIAN


Air yang mengalir di atas permukaan dari cerun masuk ke dalam saluran sungai. dua komponen air larian: -air larian permukaan -air larian bawah permukaan yang menyusup ke dalam tanah (infiltrasi).

SUSUPAN
Proses air yang masuk ke dalam lapisan struktur tanah melalui permukaan tanah. Kadar susupan bergantung kepada saiz, bentuk, dan peratus liang pori yang dimiliki oleh tanah.

PROSES TINDAK BALAS DALAM LEMBANGAN SALIRAN

Kitar hidrologi

Tindak balas biologikal

Tindak balas kimia

Tindak balas fizikal

Tindak balas kimia Air merupakan medium utama dalam tindak balas kimia. Proses yang terlibat ialah : 1. Proses larutan: air merupakan pelarut semula jadi bagi batuan yang mudah larut seperti gipsum,kalsium karbonat dll. hasil larutan akan dibawa masuk ka dalam sungai dan mengubah kualiti air proses larutan yang berlaku di sekitar kawasan lembangan saliran akan menggalakkan pembentukan tanah laterit

2. Proses hidrolisis : tindak balas air dengan batuan yang akan melemahkan batuan dan menghasilkan regolit tanah. -melibatkan ion Hidrogen dan hidroksil dari air yang bertindak dengan ion positif dan negatif batuan -felsfar dan mika yang direputkan melalui proses hidrolisis akan membentuk kaolin lembut @ tanah liat putih 3. Proses hidrologi: tindak balas kimia melibatkan kitaran air d hidrosfera. -melalui kitar hidrologi, bahan pencemar di atmosfera dipindahkan ke tanah dan kawasan lembangan saliran melalui kerpasan

Tindak balas fizikal Proses basah kering yang berulang : terutama di kawasan tropika lembap Air hujan akan menjadikan batuan menjadi tepu dan mengembang, manakala panas matahari akan mengeringkan batuan yang akan mengalami pengecutan. Cth: kwsn pinggir pantai, pasang surut serta tindakan ombak menyebabkan batuan mengembang(air pasang),mengecut (air surut) Pemecahan batuan akan menhasilkanbentuk muka bumi pinggir pantai serta profil pantai yang berbeza.

Tindak balas biologikal Akibat tindakan haiwan,tmbuhan dan juga manusia Aktiviti manusia seperti perlombongan, pertanian, pembalakan, pembanguanan dsb..

Interaksi antara manusia dan lembangan saliran(sistem fizikal) Menghasilkan respon positif dan negatif yang bersifat timbal balik Gangguan dan aktiviti manusia akan menyebabkan perubahan terhadap sistem hidrologi dan lembangan saliran

Perubahan terhadap lembangan saliran i. Perubahan litupan tumbuhan ii. Penggunaan dan pengeksploitasian air iii. Pengubahsuaian alur sungai

Kesan dan akibat aktiviti manusia 1. Pertambahan larian air permukaan 2. Kadar susupan/infiltrasi kurang 3. Sungai cetek akibat pemendapan kelodak 4. Banjir

PROSES LEMBANGAN SALIRAN: PERGERAKAN DAN HAKISAN AIR PERGERAKAN

PENGANGKUTAN Pengangkutan merupakan satu proses pemindahan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Muatan yang terdapat dalam alur sungai akan dipindahkan dari kawasan hulu ke kawasan hilir sungai. Proses pemindahan muatan dipengaruhi oleh tenaga kenetik arus. Bebanan atau muatan yang terdapat dalam alur sungai adalah hasil daripada proses hakisan di tebing sungai, proses luluhawa cerun, hakisan air permukaan dan gerakan jisim.

CARA PENGANGKUTAN DI DALAM ALUR SUNGAI

1.Seretan/golekan Bebanan yang terdapat di dalam alur sungai akan diangkut dengan cara menyeret bebanan yang besar, berat, kasar serta mempunyai ketumpatan yang tinggi. Bebanan yang diangkut dengan cara golekan memerlukan tenaga kinetik yang kuat untuk bergolek di dasar sungai. Contohnya, apabila berlaku banjir, bebanan berupaya diangkut lebih jauh disebabkan halaju arus sungai yang mengalir adalah tinggi. 2. Ampaian Merupakan proses mengangkut muatan atau bebanan yang ringan dan mempunyai daya apungan seperti daun, sampah-sarap, ranting-ranting kecil dan sebagainya Muatan ini akan diangkut secara ampaian oleh arus air sungai yang mengalir dari kawasan hulu menuju ke hilir. Bebanan yang mempunyai daya apungan tidak akan tenggelam disebabkan adanya julangan hidraulik dari dasar sungai.

3.

Loncatan/lompatan Merupakan proses mengangkut bahan bebanan dan muatan yang lebih kecil dan berbentuk bersegi-segi. Contohnya:pasir, batu kelikir Sifat pegun yang terdapat pada beban ini akan diatasi oleh halaju arus yang akhirnya batuan akan tercungkil dan akan di bawa atau diangkut oleh arus sungai yang bergerak.

4.

Larutan Merupakan proses melarutkan bahan-bahan yang bersifat kimia. Bahan-bahan tersebut akan dilarutkan oleh air sungai yang bertindak sebagai pelarut dan seterusnya akan dibawa oleh arus air sungai dalam bentuk larutan Antara bahan yang mudah dilarutkan adalah seperti kalsium karbonat, ammonia, sulfur, gypsum dan sebagainya. Proses melarutkan bahan-bahan tersebut akan menyebabkan berlakunya perubahan pada warna air sungai dan menghasilkan bau yang busuk yang seterusnya mencemarkan air sungai.

FAKTOR PENGANGKUTAN DI DALAM ALUR SUNGAI

1. Bentuk dan Saiz Beban Merupakan faktor yang sangat penting dalam mempengaruhi cara-cara pengangkutan di dalam alur sungai. Bentuk dan saiz beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan. Semakin besar bentuk /saiz beban tersebut, maka semakin tinggi jumlah tenaga yang diperlukan. Bentuk beban:ciri sesuatu jenis beban semasa berada dalam air samada telah larut, terapung atau sebagai pepejal. Saiz beban :jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau kecil sesuatu bebanan tersebut. 2. Beban Ampaian Muatan yang terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan. Beban ampaian mempunyai daya graviti yang lebih rendah berbanding air di mana, beban ampaian kelihatan terapung di atas permukaan air. Contohnya, daun-daun kayu dan sampah-sarap.

3. Halaju Arus Sungai Halaju yang diperlukan untuk mengangkut muatan atau beban dasar adalah lebih tinggi berbanding halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban pasir yang bersaiz sederhana.
Contoh: Beban dasar bersaiz 70mm perlukan halaju 270 cm / saat Bijian pasir perlukan halaju 15-17 cm / saat. Kelodak halus perlukan halaju 46-76 cm / saat.

Jenis Aliran Sungai Secara amnya, aliran sungai terbahagi kepada dua jenis iaitu aliran laminar dan aliran turbulens. Aliran laminar/aliran lurus:aliran yang perlahan pada alur yang lurus dan berhalaju rendah. Aliran ini hanya berupaya untuk mengangkut beban larutan dan beban ampaian. Aliran turbulens /aliran berpusar:aliran yang deras dan berhalaju tinggi. Aliran ini berupaya mengangkut kesemua jenis beban samada beban dasar dan beban ampaian secara berterusan.Hal ini sangat dipengaruhi oleh musim kemarau dan musim banjir. Kedua-dua jenis aliran ini bergantung kepada isipadu air iaitu apabila isipadu air bertambah, maka aliran laminar akan bertukar menjadi aliran turbulens.

PEMENDAPAN SUNGAI
Pemendapan sungai merupakan timbunan bahanbahan muatan di dasar sungai. Pemendapan sungai berlaku apabila kemampuan, kapasiti dan halaju sungai menjadi semakin perlahan. Lazimnya proses pemendapan akan berlaku di bahagian hilir sungai. Bahan mendak yang dimendapkan biasanya akan mengikut saiz dan secara berlapis-lapis.

PEMENDAPAN SUNGAI
1.

Dataran Banjir dan Tetambak

Dataran banjir merupakan bentuk muka bumi yang rata serta luas Terletak di bahagian hilir sungai yang boleh dilimpahi oleh air sungai apabila berlakunya banjir. Dataran banjir adalah suatu kawasan yang subur dan menjadi tumpuan manusia untuk melakukan aktiviti kehidupan yang menguntungkan. Biasanya setiap dataran banjir akan terhasil bentuk muka bumi yang lain seperti tetambak, tasik, serta tasik ladam. Tetambak merupakan mendapan yang tertimbun dan jaluran permatang yang wujud di tebing sungai yang memisahkan sungai dengan dataran banjir.

2. Tasik Ladam dan Liku Terpenggal

Pada mulanya, liku sungai yang terdapat di peringkat hilir yang kelihatan hampir bulat akan membentuk segenting yang sempit. Sekiranya berlaku banjir, segenting yang terbentuk akan mengalami perubahan di mana, segenting tersebut akan terputus lalu membentuk liku terpenggal. Sekiranya proses pemendapan berlaku secara berterusan, liku terpenggal akan terputus daripada aliran sungai utama. Proses perubahan ini akan menghasilkan bentuk muka bumi yang baru iaitu tasik ladam.

3. Delta Delta terbentuk hasil daripada proses pemendapan ataupun timbunan bahan mendak yang berlaku secara berterusan dan meluas di kawasan muara sungai. Bahan mendak tersebut adalah terdiri daripada timbunan tanah liat, lumpur, kelodak, pasir, bahan lempung dan bahan-bahan ampaian yang lain. Pembentukan delta sangat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kuantiti atau jumlah muatan yang dibawa oleh sungai, tidak terdapat tasik-tasik besar di sepanjang aliran sungai, tidak terdapat arus kuat yang mengalir bersudut tepat dengan kuala sungai. Terdapat beberapa jenis delta yang terbentuk seperti delta kaki burung, delta busur, delta juring dan delta muara.

FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN PEMENDAPAN SUNGAI


1. Isipadu Air Sungai Apabila isipadu air sungai berkurangan iaitu pada musim kemarau, akan menggalakkan proses pemendapan di mana bahan-bahan yang dibawa oleh arus air sungai akan dimendapkan di dasar sungai. 2. Halaju Air Halaju air yang mengalir perlahan akan menyebabkan keupayaan air sungai untuk mengangkut muatan atau bahan-bahan mendak menjadi berkurangan. Apabila keupayaan air sungai mengangkut muatan berkurangan, sudah pasti akan menggalakkan proses pemendapan berlaku dengan mudah dan bertambah sekiranya halaju air sentiasa perlahan. 3. Halangan Pemendapan bahan mendak akan giat berlaku sekiranya terdapat halangan dalam alur sungai. Halangan boleh wujud samada di atas permukaan mahupun di dasar sungai. Antaranya adalah seperti tanah runtuh, longgokan batu yang terlalu banyak, batang atau dahan pokok yang tumbang dan sebagainya.

4. Bentuk Alur sungai

Terdapat 2 bentuk sungai iaitu lurus dan berliku-liku. Bentuk sungai yang berliku-liku proses pemendapan bahan mendak adalah tinggi berbanding sungai yang lurus.

Litupan Tumbuhan Litup Bumi Taburan tumbuhan seperti tumbuhan litup bumi dan pokokpokok akan mempengaruhi proses pemendapan. Tumbuhan kurang maka pemendapan kurang.
5.

CARA/MEKANISME HAKISAN AIR


1. Hidraul Hakisan hidraul merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai tanpa melibatkan bahan-bahan yang diangkut oleh sungai. Di sini, kuasa air yang wujud adalah disebabkan berlakunya rempuhan atau hempasan aliran sungai ke atas struktur geologi atau batuan yang lemah. Tindakan ini akan merrenggangkan rekahan dan melonggarkan struktur batuan yang akhirnya retak dan pecah secara perlahanlahan. Tindakan ini berkesan di kawasan batu hampar yang mempunyai banyak rekahan atau lemah penyimenannya. Serpihan batuan akan dibawa ke tempat lain. Kadar hakisan hidraul di dalam alur sungai adalah bergantung kepada isipadu air dan halaju air sungai yang mengalir. Hakisan jenis ini giat berlaku di kawasan hulu di bahagian air terjun, jeram dan lubang periuk.

2. Geselan/Lelasan Hakisan cara geselan ataupun lelasan merupakan proses hakisan secara penghausan yang berlaku ke atas tebing sungai dan juga dasar alur sungai. Proses ini berlaku dengan adanya kehadiran bahan-bahan yang diangkut atau dibawa oleh alur sungai seperti batu kelikir, batu tongkol dan bahan-bahan yang lain seperti sampah-sarap. Bekalan muatan adalah bergantung kepada keberkesanan prosesproses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sungai . Proses lelasan berupaya melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam menjadi lebih bulat. Kadar hakisan tersebut adalah bergantung kepada kuantiti dan kekerasan sesuatu bahan atau muatan yang dibawa oleh alur sungai. Geseran yang paling efektif adalah bilamana halaju sungai tinggi, beban sungai berat dan banyakknya serpihan batuan yang digolekkan di dasar sungai. Kesimpulannya, proses ini berupaya mendalamkan dan melebarkan alur sungai.

3. Lagaan Hakisan lagaan merupakan satu proses hakisan yang berlaku secara pelanggaran antara bahan-bahan atau muatan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing atau dasar alur sungai ataupun pelanggaran antara sesama bahan tersebut. Ketulan batuan yang bersaiz besar boleh mengalami penghausan sehingga menjadi batuan halus atau kumin-kumin batuan yang kecil apabila mengalami proses lagaan. Proses ini boleh menyebabkan dasar alur sungai dan dinding mengalami rekahan lalu terhakis dan akhirnya runtuh. Kekuatan atau kadar hakisan ini bergantung kepada kekerasan bahan muatan yang dibawa ataupun halaju arus sungai yang mampu mengheret dan melantunkan bahan-bahan muatan tersebut. Bentuk muka bumi di peringkat hulu yang tinggi dipengaruhi oleh graviti dan menyebabkan aliran air yang deras menyebabkan aliran air yang deras menyebabkan proses lagaan berlaku dengan lebih berkesan. Hakisan jenis ini sangat ketara di peringkat hulu.

4. Larutan Hakisan yang berlaku bila mana berlakunya tindakbalas secara kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai. Air berfungsi sebagai cecair pelarut yang sangat berkesan. Namun begitu, ia bergantung kepada keasidan air sungai dan mobiliti mineral di sesuatu sungai apabila bertemu dengan air. Contohnya, batuan lembut seperti batu kapur lebih mudah dihakis berbanding dengan batuan keras seperti granit yang sukar dihakis. Beban larutan kebanyakannya terdiri daripada hasil tindakan luluhawa kimia terhadap dasar dan tebing sungai. Hakisan jenis ini amat berkesan di kawasan lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur, dolomite atau batuan mudah larut seperti batuan yang berunsur kalsium, natrium sulfat atau klorida. Air hujan merupakan asid lemah yang boleh menyebabkan hidrolisis berlaku.

Jenis Hakisan Air


1. Hakisan Pendalaman Alur (Menegak) Hakisan pendalaman alur merupakan satu proses hakisan yang melibatkan kerjakerja mengorek dasar sungai yang dilakukan oleh air sungai. Proses ini akan berlaku apabila air sungai bergerak secara pusaran/putaran. Pergerakan air sungai secara pusaran berlaku apabila terdapatnya halanganhalangan batuan di dasar sungai. Pergerakan air secara pusaran merupakan tenaga yang berupaya untuk mengorek dasar sungai. Pergerakan ini seterusnya akan mendalamkan lagi alur sungai seterusnya akan membentuk lubang periuk. Hakisan jenis ini giat berlaku di kawasan hulu sungai. 2. Hakisan Pelebaran Alur ( Mendatar ) Hakisan pelebaran alur pula melibatkan kerja-kerja penghakisan atau penghausan alur sungai iaitu tebing alur sungai. Hakisan ini akan berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai kiri dan kanan dan boleh berlaku pada likuan alur sungai. Dengan itu, hakisan jenis ini berfungsi untuk melebarkan dan meluaskan lagi saiz alur sungai. Hakisan ini sangat berkesan semasa berlakunya kejadian banjir. Hasil daripada hakisan ini akan membentuk likuan mendalam.

3. Hakisan Pemanjangan Alur ( Pengunduran ) Hakisan pemanjangan alur pula melibatkan kerja-kerja pemotongan pangkal alur sungai ke arah hulu sungai disebabkan adanya takat air terjun yang terbentuk seperti jeram dan air terjun. Air terjun yang jatuh ke pangkal dasar alur sungai akan menghakis dan mengorek pangkal dasar alur lalu mewujudkan satu bahagian atas alur yang tidak mempunyai daya tampungan. Keadaan ini akan mewujudkan satu pergerakan jisim lalu bahagian tersebut akan jatuh ke dalam sungai. Hakisan ini akan mewujudkan unduran selari cerun iaitu akan menghasilkan pembentukan tawanan sungai.

Faktor yang Mempengaruhi Kadar Hakisan 1. Gradian (Kecerunan) Merupakan faktor utama Dasar alur sungai yang kelihatan curam sangat mempengaruhi halaju arus atau air yang mengalir melaluinya berbanding kawasan yang bercerun landai. Hal ini kerana, curam yang cerun akan memnyebabkan air mengalir dengan deras. Apabila halaju air yang mengalir adalah deras, ini akan menyebabkan berlakunya hakisan lelasan dan lagaan dengan pesat. Kawasan yang dikenalpasti mengalami kadar hakisan yang tinggi adalah di kawasan hulu sungai manakala kawasan tengah dan hilir mengalami kadar hakisan yang rendah berbanding kawasan hulu.

2. Isipadu Air Sungai Kadar hakisan juga bergantung kepada kuantiti air sungai di sesuatu kawasan sungai. Proses hakisan ini melibatkan proses larutan dan hidraulik di mana, proses ini akan lebih berkesan apabila kuantiti air sungai meningkat. Semakin banyak air sungai, maka semakin tinggi tenaga potensinya dan kelarutannya. Keadaan cuaca adalah sangat mempengaruhi isipadu air sungai di sesuatu kawasan. Pada musim hujan lebat dan waktu banjir, isipadu air sungai akan meningkat dan ini akan menyebabkan kadar hakisan meningkat kerana arus sungai akan bergerak secara berpusar sekaligusmampu mencungkil dan memperdalamkan lagi lurahlurah sungai menerusi proses hidraulik. Manakala pada musim kemarau pula, kadar hakisan akan berkurangan kerana isipadu air sungai adalah sedikit dan kadangkala terdapat sesetengah kawasan lembangan sungai menjadi kering.

3. Kuantiti dan Kualiti Bahan Pergerakan air sungai akan membawa bersama-sama bahan ampaian ataupun bebanan sungai seperti sampah-sarap, batuan kecil dan kelodak. Kuantiti dan kualiti bahan yang diangkut oleh sungai mempengaruhi hakisan secara lagaan dan lelasan. Sekiranya bahan yang diangkut oleh air adalah banyak, maka kadar hakisan di alur sungai adalah tinggi berbanding bahan yang sedikit. Sekiranya kualiti bahan yang dibawa adalah tinggi seperti batu besar dan bahan yang keras akan meningkatkan lagi kadar hakisan. Contohnya seperti hakisan yang berlaku di tebing dan dasar sungai yang mengalami penghausan melalui proses geselan di antara batuan atau bahan dengan dasar dan tebing sungai. Faktor Geometri Apabila dilihat dari keratan rentas, lembangan saliran mempunyai struktur yang lurus dan berliku-liku. Perbezaan profil lembangan saliran ini mempengaruhi kadar hakisan. Alur sungai yang lurus akan mengalami hakisan yang hebat disebabkan taburan tenaganya adalah seimbang pada keseluruhan alur. Manakala, alur yang berliku-liku akan mengalami kadarr hakisan yang kurang disebabkan taburan tenaga adalah tidak seimbang. Alur yang cekung akn mengalami hakisan manakala alur yang cembung akan mengalami pemendapan.

Ciri Geologi Dasar Geologi dasar di sesuatu lembangan sungai turut mempengaruhi kadar hakisan. Tebing dan dasar sungai yang dibentuk oleh batuan lembut seperti batu kapur, dominat dan gipsium akan mudah terhakis. Manakala, tebing sungai yang dibentuk oleh batuan keras seperti seperti batu granit dan gabro sukar untuk dihakis disebabkan kekerasan batuan.

Sifat Tumbuhan Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di tebing sungai akan mempengaruhi kadar hakisan di sesuatu lembangan saliran. Hal ini kerana tumbuhan berfungsi untuk menstabilkan tebig sungai dengan akarnya. Akar tumbuhan akan mengikat dan mencengkam tanah atau batuan yang terdapat di tebing sungai dari dihakis. Banyaknya tumbuhan yang tumbuh di sepanjang lembangan saliran berupaya mengurangkan kadar hakisan tebing sungai.

Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan Sungai


1.

Lubuk Pusar Lubuk pusar merupakan lubang atau lekukan yang terbentuk di dasar sungai yang kelihatan berbatu. Lubang ini terhasil apabila berlakunya hakisan geselan atau pusaran air sungai sungai yang menebuk atau megorek dasar sungai. Lazimnya terbentuk di kawasan dasar sungai yang tidak rata. Susuh Bukit Berpancah

2.

Susuh bukit berpancah merupakan bahagian sisi bukit atau kaki gunung yang kelihatan menonjol keluar secara berselang-seli antara batuan keras dengan batuan lembut

3. Likuan Sungai Tebing cekung merupakan tebing yang terhasil di bahagian likuan sungai yang menerima luruan arus. Tebing cekung pula terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus. Kedua-dua tebing ini wujud secara bertentangan di bahagian likuan sungai.
4.

Lurah V

Lurah jenis ini mempunyai tebing yang sangat curam dan berpotensi menjadi gaung yang sangat dalam. Biasanya, lurah V akan terbentuk di kawasan hulu sungai. Bentuk muka bumi ini terbentuk apabila berlakunya hakisan secara menengak di dasar alur sungai yang seterusnya menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan lagi. Selain itu, lurah ini juga terbentuk hasil daripada proses balik muda sungai (rujuvensi) akibat kejatuhan aras laut. Apabila aras laut jatuh, sungai akan mendalamkan lurahnya semula bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru.

5. Air Terjun

Air terjun terbentuk apabila terdapatnya bahagian batuan keras pada aliran air. Lazimnya, air terjun terletak di peringkat hulu dan pertengahan sungai. Dasar sungai yang terdapat di peringkat ini sangat curam dan arus sungai mengalir dengan deras. Air terjun akan terbentuk dengan adanya hakisan menegak seperti lagaan, geselan dan hidraul. Selain itu, faktor geologi batuan yang berselang-seli antara batuan lembut dan keras secara mendatar turut mempengaruhi pembentukan air terjun. Air sungai terjun secara mendadak akan turun dari kawasan yang tinggi ke kawasan yang lebih rendah disebabkan oleh perbezaan ketinggian.

6. Jeram

Lazimnya, jeram terbentuk di kawasan pergunungan yang terdiri daripada batuan lembut dan batuan keras. Jeram akan terbentuk apabila terdapatnya susunan batuan yang keras dan lembut secara berselang seli. Arus sungai yang mengalir akan menghakis batuan yang terdapat di alur sungai di mana, batuan lembut akan mudah terhakis. Manakala batuan keras pula akan menghalang pengaliran air sungai. Air sungai akan meloncat dan mengalir dengan deras yang dikenali sebagai jeram berperingkat.

KAWALAN HAKISAN TEBING SUNGAI

Terdapat pelbagai kaedah kawalan hakisan tebing sungai dan ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawalan secara langsung dan tidak langsung. Kawalan hakisan tebing secara langsung ialah dengan membina lapisan secara terus ke atas permukaan tebing yang terhakis untuk mengelakkan permukaan tebing dari terus terhakis. Antara contoh perlindungan tebing secara langsung adalah seperti tumbuh-tumbuhan, dinding batu, blok konkrit bercantum, gabion dan dinding konkrit. Manakala kawalan hakisan tebing secara tidak langsung pula merupakan kaedah di mana pembinaan struktur-struktur yang sesuai dapat mengelakkan masalah hakisan tebing sungai di kawasan berhampiran. Contoh kawalan perlindungan tebing secara tidak langsung adalah seperti pembinaan groin dan struktur kawalan.

DEFINISI TANIH SECARA AM

Secara amnya, tanih adalah permukaan bumi yang agak peroi Manakala, bahan organik yang terdapat di dalam tanih terbahagi kepada dua komponen: (a) Organisma yang hidup (b) Organisma yang telah mati

AIR

MINERAL

4 KOMPONEN ASAS KEPADA TANIH

BAHAN ORGANIK

LIANG UDARA YANG BOLEH BERUBAH

Hal ini kerana tanih didiami oleh haiwan kecil seperti cacing tanah, hama, serengga, lubang korekan haiwan mamalia, reptilia, dan amfibia. Selain itu, tanih juga turut didiami oleh kuman. Tambahan pula, tanih juga terdiri daripada 5% bahan organik, 500,000 kulat, 1 gram tanih yang mengandungi 100 juta bakteria, 50,000 protozoa, dan 100,000 rumpair.

(Scott Brennan & Jay Withgott, 2005)

Cacing tanah

Serengga dan hama

Kuman

Bahan Organik

Protozoa

Bakteria

DEFINISI TANIH SECARA KHUSUS

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996): tanih adalah lapisan tanah yang subur dibawah lapisan tanah di atas sekali Jamaluddin Md Jahi dan Ismail Ahmad (1988): tanih ialah bahan mineral di permukaan bumi yang telah mengalami perubahan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik dan faktor-faktor persekitaran seperti bahan induk, iklim (termasuk kesan lembapan dan suhu ), makrohidupan dan mikrohidupan serta topografi, kesemuanya bertindak beberapa lama dan menghasilkan apa yang disebut tanih, iaitu satu hasil yang berbeza dari bahan asalnya dari segi sifat dan ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi V.V.Dukuchaev dalam artikel The Soil Science Geology Connection: tanih adalah sebagai lapisan permukaan yang berhampiran dengan bahan induk dan telah mengalami banyak perubahan sama ada di bawah pengaruh beberapa faktor semulajadi seperti air, udara, serta pelbagai spesies orgamismaorgamisma hidup atau mati. Perubahan-perubahan ini menggambarkan komposisi struktur dan warna yang dihasilkan oleh proses-proses luluhawa.

Tanah

Tanih

1)

Pengaruh hujan 2) Litupan awan 3) Iklim 4) Jenis Tanah

1)

Aktiviti Manusia

PENGARUH HUJAN
Kejadian hujan adalah disebabkan oleh proses pemeluwapan yang berlaku di mana telah menyebabkan terbentuknya bintik-bintik air Apabila bintikbintik air ini bergabung di antara satu dengan yang lain maka, bintik-bintik air ini akan menjadi tepu dan berat Setelah menjadi berat, bintik-bintik air yang melebihi daya apungannya dalam atmosfera akan jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan.

Pengaruh hujan dalam menentukan kelembapan tanih dapat dilihat menerusi suatu hipotesis bahawa semakin basah tanih itu, maka semakin tinggi kadar kelembapannya Oleh yang demikian, semakin banyak kuantiti hujan yang turun ke permukaan bumi terutamanya ke kawasan tanih, maka kadar kelembapan tanih sudah tentu akan meningkat

LITUPAN AWAN
Awan bertindak dalam memindahkan air secara mendatar mahupun menegak disamping menggerakkan air dari atmosfera melalui proses kerpasan Awan =satu bentuk kejadian fenomena cuaca harian yang terhasil akibat daripada proses yang dikenali sebagai pemendapan wap air atmosfera atau proses pemeluwapan (Curry & Webster, 1996)

IKLIM
Iklim dapat ditakrifkan sebagai cuaca secara purata atau iklim juga boleh didefinisikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangka masa Iklim boleh dibahagikan kepada tiga zon utama, iaitu zon panas, zon sederhana, dan zon sejuk Ketiga-tiga zon ini menerima kuantiti hujan yang berbeza dan seterusnya mempengaruhi kadar kelembapan tanih

iklim Khatulistiwa menerima hujan tahunan sebanyak 2030mm setahun

iklim Gurun Panas, zon kawasan ini menerima hujan tahunan sebanyak kurang daripada 250mm

JENIS TANAH
Kerpasan iaitu titisan hujan yang turun ke permukaan tanah sebelum mengalir di permukaan sudah tentu mempunyai potensi untuk masuk ke dalam tanah Menerusi proses infiltrasi yang dinyatakan di atas, dapat dijelaskan bahawa kadar susupan air hujan ke dalam tanah sangat bergantung kepada jenis tanah, saiz, bentuk dan peratusan liang pori yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah

Tanah jenis berpasir

Jenis

Tanah jenis liat

AKTIVITI MANUSIA
Aktiviti manusia seperti penyahhutanan mampu mempengaruhi kelembapan tanih Penyahhutanan merujuk kepada proses menghapuskan hutan secara besar-besaran untuk pelbagai tujuan dan melalui banyak cara. Salah satu tujuan tersebut adalah untuk pembalakan

PERGERAKAN JISIM

MAKSUD

Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan litupan bahan tempasal (tempat asal) berupa bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah cerun secara besar-besaran oleh pengaruh tarikan graviti dan tanpa bantuan mana-mana agen hakisan seperti air mengalir, ais yang bergerak, ombak atau angin.

JENIS PERGERAKAN JISIM


PERLAHAN CEPAT

PERLAHAN
Pergerakan jisim secara perlahan merupakan pergerakan jisim yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang disebabkan gradien kecerunannya yang kurang. Faktor: Aliran perlahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor Kecerunan iaitu cerun yang landai, tidak terlalu curam Tumbuhan, cerun tersebut tidak dilitupi oleh tumbuhan yang tebal ataupun mungkin telah digondolkan oleh manusia. Hujan. Di kawasan tropika lembab yang mempunyai jumlah hujan 20003000 mm setahun, ia lebih terdedah kepada proses pergerakan jisim kerana hujan ini telah membantu menambahkan berat jisim tanah di atas cerun apabila ruang-ruang udaranya dipenuhi air lalu menyebabkan ketidakstabilan cerun dan menambahkan kelicinan permukaan untuk memudahkan pergerakan regolit ke bawah cerun. Proses luluhawa. Faktor giatnya proses luluhawa dalaman di kawasan tropika lembab bagi menyediakan regolith yang tidak stabil seperti tanah laterit dan tanah liat di atas permukaan cerun.

CEPAT

Pergerakan jisim secara cepat pula adalah merupakan pergerakan jisim seperti aliran lumpur, runtuhan dan batu runtuh yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat tanpa dapat dijangka. Dalam proses lembangan saliran, pergerakan jisim jenis ini kerap berlaku.

Faktor Faktor utama yang menyumbang kepada pergerakan jisim ini ialah: Kecerunan, curam.

Hujan, hujan lebat dan lama.


Tumbuhan. Kawasan yang tidak dilitupi oleh tumbuhan. Proses luluhawa. Luluhawa hakisan (erosin) oleh sungai menghasilkan tebing atau cerun yang curam.

CONTOH PERGERAKAN JISIM ALIRAN LUMPUR


Aliran lumpur atau juga dikenali sebagai banjir lumpur di Malaysia merupakan sejenis aliran berarus deras yang membawa tanah liat, lumpur, kelodak dan lain-lain muatan terapun seperti kayu-kayu balak yang sudah ditinggalkan oleh manusia menuruni cerun-cerun yang lebih curam. Dalam proses ini, hujan berkala dan lebat menyebabkan lapisan-lapisan tanah yang longgar di permukaan yang tepu dengan air menghasilkan lumpur. Bahan lumpur ini akan bergerak dengan cepat melalui alur-alur atau lurahlurah di lereng-lereng bukit atau gunung.

Tragedi banjir lumpur yang paling dasyat yang pernah berlaku di negara kita adalah seperti yang pernah belaku di perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak pada 29 Ogos 1996.

CONTOH PERGERAKAN JISIM RUNTUHAN


Pergerakan

regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Faktor-faktor yang berpotensi menyumbang kepada pergerakan jisim ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor manusia dan faktor alam semulajadi. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan dan pemotongan cerun. Faktor-faktor manusia pula termasuklah pengubahsuaian saliran dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.

CONTOH PERGERAKAN JISIM RUNTUHAN


Ribut Greg Greg merupakan badai tropika dengan hujan yang melanda bahagian sabah, iaitu berlaku pada 26 Disember 1996 adalah merupakan musibah terbesar yang pernah berlaku di Sabah.

LANGKAH MENGAWAL GERAKAN JISIM


Menanam tumbuhan Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit, gunung atau tebing-tebing sungai yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput. Litupan bumi ini dapat mencengkam tanah melalui akarakarnya. Lagipun tanah kurang terdedah kepada tindakan air hujan. Penyimenan Satu lagi kaedah yang penting dan sering digunakan untuk mengurangkan proses-proses pergerakan jisim ialah dengan penyimenan ke atas permukaan lereng-lereng cerun yang curam. Kaedah ini sangat berkesan di kawasan permukaan yang berbatu. Proses penyimenan ini dapat mengurangkan kemasukan air ke dalam secara proses infiltrasi. Kadar penyusupan air yang terhalang ini dapat mengurangkan lapisan atas lereng-lereng bukit atau tebing menjadi berat dan bergerak ke bahagian bawah.

Tembok Pergerakan jisim juga boleh diatasi dengan cara membina suatu tembok konkrik atau batu merentasi cerun sesuatu bukit yang dijangkakan boleh berlaku pergerakan jisim. Kaedah ini sangat sesuai mengatasi pergerakan jisim jenis tanah runtuh di lerenglereng bukit atau tebing-tebing yang tidak begitu curam.

Pendidikan Melalui langkah pendidikan, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan formal bermaksud pendidikan yang diajar di sekolah-sekolah menerusi kurikulum dan kokurikulum yang telah ditetapkan di sekolahsekolah. Manakala pendidikan bukan formal pulak adalah melalui kempen-kempen kesedaran, seminar-seminar dan gotong royong yang dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga sungai dan kesan buruk pergerakan jisim di lembangan saliran.

Langkah Perundangan Langkah perundangan biasanya berkait rapat dengan projekprojek pembangunan oleh individu atau syarikat-syarikat pemaju. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah sentiasa memantau segala pembangunan yang dijalankan agar tidak tersasar dari prosedur yang telah ditetapkan. Dengan itu, ia juga menjadi tangungjawab mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan sesuatu projek supaya mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam Environment Impact Assesment (EIA). Sekiranya terdapat individu atau syarikat yang melanggar peraturan tersebut, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda, hukuman penjara atau membatalkan operasi supaya ia boleh dijadikan pengajaran kepada pemaju yang lain dan kepada pemaju itu sendiri.

KESIMPULAN

Sungai merupakan anugerah alam semulajadi yang amat berharga kepada manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Proses, bentuk dan tindak balas dalam lembangan saliran merupakan satu fenomena alam yang sangat penting kerana ia secara tidak langsung mempengaruhi sistem-sistem yang terdapat di bumi termasuklah atmosfera, hidrosfera, biosfera dan litosfera. Sistem lembangan saliran ini merupaka satu sistem yang sangat kompleks dan ianya haruslah dipelihara dengan sebaik yang mungkin. Jika berlaku perubahan dalam proses, bentuk dan tindak balas yang berlaku dalam lembangan saliran, ia sekaligus boleh mempengaruhi persekitarannya. Oleh yang demikian ia perlu dipelihara agar tidak hanya berperanan sebagai saliran semasa hujan semata-mata, malah juga untuk kebaikan dan keselesaan semua hidupan di muka bumi ini.

You might also like