Ibrahim HJ Yaakob Atau IBHY Lahir Pada 27 November 1910 Di Tanjung Kertau

You might also like

You are on page 1of 11

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau,

Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau


disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya,
tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-
AD, NRP 26217.
Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat
Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui
penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya.
Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama
dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada
Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima. Ibrahim
dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan
Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun
pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.
Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan mendorong
Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga akhir hayatnya. Beliau
merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu , pelbagai tempat bersejarah diletakkan
bersempena nama beliau. Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob telah
menjadi nasionalis radikal yang mengagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika
Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh
pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat
di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA) di
pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu.
[5]Dia meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979.[6] Komander tentera Jepun melantik
Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun.
KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk golongan
bawahan. Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail
Tengku Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan,slogan KMM ialah
“satu untuk semua:semua untuk satu”
Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional
yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29
Ogos 1911.
Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan
bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah
Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan
kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.
Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim
Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai
dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut.
Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang
bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran
nasionalis, agama dan sosialis. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-
sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan
lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan
dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan
berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal
tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang
teguh pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis, beliau telah menggembleng
tenaga nasionalisme, agama dan sosialisme ke dalam wadah perjuangan untuk
kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk
PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah
membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan
bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan
julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan
kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan
penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat.
Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah
Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia.
Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.
Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika
menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat
sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi
Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato
yang handal. Beliau dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun
1976 membawa gelaran Datuk. Seperti kebanyakan para aktivis politik yang
sezaman dengannya, Ahmad ialah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik.
Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di
Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di
Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan
tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob
dan Ishak Haji Muhammad.
Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau
terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada
tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi
memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan
kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam
rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada
dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan
orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung
dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu
Menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu
menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu
"Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan
kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai
dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya
komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di
Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah.
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali
sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-
an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara.
Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan
yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana
Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
Pak Sako sebenarnya ialah julukan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-
orang Jepun. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar,
Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden
Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung
Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan mendapat
pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (kini Sekolah Kebangsaan Kampung
Tengah), Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris
Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan
dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan
pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai
dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau
pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret
Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.
Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah
tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum
dan selepas merdeka 1957. Beliau hanya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994,
selepas termeterainya Perjanjian Haadyai. Shamsiah merupakan ketua Angkatan
Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah
Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad
Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat
sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam Parti
Komunis Malaya (PKM). Tekanan pihak penjajah yang berterusan memaksa
Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya
untuk lari ke hutan di Lubok Kawah di Temerloh, Pahang, dan meneruskan
perjuangan bersenjata dari sana.
Pada tahun 1956 Shamsiah dan Ibrahim dihantar PKM ke China untuk belajar.
Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang
besi. Beliau memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu
Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965, Shamsiah dan Ibrahim ditugaskan ke
Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma
dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran
Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga
Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.
Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani (lahir di Hulu Langat, Selangor,
Malaysia, 15 Desember 1923 – meninggal di Kuala Lumpur, Malaysia, 19 April 2013
pada umur 89 tahun) adalah seorang pejuang kemerdekaan dan hak perempuan,
pengusaha, wartawan dan politisi wanita asal Malaysia. Ia pernah menjabat sebagai
Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973-1984), serta Ketua Pergerakan Wanita
UMNO (1972-1984).
Kariernya di bidang politik, bermula ketika ia ikut mendirikan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945. Di partai itu, Aishah ditunjuk menjadi
anggota komite sekaligus mengetuai sayap wanita yang bernama Angkatan Wanita
Sedar (AWAS). Ketika itu, ia juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, koran
resmi PKMM.
Pada 13 September 1962, ia dilantik sebagai senator. Aishah adalah wanita pertama
di Malaysia yang menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke
Persatuan Bangsa Bangsa. Sejak tahun 1967 hingga 1972, Aishah menjadi wakil
Malaysia di Persidangan Komisi Wanita PBB. Ia juga menyandang jabatan sekretaris
Pergerakan Wanita UMNO negeri Selangor antara tahun 1960 hingga 1972.
Pada tahun 1972, Aishah terpilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Tanggal 1 Maret 1973, ia dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dan
memegang jabatan ini selama 11 tahun. Ketika menyandang jabatan ini, ia
mendirikan Yayasan Kebajikan Negara, sebuah organisasi yang masih aktif hingga
hari ini.
Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan
pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau
pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah
meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO. Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah
berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres
Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan
sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan
Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu
telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu
melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah
Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-
dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada
semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan
menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab
cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos
1951.
Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973)
merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang
kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga mempunyai abang yang bernama Dato'
Shamsuddin Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor
Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato’ Abdul
Rahman bin Mohd. Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah,
majistret dan bendahari negeri. Bapa beliau juga adalah Speaker Dewan Negara
yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu
Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang
Tujuh, mereka menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor
kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang
bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn
Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau
menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada
1951.
Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957.
Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.
Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960
sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab
kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah
diisi oleh Tun Abdul Razak.
Tun Dato' Sir Tan Cheng Lock SMN DPMJ KBE (Cina Ringkas: 陈祯禄 ; Cina
Tradisional: 陳禎祿 ; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah
seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama
Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk
politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi.
Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga
mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-
persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di
Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan
pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain
seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina
Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama.
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23
Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA
dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman.
Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses
kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan
raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf
kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO
menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan
kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.
Rosli Dhoby (18 Mac 1932–2 Mac 1950) merupakan seorang pejuang kemerdekaan
Sarawak daripada penjajah British.[1] Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan
darah bapanya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan
Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua,
Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah
atas keselamatan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas
beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya mati di tali gantung pada 2
Mac 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek,
Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka
berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis(penjajah) di
Sarawak berakhir secara mendadak.
Rosli dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Kerajaan Sarawak dan
merupakan anak kedua dari empat beradik dalam keluarganya. Bapanya, Dhobi bin
Buang, dikatakan berasal dari Indonesia dan keturunan Raden. Ibunya, Habibah binti
Haji Lamit berasal dari keluarga di Mukah. Sedikit yang diketahui tentang
kehidupannya yang terdahulu walaupun rakannya menganggap Rosli sebagai orang
yang boleh didekati walaupun beliau merupakan seorang yang pendiam.[5] Beliau
mempunyai kakak sulung dan adik lelaki, Fatimah dan Ainie.[petikan diperlukan]
Rosli memulakan kerjayanya sebagai guru dan berhenti kerja pada tahun 1947 untuk
mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya
Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli dikenali sebagai seorang nasionalis dan
seorang penyair. Menggunakan nama samaran Lidros, Rosli menerbitkan puisi
kebangsaan yang bertajuk 'Panggilan Mu yang Suchi' yang diterbitkan di Utusan
Sarawak pada 28 Februari 1948. Penggunaan nama samaran adalah berleluasa
pada masa itu sejak Pihak Berkuasa Kolonial British bersungguh-sungguh memantau
apa-apa percubaan untuk menyebarkan kata-kata terhadap mereka. Beliau
menyertai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu di bawah kepimpinan Sirat Haji Yaman.
Rosli menyertai Rukun 13 pada Ogos 1948.
Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim
Ahmad bin Haji Abdullah I merupakan datuk Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi bin Haji
Abdullah Fahim. Beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli
astronomi (falak). Beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran
dengan Masjidil Haram di Makkah pada 1870. Terdapat juga pihak yang mengatakan
bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah
dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah
beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam. Apabila dewasa, beliau
mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith.
Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi
Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan
Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi pengetua
Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.
Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu.
Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat
nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati
Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British
bersetuju memberi kemerdekaan.[1] Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos
1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan
takwim Hijrah.

You might also like