You are on page 1of 69

7 Kaedah Pengumpulan Data

ALAT-ALAT MENGUMPUL DATA


Terdapat beberapa alat yang boleh digunakan
untuk mengumpul data. Antara alat-alat itu ialah:
A. Borang siasatan
Soal selidik
Senarai semak
Skala pemeringkatan
Kad markat
Soal pendapat atau skala sikap
B. Pemerhatian
C. Temu bual
D. Ujian psikologi
Ujian pencapaian
Ujian bakat
Ujian kecerdasan
Inventori minat
Ukuran sahsiah
ALAT KAJIAN
Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif
atau kuantitatif, memerlukan alat-alat
kajian untuk menjawab soalan-soalan
kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui
pemerhatian, soalselidik, penelitian
dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif
dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian
atau inventori.
Pembinaan Alat Kajian
Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum
kajian sebenar dijalankan. Sekiranya kajian
menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina
supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.
Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi
ukuran variable dengan tepat/sah. Data yang dikutip
ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir
oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah
penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung
kepada data yang tepat.
Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan
kepada dua (2) bahagian, iaitu
(a) menentukan objektif alat kajian, dan
(b) menentukan kandungan alat kajian, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
PEMBINAAN ALAT KAJIAN

Menentukan Objektif

Menentukan Kandungan
Menentukan Objektif Ujian
Sesuatu ujian perlu dibina mengikut
objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu
tentang responden kajian kita. Objektif
tingkah laku yang ingin diukur hendaklah
dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah
boleh dicapai (realistic).
Contoh objektif ujian ialah "Murid dapat
menjelaskan bentuk muka bumi
kampung/taman perumahannya". Ujian juga
boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan
murid-murid.
Kajian Rintis
Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum
kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk
memestikan alat-alat kajian mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.
Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan
responden yang setara dengan responden kajian
sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit
responden (contohnya, umur, jantina dan
sebagainya.). Selepas ujian rintis dijalankan, soal
selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas
yang diperoleh.
Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke
atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut:
Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur
(layout) soal selidik.
Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal
selidik.
Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan
format jawapan.
Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-
item tertutup.
Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data
komputer.
(1) Kaedah Soal Selidik Dan Ujian
Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat;
iaitu kertas soalselidik dan ujian. Kaedah ini
sering digunakan untuk mengutip data dalam
Kajian Tindakan secara formal dan sistematik.
Sebaiknya alat-alat itu dapat memenuhi ciri-
ciri berikut:
Memenuhi objektif dan persoalan kajian.
Mempunyai keesahan alat ukur (validity)
Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)
Praktikal (boleh dilaksanakan).
Soal selidik merupakan satu cara yang paling
mudah untuk memperoleh maklumat. Soal
selidik mempunyai beberapa kebaikan
dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha
penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat
kualitatif dan kuantitatif.
Menyediakan satu soal selidik yang baik
memerlukan masa dan pemikiran yang
mendalam. Soal selidik yang dibuat tanpa
penelitian akan mendapat sambutan yang kurang
memuaskan. Maklumat yang diterima mungkin
tidak cukup untuk membolehkan penyelidik
membuat satu-satu perumusan.
Kesilapan yang biasa berlaku dalam
membina suatu soal selidik ialah:
Soal selidik terlalu panjang
Isi yang disoal tidak penting
Butiran tidak dinyatakan dengan jelas
Bentuknya tidak teratur atau tidak
menarik.
Ciri-ciri penting bagi sesuatu soal
selidik yang baik ialah:
Soal selidik tersebut mempersoalkan isu yang
penting. Surat pendahuluan disediakan untuk
menerang pentingnya soal selidik itu.
Soal selidik cuba mendapatkan maklumat yang
tidak boleh diperoleh daripada sumber-sumber
lain seperti daripada laporan sekolah dan
sebagainya.
Soal selidik mengandungi butiran yang ditulis
dengan ringkas dan jelas.
Soal selidik mempunyai bentuk dan susunan
yang menarik dan ditaip dengan baik.
Soal selidik mengandungi arahan yang lengkap dan jelas.
Satu soalan menyoal satu idea sahaja.
Butiran disusun mengikut kategori yang boleh mendapat
sambutan dengan mudah dan tepat.
Soal selidik mengandungi soalan berbentuk objektif iaitu
responden tidak diminta memberi cadangan-cadangan.
Soalan disusun daripada bentuk umum kepada bentuk
khusus, daripada yang mudah kepada lebih kompleks dan
daripada yang bersifat `memihak' kepada yang lebih
'teliti' dan 'mendalam'.
Tidak mengandungi soalan yang menyinggung peribadi
atau yang memalukan.
Hasil jawapan boleh ditafsirkan dengan mudah.
Soal selidik atau instrumen alat ukur mestilah memenuhi objektif atau
persoalan kajian yang telah dikenal pasti.
Alat ukuran yang telah dibina mestilah mengukur fakta-fakta yang
diperlukan supaya maklumat yang diperolehi memenuhi kehendak
kajian.
Untuk memastikan alat ukur dapat memenuhi kehendak kajian, kesahan
muka (face validity) terhadap alat ukur harus dilakukan.
Soalan-soalan soal selidik boleh dinilai secara kritikal (critically
examined) oleh rakan sejawat atau oleh pakar-pakar dalam pembinaan
soal selidik.
Kebolehpercayaan alat ukur mesti juga diberi perhatian. Ini bermakna
alat ukur perlu benar-benar dapat menggambarkan pendirian atau
pandangan sebenar responden.
Alat ukur juga perlu. mudah difahami dan tidak mengelirukan
responden atau mempunyai maksud yang pelbagai.
Oleh sebab kaedah ini memerlukan kepakaran yang tertentu dalarn
bidang penilaian dan pengukuran pendidikan, guru pengkaji seharusnya
mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam hal-hal yang
dibincangkan di atas.
Dua jenis soal selidik yang biasa
digunakan ialah:
yang biasa digunakan ialah:
Butiran bentuk tertutup:
Butiran bentuk terbuka.
Butiran bentuk tertutup:
Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang
berkehendakkan jawapan pendek seperti `Ya' atau
`tidak'; atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan.
Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh
maklumat tertentu sahaja. Kebaikan menggunakan
butiran bentuk tertutup ialah:

Boleh dijawab dengan mudah


Mengambil masa yang pendek
Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk
yang disoalkan
Berbentuk objektif
Mudah disusun dan dianalisis.
Butiran bentuk terbuka.
Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan
bebas daripada responden. Tidak ada `petunjuk'
dibekalkan.
Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan
jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-
motif yang tersembunyi di belakang sikap, minat,
`kecenderungan' dan cadangan-cadangan
responden.
Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit
untuk ditafsirkan, disusun dan dijadualkan dalam
laporan. Walau bagaimanapun jawapan ini
mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada
jenis maklumat yang diperlukan.
Panduan membina butiran soal
selidik
Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh
disalah ertikan.
Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang
mengelirukan. Perkataan-perkataan seperti
`biasanya', 'kadang-kadang', `jarang-jarang'
memberi pengertian yang berbeza antara
seorang dengan seorang lain. Frasa seperti
"berapa kali dalam sehari ... " dan sebagainya
boleh digunakan.
Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang
tidak benar. Misalnya, "Adakah anda tidak
bersetuju supaya pelajar tidak disebat di
khalayak ramai?" Ya, tidak.
Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap.
Pilihan Ya, tidak kepada soalan "Adakah anda
berkahwin?" Tidak lengkap sebab mungkin ada
penjawab yang berstatus "duda" atau "janda".
Bariskan perkataan yang hendak ditekankan.
Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud.
Soalan seperti, "Adakah anda bersetuju supaya
pelajar yang cerdas diletakkan dalam satu
kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas?
sepatutnya dipecahkan kepada dua bahagian.
Jika responden diperlukan memberi
pemeringkatan atau bandingan satu poin
rujukan harus diberikan . Soalan seperti, Apakah
pendapat anda tentang pengajaran guru A? Baik,
sederhana, lemah - dianggap tidak jelas.
Responden harus diberitahu dengan siapa guru A
harus dibandingkan, adakah dengan guru pelatih ,
guru berpengalaman atau guru yang dianggap
unggul?
Soalan mestilah sesuai denga "Berapa harikah dalam
semingggu pihak kolej menghantar guru pelatih ke
sekolah?" dianggap tidak sebab kebanyakan kolej
mengendalikan latihan mengajajar secara berterusan
Bekalkan poin tertentu bagi setiap pilihan jika
responden membuat pilihan mengikut darjah pilihan
mereka. Misalnya:
Pilihan I ................ 5 poin
Pilihan II ................ 4 poin
Pilihan III ................ 3 poin
Pilihan IV ................ 2 poin
Pilihan V ................. 1 poin
Kategori-kategori jawapan hendaklah dibuat oleh
penyelidik sendiri. Misalnya, adalah tidak wajar
meminta responden menentukan kerja mereka
mengikut kategori seperti:
buruh kasar
buruh berkemahiran
perkeranian
pengurusan
profesyen dan sebagainya
Soalan seperti berikut adalah lebih baik
dikemukakan.
Di manakah anda bekerja?
Apakah jenis kerja yang anda lakukan?
Cara Mengendalikan Soal
Selidik
Pilih responden daripada mereka yang benar-benar
berminat untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-
ciri responden yang dihajati.
Uji soal selidik kepada responden daripada sampel
yang hendak dikaji. Baiki butiran yang didapati kurang
jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat
memperoleh maklumat yang dihajatkan.
Untuk memastikan soal selidik dijawab dan
dikembalikan kepada penyelidik, beri soal selidik
melalui ketua jabatan responden.
Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden,
beri penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan
jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan
akan dihantar kepada jabatan penjawab.
Menganalisis Jawapan Soal Selidik
Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara
data
Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan
pendek seperti masa, umur, jantina, kumpulan, amalan
dan sebagainya.
Bagi data kuantitatif, beberapa nilai statistik harus
dihitung diberikan. Perbandingan antara satu data
kuantitatif dengan data kuantitatif yang lain harus
dilakukan.
Bagi data kualitatif atau naratif, data tersebut harus
diringkaskan dan dikategorikan dalam jadual tertentu.
Semasa membuat perumusan, pertimbangan harus
diberikan kepada peratus responden yang kecil. Peratus
yang kecil membawa kepada kebolehpercayaan yang
kecil. Laporan penyelidikan harus dinyatakan dalam
(2) SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan satu lagi
contoh borang siasatan. Senarai semak
mengandungi satu senarai butiran untuk
diperiksa oleh responden. Responden
tidak perlu memberi pertimbangan.
Mereka hanya perlu memberi fakta
sebenar.
panduan membina senarai semak
a) Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik
yang lepas dan tentukan butiran yang diperlukan dalam kajian.
b) Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan
struktur logikal atau psikologikal. Butiran yang berkaitan
dikelaskan bersama.
c) Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:
Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu.
Misalnya:
Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di
sekolah tuan.
______________ sukan
______________ kebun
______________ pementasan
______________ muzik
______________ perbahasan
dan sebagainya.
(ii) Minta responden memberi jawapan
ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda
mempunyai Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"
(iii) Minta responden memberi tanda (^) bagi
kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian
pelajar wanita di sekolah ini beragama Islam
.... ( )"
(iv) Bulatkan atau gariskan jawapan yang
sesuai bagi kenyataan yang diberikan.
Misalnya: "Persatuan muzik mengadakan
perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali,
setiap bulan, tidak tentu masa".
(c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan
(diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah
anda mempunyai perpustakaan?"
Diperbaiki menjadi:
"Adakah sekolah anda mempunyai
perpustakaan yang mengandungi sekurang-
kurangnya sebuah buku bagi seorang
pelajar?"
(d) Senarai semak mestilah lengkap dan
komprehensif.
(3) SKALA PEMERINGKATAN
Skala pemeringkatan merupakan alat
untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar
diukur secara objektif. Misalnya, mengukur
perlakuan seseorang pelajar.
Skala pemeringkatan memberi peluang
kepada responden merekodkan
pendapatnya tentang darjah perlakuan itu.
Skala pemeringkatan biasanya diletakkan
di atas satu baris dari rendah ke tinggi
atau sebaliknya.
Misalnya:
Terlalu Bawah Terlalu
lemah Lemah sederhana Sederhana Baik baik Cemerlang

Skala pemeringkatan digunakan untuk:


(i) Pemeringkatan guru.
(ii) Pemeringkatan sahsiah.
(iii) Ujian dan kesahan beberapa alat
objektif.
(iv) Menilai kursus, amalan dan program.
Beberapa panduan membina skala pemeringkatan
adalah seperti yang berikut:
(a) Skala pemeringkatan mengandungi tiga
perkara penting
(i) Fenomena yang hendak diberi pemeringkatan.
(ii) Satu baris skala pemeringkatan untuk
responden membuat pemeringkatan.
(iii) Responden atau pentaksir yang memberi
pemeringkatan.
(b) Fenomena yang hendak diberi pemeringkatan
terdiri daripada ciri-ciri penting dan bersabit
dengan kajian. Kategori pemeringkatan diletakkan
di atas satu baris. Biasanya terdapat lima atau
tujuh kategori.
Bagaimana anda menerangkan sifat keyakinan
anda?

Amat Bawah Melebihi Amat


rendah sederhana Sederhanasederhana tinggi
I I I I I

Adakah anda suka mengusik pelajarbaru?

Tidak Jarang Kadang- Kerap Sentiasa


pernah kadang
I I I I I
Saya sukakan sains
Benar-benar Tidak Ragu Benar-benar
tidak bersetuju bersetuju ragu Bersetuju bersetuju

II I I
Apakah keputusan anda dalam sains?
Amat
lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang
(c) Tujuan setiap kategori pemeringkatan
mestilah jelas. Responden sepatutnya dapat
merasakan perbezaan antara satu kategori
dengan kategori yang lain.
(d) Susunan kategori pemeringkatan boleh
dibuat sama ada secara meningkat atau
menurun dari kiri ke kanan. Jumlah kategori
angka ganjil digunakan dengan kategori
`sederhana' atau 'purata' di tengah-tengah.
(e) Sekurang-kurangnya tiga kategori
pemeringkatan digunakan. (kategori
pemeringkatan merupakan senarai semak).
Paling banyak kategori yang digunakan ialah
tujuh, dan yang biasa digunakan ialah lima.
Dengan memberi nilai yang sesuai kepada setiap
kategori pemeringkatan, skala itu boleh ditukar
kepada nilai aritmetik dan boleh dikira minnya.
(f) Terdapat empat cara menyusun skala
pemeringkatan.
(4) Pemerhatian
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan
yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji
mempunyai latar belakang pengetahuan serta
pemahaman situasi yang luas untuk membuat
pemerhatian situasi yang sebenar.
Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja
aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga
aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia
memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan
mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia
adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi
pengkaji sangat diperlukan.
Kebaikan Menjalankan
Pemerhatian
(a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan
dengan lebih berkesan melalui pemerhatian setiap tingkah
laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui
soal selidik atau temu bual.
(b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar,
atau seseorang guru biasanya dapat dikaji dengan membuat
pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-
satu piawai melalui pemerhatian langsung.
(c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji
aktiviti-aktiviti fizikal seperti permainan, sukan, dan kerja
amali.
(d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik
untuk membuat analisis terhadap keberkesanan sesuatu
pengajaran dan cara memperbaikinya.
Pemerhatian secara langsung (direct
observation)
boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan
teknikal.
Misalnya;
mencatatkan nota tentang pergerakan guru dan
pelajar; ataupun
merakamkan pemerhatian dengan menggunakan
alat instrumen seperti borang pemerhatian; alatan
electronik seperti perakam video, kamera atau
pita rakaman audio.
Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu
boleh digunakan sebagai sumber yang berguna
untuk menganalisis data selepas pemerhatian.
aspek-aspek yang perlu sebelum
melakukan pemerhatian
Tumpuan pemerhatian
Siapakah yang akan membuat
pemerhatian?
Siapa atau apa yang akan diperhatikan?
Di tempat-tempat manakah pemerhatian
akan dilaksanakan? (elok adakan
pemerhatian di beberapa tempat dan
situasi untuk mendapatkan kepelbagaian
maklumat)
Masa pemerhatian

Bilakah pemerhatian akan dijalankan?


(elok adakan pemerhatian pada masa-
masa yang berlainan untuk mendapatkan
kepelbagaian maklumat)
Cara Pemerhatian
Bagaimanakah pemerhatian itu akan
dicatatkan atau dirakamkan?
Apakah prosedur yang patut diikut untuk
memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai
(reliable) dan ada keesahan (valid)?
Apakah teknik pemerhatian yang paling
sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji?
(Eloklah data-data penting yang dikutip
semasa pemerhatian mesti dicatat dengan
serta merta sekurang-kurangnya dalam
bentuk nota)
Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas.
Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:
Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?
Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?
Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan
muka surat buku teks yang diguna?
Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan
(contohnya: P untuk pelajar, G untuk guru).
Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk
membetulkan kesilapan yang dibuat atau untuk membuat komen.
Tambahan nota mungkin tentang perasaan akan sesuatu peristiwa
atau sesuatu idea baru.
Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku
dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi. Adalah
dicadangkan muka surat catatan dibahagikan kepada dua untuk
catatan yang berlainan.
(5) Meninjau dan Mengutip Bahan-
bahan Dokumen
Tujuan meninjau dokumen adalah untuk
mengutip data atau makiurnat yang berguna
dari dokumen-dokumen yang dikaji.
Dokumen boleh membekalkan maklumat
yang berkaitan dengan isu atau masalah yang
diselidiki. Ia merupakan bahan yang penting
untuk memahami tujuan, rational dan sejarah
sesuatu program atau dasar.
Dalam pelaksanaan analisis, kita dapat tahu
tentang data yang sudah ada dan data yang
mesti dikutip.
Dokumen-dokumen yang boleh
digunakan;
Sukatan pelajaran dan rancangan
pelajaran,
Kertas peperiksaan dan ujian;
Laporan kurikulum;
Minit mesyuarat panitia;
Contoh kerja pelajar; dan
Bab-bab dalam buku teks yang dikaji.
Bahan-bahan dokumen bergambar/foto
Gambar-gambar dapat memberi gambaran
sesuatu situasi dengan jelas.
Contohnya gambar-gambar dapat menunjukkan:
Gambar/foto cara-cara pelajar-pelajar menjalankan
sesuatu tugasan dalam bilik darjah; Apa yang berlaku di
bilik darjah tanpa pengetahuan atau mendapat perhatian
dari guru.
Susunan meja kerusi di bilik darjah.
Corak organisasi sosial dalam bilik darjah. Contohnya:
Adakah pelajar-pelajar bekerja dalam kumpulan atau
berseorangan ? Kedudukan guru dan sikapnya semasa
bercakap atau bekerja dengan pelajar-pelajar.
Sesetengah daripada bukti bergambar hanya boleh dikutip
dengan bantuan seorang pemerhati tetapi setengah
daripadanya hanya boleh dikutip oleh guru sendiri.
(6) Membuat Rakaman Pita Video
Dan Transkrip
Penggambaran video untuk Kajian Tindakan
memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research
partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran.
Penggambaran video dapat mengesan data-data yang
berupa perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-
fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.
Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan
menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan
dalam sesuatu aktiviti.
Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan
petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman
pelajar-pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.
Cadangan Untuk Membuat Transkrip
Dengar segala rakaman untuk
mendapatkan gambaran menyeluruh.
Dengar rakaman untuk kali kedua dan
buat nota ringkas dan catatkan nombor
pada kaunter tape/pita supaya mudah
membuat rujukan sernula.
Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang
penting kepada persoalan kajian dan
membuat transkrip yang lengkap.
(7) Menulis Diari
Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk
mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan mengenai
pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan
penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita boleh
menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.
Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari
pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari:
Catatan diari hares sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas
sesuatu pengajaran yang satu strategi khas telah digunakan atau
selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah.
Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk
merekodkan segala perubahan, tambahan nota atau rujukan
kepada bahagian lain di diari.
Setiap catatan diari mesti ada:
Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.
Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan
lain-lain yang penting kepada kajian.
Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan
bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang
rujukan.
Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja
pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan.
Dari semasa ke semasa analisis catatan diari hares dilakukan
untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab
melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu
dikutip.
Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam
rancangan tindakan susulan
Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan
membolehkan kita mendalami situasi / isu yang dikaji.
Catatan Diari Pelajar
Catatan diari pelajar merupakan sumber
yang menarik sebagai data atau makiumat.
Catatan pelajar akan memberi pandangan
yang berbeza daripada pandangan guru
mengenai isu yang sama.
Catatan diari pelajar juga membekalkan guru
dengan maklum balas yang ikhlas untuk
mengetahui tentang suasana bilik darjah dan
kemajuan pelajar-pelajar.
Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan
menulis tentang guru-guru secara bebas
sekiranya mereka percaya pada guru itu.
(8) Temubual
Temubual adalah satu kaedah kajian yang
amat penting kerana is membantu
pengkaji meneroka dan mendapatkan
maklumat kajian secara mendalam.
Seringkala dalam kajian, ada banyak
maklumat yang tidak dapat diperolehi
melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi
ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji
perlu berhubung melakukan hubungan
"face-to-face"
Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting
ditemubual adalah
1. murid-murid sekolah,
2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama,
3. rakan sejawat yang sesekolah,
4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar,
penolong kanan) dan
5. pemerhati yang turut serta dalam kajian.

Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan


dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan
tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin
mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam
atau meneroka idea mereka, maka adalah penting
pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan
soal jawab; berbual-bual ataupun berbincang.
Kebaikan Menjalankan Temu
bual
(a) Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca
atau yang mempunyai kecerdasan yang terhad.
(b) Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada
menulis.
(c) Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu
soalan untuk mendapat jawapan yang tepat daripada
responden.
(d) Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan
dapat dilihat daripada perbincangan berdepan.
(e) Responden tidak dapat membetulkan semula
jawapan yang telah diberikan terdahulu jika soalan
yang berikutnya boleh mendorong responden
mengubahsuai jawapan yang telah diberikan.
Perancangan untuk Menemu
Bual
(a) Tentukan tujuan dan maklumat yang
hendak diperolehi daripada responden.
(b) Sediakan rangka soalan dengan teratur
dan komen-komen yang boleh meransang
responden mengeluarkan maklumat
(c) Tentukan cara mencatat jawapan yang
diberikan.
Perkara yang Dititikberatkan
Semasa membuat Temubual
(a) Mendapatkan kerjasama daripada
kumpulan atau orang perseorangan yang
ditemubual. Oleh itu penyelidik perlu
memupuk hubungan baik dengan responden.
Ini memerlukan kemahiran dan kesenian
seseorang.
(b) Mengemukakan soalan-soalan yang
menarik dan yang boleh meransang
responden member komen dan penerangan
(c) Alat yang digunakan merakam jawapan
sepatutnya tidak mengalih perhatian
responden.
CARA MENCATAT ATAU
MERAKAM JAWAPAN
(a) Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian
jawapan responden seperti memperdengarkan nada suara
seseorang samada beremosi atau tidak.
(b) Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas
temubual dilakukan. Kedua-dua cara mempunyai kebaikan
dan kelemahan. Cara pertama boleh member catatan yang
lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara
kedua boleh memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun,
penyelidik harus membuat berapa latihan.
(c) Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-
jawapan yang diberikan oleh responden tetapi membuat
penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini, adalah
baik jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau
seIepas mendengar semula rakaman yang dibuat.
Jenis-jenis Teknik Temubual

Lazimnya, terdapat dua teknik temubual


iaitu temubual berstruktur dan temubual
tidak berstruktur.
Teknik Temubual Berstruktur
Teknik Temubual Tidak Berstruktur
Teknik Temubual Berstruktur
Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab
di mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin
ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang
tertentu sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan
mendapatkan maklumat tentang cara guru membetulkan
kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu
agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara
sistematik.
Contohnya:
adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar
adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat
kesilapan ejaan ?
jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?
siapakah pelajar yang selalu didenda ?
Teknik Temubual Tidak Berstruktur
Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti
perbualan dan soaljawab yang mementingkan
penerokaan idea atau perasaan lebih daripada
mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan
terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan
pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta
atau respondan.
Contohnya:
adakafi apa-apa yang anda hendak beritahu kepada
kami
apakah perasaan anda pada masa itu ?
mengapa anda rasa begitu ?
apakah pandangan atau pendapat anda ?
Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini
adalah is memberi peluang pengkaji meneroka
secara mendalam dan memberi kesempatan
kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-
bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan
dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh
meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal
pengkaji.
Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan
dalam situasi yang tidak formal. Pada masa
temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan
pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan
memberi komen serta menyoal secara spontan
iaitu tidak menggunakan soalan yang telah
disediakan terlebih dahulu.
Cara Merekod Temubual
Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji
mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan
melalui cara-cara tertentu.
Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita
rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi
temubual.
Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan
rengkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu
transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai
bahan sokongan kajian temubual yang lebih teliti.
Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan
soalan dan jawapan dalam temubual itu eloklah
disimpan dalam diari pengkaji.
(9) Penilaian Kendiri Secara
Mendalam
Penilaian kendiri secara mendalam penting untuk memberi
penjelasan kepada guru tentang kelebihan atau kekurangan
yang ada pada guru itu sendiri. Proses ini berguna untuk
memperolehi isu-isu bermasalah yang sentiasa berlaku.
Contohnya:
Situasi yang sentiasa berlaku yang tidak boleh difahami.
Situasi yang sentiasa menjadi masalah atau konflik.
Situasi yang anda rasa kurang senang, contohnya dilema.
Masalah dengan pelajar.
Maka, lazimnya, penilaian kendiri secara mendalam boleh
bercorak deskriptif (memberi gambaran tentang situasi yang
bermasalah, konflik dan sukar difahanii) atau bersifat tafsiran
(memberi interpretasi yang tersendiri tenhadap situasi yang
dikaji),
Contoh Penilaian Kendiri Secara
Mendalam:
Permasalahan mengajar:
Adakah kaedah pengajaran saya dapat
rneningkatkan prestasi pelajar?
Adakah kaedah saya sesuai?
Adakah persediaan yang dibuat mencukupi?
Adakah pelajar saya memberi perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?
Adakah pelajar saya melibatkan din i secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Adakah objektif pengajaran saya tercapai?
Bagaimana saya boleh mengatasi masalah
pengajaran dan pembelajaran?.
(10) Membuat Rakaman Pita Video
Dan Transkrip
Penggambaran video untuk Kajian Tindakan
memerlukan bantuan seorang rakan kajian
(research partner) untuk melaksanakan sesi
penggambaran. Penggambaran video dapat
mengesan data-data yang berupa perlakuan guru,
perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal
dikesan oleh guru. Rakaman Pita juga berguna
untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang
individu atau kumpulan dalam sesuatu aktiviti.
Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan
petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman
pelajar-pelajar mengenai pemahaman sesuatu
konsep.
Cadangan Untuk Membuat Transkrip
Dengar segala rakaman untuk
mendapatkan gambaran menyeluruh.
Dengar rakaman untuk kali kedua dan
buat nota ringkas dan catatkan nombor
pada kaunter tape/pita supaya mudah
membuat rujukan sernula.
Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang
penting kepada persoalan kajian dan
membuat transkrip yang lengkap.
UKURAN SAHSIAH

Terdapat dua jenis ukuran sahsiah: ukuran


langsung yang menggunakan inventori dan
ukuran tak langsung yang menggunakan
teknik projektif.
Ukuran langsung
Ukuran langsung merupakan laporan yang diberi secara langsung oleh
seseorang terhadap corak sahsiahnya.
Setiap individu akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Satu
contoh inventori sahsiah ialah senarai semak masalah kewangan.
Inventori ini digunakan oleh pelajar untuk melaporkan masalah
penyesuaian. Inventori ini juga terdiri daripada beberapa kemungkinan
masalah yang dikelaskan kepada beberapa kategori dan pelajar
dikehendaki memilih kategori yang menjadi masalah mereka.
Jawapan yang diberikan bukan sahaja dapat menggambarkan masalah
penyesuaian yang mereka hadapi tetapi juga memberi markah yang
menunjukkan tahap kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
penyesuaian itu.
Walau bagaimanapun, inventori ini mempunyai kelemahan dan segi
memberi kemudahan kepada pelajar melaporkan reaksi mereka secara
objektif dan tepat. Kelemahan pelajar dalam mengenal diri sendiri,
pengaruh emosi, dan kecenderungan tidak memilih jawapan yang
memalukan boleh mengurangkan keberkesanan penggunaan kaedah ini.
Teknik projektif
Teknik projektif cuba merahsiakan tujuan
soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini
seseorang responden akan menjawab secara
jujur terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan.
Ujian-ujian seperti Rorschach's inkblot dan
Rosenzeweig's Picture-Frustration
merupakan contoh-contoh teknik projektif.
Dalam kedua-dua ujian itu reaksi individu
terhadap gambar dan simbol akan
menunjukkan sahsiah mereka.

You might also like