You are on page 1of 45

BAB 10

DASAR-DASAR KERAJAAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda
seharusnya boleh:
1. Memahami pengertian dasardasar kerajaan.
2. Menerangkan matlamat dan
perkembangan dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan.
3. Menjelaskan kepentingan dasardasar kerajaan.

10.1 PENGENALAN
Selepas merdeka sehingga kini pelbagai
dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan
Dasar
Ekonomi
Baru,
Dasar
Pelajaran
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan Wawasan 2020.

Menerangkan
tentang
kepentingan dasar.

definisi

dan

Latarbelakang
pembentukan
dasar-dasar
sebelum dan selepas merdeka - antaranya
matlamat dan strategi pelaksanaannya.

10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar


Dasar/polisi
ialah
suatu
garis
panduan
pentadbiran/pegangan
mengenai
sesuatu
idea/gagasan yang tersusun rapi.
Merangkumi segala arahan, peraturan dan
pedoman demi mencapai matlamat kepimpinan
negara ke arah sebuah negara yang gemilang
dan maju.
Mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan
penilaian terhadap keberkesanannya.
Menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan
untuk mengatasi masalah yang wujud dalam
sesebuah negara.
Mengatasi masalah ketidakseimbangan yang
wujud di dalam masyarakat.

10.2 LATAR BELAKANG DASAR-DASAR


KERAJAAN
Sejak merdeka kerajaan telah menggubal
pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk
mencapai perpaduan negara bagi mengatasi
masalah ketidakseimbangan ekonomi yang
timbul akibat daripada dasar penjajahan
British.
Apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun
1969, kerajaan telah mengambil langkah
menilai semula dan memperbaharui strategistrategi tertentu untuk mengatasi masalah
ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.

10.2.1 Dasar-Dasar Sebelum Merdeka


Penjajahan Inggeris telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap
perkembangan,
ekonomi,
pentadbiran,
pendidikan dan hubungan kaum.
Dari perspektif ekonomi, Inggeris
Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi yang liberal
dan menjalankan dasar pecah dan perintah.
Rancangan
ekonomi
ditumpukan
kepada
usaha
mengeksploitasi sumber-sumber galian dan pengeluaran
bahan-bahan mentah pertanian.
Dasar ekonomi ekstraktif - beri keutamaan kepada
perlombongan dan pembukaan ladang-ladang getah
Memberi galakan terhadap kemasukan modal, institusi,
teknologi dan kepakaran dari Eropah di samping
membawa masuk buruh-buruh Cina dan India secara
besar-besaran di negara ini.

Dasar dan amalan Inggeris ini menyebabkan


kaum bumiputera yang tinggal di luar bandar
terus tersisih dan mundur berbanding dengan
kaum-kaum imigran yang tinggal di bandarbandar dan terlibat dalam
sektor ekonomi
moden.
Kaum bumiputera berada dalam
sektor
pertanian dan perikanan tradisional dengan
daya pengeluaran yang rendah.
Perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem
ekonomi semi-feudal dan semi-kapitalis.
Golongan pemerintah tradisional bumiputera
kehilangan kekuasaan ekonomi berikutan kuasa
politik mereka pindah ke tangan Inggeris.

Kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada


keuntungan
dan
secara
tidak
langsung
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan
politik.
Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan
yang mempunyai sumber-sumber kekayaan
terutama sekali di sebelah barat Semenanjung.
Wujud suasana dual economy.
Ekonomi moden di Pantai Barat Semenanjung dengan
ladang, lombong dan aktiviti perdagangan.
Ekonomi secukup hidup tradisional di kawasan luar
bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.

10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka


Selepas merdeka, kerajaan
Memulakan
usaha
merancang
dan
melaksanakan pembangunan negara
dengan lebih tersusun.
Usaha dilakukan untuk mengatasi berbagaibagai masalah sosio ekonomi dan politik .
Membangunkan negara agar hasilnya boleh
dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat
tidak kira keturunan atau kaum.

Merancang
rancangan-rancangan
pembangunan
lima
tahun
untuk
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

1956-1960
1961-1965
1966-1970
1971-1975
1976-1980
1980-1985
1986-1990
1991-1995
1996-2000
2001-2005
2006-2010

Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan
Rancangan

Malaya Pertama.
Malaya Kedua.
Malaysia Pertama.
Malaysia Kedua.
Malaysia Ketiga.
Malaysia Keempat.
Malaysia Kelima.
Malaysia Keenam.
Malaysia Ketujuh.
Malaysia Kelapan.
Malaysia Kesembilan.

Rancangan ini menentukan


Projek-projek yang perlu dijalankan,
soal
pembiayaan, dalam dan luar negeri
Keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan
tugas-tugas pembangunan yang perlu dijalankan.

Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah


menumpukan perhatian kepada pembinaan
infrastruktur.
Rancangan Malaysia Pertama
menitikberatkan pertumbuhan ekonomi
pembangunan negara secara menyeluruh.
Skim-skim luar bandar dengan rancangan
pembukaan tanah secara besar-besaran.
Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya
masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan.

Mendedahkan kelemahan
penentuan andaian

strategi

dan

Wujud kemiskinan dan penguasaan ekonomi


yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang
ada di negara kita.
Mengancam keselamatan dan perpaduan negara
dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.

Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan


kerajaan menilai kedudukan perimbangan
ekonomi antara kaum.
mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi
antara kaum adalah terlalu besar.

Penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi


semata-mata tidak memadai untuk mengatasi
sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak
seimbang di antara kaum.
Pembangunan yang tidak mengambilkira dengan
secukupnya keperluan golongan miskin serta
keadaan yang tidak seimbang antara kaum akan
mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi
kepada mereka yang menikmati dan mereka
yang tidak menikmati faedah pertumbuhan.
Pembangunan negara seharusnya mempunyai
matlamat
yang
luas,
mencakupi
bidang
keselamatan, perpaduan dan mewujudkan satu
masyarakat yang adil.

10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Formula yang dirancangkan untuk tempoh dua puluh
tahun (1971 1990)
Untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi
yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di
Malaysia.
Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan
Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
Strategi serampang dua mata, iaitu
(i)
Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan
menambahkan
pendapatan
dan
memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan
dan
kaum.
(ii)
Mempercepatkan
proses
penyusunan
semula
masyarakat Malaysia
bagi membaiki ketidakseimbangan
ekonomi di antara kaum menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Menggugat kestabilan negara sekiranya


kemiskinan hanya tertumpu kepada
sesuatu kaum sahaja.
Bancian tahun 1970
49.3% keluarga menerima pendapatan di
bawah garis kemiskinan.
86% daripada keluarga miskin ini berada di
kawasan luar bandar,
14% lagi di kawasan bandar.
Kebanyakan penduduk luar bandar adalah
orang Melayu - penanam padi, pekebun
kecil getah dan kelapa dan nelayan.

Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan


merangkumi:
(i)
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor
(ii) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,
antara
kawasan dan antara wilayah.
(iii)
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan
menambahkan kemudahan semua golongan miskin melalui
peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
(iv)
Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah
produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan.
(v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain.
(vi)
Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan
komposisi
kaum.
(vii) Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan
perdagangan bumiputera.
(viii) Memodenkan kehidupan luar bandar.

Penyusunan semula dalam pembahagian


tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan,
pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
pengangkutan
dan
perhubungan,
pemilikan harta benda serta mutu dan
taraf kehidupan pelbagai kaum.
Menjelang tahun 1990, pemilikan saham
dan ekonomi negara akan melambangkan
komposisi kepentingan kaum dengan
kadar 40:30:30 - bumiputera 30%, bukan
bumiputera 40%, pelabur luar negara
30%.

Antara strategi pentingnya ialah


(i)
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan
orang Melayu dan golongan
bumiputera agar mereka
mampu memiliki 30 peratus
ekonomi menjelang tahun 1990.
(ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA,
Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham
Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera
dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayahwilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA,
KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
(iii)
Mempertingkatkan
pertumbuhan
ekonomi
keseluruhannya
supaya
kedudukan
tenaga
buruh
menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.
(iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan
dan pemodenan kawasan luar bandar.
(v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam
pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan
ekonomi.

Bagi menjayakan matlamat pembangunan ekonomi negara,


pelbagai dasar diwujudkan antaranya seperti Dasar
Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar
Penswastaan, Dasar Persyarikatan, Dasar Peningkatan Daya
Pengeluaran Negara dan Dasar Kependudukan.
Dasar Pembangunan Negara (DPN) selepas tamat DEB
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) - 19912000.
Berlandaskan Wawasan 2020 - negara maju menjelang tahun
2020.
Tumpuan DPN - kelemahan prestasi pencapaian dasar
sebelumnya.
Tambahan dimensi - pembangunan sumber manusia,
menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi, perlindungan
alam sekitar dan ekologi.
Matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan
pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih
dikekalkan.

10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)


Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan
kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara
yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik.
Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang
menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang
diwarisi dari zaman penjajah.
Pada zaman British,
Tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan
matlamat yang tetap,
Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendakkehendak kumpulan etnik.
Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing
di antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah
Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama.
Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah

Selepas merdeka,
Memberikan perhatian utama terhadap
bidang pendidikan dalam membangunkan
negara.
Untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi
dan
jasmani
berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Melahirkan
rakyat
yang
berilmu
pengetahuan,
bertanggungjawab,
berakhlak, berketrampilan dan sebagainya.

Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan,


terdapat beberapa laporan atau penyata utama
yang mengemukakan syor ke arah satu sistem
pelajaran kebangsaan.
10.4.1 Penyata Barnes 1950
Laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
L.J. Barnes, telah mencadangkan
(i) Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah
Kebangsaan dibuka kepada murid daripada semua
bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa
dan keturunan.
(ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang
berbeza-beza mengikut kaum.

(iii)
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama, manakala bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga
diseragamkan,
iaitu
selama
enam
tahun.
Persekolahan percuma diberikan kepada semua
murid.

Jawatankuasa berhasrat untuk mengadakan


sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan
Inggeris sebagai langkah bagi memupuk
integrasi di antara kaum di Tanah Melayu.
Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang
paling komprehensif dan berpengaruh sekali
pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun,
Penyata ini tidak berjaya memenuhi kehendak
dan
aspirasi
masyarakat
negara
ini
keseluruhannya.

10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951


Dr. William Fenn
Dr. Wu Teh Yao,
Bangsa-bangsa
mengkaji sistem

iaitu ahli akademik dari China dan


seorang pegawai dari Pertubuhan
Bersatu telah diminta untuk
dan pelaksanaan sekolah Cina.

Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan


pada asasnya:
(i) Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu,
bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku
teks.
(ii)
Menyokong pembentukan sistem pendidikan
kebangsaan,
sekolah
Cina
diteruskan
secara
berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah
Melayu.

Meluluskan Ordinan Pelajaran 1952


dengan menyediakan dua jenis
sekolah
kebangsaan,
bahasa
pengantar
Melayu
danbahasa
pengantar Inggeris.
Sekolah Cina dan Tamil tidak
termasuk dalam sistem pelajaran
kebangsaan.
Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan
berikutan kemelesetan ekonomi.

10.4.3 Penyata Razak 1956


Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa
telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul
Razak.
Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada
dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi
mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima
oleh semua pihak.
Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang
menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu
(i) Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran.
(ii) Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk
masyarakat yang bersatu padu.

Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai


perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu
dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat majmuk di negara ini.

Penyata Razak telah menyatakan:


Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai
satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini
tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Menandakan
bermulanya usaha-usaha untuk
menyatukan sistem pendidikan di negara kita.
Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan
sebagai
bahasa
kebangsaan
untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan
juga membentuk identiti kebangsaan.
Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.

1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran


ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan
sistem pelajaran yang dicadangkan oleh
Laporan Razak.
Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang
kaum di Tanah Melayu.
Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana
tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa
kebangsaan.
Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat
sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan
kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan
Cina.

Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran ketika itu


telah
mengetuai
jawatankuasa
yang
kemudiannya telah menghasilkan satu laporan
yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib.

10.4.4 Penyata Rahman Talib (1960)


Penyata Rahman
berikut, iaitu

Talib

mempunyai

ciri-ciri

seperti

(i)
Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama
sembilan tahun;
(ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu
hingga tingkatan tiga;
(iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah;
(iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan
(v) Pengalihan bahasa pengantar.

Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem


pelajaran
telah
dilaksanakan
dengan
berkesan,
mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan.
Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan
menjadi Akta Pelajaran 1961.

Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata


Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang
berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan
tenaga rakyat
satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat
berbilang kaum.

Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya


menangkis
gejala-gejala
seperti
perkauman,
keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan
dan sebagainya.
1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan
untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan.
Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras
dengan keperluan semasa dalam memenuhi keperluan
tenaga kerja untuk pembangunan negara, pembinaan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara.

Laporan jawatankuasa kebinet


diterbitkan pada tahun 1979.

itu

kemudiannya

Beberapa
perubahan
telah
dibuat
bagi
memperkemaskan lagi sistem pendidikan
kebangsaan
selaras
dengan
keperluan
pembangunan negara.
(i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar yang utama.
(ii) Mengadakan kurikulum yang
sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
(iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
bagi semua.
(iv) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
(v) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
dengan
menyediakan
pendidikan
yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
(vi) Mengadakan peluang pendidikan asas selama
sembilan tahun.

(vii)
Mendemokrasikan pendidikan dari segi
peluang
dan
mutu
dengan
mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian
khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik
dan kawasan luar bandar.
(viii)
Memperkenalkan
pendidikan
rendah
mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan
Mengira.
(ix) Memperluaskan pendidikan teknik dan
vokasional.
(x) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti, terutamanya dalam bidang
sastera gunaan dan sains gunaan.
(xi)
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,
moral dan disiplin.

(xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan


Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi
peluang yang sempurna bagi pembelajaran
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.
(xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang
dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet
tentera, polis, pengakap dan bomba.

DPK juga dilaksanakan dengan mengada


dan memperkembangkan tenaga pengajar
yang terlatih di samping mendirikan
sekolah-sekolah
selaras
dengan
pertambahan kanak-kanak.
Bermatlamat
untuk
meningkatkan
pelajaran secara keseluruhannya

mutu

10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)


Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud
dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat
antarabangsa.
Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan
negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan
dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
(i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh
semua komuniti.
(ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciriciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan
tempatan.
(iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa
juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi
pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971,


tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan
kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.
(i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya
Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang
mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah
kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan
kebangsaan Malaysia.
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat
berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan
sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan
diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain
yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral
dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.

(iii) Islam menjadi unsur penting dalam


pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Penerimaan unsur-unsur Islam adalah
sesuai dengan perkembangan sejarah
negara ini yang menerima kedatangan
Islam sejak 600 tahun yang lampau dan
menjadi agama anutan sebahagian
besar umat di rantau ini. Justeru itu,
adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan
unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.

Pada
asasnya,
pembentukan
kebudayaan kebangsaan mempunyai
tiga objektif berikut:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan.
(ii)
Mempupuk
dan
memelihara
keperibadian kebangsaan yang lahir dari
kebudayaan kebangsaan.
(iii) Memperkaya dan mempertingkatkan
kualiti
kehidupan
kemanusiaan
dan
kerohanian yang seimbang dengan aspek
pembangunan sosio ekonomi.

Objektif dasar ini boleh


strategi-strategi berikut:

dicapai

melalui

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan


kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan,
pembangunan,
pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan
budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan
seluas-luasnya
sebagai
jentera
pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke
arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

10.6 WAWASAN 2020


Pada 28 Februari 1991, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad telah membentangkan satu kertas
kerja bertajuk Malaysia: The Way Forward di
Majlis pelancaran Malaysian Business Council.
Satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dikenali sebagai Wawasan 2020.

Bukan sebuah dasar khas, tetapi merupakan


suatu tindakbalas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di
peringkat nasional dan antarabangsa yang
telah memberi cabaran hebat kepada negara.

Menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu


dihadapi oleh rakyat Malaysia,
(i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu
serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi
wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.
(ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas,
teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri,
bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang
telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi
segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu
mestilah
mempunyai
sifat-sifat
mengejar
kecemerlangan,
benar-benar
menyedari
segala
kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan
dihormati pula oleh bangsa lain.

(iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah


masyarakat demokratis yang matang,
yang
mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia
yang
unggul,
berasaskan
muafakat
dan
musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negaranegara membangun lain.
(iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
(v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang
yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa
Malaysia, tanpa mengira keturunan
mahupun
kepercayaannya,
bebas
mengamalkan
dan
melaksanakan adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa
merasa tersisih daripada bangsa tersebut.

(vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta


progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka,
iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang
terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada
masa hadapan.
(vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat
tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada
sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
(viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan
kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan
ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat
yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat
penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan
kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang
tertentu.
(ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan
ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat
dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu


utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia
mencapai taraf negara maju.
(i)
Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di
negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan
atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia,
beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan
kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan
diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara
pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai
negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja
dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada
perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi,
sosial dan kebudayaan.
(iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju
yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia
berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan
kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan
keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya
membawa keburukan.

(iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan


penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi
perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan
keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar
bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia
tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang
diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia
merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan
yang wujud dalam masyarakat.
(v)
Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem
Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas
pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas
pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud,
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada
keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara
hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk
pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.

10.7 KESIMPULAN
Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras
dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada
satu-satu masa.
Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar
kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai
masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa.
Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang
digubal khususnya pada awal tahun 1970an, adalah
berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan
untuk mencapai perpaduan negara.
Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan
Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal
seperti asal. Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia
perlu disesuaikan dengan perubahan masa.

You might also like