You are on page 1of 2

Lampiran B

Bahasa Malaysia
Tahun 4
Nama
:..
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Alat-alat Muzik Tradisional dalam Kaum di Malaysia.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular
bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang. Kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing.Seurat
rotan akan diselit dari belakang antara kulit dan bingkai kayu untuk
menguatkan bunyi kompang. Rebana ialah sejenis alat muzik
tradisional yang dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi
masyarakat Melayu, rebana digunakan untuk mengiringi lagu-lagu
tradisional.
Tabla sejenis alat muzik tradisional kaum India. Tabla
mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga
(gendang besar) yang ada satu muka. Badannya dibuat daripada kayu
jati, rosewood dan jackwood. Dholak atau dholaki sejenis alat muzik
kaum India. Ia dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipukul
oleh pemainnya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada
pukulan tangan ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit
haiwan. Dholak digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu
filem dan sebagainya.
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang popular di negara
China.

Ia

diperbuat

daripada

sebatang

buluh

dan

badannya

mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan


aliran yang masuk ke dalam buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.
Alat ini dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada
zaman sebelum merdeka.

Lampiran B
LEMBARAN KERJA
1. Arahan : Lengkapkan jadual Alat-alat Muzik Tradisional dalam Kaum di Malaysia
dengan maklumat yang betul.
N

ALAT

O
1.

MUZIK
Rebana

2.

Kompang

3.

Seruling

4.

Tabla

5.

Dholak

KETERANGAN

2. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan petikan yang telah dibaca.
i.

______________________________________________________
______________________________________________________

ii.

______________________________________________________
______________________________________________________

iii.

______________________________________________________
______________________________________________________

iv.

______________________________________________________
______________________________________________________

v.

______________________________________________________
______________________________________________________

You might also like