You are on page 1of 5

BAB 1: PENGENALAN

KEPADA SAINS
1.1: Apakah itu Sains?
Tiupan angin, kejadian kilat, peleburan ais, pertumbuhan
manusia dari bayi hingga dewasa, bunga berkembang
adalah merupakan kejadian bukan buatan manusia yang
dikenal sebagai fenomena alam.
Cabang Sains, Teknologi dan
Kerjaya Sains
Sains ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan alam di sekeliling kita.
Sains boleh dibahagikan kepada tiga cabang
penting, iaitu fizik, kimia dan biologi.
Teknologi ialah aplikasi dalam pengetahuan sains
untuk keperluan manusia. Teknologi membantu
manusia dalam kehidupan harian dan
meningkatkan taraf hidup mereka.
Terdapat pelbagai kerjaya yang berkaitan dengan
bidang sains seperti doktor, guru sains dan ahli
sains.

You might also like