You are on page 1of 55

MENGENALI DUNIA LGBT

DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KBPA


FPP, UMS
APA ITU LGBT?

• Singkatan kepada Lesbian, Gay, Bisexual dan


Transgender.
• Merujuk kepada perkumpulan manusia yang
mempunyai orientasi seks songsang melangkau
batas fitrah kemanusiaan.
• Komuniti LGBT ini pada dasarnya ditubuhkan untuk
memperjuangkan hak-hak mereka yang dikatakan
tertindas dan tidak bebas dengan berselindung di
sebalik topeng akta hak-hak asasi manusia.
Istilah berkaitan dengan LGBT

• LES BIAN – merujuk kepada perempuan


yang mempunyai tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya, iaitu perempuan
homoseksual.
• GAY – merujuk kepada lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;
• BIS EKS UAL – kecenderungan untuk
melakukan hubungan seks dengan kedua-
dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
• TRANS GENDER - Lelaki yang tingkah
lakunya seperti wanita dan wanita yang
tingkah lakunya seperti lelaki
• TRANSEKSUAL - Lelaki yang merasakan
dia seorang wanita dan wanita yang
merasakan dia seorang lelaki. Ada yang
membuktikan perasaan itu dengan
melakukan pembedahan bagi menukar
alat kelamin
• TRANVESIT - Lelaki yang penampilannya
seperti wanita dan wanita penampilannya
seperti lelaki
• HOMOSEKSUAL - Orang yang melakukan
hubungan dengan jantina sejenisnya. lelaki
akan disebut Gay manakala wanita akan
disebut Lesbian.
• HETEROSEKSUAL - Lelaki yang membuat
hubungan seks dengan wanita dan begitu
juga wanita. ini adalah hubungan yang betul
lagi normal dan DIHALALKAN oleh islam
melalui PERNIKAHAN yang menepati
rukun2nya
• TRI-S EKS UAL - Lelaki yang membuat
hubungan seks dengan wanita,lelaki dan
transeksual. begitu juga dengan wanita.
• PENGKID - Wanita yang mencintai wanita
seumpama pasangan hidupnya. Dalam
kalangan pengkid ada yang
penampilannya sebagai lelaki.
Takrifan LGBT Dari Sudut Sains
Sosial
• Menurut Lerner di dalam bukunya “Genders Issues
and Sexuality” telah menghuraikan bahawa
golongan LBGT atau lebih dikenali sebagai
golongan“transgendereds” dan
“transsexual” ialah individu atau kumpulan
individu yang mengalami ketidakstabilan jantina
dan kerumitan seksualiti.
• Golongan ini menganggap bahawa identiti jantina
mereka adalah sepatutnya berbeza daripada apa
yang sepadan dengan alat seks mereka secara
fisiologi.
• Menurut Lerner lagi,
golongan “transgendereds” dan
“transsexual” ini sering merasakan jika mereka
seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah
lelaki. Jika mereka seorang lelaki, maka mereka
sepatutnya adalah seorang perempuan.
• Golongan ini juga seringkali mengalami masalah
untuk bersosial kerana stigma pemikiran
masyarakat terhadap mereka yang beranggap
bahawa mereka menjalani kehidupan secara
songsang.
• Laporan yang dikeluarkan oleh Bailey & Benishay
(1993), gejala homoseksual selalunya bermula
dirumah. Berikutan dengan itu, ia selalunya
berlaku kepada pasangan kembar seiras
berbanding dengan kembar tidak seiras.
• Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa anak
yang bongsu adalah lebih cenderung kepada
masalah “transgendereds” ataupun
“transsexual” berbanding dengan anak sulung di
dalam keluarga.
Sejarah LGBT
• Jika dilihat sejarah umat manusia secara
keseluruhannya, malapetaka seks songsang bukanlah
penyakit moral yang baru.
• Di dalam Al-Quran, Allah swt telah menceritakan
kewujudan perkumpulan manusia seperti ini dalam
kisah Nabi Lut dan kisah kaum Sudum, yang akhirnya
membawa kepada kemusnahan seluruh kaum akibat
orientasi songsang mereka sendiri.
• Akhirnya kaum Nabi Luth A.s telah dibinasakan oleh
Allah dengan bencana alam, seperti gempa bumi yang
kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan Kota
Sudum.
Sejarah LGBT
• Seperti firman Allah dalam Surah Hud,
ayat 82, bermaksud: “Maka tatkala datang
azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth
itu (terbalik, tertangkup sehingga) yang di
atas ke bawah, dan Kami hujani mereka
dengan batu dari tanah yang terbakar
dengan bertubi-tubi”.
Sejarah LGBT
• Kemudian dari zaman kerasulan Nabi
Muhammad saw sehinggalah zaman
pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah,
tidak kedengaran perkumpulan seperti LGBT
memperjuangkan hak-hak mereka.
• Ini kerana Islam yang sifatnya bersesuaian
dengan kejadian manusia telah
menghasilkan satu komuniti dunia yang
bersih dan terjaga fitrahnya.
• Sebaliknya, bermula dari Era Revolusi Perancis
sehingga jatuhnya pemerintahan Turki Uthmaniyyah,
masyarakat Barat yang pada awalnya berada dalam
Zaman Kegelapan mula membebaskan diri dari ikatan
beragama.
• Tindakan ini telah melahirkan satu masyarakat pada
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, yang
menjadikan kehendak manusia tanpa batasan
(humanisme) sebagai tuhan sehinggalah munculnya
golongan yang mula berani memperjuangkan orientasi
seks songsang berdalilkan kebebasan berkendak dan
hak asasi manusia.
• Bermula dari sinilah penyakit moral ini mula tersebar
ke seluruh dunia yang mana negara-negara Islam
turut sama menjadi sasarannya termasuklah Malaysia
LGBT Di Malaysia
• Pada Alaf 2012, Malaysia dikejutkan
dengan Isu gerakan kemanusian yang
ingin diperjuangkan kebebasannya di
Malaysia.
• Isu gerakan kebebasan kemanusian ini
menuntut agar golongan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transeksual (LGBT) diiktiraf
diNegara ini.
LGBT Di Malaysia
• Usaha ini diperjuangkan oleh Ambiga
Sreevanasan atau wanita besi
atas semangatnya berjuang menentang arus.
• Beliau mendedikasikan hidupnya
untuk memperjuangkan hak asasi manusia.
• Untuk itu, beliau telah dikritik dan diprovokasi
berbagai pihak tetapi beliau berjaya meraih
penghormatan dan menerima penghargaan dari
berbagai pihak juga.
• Beliau telah menerima anugerah
International Women of Courage pada
tahun 2009 oleh kerajaan Amerika, dan
pada 23 September tahun 2012, beliau
menerima anugerah tertinggi Perancis
Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of
the Legion of Honour) daripada kerajaan
Perancis.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
LGBT
Biologi
• Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran
menentukan sama ada seseorang homoseksual
atau tidak.
• Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi
data bahawa semakin bongsu seseorang anak,
semakin besar kemungkinan dia homoseksual.
• Alasan-alasan pemerhatian ini belum ditentukan.
Ianya dipercayai bahawa dengan setiap
kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon
androgen yang boleh mempengaruhi orientasi
seksual seseorang anak.
Pembesaran Yang Salah
• Peranan serta tindakan ibubapa yang
membesarkan anak mereka sebagai jantina yang
berbeza.
• Di antara ibubapa ada yang sangat mengingini
anak lelaki padahal hanya dikurniakan dengan
anak-anak perempuan.
• Lalu mereka membesarkan salah seorang atau
lebih daripada anak perempuan mereka
seumpama anak lelaki.
• Mereka memberikannya nama lelaki, pakaian
lelaki, permainan lelaki dan bersikap lelaki kepada
anak itu.
Tiada Keseimbangan antara peranan ibu
dan ayah
• Jika seorang anak lelaki banyak meluangkan masa
pembesaran bersama ibunya tanpa kehadiran
ayahnya, maka ada kemungkinan dia terikut-ikut
dengan sikap kewanitaan ibunya.
• Demikian juga sebaliknya, jika seorang anak
perempuan banyak meluangkan masa pembesaran
bersama ayahnya tanpa kehadiran ibunya, maka ada
kemungkinan dia terikut-ikut dengan sikap kelelakian
ayahnya.
• Maka penyelesaiannya di sini adalah, hendaklah ibu
dan ayah memainkan peranan yang seimbang dalam
membesarkan anak-anak mereka.
Pendidikan seks yang salah
• Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada
anak-anak mereka.
• Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar
cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah
sebaliknya terhadap anak perempuan.
• Islam menginginkan hubungan seksual antara lelaki dan
wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-
syaratnya.
• Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah
semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram.
• Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan
anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang
berlawanan dari fitrah ciptaan mereka.
Pengalaman hidup/Trauma
Zaman Kanak-kanak
• Seorang wanita mungkin pernah
diperlakukan secara zalim oleh lelaki lain
sehingga dia amat membenci semua lelaki
dan mencari ketenangan hidup sesama
wanita.
• Seorang lelaki mungkin pernah terkecewa
amat sangat dengan teman wanitanya
sehingga dia putus asa terhadap semua
wanita dan mencari teman hidup dari
kalangan sesama lelaki.
• Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau
yang sangat teruk, akan mendorong mereka tidak
menyukai jantina yang berbeza dengan mereka.
• Sebagai contohnya ialah mangsa pemerkosaan.
Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang
melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi
bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang
melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop
berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak
9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur
direkodkan oleh PDRM
Peluang dan ruang
• Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang
untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam
gejala LGBT.
• Pembangunan berbentuk material yang pesat di
ibu kota terutama di kawasan Bukit Bintang
dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli
belah, SPA, kelab-kelab malam (termasuklah
kelab malam untuk golongan gay) dengan
mengadakan perniagaan hingga ke awal pagi
menyebabkan banyak wujudnya ruang dan
peluang kepada golongan remaja dan belia
terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta
termasuklah gejala LGBT ini
M edia Electronic dan ICT
• Teknologi moden dan media terkini seperti
televisyen, CD, video, sistem audio, komputer,
modem, video kamera dan telefon bimbit
mempunyai kesan yang besar terhadap
masyarakat.
• Internet adalah salah satu daripada media canggih
yang mana semakin ramai orang
menggunakannya dengan harganya yang semakin
murah dan kemudahan capaian produk-produk
teknologikal seperti komputer, modem, video
kamera dan telefon bimbit kebanyakannya kini
dilengkapi dengan capaian Internet.
• Menurut statistik yang diperolehi melalui
Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia
(2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah
yang melebih 15 jam adalah 29.6%.
• Angka ini perlu dikaji untuk menilai samada wujud
masalah ketagihan Internet, khususnya seks siber,
dalam kalangan pengguna.
• Perkataan ‘seks’ adalah merupakan salah satu
daripada topik yang paling digemari untuk dilayari
di Internet
Peranan masyarakat
• Merupakan kelaziman masyarakat kita untuk
menyisihkan sesiapa yang mereka anggap aneh.
• Penyisihan ini menyebabkan mereka yang aneh
tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomuniti
dengan orang-orang yang memiliki keanehan
yang sama, agar apa yang aneh menjadi tidak
aneh.
• Akhirnya apa yang sedikit aneh menjadi
bertambah aneh sehingga amat sukar bagi
mereka yang aneh untuk cuba kembali kepada
yang tidak aneh.
Salah faham terhadap takdir
• Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti
penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha
dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir
lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan
kecukupan sesudah kemiskinan.

• Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang
dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks
yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil
yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya
semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya
dan berusaha ke arah takdir lain yang selari dengan tuntutan
agama.
Ciri-Ciri Lesbian & Gay
• homoGay umumnya suka memakai baju yang
ketat, biar kelihatan lekuk tubuhnya. Karena
bentuk body bagi seorang gay adalah nilai jual
tersendiri.
• Umumnya, para gay lebih senang memakai warna
menjolok mata. Bila bercakap agak gelojoh
diketahui melalui gaya bicaranya.
• Umumnya, para gay ini terlihat sangat feminim
dan perhiasan yang dikenakannya pun cenderung
kepada pandangan"ramai".
• Para gay juga umumnya suka berpenampilan yang
rapi seperti wanita.
• Ciri lainnya, mereka selalu tertarik pada aktiviti
yang biasanya dilakukan wanita.
• Para homo ini sukanya berpenampilan yang rapi,
kebanyakan parfum yang baunya agak keras.
• Pakaian yang digunakan pun cenderung lain dari
yang lain, bahkan kebanyakan bau wangian, agar
menarik perhatian.
• Pribadi mereka cenderung pendiam, tidak
terbuka, tidak suka bergaul dengan banyak
orang dan agak cenderung kepada
kelembutan. Tapi, banyak juga para gay yang
dikenali secara umum, kerana mereka
cenderung memiliki ciri khas tersendiri.
• Sering berbicara hal-hal yang berkaitan
dengan homo
Pandangan Islam
• Jika dikaji ketujuh-tujuh aspek jantina dan
kecenderungan seksual di atas, ia dapat
dihimpun kepada tiga kategori hukum.
• Pertama: Hukum menyerupai jantina yang
berbeza,
• Kedua: Hukum mencintai jantina sejenis
umpama pasangan hidup dan
• Ketiga: Hukum melakukan hubungan seks
dengan jantina sejenis
Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.

• Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan


dari golongan kami siapa saja wanita yang
menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang
menyerupai wanita.”(Musnad Ahmad, no: 6875
dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
• Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan
bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai
lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis
larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu
Hurairah dan Aisyah r.a..
• Berdasarkan hadis-hadis ini, jumhur ulamak
mengatakan haram hukumnya untuk seseorang
itu berusaha menyerupai jantina yang berbeza
dengannya, baik dalam bentuk tingkah laku,
penampilan, pakaian mahu pun perhiasan.
• Larangan ini termasuk kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang belum baligh, di mana haram
hukumnya bagi ibubapa atau penjaga kanak-
kanak itu berusaha menyerupakan mereka
dengan jantina yang berbeza.
• Pengecualian diberikan jika penyerupaan itu memiliki
dalil syar’e, di mana dalil itu mengecualikan
kemutlakan larangan penyerupaan di atas.
• Di antaranya ialah hukum memakai cincin bagi lelaki,
maka ia bukan satu penyerupaan yang dilarang kerana
Rasulullah s.a.w. turut memakai cincin. Anas bin Malik
r.a. menerangkan: “Bahawasanya Nabi s.a.w.,
cincinnya diperbuat daripada perak dan mata
cincinnya daripada (perak) juga.” (Shahih al-Bukhari,
no: 5870)
Hukum Mencintai Jantina Sejenis
Umpama Pasangan Hidup
• Menyebut tentang cinta, asas pertama yang perlu
diketahui oleh semua umat Islam ialah cinta yang
paling unggul hendaklah ditujukan kepada Allah
s.w.t.. Allah menegaskan hal ini dalam firman-
Nya:
• Dan di antara manusia ada yang mengambil
selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu
(Allah), mereka mencintainya sebagaimana
mereka mencintai Allah; sedangkan orang-
orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah
(berbanding selainnya).” [al-Baqarah 2:165]
• Cinta kepada Allah ialah mentaati segala perintah
larangan-Nya, mencari keredhaan-Nya dan
melaksanakan kehidupan di dunia ini sebagaimana
yang Dia kehendaki. Cinta kepada Allah juga dibuktikan
dengan mentaati segala perintah larangan, nasihat dan
teguran Rasulullah s.a.w.. Fakta terakhir ini ditekankan
sendiri oleh Allah s.w.t.:
• “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu
(umat Islam) mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Ali Imran 3:31]
• Termasuk pembuktian kecintaan kepada Allah
ialah seseorang itu hanya mencintai jantina
yang berbeza sebagai pasangan hidupnya.
• Ini kerana Allah s.w.t. sejak dulu telah
menciptakan manusia dalam jantina yang
berpasangan, lelaki dan wanita: “Dan bahawa
sesungguhnya, Dialah (Allah) yang
menciptakan pasangan lelaki dan
perempuan.”[al-Najm 53:45]
• Justeru apabila ingin mencintai seseorang sebagai pasangan
hidupnya, hendaklah ia dalam bentuk pasangan lelaki dan wanita,
iaitu lelaki yang mencintai wanita dan wanita yang mencintai lelaki.
Pasangan ini seterusnya menghalalkan percintaan mereka melalui
ikatan nikah yang menepati rukun-rukun nikah dalam syari’at Islam.
Allah s.w.t. berfirman:
• “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya
dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di
antara kamu (pasangan suami isteri) perasaan cinta (kasih
sayang) dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” [al-Rum 30:21]
• Individu yang mencintai jantina sejenis untuk dijadikan
pasangan hidup, dia sebenarnya mencintai nafsunya
melebihi cintanya kepada Allah.
• Atas dasar inilah dia berani mengarahkan cintanya
kepada sesuatu yang berbeza daripada apa yang
disusun, diperintah dan diredhai oleh Allah.
• Jika mencintai sesuatu seumpama mencintai Allah
sudah cukup untuk dikira sebagai perbuatan syirik
(rujuk ayat 165 surah al-Baqarah di atas), maka
bagaimana pula tindakan mencintai sesuatu melebihi
cintanya kepada Allah? Sudah tentu ia adalah syirik
yang lebih besar, lebih dahsyat.
Hukum Melakukan Hubungan Seks
Dengan Jantina Sejenis.
• Hubungan seks yang dikehendaki oleh Allah
s.w.t. ketika Dia mencipta manusia adalah
sebagaimana firman-Nya: “Dialah (Allah)
yang menciptakan kamu semua dari diri yang
satu dan Dia mengadakan daripada diri itu
pasangannya (suami isteri), untuk
bersenang-senang satu diri kepada yang lain.
Ketika suami mensetubuhi isterinya,
mengandunglah dia……” [al-A’raaf 7:189]
• Ada pun hubungan seks yang berlawanan daripada
kehendak Allah, maka ia bukan sahaja dilarang tetapi
langkah-langkah awal ke arahnya juga dilarang.
Rasulullah s.a.w. menegaskan:
• “Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang
lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat
wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki
menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang
lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang
wanita menyentuhkan badannya kepada badan
wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih
Muslim, no: 338]
• Imam al-Nawawi menjelaskan:
• “Di antara kesimpulan hukum yang diperolehi
dalam bab ini ialah haram hukumnya bagi
seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan
bagi seorang wanita melihat aurat wanita yang
lain. Berkenaan hukum ini tidak ada perselisihan
di dalamnya (di kalangan para ulama’).” [al-
Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar
Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, 2000), jld. 3, ms.
145]
Kesan Keburukan Dan Bahaya
Dalam Masyarakat
Penyakit HIV AIDS
• Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai
apabila pada 5 Jun1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang
biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan
lima orang homoseksual di Los Angeles.
• Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi
bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit
merebak, San Francisco merupakan kawasan gay
paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh
daripada populasi homoseksualnya telah
dijangkiti.
Penyakit Siflis
• Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah
penyakit siflis. Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ
seks dan juga organ lain.
• Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa.
• Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit
kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease).
• Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis
dan gonorea mempunyai bilangan kes yang paling
tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Walau
bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga
lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan
Timbul Masalah Kecelaruan Dalam
Hubungan Keluarga:
• Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang
membenarkan perkahwinan sesama sejenis, terdapat
masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga.
• Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita,
mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma.
Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut
mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk
mengandung.
• Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka
memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk
mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan
syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan
kesahihan nasab keturunan
Kaedah Penyelesaian Secara
Islam
Kesedaran dari dalam hati untuk berubah

• Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam.


Walaupun mereka melakukan dosa yang terkutuk ini,
ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka
untuk kembali ke panggal jalan.
• Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam
kancah maksiat, tetapi kita percaya jauh disudut hati
mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah
tidak normal dan bertentangan dengan ajaran Islam.
• Maka, kepada golongan LGBT yang mahu berubah,
setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat
terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah.
Mendirikan Solat
• Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat
menghalang umat Islam daripada berbuat dosa. Solat itu
sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita
daripada nafsu yang mendorong untuk berbuat maksiat. Ini
adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman Allah
SWT:
• Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan
apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan
dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan
Mendapatkan Perkhidmatan
Kaunseling/Khidmat Nasihat
• Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling
yang disediakan untuk membantu golongan LGBT
supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender
ini secara klinikal dan kognitif.
• Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada
disediakan dimana-mana pejabat agama di seluruh
negara.
• Pihak kerajaan yang telah menubuhkan pusat
perlindungan “Ilaj Home” untuk golongan LGBT untuk
mendapatkan rawatan dan kaunseling kaedah Islam.
Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat

• Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak


remaja agar tidak terjebak dengan masalah LGBT ini.
• Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-
anak tidak mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja
berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat.
• Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang menunggu
akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas
pendidikan yang kukuh (foundation) kepada anak-anak.
• Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih
mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka.
• Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling menonjol
akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang
mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala.Oleh itu,
ibubapa wajib membimbing anak-anak secara serius terutamanya
dari sudut rohani atau bimbingan hati
Peranan Masjid
• Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah
tetapi ia juga berperanan sebagai pusat
pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di
negara ini.
• Pihak masjid adalah digesa untuk turut
melaksanakan program pencegahan seperti
kempen menjauhi zina, anti Valentines days dan
program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual
dan Transeksual (LGBT) melalui kutbah Jumaat,
ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-
aktiviti masjid sepanjang tahun.

You might also like