You are on page 1of 3

PENGENALAN

• Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik yang


berlainan kaum. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk, kepelbagaian telah
wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam, ekonomi, politik
dan budaya. Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu.
Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective
Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-
sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan
seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau
membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah
(contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya).

• Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu bahawa setiap individu mempunyai
budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang
mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka.
RUMUSAN

• Kepelbagaiana sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap individu.


• Setiap respond mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya,
agama dan persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi
kewujudan pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelompok berbeza budaya
menjadikan mereka prejudis terhadap mereka yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk
mengambil bahagian dalam setiap program kemasyarakatan agar kita lebih
mengenal dengan lebih mendalam budaya orang lain.

You might also like