You are on page 1of 2

KONSEP SELOKA

• Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka.


• Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau
menyindir.
• Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu.
• Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
• Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang
tertulis dalam bentuk seloka.
• Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama,
seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
• Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun
isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan
kepada pembaca.
• Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat
baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair.
• Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya
menjadi isi puisi berkenaan.

You might also like