You are on page 1of 14

Read (Baca)

• Pelajar dikehendaki membaca secara


mendalam dan memberi tumpuan kepada
teks yang disediakan.
• Dalam masa yang sama, pelajar cuba mencari
jawapan kepada soalan yang disenaraikan.
• Selain itu, pelajar boleh menyenaraikan soalan
tambahan untuk mendapatkan maklumat
lanjutan.
• Sepanjang masa membaca, pelajar boleh
mendapat maklumat yang terdapat dalam
petikan teks atau bahan bacaan.
• Di samping itu, pelajar boleh bertukar-tukar
fikiran dengan sama ada menerima atau
menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal
ini bererti pelajar tidak semestinya menerima
semua maklumat yang terdapat dalam teks.
• Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu;
Tujuan serta-merta
Tujuan lanjut
TUJUAN SERTA-MERTA
• Untuk membolehkan murid membaca dan
memahami sesuatu bahan yang digunakan.
• Apabila seseorang murid dikatakan ‘boleh
membaca’, maka kenyataan itu bermaksud
murid berkenaan boleh membaca dengan
cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca
dengan serta-merta dan tidak mengambil
masa yang panjang untuk menghabiskan
sesuatu bahan bacaan.
• Selain itu, ‘boleh membaca’ juga bererti murid boleh
membaca bersendirian tanpa bergantung kepada
bantuan guru.
• Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan
yang lain:
 Untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan
dan rentak irama atau intonasi yang betul.
 Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa
berasa sebarang gangguan.
 Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca
terus menerus dan mencari pengertian daripada yang
dibaca.
 Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai
alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan
menambah pengetahuan.
TUJUAN LANJUT
• Bermaksud murid dapat membetulkan
fahamannya yang salah, membandingkan
fikiran dan pengalaman orang lain untuk
menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.
• Murid seharusnya dapat berfikir dan
melahirkan fikiran dengan cara yang teratur.
• Apabila mereka boleh membaca maka
dapatlah mereka menambah satu lagi alat
perhubungan iaitu membolehkan mereka
merapatkan diri dengan orang lain yang ada di
sekelilingnya.
• Tujuan lanjut bermatlamat:
 Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan
dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan
juga sebagai satu cara untuk menyambung murid.
 Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan
memudahkan mereka untuk mengikuti
perkembangan alam dan manusia.
 Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-
idea yang salah.
 Menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan
orang lain.
 Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan
hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara
yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
Recite (Imbas Kembali)
• Setelah pelajar membaca keseluruhan teks atau
bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki
mengingat kembali semua atau sebahagian
maklumat yang terdapat dalam teks.
• Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan
dengan soalan atau tugasan. Seterusnya, pelajar
dapatlah menjawab semua soalan tugasan
berdasarkan maklumat dalam teks.
• Di samping itu, pelajar juga boleh memberikan
jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk
jawapan yang terdapat dalam teks. Pelajar
boleh membandingkan ketepatan jawapan
mereka.
TUJUAN RECITE
• Mengingat kembali apa yang telah dibaca dan
meneliti segala yang telah diperoleh.
• Memastikan pemahaman tentang sesuatu
yang dipelajari adalah tepat.
• Supaya dapat memahami sesuatu dengan
lebih cepat.
Review (Baca Semula)
• Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki
membaca semula soalan dan jawapan yang
ditulis atau dicatat.
• Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada
jawapan yang ada pada peringkat recite
(imbas kembali) di atas sama ada betul atau
salah.
• Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab
berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
• Melalui proses teknik 3R, pelajar memperoleh
maklumat yang tepat, cepat dan dapat
menyelesaikan tugasan secara berkesan.
• Tujuan review ialah :
1. Membetulkan kesalahan yang dilakukan
dalam recite.
2. Menyesuaikan kembali apa yang telah
diingat dengan yang aslinya.
3. Mengemaskan ulang pada bahan bacaan
yang hilang dari ingatan pembaca.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like