You are on page 1of 30

MPU3031: PENGURUSAN

KOKURIKULUM
NAMA: HO SOO JIN
ANGKA GILIRAN: 2016292340093
KUMPULAN : RBT 1
PENDAHULUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon kelulusan unit GERKO Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn mempertimbang dan
meluluskan cadangan bagi menjayakan Kejohanan Futsal Kali Ke-23
Tahun 2017 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu
Pahat.
RASIONAL
Melahirkan guru-guru lepasan Institut Pendidkan Guru yang
berkualiti.
Memberi peluang kepada semua guru pelatih khususnya pelajar-
pelajar semester 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat terlibat.
Mendapat pengetahuan dan pengalaman yang sewajarnya disamping
menerapkan aspek 4K iaitu Kepegawaian, Kejurulatihan,
Kepengelolaan dan Kepimpinan.
Sebagai usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-
aktiviti yang bersesuaian.
OBJEKTIF
Mengelola dan menguruskan kejohanan futsal dengan berkesan.
Meningkatkan dan mengaplikasikan kemahiran kepegawaian dan
kejurulatihan dalam futsal.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam futsal.
Mengaplikasikan kemahiran asas futsal.
Mendapat dan meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah dan
prinsip latihan sukan.
Meningkatkan kerjasama dan perkongsian pengalaman.
Mempamerkan kebolehan sebagai peserta dan meningkatkan mutu sukan
institut.
Mewakili institut ke temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi pada masa
akan datang.
JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : TUAN HAJI HASSAN BIN PARDI
PENASIHAT : EN. KHU EIAN CHUN
PENGERUSI : EN. MOHD NAHAR B. MOHAMAD WAZIR
N. PENGERUSI: EN. SALLEHUDIN B. SAHRONE
SETIAUSAHA : PUAN ZALIFAH BT OTHMAN
BENDAHARI : CIK HALIMATUN BT SADIAH
JAWATANKUASA KERJA
Jawatan Nama
KETUA PENYELARAS FUTSAL MOHD WAFI B. ROSLY
PEN. PENYELARAS FUTSAL EN. FAIZAL B. MOHD ALI
PENGURUS KEJOHANAN MOHD AMINUDIN B. JAFFAR
PENGERUSI ONG TIONG WOON
NAIB PENGERUSI CHIA YEE HUEY
SETIAUSAHA HO SOO JIN
NAIB SETIAUSAHA CHONG WAN YIK
BENDAHARI HOW BEE SWAN WINNIE
BIL JAWATANKUASA KERJA PENGERUSI
1 URUS SETIA DAN PENDAFTARAN PASUKAN BUQHARI B. MOHAMMAD ALI

2 PERSIAPAN DAN PENYELARASAN GELANGGANG/TEMPAT & KUAN JIA QUAN


PERALATAN
3 MAKANAN & MINUMAN PERTANDINGAN PEGAWAI DAN HO SHI YING
PESERTA
4 BUKU PROGRAM MOHAMMAD AKMAL B. ISMAIL
5 SIJIL & HADIAH/CENDERAMATA LIYANA BINTI MOHD. ASRAF
6 STATISTIK & KEPUTUSAN EN KOH JING HAO
7 PENGACARA MAJLIS PENUTUP MOHAMAD SYAH B. RAMLI
8 KECEMASAN & PERUBATAN HEW ZHEN MEE
9 PERASMIAN PENUTUP ROSYATI BINTI ALIFF
10 JAMUAN PERASMIAN PENUTUP YOONG CHENG HANN
11 DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI EUGENE LEE ZHUAN YIN
12 TEKNIK PERTANDINGAN DAN KEPEGAWAIAN MUHAMMAD AKMAL ALIFF BIN BAHRUL AZMI

13 OPERATOR 24 SECOND EN RAJU A/L RAJASEGAR


14 TIME KEEPER GAN JIA YEE
15 SCORER JONATHAN TEO JIA QUAN
16 PAPAN SKOR FONG LONG HOA
BUTIRAN KEJOHANAN
Kejohanan Futsal Kali Ke-23 Tahun 2017, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
23 MAC 2017(Khamis)
8.00 pagi- 2.00 petang
Gelanggang Futsal IPTHO
Anjuran Pelajar PISMP Semester 4
FORMAT KEJOHANAN
Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.
8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan
secara liga di setiap kumpulan(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan di peringkat
kumpulan).
Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Penentuan juara dan
naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan.3 mata
akan diberikan sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri manakala tiada mata
akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu:
a)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang.
b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya terdapat keputusan seri pada
peringkat kalah mati(3 pemain sahaja)
Masa perlawanan adalah selama 14 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit
pada separuh masa kedua termasuk 2 minit waktu rehat.
CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
Cara memberi mata
Menang - 3
Seri - 1
Kalah - 0
**Sekiranya menang tanpa bertanding mata 3 dengan jaringan 3-0.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurang-
kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM50 sahaja.
Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang
menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai kejohonan
futsal ini.
Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan
pasukan tersebut.
Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa
pertandingan.
Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum
perlawanan dimulakan.
Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan mana-mana pasukan yang
melanggar peraturan akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih
dahulu.
Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan
pertandingan.
Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM10
sahaja,tidak lewat daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan,maka wang cagaran
itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau
bantahan tersebut.
Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.
Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.
UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA
Peraturan 4 saat untuk mula main.
5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan wall
Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya
dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
Hanya sekali tolak balik atau backpass dibenarkan iaitu selepas
bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan
telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara
pertemuan garisan gol dan tepi.
Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada
pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan
b. Membentes pemain lawan
c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan
d. Menyerang pemain lawan
e. Menyerang pemain lawan dari belakang
f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja
g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja
i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan
j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk
kesalahan berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.
b. Berkelakuan ganas
c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar
d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang
tidak professional
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan di dalam kawasan penalti
dengan sengaja.
Peraturan Buang Padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus
sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2
minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol
yang mana terdahulu.
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau
penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga
permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.
Tendangan Bebas
a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung.
b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak
c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.
b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak.
c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan
ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh
atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan
diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.
c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap
pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain
yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan
diambil melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum
melakukan tendangan penalti.
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh
mengambil bahagian.
f. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan
mengawasi kawasan ini.
KAD KUNING DAN KAD MERAH
Kad kuning akan diberikan jika pemain
Melakukan tindakan merbahaya
Memegang atau menyentuh bola dengan sengaja kecuali penjaga gol.
Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang sengaja
dilakukan.
Kad merah akan diberikan jika pemain :
Mendapat kad kuning kedua.
Melakukan tindakan merbahaya.
ATURCARA PERTANDINGAN
FORMAT JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL
Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan 2

Kumpulan 1 Kumpulan 2

A1A2A3A4 B1B2B3B4
JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 1
JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 2
KESIMPULAN
Pelaksanaan kejohanan kali ini diharapkan akan menghasilkan suatu
yang lebih baik sama ada daripada aspek pengurusan atau
pentadbiran dan dilihat sebagai satu usaha mengenalpasti potensi
yang ada pada setiap peserta yang mengambil bahagian. Peserta yang
menunjukkan potensi yang terbaik akan dipilih untuk menjalani
latihan untuk mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn, Batu Pahat ke Kejohanan Futsal Antara Institut-Institut
Pendidikan Guru Malaysia ( KAGUM ) pada masa akan datang.
LAMPIRAN
SURAT-MENYURAT
Borang Penyertaan Futsal ASS.docx
KEBENARAN MENGGUNAKAN GELANGGANG FUTSAL.docx
PERTOLONGAN CEMAS ASS.docx
SURAT PENGADIL.docx
TAJAAN MILO.docx
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA!

You might also like