You are on page 1of 22

PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


(RMT)
PENSYARAH : ENCIK FAISAL B MOHD
JAPERI

MOHD NOR KHAIRUL AZAM


MUHD RIZAL
NOORARTIKA ROSLAN WHIMS
PENGENALAN RMT
• Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan
bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah
daripada kalangan keluarga yang miskin.
• Memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak
25% - 30% daripada keperluan hariannya.
• Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan
selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan
kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
• Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada
keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau
pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk
menyertai program ini.
• Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai
satu program yang bertujuan membantu
meningkatkan taraf pemakanan serta
kesihatan murid sekolah rendah.
• Program ini yang pada asalnya dikendalikan
oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan
pelaksanaan menurut pengesyoran dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
• Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada
“golongan termiskin” (keluarga yang
berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau
RM80.00 per kapita) menerima bantuan ini
secara makanan tambahan dan minuman bagi
tempoh 190 hari mulai hari pertama
persekolahan pada setiap tahun.
• Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20
sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan
RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak.
• Jumlah peruntukan semasa yang disediakan
berasaskan kepada jumlah murid dan kadar
tersebut adalah RM 123,647,250.00 setahun.
• Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan
tambahan dan sekolah dibenarkan mengambilkira
kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi
menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat.
• Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada
sekolah telah diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan
Jun 2002 telah melaporkan
• Penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah
terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan
sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan
bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus
kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang
layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah.
Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan
pada hari pertama persekolahan.
OBJEKTIF RMT
• Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid
sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan
berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara
waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu
usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
• Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk
membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan
badan dan kekurangan tenaga.
• Untuk menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung
dan secara tidak langsung.
• Untuk mengendalikan tabiat sopan santun,
disiplin, timbang rasa serta amalan yang
diingini berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.
• Untuk menggalakkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
KONSEP RMT
• Memilih dan menyenaraikan murid yang layak
menerima RMT ikut kriteria yang ditetapkan
oleh KPM
• Merekodkan penerimaan makanan murid-
murid
• Mengawasi murid-murid ketika makan sambil
beri tunjuk ajar budaya pemakanan yang betul
• Menyelitkan PKE dan cara pemakanan secara
tidak formal
• Mengikut pertumbuhan fizikal murid : ukur
tinggi dan timbang berat sekurang-kurangnya
sekali setahun
• Mengawasi pengurusan perhidangan
makanan
• Memastikan rekod penerimaan dan
perbelanjaan peruntukan RMT disimpan
secara kemaskini oleh pihak sekolah
MATLAMAT RMT
• Untuk memberikan makanan tambahan yang berzat
dan dapat mengimbangi pengambilan zat-zat makanan
harian pelajar-pelajar terbabit
• Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan
pemakanan secara tidak langsung
• Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin,
timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini
berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekitar
• Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan
RMT.
PELAKSANAAN PROGRAM RMT
• Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini
juga adalah usaha bagi meningkatkan taraf kesihatan dan
pemakanan pelajar-pelajar sekolah.
• Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan
pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah
adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di
peringkat pra-sekolah, ini disebabkan oleh pertambahan
saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua
belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang
mendapat zat makanan yang secukupnya dan dalam
keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk
mencapai tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-
pelajar yang mendapat kurang zat
• RMT 2010 bermula pada 3 Januari 2010.
• Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT
berdasarkan Jadual Tugasan RMT.
• Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk
dibuat penilaian.
• Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha
kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang
berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya.
• Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada
setiap pagi berjalan dengan lancar.
• Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil
satu menu pada waktu yang ditetapkan. (7.15 – 7.40 pg)
• Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak
berminat untuk makan RMT
untuk digantikan dengan murid lain.
STRUKTUR KAWASAN RMT DI SEKOLAH
BIJIRIN SARAPAN
PENGENALAN
• Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat
pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan,
makan tengah hari dan malam secara tetap.
• Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai
sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik
bukan saja mampu membantu perkembangan
fkikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat),
tetapi juga merangsang keupayaan minda yang
dikaitkan dengan kebolehan memperoleh
pendapatan lebih lumayan.
• Orang yang bersarapan secara tetap menikmati
kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif,
lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih
baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya
karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu
menahan rasa lapar dan mengawal keinginan
untuk makan di antara waktu sarapan dan makan
tengah hari.
• Saintis menggelar sarapan sebagai makanan
untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan
kecergasan mental kerana ia memberi kesan
positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas,
peka dan fokus.
CONTOH MAKANAN
• Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang
paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya,
vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan
dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi
otak.
• Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja
yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah
mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran
dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
• Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan
pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk
melaksanakan tugasnya.
PEMILIHAN MAKANAN SARAPAN PAGI
• Pilih sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang
tinggi, contohnya roti, bijirin, buah-buahan seperti kismis,
prun dan pisang.
• Elakkan mengambil makanan yang berat terutama
makanan bergoreng dan berlemak.
• Untuk mereka yang kesuntukan masa, bijirin sarapan
adalah sarapan yang terbaik dan senang untuk disediakan.
• Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang
mengandungi lebih gula, kurang fiber dan sebaliknya. Pilih
bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin
yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien
dalam otak.
TIPS SARAPAN PAGI

Sajikan makanan
berasaskan bijirin
mulakan dengan seperti nasi, bubur,
buah-buahan mi, roti dan bijirin
segar atau jus sarapan. Hidangkan Susuli dengan
Hidangkan dengan sedikit
buah-buahan. minuman yang
sarapan yang daging tanpa
Ini merupakan lemak, ikan atau berasaskan
berkhasiat
pembuka selera telur. Roti boleh susu.
dan pembekal dimakan dengan
serat. keju rendah lemak,
mentega kacang
atau susu.
PRINSIP SARAPAN PAGI BERKHASIAT
Makan pelbagai jenis makanan
dpt memastikan tubuh badan mendapat semua
khasiat diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai
panduan

Makan lebih buah-buahan dan sayur


Kebanyakan buah-buahan dan sayur mengandungi lemak yang
rendah&membekalkan pelbagai jenis zat,serat. Pengambilan makanan yang
tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan
najis dan dapat membantu mencegah penyakit
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu
menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga
melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang
berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak
badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda
bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari


Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan
dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan
cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal.
SEKIAN . . .

You might also like