You are on page 1of 21

NEGARA KEBAJIKAN

(CDA40203 / IAS4203)
DR. MUAZ AZINUDDIN
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Negara kebajikan terawal bermula dalam kerajaan Islam pentadbiran
Rasulullah S.A.W. – zakat dan jizyah
 Menurut Crone (2005), catatan terperinci mengenai pentadbiran ‘negara
kebajikan’ dalam sejarah Islam dibuat pada abad ke-8 masihi, semasa
zaman pemerintahan empat Khulafa al-Rasyidin.
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Contohnya, Khalifah Umar Al-Khatab memperkenalkan:
1. Sistem percukaian efisien
2. Sistem pencen
3. Penubuhan institusi Baitulmal (Perbendaharaan negara yang
menguruskan sumber pendapatan utama negara)
4. Pembinaan banyak masjid bagi memudahkan urusan hal-ehwal kebajikan
rakyatnya
5. Bandar baru ditubuhkan mengikit pelan perancangan strategik
6. Kewujudan ’pegawai pasar’ bagi mengawal harga dan kualiti barangan
7. Penyediaan rumah tetamu untuk para pedangang yang datang dari jauh.
8. Sistem jalanraya dan jambatan dibina bagi kemudahan orang ramai
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Kebanyakan perbincangan mengenai negara kebajikan berkisar pada
negara kebajikan moden pada abad ke 19 dan 20.
 Antara negara kebajikan adalah UK, Jerman, Perancis, Belanda,
Uruguay, NZ, Bahrain, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Brunei, Bahrain,
Oman, UAE dan beberapa negara Scandinavia dan Nordik.
 Contoh yang pertama, Negara Jerman mengamalkan tema ‘Police State’
bagi menguruskan masalah sosial dalam negara.
 Kemudiannya, di bawah Canselor pertama iaitu Otto Von Bismarck
melaksanakan konsep “negara sosialisme” dengan memperkenalkan
serangkaian insurans sosial awam pada tahun 1883 bagi melindungi
rakyat Jerman daripada kemiskinan.
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Contoh yang kedua, Negara Sweden menggunakan tema ‘Folkhemmet’
di mana ia merujuk negara kebajikan moden dalam penyediaan
perkhidmatan sosial – perkhidmatan perlindungan sosial dan
perkhidmatan kesihatan yang diberikan secara universal oleh syarikat
korporat besar dan kesatuan sekerja.
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Negara Kebajikan boleh didefinisikan sebagai sebuah kombinasi
demokrasi, kebajikan dan kapitalisme.
 Ianya juga boleh didefinisikan sebagai …”situasi dimana negara
kerajaan pemerintah mempunyai tanggungjawab utama untuk
menyediakan perkhidmatan dan manfaat sosial yang dapat memenuhi
keperluan asasi anggota masyarakat”.
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
 Tema negara kebajikan adalah satu falsafah kebajikan yang digunakan
untuk menerangkan empat perkara berikut:
1. Peranan dan tanggungjawab ideal sebuah kerajaan dalam
melindungi rakyatnya daripada serangkaian ancaman risiko sosial
(seperti kemiskinan, pengangguran, penyakit, kemalangan,
kecacatan, keilatan, umur tua) bagi memastikan kesejahteraan
hidup rakyatnya sentiasa terjamin - peranan institusi sosial dan
ekonomi awam serta agensi politik awam
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
2. Amalan cara pengagihan sumber negara yang ideal dan adil oleh
pemerintah kepada semua rakyatnya – berpaksikan sistem keadilan
sosial
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
3. Cara bagaimana kerajaan seharusnya bertindakbalas dengan impak
kritikal sistem pasaran terhadap kebajikan hidup rakyatnya;
khususnya anggota masyarakat yang gagal bersaing dalam sistem
tersebut. Antara langkah yang boleh diambil:
 Mewujudkan tanda aras pendapatan minimum
 Menyediakan serangkaian perkhidmatan sosial awam kepada
semua anggota masyarakat
 Mewujudkan pelbagai peraturan dan dasar berkaitan kegiatan
pasaran bebas
 Mengurus tadbir pelbagai perkhidmatan sosial
 Membiayai serangkaian perkhidmatan sosial yang dibina bagi
meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.
MAKNA KONSEP NEGARA
KEBAJIKAN
4. Cara bagaimana kerajaan boleh mempromosi kewujudan sebuat
masyarakat prihatin dan penyayang - industrialisasi mewujudkan
masyarakat individualistik. Serangkaian dasar sosial adalah
penting bagi memperkasakan industri tidak formal.
FUNGSI NEGARA
KEBAJIKAN
 Fungsi utama adalah untuk melindungi sekumpulan masyarakat
yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam sistem pasaran
terbuka dalam ekonomi kapitalis ataupun sistem pasaran yang
tidak terkawal.
 Institusi dan sistem sosial yang ada dalam sebuah negara
kebajikan mampu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat
terjamin.
 Fungsi pertama: Merupakan penyelesaian praktikal bagi
membantu anggota masyarakat yang lemah, tersisih supaya
mereka dapat terus menjalankan fungsi sosial, ekonomi dan sivil
dengan berkesan.
FUNGSI NEGARA
KEBAJIKAN
 Fungsi kedua: Mewujudkan badan, sektor
atau institusi yang neutral dan mempunyai
komitmen untuk menjaga kesejahteraan
hidup semua anggota masyarakat.
 Fungsi ketiga: Mengekalkan dan
melunaskan beberapa tuntutan norma sosial
tradisional dan nilai murni kehidupan
bermasyarakat.
CIRI NEGARA
KEBAJIKAN
 Ciri sebuah negara kebajikan boleh dilihat menerusi amalan empat
perkara berikut:
1. Komitmen kerajaan dalam peruntukan bajet awam untuk
tujuan pembiayaan dan perbelanjaan pembangunan
perkhidmatan dan program sosial.
2. Kewujudan sebuah sistem kebajikan yang komprehensif.
3. Komitmen kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi
negara baik dan menjamin tahap guna tenaga penuh negara.
4. Kewujudan sekumpulan dasar sosial yang menyokong
pencapaian dasar ekonomi negara.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
Ciri Negara Kebajikan Bukan Negara Kebajikan
Perbelanjaan sosial awam Kerajaan beriltizam penuh dalam Kerajaan tidak mempunyai
pembiayaan perbelanjaan komitmen dan tanggungjawab
perkhidmatan sosial dalam negara. dalam membiayai perbelanjaan
perkhidmatan sosial dalam negara.
Peruntukan bajet awam progresif
untuk pengurusan dan
pembangunan perkhidmatan sosial
awam.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
Ciri Negara Kebajikan Bukan Negara Kebajikan
Amalan sistem kebajikan sosial Penyediaan perkhidmatan sosial Penyediaan perkhidmatan sosial
dalam negara lazimnya berbentuk dalam negara (sekiranya ada)
institusi; disampaikan dalam lazimnya berbentuk residual;
bentuk universal. disampaikan secara selektif.

Penyediaan perkhidmatan sosial Penyediaan perkhidmatan sosial


cenderung didominasi oleh sektor cenderung dibuat oleh sektor
awam. saluran ketiga, iaitu oleh sektor
swasta, sukarela, jaya diri dan
tidak formal.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
 Amalan sistem kebajikan sosial:
Diikat oleh satu sistem terancang.
Birokrasi yang ideal bagi perkhidmtatan sosial di kebanyakan negara kebajikan
digambarkan oleh empat elemen berikut:
1. Sekumpulan kakitangan terlatih dan berkemahiran khusus (pegawai kebajikan,
doktor, pekerja sosial, polis dll) yang menguruskan hal-ehwal sosial dalam
negara. Kakitangan terlatih ini mempunyai tugas dan fungsi yang khusus.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
2. Satu sistem autoriti hierarki dengan rantaian arahan dan kuasa mengikut sistem
atas ke bawah. Peningkatan atau pergerakan kerjaya kakitangan terlatih
mengikuti hierarki bawah ke atas ini.
3. Institusi kebajikan sosial diperintah dan ditadbir urus oleh sekumpulan
peraturan dan undang-undang.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
4. Amalan sistem pentadbiran yang bersifat profesional; bukannya bersifat
peribadi. Segala urusan ditadbir mengikut ruang lingkup peraturan dan
undang-undang yang telah digubal. Terdapat pemisahan yang nyata antara hal-
ehwal peribadi dan hal-ehwal awam.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
Ciri Negara Kebajikan Bukan Negara Kebajikan
Pertumbuhan ekonomi dan tahap Pertumbuhan ekonomi tinggi dan Pertumbuhan ekonomi malap dan
guna tenaga penuh mantap. lembap.

Kerajaan beriltizam menjamin Kadar pengangguran dalam


tahap guna tenaga negara penuh. negara tinggi.

Kerajaan memastikan akses Kadar inflasi tinggi.


kepada pekerjaan berproduktiviti
dan berpendapatan tinggi terbuka
kepada semua anggota
masyarakat.
CIRI NEGARA KEBAJIKAN
Ciri Negara Kebajikan Bukan Negara Kebajikan
Peranan dasar sosial dalam negara Dasar sosial menjadi penyokong Dasar sosial merupakan dasar
kuat dan pelengkap kepada sekunder, selepas dasar ekonomi
pencapaian dasar ekonomi negara. negara.
SELAMAT BERJAYA!

You might also like