You are on page 1of 34

7.

3 Daya Geseran

Disediakan oleh:
Cikgu Ong
SMK Rantau
Daya Geseran

1. Daya geseran ialah daya yang


menentang, menghentikan,
dan menghalang gerakan
sesuatu objek.
2. Daya geseran juga mencegah
sesuatu objek yang bergerak
daripada tergelincir.
3. Kadangkala, geseran
merupakan suatu gangguan
dalam kehidupan harian kita,
tetapi tanpa daya geseran kita
akan menghadapi masalah.
Ciri daya geseran

1. Daya geseran ialah suatu kuantiti vektor.


2. Ini bermaksud daya geseran bertindak pada arah
tertentu dengan magnitud yang dapat diukur.
3. Daya geseran bertindak ke arah yang bertentangan
dengan arah pergerakan.

Arah pergerakan

Daya geseran

4. Daya geseran mengurangkan daya tindakan yang


menyebabkan pergerakan.
5. Oleh itu, untuk menggerakkan sesuatu objek, daya
tindakan mestilah lebih besar daripada daya geseran.
Arah pergerakan

Daya geseran
Daya geseran bertindak Daya geseran bertindak
ke arah yang ke arah yang
bertentangan dengan bertentangan dengan
arah pergerakan. arah pergerakan.

Arah
pergerakan Arah
pergerakan

Daya geseran A B
Daya geseran?
Daya geseran?
Menyukat magnitud daya geseran

Tujuan: Mengukur magnitud daya geseran dengan


menggunakan neraca spring

Bahan: Bongkah kayu dan benang


Radas: Neraca spring

Prosedur:
1. Ikat benang pada sebuah bongkah kayu dan
pasangkan dengan neraca spring.
2. Tarik bongkah kayu di atas meja itu perlahan-lahan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.15.
3. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila
bongkah kayu mula bergerak.
Rajah 7.15

Bacaan daya pada neraca spring = ________ N


apabila bongkah kayu mula bergerak

Daya geseran = ________ N


Mengkaji kesan jenis permukaan terhadap magnitud
daya geseran

Tujuan: Menunjukkan permukaan yang berbeza


mempengaruhi magnitud daya geseran

Pernyataan masalah: Bagaimanakah jenis permukaan yang


berbeza mempengaruhi magnitud
daya geseran?

Hipotesis: Semakin kasar permukaan-permukaan yang


bersentuhan, semakin besar daya geseran

Pemboleh ubah:
i) yang dimanipulasikan: Jenis permukaan yang berlainan
ii) yang bergerak balas: Magnitud daya geseran
iii) yang dimalarkan: Jenis dan saiz bongkah kayu
Bahan: Meja, lantai, kepingan kaca, permaidani, kertas
pasir, benang, dan bongkah kayu

Radas: Neraca spring

Prosedur:

1. Ikatkan benang pada sebuah bongkah kayu.


2. Gunakan neraca spring dan tarik bongkah kayu di atas
permukaan meja itu secara perlahan-lahan.
3. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila
bongkah kayu itu mula bergerak.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan menarik bongkah kayu
pada permukaan lantai, kepingan kaca, kertas pasir, dan
permaidani.
Keputusan:

Jenis permukaan Magnitud daya geseran (N)


Meja
Lantai
Kertas pasir
Permaidani
Kepingan kaca

Kesimpulan:
Permukaan yang lebih kasar menghasilkan daya geseran
yang lebih besar.
Kebaikan dan keburukan geseran

1. Geseran memainkan peranan


penting dalam kehidupan harian
kita.
2. Sebagai contohnya, geseran
membolehkan kita berjalan tanpa
tergelincir.
3. Geseran juga mendatangkan
gangguan dan masalah kepada
kita.
4. Sebagai contohnya, geseran
melambatkan pergerakan,
mengurangkan kecekapan mesin,
menghauskan permukaan alatan,
dan menghasilkan haba serta
bunyi.
Dapatkah anda terangkan kebaikan dan keburukan geseran
dalam setiap situasi?
Cara untuk meningkatkan dan mengurangkan geseran

1. Geseran membawa manfaat dan juga kerugian kepada


manusia.
2. Sebagai contoh, brek kenderaan menggunakan geseran
untuk melambatkan dan menghentikan pergerakan.
3. Sebaliknya, minyak pelincir digunakan untuk
mengurangkan geseran.
Aktiviti: Mengkaji kaedah untuk meningkatkan dan
mengurangkan geseran

Tujuan: Menunjukkan kaedah untuk meningkatkan


geseran dan mengurangkan geseran

A Meningkatkan geseran
Bahan: Bongkah kayu biasa, bongkah kayu yang sama
saiz dengan satu permukaan kasar, bongkah kayu
yang sama saiz tetapi lebih berat, dan benang
Radas: Neraca spring
Prosedur:
1. Gunakan neraca spring dan tarik sebuah bongkah kayu
secara perlahan-lahan di atas permukaan meja.
2. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila
bongkah kayu itu mula bergerak.
3. Ulangi aktiviti ini dengan menarik sebuah
(a) bongkah kayu dengan satu permukaan kasar yang
bersentuhan dengan meja.
(b) bongkah kayu berpermukaan kasar itu di atas lantai
kasar.
(c) bongkah kayu yang berat di atas meja.
4. Catatkan daya geseran bagi setiap permukaan itu di
dalam jadual.
Soalan:
1. Berdasarkan aktiviti ini, cadangkan dua cara untuk
meningkatkan geseran.

2. Bagaimanakah hasil aktiviti ini dapat digunakan dalam


kehidupan harian anda?
B Mengurangkan geseran
Tujuan: Menunjukkan kaedah untuk mengurangkan
geseran
Bahan: Bongkah kayu, benang, dulang, cermin, beberapa
rod kayu, papan beroda, manik, dan minyak
masak
Radas: Neraca spring

Prosedur:
1. Lakukan aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.18.
2. Catatkan bacaan daya pada neraca spring apabila
bongkah kayu mula bergerak.
(a) Tarik bongkah kayu di atos (b) Tarik bongkah kayu di atos
permukaan meja permukaan cermin

(c) Tarik bongkah kayu di atas rod (d) Tarik bongkah kayu yang berada
kayu di atas papan beroda

(e) Tarik bongkah kayu di atas (f) Tarik bongkah kayu di atas
permukaan berminyak permukaan yang ditaburkan
manik
Rajah 7.18
Keputusan:

Keadaan Magnitud daya geseran(N)


(a) Permukaan meja
(b) Permukaan cermin
(c) Rod kayu
(d) Papan beroda
(e) Permukaan berminyak
(f) Permukaan bermanik

Kesimpulan:
Apakah cara lain yang dapat meningkatkan atau
mengurangkan geseran?

Cara-cara untuk meningkatkan


geseran
1. Corak pada tayar kereta
menambahkan geseran
supaya kereta tidak
tergelincir.
Tayar yang manakah lebih selamat? Kenapa?
2. Pemegang raket dilapik dengan balutan kulit untuk
menambahkan genggaman.
Hendal yang manakah lebih senang ditunggang?
(banding jenis permukaan, bukannya reka bentuk)
3. Permukaan lesung batu adalah kasar untuk menghancurkan
rempah-ratus dengan berkesan.
Cara-cara lain untuk menambahkan geseran
Cara-cara untuk mengurangkan geseran
1. Troli dipasang dengan roda untuk
melancarkan gerakan selepas dimuat
dengan beban yang berat.
2. Rod logam yang
berputar
mengurangkan
geseran semasa
menolak bagasi di
lapangan terbang.
3. Pengguling kecil atau bebola dipasang mengeliling gandar
supaya roda dapat berpusing dengan mudah.
4. Minyak pelincir atau gris digunakan untuk mengurangkan
geseran pada bahagian-bahagian mesin yang bergerak.
5. Kapal terbang yang bergerak pantas mempunyai bentuk
aerodinamik. Bentuk ini mengurangkan geseran udara
semasa gerakan.
Bentuk aerodinamik
6. Hoverkraf bergerak secara terapung di permukaan air.
Lapisan udara mengurangkan geseran dan membolehkan
hoverkraf bergerak pantas.

You might also like