You are on page 1of 4

FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH PKG POKOK SENA 2017

1. FORMAT PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan akan dijalankan secara Liga Dalam Kumpulan.
1.2 Setiap pasukan akan bermain sekurang-kurang tiga kali bergantung kepada jumlah pasukan
dalam kumpulan.
1.3 Markah / mata akan diberi berdasarkan keputusan perlawanan di mana pasukan yang
menang akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalaha 0 mata.
1.4 Apabila semua perlawanan telah selesai dijalankan, 4 pasukan yang menjadi Johan kumpulan
dan 4 pasukan Naib Johan akan bertemu di peringkat Suku Akhir.
Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan Kumpulan D dan Johan Kumpulan B akan
bertemu Johan Naib Johan Kumpulan C.
Manakala Johan Kumpulan C akan bertemu naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan D
akan bertemu Naib Johan Kumpulan A.
1.5 Perlawan pada peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir akan dijalankan secara Kalah Mati.
1.6 Pasukan yang menang di Peringkat Suku Akhir akan bertemu di Peringkat Separuh Akhir dan
seterusnya ke Peringkat Akhir.
Pasukan yang tewas di Peringkat Separuh Akhir akan bertemu untuk menentukan pemenang
tempat ke tiga dan ke empat.
1.7 Gelanggang permainan adalah sama ukuran seperti padang bola sepak bawah 12 tahun.
1.8 Setiap pasukan perlu melantik seorang pengurus dan seorang jurulatih untuk berurusan
dengan pihak penganjur dan pengadil perlawanan.
1.9 Masa permainan adalah 22 minit iaitu 10 minit bagi setiap separuh masa dan 2 minit untuk
masa rehat.
1.10 Apabila cukup 10 minit permainan, pengadil akan meniup wisel dan mengarahkan pasukan
bertukar gelanggang dan permainan diteruskan selepas masa rehat selama 2 minit.
1.11 Pengadil akan mengadili permainan dari dalam padang permainan.
1.12 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. PERATURAN PERMAINAN
2.1 Pemain hendaklah berpakaian kemas dan memakai kasut yang hanya dibenarkan oleh FIFA.
2.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut nombor yang didaftarkan
di dalam borang penyertaan. Pemain juga hendaklah memakai nombor yang sama
sepanjang kejohanan berlangsung.
2.3 Sekiranya terdapat jersi yang sama warna bagi dua pasukan yang bertanding, pasukan yang
namaya tersebut dahulu dalam jadual pertandingan dikira tuan rumah dan pasukan pelawat
akan dikehendaki menukar jersinya.
2.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sebiji bola ( saiz 4 ) untuk pertandingan.
2.5 Penggunaan Shin Guard DIWAJIBKAN ke atas pemain.
2.6 Setiap pasukan akan diwakili oleh 12 pemain yang berdaftar dalam borang penyertaan
sahaja iaitu 9 orang pemain tetap dan 3 orang pemain simpanan.
2.7 9 orang pemain setiap pasukan mesti berada dalam padang setiap kali permainan bermula
dan sekurang-kurangnya 5 orang pemain perlu ada untuk membolehkan permainan
dijalankan.
2.8 Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa permainan dan mana-mana pemain
yang ditukar dibenarkan untuk bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk
tendangan dari tanda penalti.
2.9 Sebarang bentuk permainan fizikal yang keras atau bentesan yang berbahaya adalah dilarang
sama sekali.
2.10 Pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan seperti jam tangan, cincin atau rantai
semasa perlawanan berlangsung.
2.11 Pemain tidak dibenarkan bergaduh atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada lawan atau
pengadil semasa perlawanan.
2.12 Ketua pasukan mestilah memakai tanda lilitan pada lengan baju.
2.13 Dalam apa jua keadaan sekalipun, semua pasukan yang telah berdaftar TIDAK DIBENARKAN
menarik diri daripada pertandingan.
2.14 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan menggunakan surat rasmi kepada juru rayuan
dalam tempoh 30 minit selepas permainan dan disertakan bayaran RM 100.00
2.15 Setiap pasukan hanya diberi masa selama 5 minit untuk masuk ke padang selepas masa
jadual perlawanannya bermula.
2.16 Masa permainan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir adalah sama seperti
peringkat kumpulan iaitu 10 minit bagi setiap separuh masa dan masa rehat adalah 2 minit.
Sekiranya keputusan seri, tambahan masa akan diberikan selama 4 minit bagi setiap separuh
masa. Sekiranya keputusan masih seri, 3 tendangan penalty akan diberikan kepada setiap
pasukan. Seandainya masih seri, tendangan penalty secara Sudden Death akan diberikan
sehingga mencapai keputusan.

YURAN PENYERTAAN
1 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan yang bertanding adalah sebanyak RM 160.00 .
2 Setiap pasukan yang bertanding juga dikenakan deposit ( wang cagaran ) sebanyak Rm 50.00
dan wang cagaran tersebut boleh dituntut kembali sebaik sahaja pasukan telah selesai bermain
semua permainan dalam kumpulannya.
3 Sekiranya ada pasukan yang menarik diri semasa pertandingan sedang berlangsung, wang
cagaran tersebut akan dikira HANGUS dan semua keputusan perlawanan terdahulu melibatkan
pasukan tersebut akan TERBATAL.
BORANG PENDAFTARAN PERMAIN BOLA SEPAK

BAWAH 12 TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH PKG POKOK SENA

TAHUN 2017

NAMA SEKOLAH : __________________________________

ALAMAT :_______________________________________

________________________________________

NO TELEFON :_______________________(SEKOLAH) ___________________(PENGURUS)

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. LESEN


1 PENGURUS
2 KETUA JURULATIH
3 PEN . JURULATIH
4 PEG.PERUBATAN
BIL NAMA PEMAIN NO. SURAT NO JERSI
BERANAK
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran pendaftaran pasukan berjumlah RM 160 dan wang cagaran pasukan
berjumlah RM 50 seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan Kejohanan Bolasepak PKG Pokok Sena
2016.

Saya juga mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar

Pengurus pasukan

Nama : Cop Rasmi Sekolah :


No. K/P :

You might also like