You are on page 1of 8

ALAT MUZIK PERKUSI (PUKUL)

DHOLAK

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal


India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan
tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan
tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit
haiwan.

GONG

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan


dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya,
gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat
daripada logam dan bunyi yang disuarakan
adalah hasil pukulan tukul.

MARACAS

Maracas adalah alat muzik hasil ciptaan orang


asli Puerto Rico. Pada asalnya ia diperbuat
daripada buah pokok higuera dan diisikan
dengan batu-batu kecil. .

ALAT MUZIK BERMELODI

Gambus

Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik


tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik
utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka
halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu,
menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi

Sape

Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang


Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik
ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang
berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang
ditebuk.

Seruling

Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai


panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang
memetiknya.

Harmonium

Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak


yang berbentuk empat segi panjang dan dibuat dari
kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam
badannya. Kibod dipasang pada bahagian atas
badannya.

Sompoton

Sompoton adalah sejenis alat muzik yang di perbuat


daripada buluh kecil, buah badas atau, tabarau, sejenis
tumbuhan yang pahit isinya dan tidak boleh dimakan.

You might also like