You are on page 1of 4

Kumpulan 6 Bahan Bantu

Belajar (BBB)
NOMBOR BULAT
1.1.1 Menamakan nombor hingga 10 000
(ii) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka

Aktiviti: (Kotak beracun)


Bahan-bahan: Muzik, kotak, tudung botol yang ditulis nombor sehingga 10 000
Manual:
1) Kedudukan murid disusun mengikut kesesuaian kelas.
2) Muzik dimainkan sambil kotak bergerak dalam kumpulan
3) Apabila muzik berhenti, murid terakhir yang memegang kotak harus mengambil
satu tudung botol secara rawak
4) Murid tersebut perlu menyebut nombor yang tertera di atas penutup botol
5) Rakan-rakan mengesahkan jawapan
Pengayaan
1.1.1 Menamakan nombr hingga 10 000
(ii) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka

Aktiviti (Kotak beracun)

Bahan-bahan: Muzik, kotak, tudung botol yang ditulis nombor sifat sehingga sembilan
Manual:
1) Kedudukan murid disusun mengikut kesesuaian kelas.
2) Muzik dimainkan sambil kotak bergerak dalam kumpulan
3) Apabila muzik berhenti, murid terakhir yang memegang kotak harus mengambil
empat penutup botol secara rawak
4) Murid tersebut perlu menyusun semula nombor yang diambil dan membentuk
susunan nombor empat digit
5) Murid tersebut menyebut nombor yang dihasilkan
6) Rakan-rakan mengesahkan jawapan
PENAMBAHAN
2.1 Tambah dalam lingkungan 10 000
2.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua
nombor hasil tambah dalam lingkungan 10 000

Bahan-bahan: penutup botol, Decision Roulette (google store)

1) Dengan menggunakan Decision Roulette, dua orang murid akan


memiilih 4 penutup botol dan masing-masing membentuk satu
nombor 4 digit
2) Dengan menggunakan Decision Roulette, murid ke 3 akan dipilih dan
dikehendaki menyelesaikan soalan tersebut
3) Rakan-rakan mengesahkan jawapan

You might also like