Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau,
Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau
disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI- AD, NRP 26217. Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya. Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima. Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga akhir hayatnya. Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu , pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama beliau. Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob telah menjadi nasionalis radikal yang mengagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA) di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. [5]Dia meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979.[6] Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun. KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk golongan bawahan. Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan,slogan KMM ialah “satu untuk semua:semua untuk satu” Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana. Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran nasionalis, agama dan sosialis. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama- sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang teguh pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis, beliau telah menggembleng tenaga nasionalisme, agama dan sosialisme ke dalam wadah perjuangan untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat. Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk. Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad ialah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu Menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah. Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930- an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun. Pak Sako sebenarnya ialah julukan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang- orang Jepun. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah), Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan. Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka 1957. Beliau hanya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Haadyai. Shamsiah merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Tekanan pihak penjajah yang berterusan memaksa Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari ke hutan di Lubok Kawah di Temerloh, Pahang, dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Pada tahun 1956 Shamsiah dan Ibrahim dihantar PKM ke China untuk belajar. Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965, Shamsiah dan Ibrahim ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia. Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani (lahir di Hulu Langat, Selangor, Malaysia, 15 Desember 1923 – meninggal di Kuala Lumpur, Malaysia, 19 April 2013 pada umur 89 tahun) adalah seorang pejuang kemerdekaan dan hak perempuan, pengusaha, wartawan dan politisi wanita asal Malaysia. Ia pernah menjabat sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973-1984), serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1972-1984). Kariernya di bidang politik, bermula ketika ia ikut mendirikan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. Di partai itu, Aishah ditunjuk menjadi anggota komite sekaligus mengetuai sayap wanita yang bernama Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, ia juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, koran resmi PKMM. Pada 13 September 1962, ia dilantik sebagai senator. Aishah adalah wanita pertama di Malaysia yang menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Persatuan Bangsa Bangsa. Sejak tahun 1967 hingga 1972, Aishah menjadi wakil Malaysia di Persidangan Komisi Wanita PBB. Ia juga menyandang jabatan sekretaris Pergerakan Wanita UMNO negeri Selangor antara tahun 1960 hingga 1972. Pada tahun 1972, Aishah terpilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Tanggal 1 Maret 1973, ia dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jabatan ini selama 11 tahun. Ketika menyandang jabatan ini, ia mendirikan Yayasan Kebajikan Negara, sebuah organisasi yang masih aktif hingga hari ini. Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar- dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951. Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973) merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga mempunyai abang yang bernama Dato' Shamsuddin Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman bin Mohd. Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Bapa beliau juga adalah Speaker Dewan Negara yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951. Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak. Tun Dato' Sir Tan Cheng Lock SMN DPMJ KBE (Cina Ringkas: 陈祯禄 ; Cina Tradisional: 陳禎祿 ; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan- persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British. Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan. Rosli Dhoby (18 Mac 1932–2 Mac 1950) merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.[1] Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah bapanya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas keselamatan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya mati di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis(penjajah) di Sarawak berakhir secara mendadak. Rosli dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Kerajaan Sarawak dan merupakan anak kedua dari empat beradik dalam keluarganya. Bapanya, Dhobi bin Buang, dikatakan berasal dari Indonesia dan keturunan Raden. Ibunya, Habibah binti Haji Lamit berasal dari keluarga di Mukah. Sedikit yang diketahui tentang kehidupannya yang terdahulu walaupun rakannya menganggap Rosli sebagai orang yang boleh didekati walaupun beliau merupakan seorang yang pendiam.[5] Beliau mempunyai kakak sulung dan adik lelaki, Fatimah dan Ainie.[petikan diperlukan] Rosli memulakan kerjayanya sebagai guru dan berhenti kerja pada tahun 1947 untuk mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli dikenali sebagai seorang nasionalis dan seorang penyair. Menggunakan nama samaran Lidros, Rosli menerbitkan puisi kebangsaan yang bertajuk 'Panggilan Mu yang Suchi' yang diterbitkan di Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948. Penggunaan nama samaran adalah berleluasa pada masa itu sejak Pihak Berkuasa Kolonial British bersungguh-sungguh memantau apa-apa percubaan untuk menyebarkan kata-kata terhadap mereka. Beliau menyertai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu di bawah kepimpinan Sirat Haji Yaman. Rosli menyertai Rukun 13 pada Ogos 1948. Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I merupakan datuk Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim. Beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli astronomi (falak). Beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram di Makkah pada 1870. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam. Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith. Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931. Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.[1] Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah.