You are on page 1of 23

PENDEKATAN KEBAJIKAN

SOSIAL: MODEL INSTITUSI &


MODEL RESIDUAL

(CDA40203 / IAS4203)
DR. MUAZ AZINUDDIN
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
MODEL KEBAJIKAN
 Model kebajikan di kebanyakan Negara kebiasaannya akan menyatakan
sekurang-kurangnya 8 perkara berikut:
I. Ideologi kebajikan yang mendasari pelaksanaan penyediaan
dan penyampaian perkhidmatan sosial kepada anggota masyarakat
II. Strategi kebajikan yang diamalkan
III. Peranan sektor kerajaan, persendirian, sukarela, tidak formal
dan jaya diri dalam penyediaan dan pengeluaran perkhidmatan
sosial
IV. Prinsip-prinsip peruntukan sosial yang mendasari agihan
perkhidmatan sosial
MODEL KEBAJIKAN
V. Peraturan kelayakan dalam pemberian bantuan kepada
kumpulan sasar
VI. Hak politik dan hak sosial anggota masyarakat terhadap
perkhidmatan sosial awam
VII. Fungsi perkhidmatan sosial awam dalam Negara
VIII. Anggota masyarakat yang berhak menerima perkhidmatan
sosial awam
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Sebuah sistem institusi sosial yang terlembaga untuk melihat
keperluan dan kekurangan keperluan asasi yang dialami oleh
anggota masyarakat diterima sebagai sebahagian daripada
kehidupan normal anggota masyarakat
 Amalan pentadbiran awam kebajikan – perkhidmatan awam yang
termandat dan diinstitusikan untuk semua orang
 Perkhidmatan kebajikan sosial diinstitusikan kerana:
 Ianya adalah sesuatu ‘necessity’ dan normal
 Baris pertahanan hadapan sebuah masyarakat industri moden
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Model ini mewakili nilai-nilai sosial seperti:
 Perniagaan persendirian yang bebas
 Perlindungan sosial yang komprehensif
 Persamaan sosial
 Kemanusiaan sejagat
 Keadilan sosial
 Integrasi sosial
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Model ini terikat dengan prinsip-prinsip normatif:
 Masyarakat sivil yang bertamadun
 Kebajikan sebagai hak sosial individu
 Setiap warganegara berhak kepada sumber Negara

 Perancangan pembangunan ekonomi Negara + perancangan sosial =


Kerangka penting dasar pembangunan Negara
 Intervensi kerajaan Negara berkebajikan – sistematik dan komprehensif
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Kerajaan bertanggungjawab memastikan anggota masyarakat hidup
dalam piawai kehidupan asasi daripada lahir sehingga mati – Skim
kebajikan ‘semenjak dilahirkan hingga mati’ (Titmuss, 1974)
 Perkhidmatan kebajikan sosial – sektor-sektor utama Negara dan
dilengkapkan dengan sokongan dan bantuan tambahan kepada yang
kurang bernasib baik
 Kerajaan mempunyai peranan utama sebagai ‘keperluan dalam
masyarakat moden’
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Model ini kebiasaanya boleh dijumpai ni Negara berideologi
demokrasi sosial
 Sweden dan Norway merupakan contoh 2 Negara yang mengamalkan
model kebajikan institusi
 Kebanyakan Negara menjadikan perkhidmatan sosial sebagai
perkhidmatan awam. Mengapa?:
 Pencapaian agenda sosial (sama rata – integrasi sosial)
 Pencapaian matlamat nasional (sektor-sektor penting - ekonomi)
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Model ini melihat akses kepada perkhidmatan awam adalah hak sosial
setiap individu atas dasar kemanusiaan
 Melalui sektor-sektor awam, perkhidmatan kebajikan dan manfaat
disampaikan dalam seluruh aspek kehidupan manusia – kesejahteraan
manusia
 Pengeluaran perkhidmatan berdasarkan model ini dikeluarkan secara
berskala besar oleh kerajaan
MODEL KEBAJIKAN
INSTITUSI
 Kelancaran pengurusan hal-ehwal kebajikan amat bergantung pada
komitmen tinggi sektor awam terhadap pelaksanaan dasar-dasar sosial
Negara
 Sektor persendirian dan sektor sukarela adalah merupakan ‘sektor
sokongan’ kepada sektor awam – pelengkap dalam proses
perkhidmatan kebajikan sosial Negara
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Berasal daripada kata dasar ‘residue’ yang bermaksud ‘sisa’ atau ‘baki’
 Tidak memberi bantuan sepenuhnya
 Bantuan yang diberi adalah yang paling mungkin – mencukupkan
sumber yang dimilikinya
 Model institusi – pemurah; Model residual – kedekut
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Berkait rapat dengan nilai moral – perkhidmatan kebajikan sebagai
prasyarat untuk masyarakat menyumbang kepada ekonomi
 Dari perspektif model residual, pemberian perkhidmatan kebajikan
sosial dalam model institusi secara percuma – tidak cekap dan
merugikan Negara?
 Mengapa ianya dianggap sedemikian?
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Negara yang mengamalkan model kebajikan residual percaya:
 Perkhidmatan sosial awam hanya diberikan kepada yang
berkeperluan sahaja
 Sistem peraturan kelayakan ‘rigid’ dan sistem stigma

 Model institusi melihat semua institusi kebajikan Negara sebagai


mekanisme integrasi nasional dan keadilan sosial
 Model residual pula menganggap mereka ini sebagai mekanisme
pembasmian kemiskinan
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Negara yang mengamalkan model kebajikan residual:
 Ideologi kebajikan sosialisme
 Ideologi kebajikan komunisme
 Ideologi kebajikan liberal

 Cara membasmi kemiskinan – menggunakan sumber yang dimiliki oleh


Negara membantu kumpulan sosial terpinggir dan bukannya semua
anggota masyarakat
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Cenderung kepada amalan hak politik dalam pengagihan sumber
Negara kepada rakyat
 Bukan menjadi tanggungjawab utama kerajaan menyediakan
perkhidmatan sosial awam kepada rakyat
 Model ini mengutamakan dan menggalakkan penyediaan
perkhidmatan secara peribadi oleh individu, kebajikan persendirian,
jaya diri keluarga dan perkhidmatan sokongan oleh sektor sukarela
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Contoh amalan sistem kebajikan di Hong Kong (HK):
 Kemiskinan adalah berpunca dari dosa lampau
 Ketiadaan perasaan simpati
 Mengubah nasib secara kendiri dan menerima bantuan dari institusi
terdekat
 Bantuan perkhidmatan – jaring keselamatan (e.g. kaunseling
keluarga)
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Saluran penyampaian persendirian menerusi sistem pasaran
(sektor awam & sektor ketiga – sukarela)
 Contohnya di HK dan Amerika Syarikat (AS), kebajikan perlu dibeli:
 Yuran perkhidmatan (awam atau swasta)
 Di HK, 95% sekoloh dimonopoli sekolah persendirian
 Pada tahun 1990-an, 15 hospital awam = 13,000 katil; 36 hospital
swasta = 12,500 katil
 Sektor swasta atau sukarela digalakkan menyediakan
perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kesihatan
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Tahun 1945 – 1965; Sektor sukarela menyampaikan 60%
perkhidmatan kebajikan sosial
 Jabatan Kebajikan Sosial ditubuhkan pada tahun 1947
 Orang tengah antara anggota masyarakat dan agensi sukarela
 Pada tahun 1951, terdapat 21 buah pertubuhan kebajikan –
sekolah dan rawatan perubatan, aktiviti rekreasi dan latihan
kemahiran atau domestik
 Dasar pembinaan komuniti diperkenalkan pada tahun 1978
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Disokong oleh serangkaian dasar sosial yang bersifat terhad –
berbeza dengan model kebajikan institusi
 Di HK contohnya, ’limitation’ ini berkait rapat dengan ideologi
kebajikan liberal – konsep ‘larangan’
 Fokus kerajaan HK – promosi kesejahteraan ekonomi koloninya
berbanding kesejahteraan rakyat
 Tahun 1980an kerajaan HK mula memberi tumpuan kepada
tanggungjawab kebajikannya
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
 Penyampaian perkhidmatan sosial menggunakan sistem
selektif yang ‘rigid’
Menggunakan serangkaian ujian kelayakan yang tegas. Contoh,
syarat Jabatan Kebajikan Sosial HK – melangkaui umur pekerjaan,
tidak mampu untuk bekerja
Hanya mensasarkan orang yang benar-benar berkeperluan
Manfaat yang disediakan adalah rendah
SESI PERBINCANGAN

ANTARA MODEL KEBAJIKAN


INSTITUSI DAN MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL, MANAKAH MODEL YANG
LEBIH BAIK UNTUK DIAPLIKASIKAN
DI DALAM NEGARA MALAYSIA?
MODEL KEBAJIKAN
RESIDUAL
Skop Perbandingan Model Institusi Model Residual
Fungsi Model Integrasi sosial, persamaan Agihan semula dan kawalan
sosial dan keadilan sosial sosial

Hak individu terhadap Hak sosial Hak politik


perkhidmatan awam
Peranan kerajaan dalam Peranan utama Peranan ‘pelengkap’
perkhidmatan kebajikan
sosial

Saluran penyampaian Sektor awam Sektor persendirian dan


ketiga
Ciri dasar sosial Luas dan komprehensif Terhad dan bersasar
Prinsip agihan perkhidmatan Universal Selektif
SELAMAT BERJAYA!

You might also like