You are on page 1of 44

( STILISTIK DAN GAYA BAHASA)

STILISTIK
Merupakan satu kajian stail yang melibatkan
kajian bentuk/ bahasa dan kajian
kesusasteraan iaitu kajian mengenai teknik
pemakaian bahasa dalam penulisan dan teknik
yang mengkaji segala kemungkinan yg berkaitan
dgn gaya bahasa penulisan kesusasteraan yg
semata-mata untuk mendapatkan kefahaman
sebenar tentang teks kesusateraan
Terbahagi kepada 2 iaitu :* Kajian bentuk
* Kajian isi

KAJIAN BENTUK
Satu kajian yg melibatkan 2 perkara :1.

2.

kelainan-kelainan bahasa yang mengandungi


gaya bahasa pengulangan, pertentangan,
penyirnaan, pertautan dan perbandingan
figuratif iaitu penggunaan peribahasa, bahasa
kiasan, gaya retorik, sindiran, ungkapan dan
sebagainya.
Pemakaian bahasa termasuk segala yang
tercakup oleh ilmu linguistik umum, fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik.

KAJIAN ISI
Dikenali juga sebagai kajian isi kesusasteraan.
Merupakan kajian tentang apa yang
diperkatakan oleh pengarang atau penulis
daripada erti dan makna tentang teks.
Isi kesusasteraan ialah mesej, informasi dan
pemikiran manusia atau perihal manusia atau
tentang masyarakat yang dibentuk oleh manusia
yang kadang kala tidak terlihat atau tidak
disedari oleh manusia atau masyarakat itu
sendiri.

GAYA BAHASA
Cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan
atau lisan.
Cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau
susunan kata, frasa, dan ayat yang digunakan yang
digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema
dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan.
Dikelompok kpd lima jenis:* Gaya bahasa pengulangan
* Gaya bahasa peryirnaan
* Gaya bahasa perbandingan
* Gaya bahasa pertautan ( tidak tercatat dalam KBSM)
* Gaya bahasa pertentangan

GAYA BAHASA PENGULANGAN

Gaya bahasa pengulangan atau repetisi ialah gaya bahasa


yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku
kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap
penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan
dalam sesebuah konteks yang sesuai.
Tidak terdapat dalam KBSM tingkatan lima. Hanya
didedahkan kepda pelajar tingkatan satu hingga empat.

Terdapat lima jenis :* Aliterasi


* Anafora
* Asonansi
* Epifora
* Rima

Aliterasi

(gaya bahasa
pengulangan)
Sejenis ayat pengulangan bunyi
konsonan yang pada awal kata dan
bertuturan waima dalm puisi
tradisional, puisi moden, prosa
tradisional dan prosa moden waima
kreatif atau bukan kreatif.

Kamus Dewan Edisi Keempat - pengulangan


bunyi @ huruf pertama pd beberapa
perkataan yang berturutan dalam sesuatu
baris, terutama dalam sajak seperti derup
derap.
Contoh prosa moden menggunakan
pengulangan konsonan K.
Ketika aku menerima surat tawaran ke
universiti tempatan, aku lansung tidak
mengendahkannya. Aku merenung
bagaimana aku hendak meneliti hari-hari di
kampus dalam keadaanku yang cacat. Cikgu
ternyata kesal dengan keputusan dan
sikapku yang goyah putus asa.

Anafora

(gaya bahasa pengulangan)

Sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan


perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat
yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan
tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa
tradisional dan prosa moden waima kreatif atau bukan
kreatif.
contoh anafora dalam prosa moden:
Azman meluru ke sebelah pintu gol Sabah. Azman offside pula.
Rajnikan berjaya merampas bola daripada Zainizam.
Rajnikan menolak bola ke belakang.
(Mohd Dahalan b Mohd Ramli et.al,2003:178)

Contoh anafora dalam puisi lama dan puisi moden:


Pantun
Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu.
(Anak Laut, 2002:3)

Sajak

Ini laut kita,lindungilah dari pencemaran


Ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan
Ini langit kita,lindungilah dari keracunan
Ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan.
(Sehijau Warna Daun,2002:14)

Asonansi

(gaya bahasa pengulangan)

Sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi


vokal yang sama pada setiap baris.
Atau pada setiap ayat.- Berurutan.
Pengulangan bunyi vokal dalam baris-baris
puisi, atau dalam prosa juga.
Tujuannya untuk memberi kesan tertentu
dalam puisi tradisional, moden dan
sebagainya.
Enam jenis bunyi a, e, o, u, dan

Sambungan
Contoh pengulangan Vokal a
Alam adalah sebahagian daripada kami
alam adalah syurga bumi
cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga
cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi
(Sehijau warna daun)

Epifora

(gaya bahasa pengulangan)

Epistrofa
Sejenis gaya bahasa pengulangan kata, frasa, beberapa
kata pada akhir baris atau ayat yang berturut turutan.
Pengulangan perkataan pada akhir baris. (rahman Shaari,
2001: 26).
Puisi dan prosa
Tujuannya adalah untuk penegasan.
Contoh :
Sama sendiri berpecah-pecah
Kenyanglah yu bila jong pecah
Katanya, Hai budak dari mana datang?
Berani sungguh kau datang

Rima

(gaya bahasa pengulangan)

Bunyi yang sama atau persamaan gugus


pada perkataan daripada segi vokal atau
konsonan yang terhasil pada awal, tengah
dan hujung sesuatu baris dalam puisi.
Atau huruf akhir atau kata akhir dalam
sesuatu rangkap sesebuah puisi seperti
syair, gurindam, pantun
Ataupun susunan bunyi atau keselerasan
huruf pada akhir kata atau suku kata
vokal .

Sambungan..
Konsonan dalam struktur perkataan
dalam sebaris bagi sesebuah puisi rima tengah atau rima dalaman.
Pengulangan bunyi vokal atau
konsonan dalam struktur perkataan
akhir dalam sesuatu baris bagi
sesebuah puisi rima akhir/ luaran

Contoh
1. Rima akhir abab:
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
2. Rima akhir aaaa:
Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran
ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan
ini langit kita, lindungilah dari keracunan
ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan

Nada
Sudut pandangan pengarang atau
perasaan atau emosi penyair atau sikap
penyajak apabila berhadapan dengan
subjek yang dijadikan fokus karyanya.
Contohnya: marah nada protes, sedih
nada melankolis, merindui nada
romantis.
Puisi nada lahir daripada gabungan atau
variasi unsur diksi, rima, asonansi, imejan
dan simbol.

GAYA BAHASA PERBANDINGAN


Bentuk bahasa perbandingan yang indah
yang digunakan untuk menambahkan
kesan dan kemaknaan tertentu dengan
cara membandingkan sesuatu perkara
dengan perkara yang lain.
Terdapat dalam HSP KBSM tingkatan
satu hingga lima.
Terdapat lima jenis:* Imejan
* Metafora
* Personafikasi
* Pleonasme
* Simile

IMEJAN ( gaya bahasa perbandingan)


Pemakaian kata atau beberapa kata yang menghasilkan efek atau
kesan melalui penggunaan pancaindera seperti melalui
pendengaran, penglihatan atau perasaan.
Cerminan atau gambaran tentang sesuatu yang dapat dikesan
oleh pancaindera.
Terdapat juga di dalam puisi yang banyak memiliki perkataan
yang membayangkan objek atau perlakuan yang membentuk
lambang, simbol, atau kod yang menjelaskan sikap dan perasaan
penyair. Contoh seperti kesejukan, bahang dan sebagainya.
Contoh:- sebuah cermin sompek,
sebuah sisir rongak,
dan bangku kaki tiga
ia ukir nafkah keluarganya.

METAFORA (gaya bahasa perbandingan)


Hasil gabungan perkataan meta yang bermaksud
memindahkan dan pherein bermakna membawa.
Berasal daripada perkataan Yunani.
Biasanya mengandungi satu konkrit dan satu
abstrak, iaitu perbandingan tidak terus.
Gaya perbandingan yang paling ringkas.
Contoh:Bunga-bunga cinta
Mahligai impian
Benda, iaitu sesuatu idea berfungsi sebagai
subjek
Pembanding terhadap benda berfungsi sebagai
perdikat.

PERSONAFIKASI (gaya bahasa perbandingan)


Berasal daripada bahasa Latin iaitu cantuman antara
perkataan pesona yang bermaksud orang/ pelaku/ aktor/
topeng yang dipakai semasa persembahan drama dan
perkataan fic yang bermaksud membuat.
Merupakan sejenis gaya perbandingan iaitu penginsanan
atau pemberian ciri-ciri peribadi atau sifat-sifat manusia
kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tunbuhan,
keadaan, peristiwa, objek atau idea.
Contoh:- Cinta itu buta, daun melambai-lambai
PLEONASME (gaya bahasa perbandingan)
Nama lain ialah tautologi, iaitu penggunaan ayat yang
berlebihan atau mubazir dan sekiranya digugurkan tidak
menjejaskan maksud ayat.
Contoh:- Sarapan pagi, pening kepala, mentari terbit
pagi.

Simile (gaya bahasa perbandingan)

Merupakan perumpamaan.
Berasal dari bahasa Latin yang bermaksud
seperti.
Merupakan perbandingan terus, yang
membandingkan 2 hal yang pada hakikatnya
berlainan tetapi dengan sengaja kita
mengganggapnya sama.
Mengungkapkan sesuatu perbandingan atau
persamaan dengan menggunakan kata seperti,
ibarat, laksana, bagai, umpama, bak,
dan sebagainya.
Tujuan adalah untuk membandingkan sesuatu.

Contoh:
-Laksana bulan dipagar bintang
-Seperti katak dibawah tempurung
-Kurus mcam lidi
-Ibarat mengejar bayangan
Contoh gaya bahasa simile yang terdapat
dalam teks komsas.
Seperti kebun berpagar duri.
Ia menjernih bagai jerebu diterpa titik
hujan.
Macam membawa duit tak laku.

GAYA BAHASA PERTENTANGAN


Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang
bertentangan dengan makna sebenarnya.
Tidak didedahkan kepada pelajar tingkatan satu.
Mula didedahkan kepada pelajar tingkatan dua
hingga lima.
Terdapat tiga jenis:* Hiperbola
* Inversi
* Paradoks

Hiperbola

(gaya bahasa pertentangan)

Perkataan yang berasal dari Yunani.


Gabungan perkataan hyper yang
bermaksud melebihi dan ballienbererti
luahkan atau keluarkan.
Maksud hiperbola ialah pembaziran atau
suatu cara yang melebih-lebihkan sematamata untuk mencapai kesan tertentu,iaitu
suatu gaya bahasa yang mengandungi
kebenaran yang diperbesar-besar.

Merupakan salah satu daripada kelompok gaya


bahasa pertentangan ialah sejenis gaya bahasa
yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu
perkara secara berlebih-lebihan atau secara
melampau waima daripada segi jumlahnya,ukuran
dan sifatnya.
Tujuan sedemikian adalah untuk memberi
penekanan maksud terhadap sesuatu perkara
atau situasi demi memperhebat, meningkatkan
kesan dan pengaruhny.
Gaya bahasa ini melibatkan beberapa kata, frasa
atau ayat. Contoh:
1. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para
tetamu yang sudi hadir ke majlis ini.
Dengan ini, hiprbola ialah ungkapan yang
melebih-lebihkan apa yang sebenarnya
dimaksudkan:jumlahnya, ukurannya, sifatnya.

Contoh:
1. Perahu layar kertas, sanngup menyeberangi
lautan api
2.

Tabungannya berjuta-juta, emasnya berkilokilo, sawahnya berhektar-hektar.

Contoh gaya bahasa hiperbola dalam teks komsas:


darah pun seperti hujan yang lebat turun ke
bawah istana
Bunga kembang dipuncak gunung.
Setitik dijadikan laut.
sekepal dijadikan gunung.
Yang menarik tentang gaya bahasa ini ialah
mengandungi kebenaran yang diperbesar-besar.

Inversi (gaya bahasa pertentangan)


Inversi atau sonsang ialah gaya bahasa pertentangan
yang menfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa
yang berbeza daripada susunannya yang lazim atau
gaya bahasa yang menyongsangkan struktur kata, frasa
atau klausa dalam ayat yang susunanya dimulai dengan
predikat dan diikuti oleh subjek waima ayat aktif
sonsang atau ayat pasif sonsang.
1.
2.
3.

Contoh:
Saya baca buku semalam dirumah ibunya.
Ada sepohon bunga cinsa.
Telah patah tempat berpijak.
Jika merujuk gaya bahasa pertentangan bagi struktur
ayat, biasaanya ayat yang terbalik susunannya dikenali
sebagai ayat sonsang atau ayat inversi,iaitu ayat yang
susunannya dimulai dengan predikat dan diikuti oleh
subjek.

1.

Contoh:
Dalam susunan
Sungguh cantik gadis itu.
(Gadis itu sungguh cantik.)

2.

Kena tangkap oleh polis pencuri itu.


(pencuri itu kena tangkap oleh polis)
inversi, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang
biasanya hadir selepas objek, dipindahkan ke hadapan
subjek, iaitu melalui proses pendepanan keseluruhan
predikat.

1.

Contoh:
Menendang bola murid lelaki itu.
(Murid lelaki itu menendang bola.)
Mandi di kolam itu gadis-gadis kampung itu.
(Gadis-gadis kampung itu mandi di kolam itu)

1.

Seperkara lagi ialah berlakunya pendepanan frasa kerja


daripada predikat. Terdapat bahagian-bahagian tertentu
dalam predikat FK bahasa melayu waima hanya KK ( kata
kerja).
KK dengan objek atau KK selepas KB(kata bantu) boleh
mengalami proses pendepanan ini.
Contoh:
Terduduk dia di atas kerusi itu.
(Dia terduduk di atas kerusi itu.)
Masih bermain anak-anaknya itu.
(Anak- anak itu masih bermain.)
Selain iti,terjadi juga pendepanan frasa adjektif
daripada predikat dalam bahasa melayu. Pendepanan
frasa adjektif maksudnya (1) pendepanan kata bantu
dengan kata adjektif dan (2) hanya kata adjektif yang
tidak disertai kata penguat.

1.

1.

Contoh:

Masih kuat lagi nenek ini.


(Nenek ini masih kuat lagi).
Cergas mereka pada waktu itu.
(mereka cergas pada waktu itu)

Frasa sendi nama terjadi kerana pendepanan


frasa sendi nama daripada predikat,
pendepanan FSN ini bermaksud proses
pengalihkan unsur FSN ke bahagian hadapan,
iaitu mendahului subjek.
Pendepanan FSN ini melibatkan (1)
pendepanan FSN dengan subjek. (2)
pendepanan KB dengan FSN, (3) pendepanan
FSN sebagai keterangan dalam predikat.
Contoh:
Untuk gurunya kereta itu.
(Kereta itu untuk gurunya)

Pendepanan frasa nafi daripada predikat


maksudnya (1) pendepanan KB dengan KN
dalam ayat-ayat inversi dan (2) pendepanan
hanya KN dalam ayat-ayat inversi.
Contoh:
1.

Masih bukan rumahnya itu.


(Itu masih bukan rumahnya)
Tidak bijak pendatang asing itu.
(Pendatang asing itu tidak bijak)

Paradoks

1.
2.
3.

1.
2.

(gaya bahasa perbandingan)

Gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata


dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya
mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau
realiti.
Contoh:
Dia kesepian di tengah-tengah keramaian
Mereka kedinginan di Kota Bharu yang kepanasan.
Beliau dihina disebalik pujian-pujian.
Hal ini bermakna paradoks memaparkan sesuatu keadaan
atau suasana yang berlainan.
Contoh:
Di tengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan. (Dzul
Karnain ithnain, 200:79)
Dalam kesepian di tengah ramai ( Anak Bumu Tercinta,
2003:21)

GAYA BAHASA PENYIRNAAN


Gaya bahasa ini ialah bentuk bahasa yang
mengalami unsur-unsur penguguran bunyi, suku
kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya.
Unsur yang terdapat dalam gaya bahasa ini:* Aferisis
* Afesis
* Akronim
* Apokop
* Elipsis
* Kata singkatan
* Sinkof

Aferisis
Penguguran bunyi/ huruf depan atau suku kata
pertama bagi sesuatu perkataan atau penguguran
kata pada awal pertuturan
Kamus Dewan :- pengguguran satu huruf atau
suku kata pada awal perkataan.
Contoh :
encik cik
engkau kau
begitu gitu

Afesis
Penguguran vokal depan atau huruf vokal depan
atau suku kata pertama bagi sesuatu perkataan.
Kamus Dewan:- penguguran vokal awal tidak
bertekanan bagi sesuatu kata.
Contoh :abang bang
abuya buya
ibu bu
adiwangsa diwangsa

Akronim
Kata yg mengalami penyingkatan disebabkan pengguguran
huruf atau suku kata dalam struktur kata tertentu waima
hasil daripada cantuman 2 atau lebih perkataan sehingga
akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada
satu atau lebih suku kata.
Kamus Dewan :- kependekkan yang terbentuk daripada
gabungan huruf pertama atau suku kata beberapa
perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan
Contoh ;Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM
Beras Nasional Bernas
Majlis Amanah Rakyat - Mara

Apokop
Kata yg mengalami proses penguguran bunyi atau
huruf akhir / suku kata akhir waima satu / lebih di
hujung sesuatu perkataan atau pengguguran satu
atau lebih huruf / bunyi pascadepan bagi sesuatu
perkataan.
Kamus Dewan :- pengguguran bunyi atau huruf,
sama ada satu atau lebih di hujung kata.
Contoh :Abdul Abd.
ayahanda ayah
belakai - belaka

Kata singkatan
Kata yg mengalami penyingkatan disebabkan
pengguguran huruf, suku kata atau sebahagian
suku kata dalam struktur kata, rangkai kata
tertentu sama ada hasil daripada cantuman 2 atau
lebih perkataan tetapi percantuman huruf-huruf itu
tidak berupaya untuk membentuk akronim yang
bernilai suku kata.
Contoh ;Akedemi Seni Kebangsaan ASK
Amanah Saham Bumiputera ASB
Dewan Bahasa dan Pustaka - DBP

Sinkof

( gaya bahasa penyirnaan)

Sejenis gaya bahasa penyirnaan iaitu


penggguran huruf sisip atau suku kata
sisip perkataan atau dengan
menghilangkan huruf tengah atau suku
kata tengah bagi perkataan.
Atau pewujudan kata singkat atau
ringkas, iaitu kata yang terhasil akibat
penghilangan huruf atau suku kata.

Sambungan.
1.Contohnya:
andikara
- adikara
bahadi
- badi
2. Hanya diketengahkan kepada muridmurid tingkatan empat sahaja.
3. Namun, kepada tingkatam lain terdapat
gaya bahasa lain yang diketengahjan
seperti apokof, afesis, elipsis dan
aferesis.

GAYA BAHASA PERTAUTAN


Gaya bahasa yang mengaitkan atau
menghubungkan sesuatu sesuatu perkara dengan
perkara yang lain seperti sesuatu frasa ditautkan
dengan frasa yang lain dengan menggunakan nama
ciri dan pelbagai lagi.
Antara gaya pertautan ialah:* Alusi
* Antonomasia
* Epitet
* Eponim
* Eufemisme
* Metonimia
* Sinekdok

Menguasai Gaya Penulisan


Gaya bahasa cara atau ragam bahasa yang
digunakan dalam penulisan atau lisan.
Laras bahasa Kelainan bahasa yang memiliki
ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam
sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut
kesesuaian konteksnya waima secara lisan atau
penulisan.
Penulisan bukan kreatif Penulisan bukan
kesusasteraan seperti penulisan ilmiah, kertas
projek, disertasi, berita, laporan, minit
mesyuarat, surat rasmi, memo dan sebagainya.

Penulisan kreatif karya


kesusasteraan yang mempunyai
unsur keindahan dan istimewa.
Contohnya prosa dan puisi
tradisional waima moden.

You might also like