You are on page 1of 21

PENGLIHATAN

ZAINI BIN MD SALEH 06PSB10F1004


HAZRA MUNIRA BTE HAZMAN 06PSB10F1016
NOOR AFIDAH BTE SHAFIAI 06PSB10F1017
MOHD KHAIRUL FAHMY B AZIZ 06PSB10F1022
KONFLIK ANTARA PENGOPTIMUMAN PENGGUNAAN CAHAYA
SEMULAJADI DENGAN CAHAYA BUATAN

MATLAMAT UTAMA PENGINTEGRASIAN ANTARA PENCAHAYAAN SEMULAJADI


DAN PENCAHAYAANBUATAN ( LAMPU ELEKTRIK )

PRINSIP ASAS PENERAPAN PENCAHAYAAN SEMULAJADI


DI DALAM BANGUNAN

KAEDAH KAWALAN PENCAHAYAAN

PERTIMBANGAN ASAS KAEDAH BERSEPADU PENCAHAYAAN

JENIS KAEDAH PENCAHAYAAN

PANDUAN PENTING REKABENTUK PENCAHAYAAN BERSEPADU


MATLAMAT UTAMA PERTIMBANGAN ASAS
PENGINTEGRASIAN ANTARA KAEDAH BERSEPADU
KONFLIK ANTARA PENCAHAYAAN SEMULAJADI PENCAHAYAAN
PENGOPTIMUMAN DAN PENCAHAYAAN
PENGGUNAAN CAHAYA BUATAN
SEMULAJADI DENGAN ( LAMPU ELEKTRIK ) Hubungan rekabentuk
CAHAYA BUATAN pencahayaan semulajadi dan
buatan
Kos pencahayaan buatan
Tambahan aras pencahayaan
Punca utama konflik
PENGLIHATAN JENIS KAEDAH
PENCAHAYAAN
KAEDAH KAWALAN
PENCAHAYAAN
Pencahayaan dari atas
PANDUAN PENTING Pencahayaan dari sisi
Penggunaan fotosel dan sistem REKABENTUK PENCAHAYAAN
suis BERSEPADU
Penggunaan sistem fotosel dan
PRINSIP ASAS PENERAPAN
sistem pemalapan PENCAHAYAAN SEMULAJADI
Penggunaan pensuisan secara
Perubahan cahaya DI DALAM BANGUNAN
terpilih
Sumber cahaya semulajadi
Taburan atau aturan
PEGENALAN

Negara beriklim panas seperti Malaysia sebenarnya sentiasa menerima cahaya matahari
sebagai sumber cahaya semulajadi hampir sepanjang tahun. Sumber semulajadi kurniaan Tuhan
ini diperolehi tanpa sebarang bayaran sepatutnya dimanfaatkan penggunaannya untuk
mencahayai ruang dalaman pada waktu siang. Tetapi anehnya amalan penggunaan cahaya
buatan daripada lampu eletrik tetap menjadi pilihan utama bangunan-bangunan moden kita
dewasa ini. Hal ini tidak ubah seperti kata pepatah Melayu "sudah terang lagi bersuluh". Pekerja-
pekerja pejabat tetap memasang lampu elektrik di siang hari, walaupun sekiranya lampu-lampu
elektrik itu ditutup, aras pencahayaan dari tingkap adalah mencukupi. Lebih malang lagi di
setengah-setengah pejabat, tingkap-tingkap ditutup sepenuhnya dan lampu elektrik dipasang
sepanjang masa. Sikap sedemikian ini menyebabkan kos tenaga bangunan meningkat dan
sepatutnya peningkatan ini boleh ditampung secara percuma sekiranya cahaya semulajadi
digunakan dengan bijaksana.

Pada zaman mewah ini wang memang tidak menjadi masalah untuk membayar seberapa
banyak bil elektrik yang dikenakan. Walau bagaimanapun amalan-amalan pembaziran seperti ini
tetap bercanggah dengan gerakan aliran "seni bina hijau" dan "seni bina berteraskan iklim"
dewasa ini, dan mestilah dibanteras. Syukurilah nikmat cahaya semulajadi kurniaan Tuhan ini
dengan memanfaatkan penggunaannya di dalam bangunan sebaik mungkin. Lampu elektrik
seharusnya digunakan hanya sebagai alat bantuan ketika ketiadaan cahaya siang atau ketika
aras pencahayaan tidak mencukupi. Kenapa mesti diterangi kawasan yang telah cukup terang?.
Para arkitek khususnya, mestilah lebih perihatin dan kreatif dalam menghasilkan reka bentuk
bangunan yang dapat memaksimumkan penggunaan cahaya semulajadi dan meminimumkan
penggunaan cahaya buatan.
KONFLIK ANTARA PENGOPTIMUMAN PENGGUNAAN CAHAYA
SEMULAJADI DENGAN CAHAYA BUATAN

Punca utama konflik


Antara punca utama konflik :

 Penggunaan konsep plan terbuka dalam rekabentuk bangunan iaitu


penerapan rekabentuk bilik – bilik yang lebih besar tanpa sekatan dengan
kelebaran yang dalam.
 Terdapat lampu – lampu kalimantang yang berupaya mengeluarkan cahaya
hampir setanding dengan cahaya semulajadi dengan harga yang murah.
 Keadaan ekonomi negara yang mewah menyebabkan kurangnya sifat jimat
cermat serta kurang paham para arkitek dan jurutera terhadap masalah
penjimatan tenaga di dalam bangunan.
 Penekanan terhadap konsep kesendirian yang keterlaluan tanpa had
menyebabkan penutupan kebanyakan punca cahaya semulajadi.

Di kenali sebagai “bantuan cahaya buatan (elektrik) kekal di dalam ruang


dalaman bangunan” ( PSALI )
PRINSIP ASAS PENERAPAN PENCAHAYAAN SEMULAJADI
DI DALAM BANGUNAN

 Masalah utama pencahayaan semulajadi/siang dalam iklim tropika ialah pemisahan


antara cahaya dengan haba yang datang daripada sumber yang sama iaitu matahari.
 Haba matahari mestilah dicegah daripada masuk secara terus ke dalam bangunan
menerusi penggunaan alat peneduhan yang mencukupi, pemilihan bahan dan warna
komponen luar bangunan yang betul, dan orientasi bangunan yang sesuai.
 Oleh sebabhaba matahari berpunca daripada cahaya terus matahari, ia mestilah
ditangkis dengan sempurna olen elemen luaran bangunan.
 Kegagalan menangkis haba matahari akan menyebabkan peningkatan haba dalaman
dan menghasilkan ketidakselesaan.
 Cahaya resap atau cahaya yang tidak secara langsung daripada kecerahan langit
(cahaya langit)merupakan cahaya yang diperlukan untuk pencahayaan di dalam
bangunan.
 Rajah 1 menjelaskan konsep asas pencahayaan
siang dalam konteks iklim panas lembap
tropika.
MATLAMAT UTAMA PENGINTEGRASIAN ANTARA PENCAHAYAAN
SEMULAJADI DAN PENCAHAYAANBUATAN ( LAMPU ELEKTRIK )

Tingkap – tingkap yang terlalu luas mendatangkan masalah silauan langit.

 Dapat di atasi dengan memasang langsir dan bidai yang sesuai.


 Jalan pitas untuk mengatasi adalah menutup keseluruhan tingkap dan
memasang lampu elektrik yang menjadikan keseluruhan ruang
dalamnya menjadi seratus peratus persekitaran buatan.
 Penyelesaian yang paling baik adalah dengan mereka secara bersepadu
keseluruhan bangunan dengan menerapkan sekali peralatan anti – silau
dan alat peneduh luaran berserta pemasangan pencahayaan bantuan
secara kekal atau di kenali sebagai ( PSALI ).
Kelebihan PSALI :

 Pencahayaan dalaman yang bebas daripada masalah silau.

 Menghasilkan suasana di dalam bangunan yang lebih hidup dan tidak


membosankan.

 Memberi pencahayaan yang lebih sempurna untuk bekerja.

 Berupaya menghasilkan persekitaran visual yang lebih selesa.

 Penggunaan siling yang lebih rendah dan bilik yang lebih dalam diterapkan.
KAEDAH KAWALAN PENCAHAYAAN

Beberapa alternatif sistem kawalan pencahayaan secara otomatis sebagai


salah satu input terhadap “intelligent building” boleh di pilih daripada yang
berikut :

Pengunaan fotosel dan sistem suis.

Fotosel yang sensetif terhadap aras cahaya siang di luar bangunan di pasang sebagai
alat kawalan yang akan mematikan atau menghidupkan suis utama sistem cahaya elektrik
di seluruh bangunan.

Cara ini kurang berjaya kerana :

 Kos awalan yang rendah tetapi kurang berjaya kerana kerap memasang dan mematikan
lampu terlalu kerap serta pada waktu yang salah.
 Tidak mengambil kira penyesuaian mata manusia.
 Kekerapan memasang lampu lebih menggangu daripada keadaan penurunan aras
pencahayaan itu sendiri.
Pengunaan fotosel dan sistem pemalapan.

 Kawalan menggunakan fotosel dapat dilaksanakan dengan memuaskan sekiranya


kaedah pemalapan dan pencerahan dapat menggantikan sistem suis.
 Memerlukan kos awalan yang agak tinggi, dan akan menjadi murah dalam jangka masa
panjang berdasarkan kelebihan – kelebihan yang dimilikinya.
 Kawalan fotoelektrik dapat diterapkan sekali dengan sistem pelambat yang berupaya
mengambil kira penyesuaian mata agar proses penurunan aras pencahayaan menjadi
lebih lambat daripada proses pertambahannya.

Pengunaan pensuisan secara terpilih.

 Memerlukan barisan lampu elektrik yang dipasang selari dengan tingkap dan bertindak
bergilir – gilir untuk menyesuaikan aras pencahayaan dengan cahaya siang.
 Lebih murah dan berupaya seimbangkan aras pencahayaan antara kawasan
berhampiran tingkap yang banyak menerima cahaya semulajadi daripada kawasan yang
jauh dari tingkap dan kurang menerima cahaya matahari.
PERTIMBANGAN ASAS KAEDAH BERSEPADU PENCAHAYAAN

Hubungan Rekabentuk Pencahayaan Semulajadi dan Buatan


 mampu menyelesaikan kesukaran dalam rekabentuk pencahayaan yang asas, dan
tapak dapat digunakan secara optimum
 Mampu menghasilkan ruang berfungsi yang lebih luas berbanding keluasan kasar
bangunan
 berupaya menghasilkan bilik-bilik yang lebih dalam dan siling yang lebih rendah
 bentuk kawalan yang sesuai dan kajian ruang serta kesan penembusan cahaya
semulajadi perlu dilakukan sebelum rekabentuk keseluruhan pencahayaan diterapkan.

Kos Pencahayaan Bantuan


 penjimatan kos dapat dilakukan menerusi rekabentuk siling yang lebih rendah, bilik
yang lebih dalam dan ruang lantai yang lebih luas.
 perbandingan antara kos pemasangan dan penyelenggaraan pencahayaan bantuan
dengan penjimatan yang diperolehi adalah menguntungkan atau hampir seimbang.
 ‘running cost’ pencahayaan bantuan masih lebih menjimatkan berbanding dengan
sistem pencahayaan buatan konvensional dengan lampu-lampu elektrik terpasang
pada waktu siang sama ada diperlukan atau tidak
Tambahan Aras Pencahayaan

 dua fungsi utama tambahan cahaya buatan didalam ruang dalaman yang telah sedia
dicahayai oleh cahaya semulajadi / siang :

1 . Apabila aras pencahayaan berada di bawah aras yang sepatutnya untuk penglihatan
yang berkesan, maka bantuan cahaya buatan adalah diperlukan.

2 . Dalam keadaan tertentu, tambahan cahaya masih diperlukan dikawasan yang kurang
jelas walaupun aras pencahayaan secara fotometrik adalah mencukupi sebagaimana
yang dikehendaki oleh piawaian (CIBSE)
JENIS KAEDAH PENCAHAYAAN

Pencahayaan Dari Atas


 sesuai untuk pencahayaan kilang-kilang atau dewan sukan
 tujuan adalah untuk meninggikan aras cahaya yang tidak dapat dipenuhi oleh sumber
cahaya matahari
 lampu elektrik dipasang pada bumbung dan dinyalakan bila perlu
 rekabentuk bumbung : mata gergaji, ‘shed’ dan ‘monitor’ boleh diterapkan dengan
rekabentuk peneduhan yang sesuai bagi mencegah kemasukan haba matahari

Pencahayaan Dari Sisi


 sesuai untuk pencahayaan bangunan tinggi yang menggunakan tingkap sisi
 pencahayaan semulajadi memberikan aras cahaya siang yang tinggi dikawasan
berhampiran tingkap dan menurun semakin jauh dari tingkap.
 kriteria utama : pencapaian tahap ‘keseimbangan kecerahan’ untuk semua kawasan
didalam sebuah bilik
 ini dapat dicapai apabila aras pencahayaan bantuan berkadar terus dengan cahaya
siang yang diterima didalam sebuah ruang.
 rekabentuk pencahayaan ini melibatkan rekabentuk kedua-dua cahaya siang dan
bantuan serta penerapan sistem yang merangkumi anti silau dan alat peneduhan luaran.
 dapat dilakukan dengan adanya lampu kalimantang dan kefahaman terhadap
penyesuaian visual didalam rekabentuk pencahayaan ruang dalaman.
Contoh – contoh gambar pencahayaan dari atas
dan pencahayaan dari sisi.
PANDUAN PENTING REKABENTUK PENCAHAYAAN BERSEPADU

Perubahan Cahaya
 keamatan cahaya siang yang berubah-ubah sepanjang hari dan tahun akan
mempengaruhi aras pencahayaan siang didalam sesebuah ruang.
 cahaya yang dihasilkan oleh lampu elektrik adalah tetap
 apabila cahaya siang bertambah, kesannya kurang dirasai
 tetapi apabila cahaya siang berkurangan, terasa seolah-olah cahaya bantuan
bertambah terang.

Sumber Cahaya Semulajadi

 aras cahaya bantuan mestilah sekurangnya 300-900 lux atau lebih bagi mendapatkan
keseimbangan kecerahan khusus untuk kawasan tropika.
 keadaan ini hanya akan dapat dipenuhi dengan penggunaan lampu kalimantang.beserta
pemilihan warna lampu dapat dilakukan dengan berkesan iaitu warna yang paling padan
dengan warna cahaya semulajadi, kualiti cahayanya yang meliputi lorekan warna dan
penjodohan warna untuk kegunaan khusus juga dapat dibuat.
Taburan dan Aturan
 sistem ini seharusnya dapat membentuk keunitan dengan keseluruhan sistem
pencahayaan sesebuah bangunan dan seboleh-bolehnya jangan sampai kelihatan
ketidakasliannya.
 pencahayaan bumbung : sistem ini disepadukan dengan rekabentuk bumbung supaya
integrasinya dengan sistem bumbung dapat dicapai
 pencahayaan sisi : lampu gantung adalah tidak sesuai digunakan, penapis dan kekisi
yang bersesuaian perlu diterapkan bagi mengelakkan pandangan terus kearah lampu
pandangan biasa.

Contoh Rekabentuk
i. Sistem Pencahayaan Sisi

 Fungsi utama tingkap adalah membenarkan cahaya semulajadi masuk di


samping memberikan pandangan keluar.
 Peraka bentuk harus menimbangkan keadaan yang mungkin berlaku apabila bekalan
elektrik terputus dan tiada punca pencahayaan semulajadi diperuntukkan.
 Rekabentuk berteraskan iklim untuk kawasan tropika menggariskan saiz tingkap yang
sesuai untuk pengudaraan rentas dan cahaya semulajadi disekitar 40% daripada
keluasan dinding.
 kriteria ini adalah penting khususnya sekiranya pantulan dalaman dari dinding, lantai
dan siling diambil kira kerana ia akan dapat memberikan peningkatan kualiti
pencahayaan.
 Penentu kedua dari segi saiz tingkap untuk ruang yang memerlukan bantuan
kekal adalah berdasarkan hal-hal bukan visual khususnya pengurangan tambahan
haba matahari dan silau.

Rajah menunjukkan bagaimana sistem pencahayaan sisi


dan kedudukan cahaya bantuan yang diperlukan untuk sesebuah ruang.

 Anggaran pencahayaan bantuan dapat dikira secara kasar menerusi formula berikut:

E = DF x L

iaitu: E = aras pencahayaan bantuan yang diperlukan (lux)


DF = Mean faktor cahaya siang di kawasan yang perlukan bantuan (%)
L= Purata atau andaian luminans langit yang terlihat dari kawasan yang
perlukan bantuan (cd/msq. )
 Kaedah:

Tentukan jenis tingkap (fenestrasi),taburan jumlah pencahayaan dan dapatkan


komponen terus serta pantulan untuk cahaya semulajadi. Maklumat tentang taburan
perlu bagi menentukan kawasan mana cahaya bantuan diperlukan. Tentukan juga
purata faktur cahaya siang (DF).

Secara praktikal, kawasan yang mempunyai DF kurang daripada 2% atau kurang


daripada 0.1% daripada DF pada permukaan tingkap perlu dilengkapi dengan bantuan
cahaya lampu elektrik.

Sebagai contoh, sekiranya permukaan kerja ialah 0.2 H, dan H adalah tinggi kepala
tingkap dari lantai, purata DF bilik ialah 1.5%. Purata DF kawasan yang perlu dibantu
ialah 1.0%, pencahayaan bantuan yang diperlukan biasanya ialah di sekitar 500 lux.

i. Sistem XYZ

 Satu lagi sistem bersepadu untuk pencahayaan sisi adalah seperti dalam rajah
Rajah : Sistem XYZ

 Deretan lampu-lampu dipasangkan berdasarkan prinsip penyalaan terkawal.


 Pada waktu siang deretan Y dan Z dinyalakan untuk memenuhi keperluan kawasan
yang jauh dari tingkap dan cahaya siang kurang mencukupi.
 Pada waktu malam pula, deretan Z dipadamkan, X dan Y pula dinyalakan. X dan Y
memberikan pencahayaan yang seragam di seluruh bilik apabila keadaan telah menjadi
gelap.
 Suis-suis diletakkan dalam dua kedudukan iaitu untuk waktu siang dan malam.
 Perubahan nyalaan seboleh-bolehnya dilakukan pada waktu pertukaran pekerja
atau pada waktu rehat.
PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, sistem pencahayaan yang mengambil kira


cahaya semulajadi daripada matahari dan bantuan oleh lampu elektrik adalah perlu
diterapkan dalam reka bentuk bangunan-bangunan di negara kita. Pergantungan 100%
terhadap cahaya buatan daripada lampu elektrik merupakan satu pembaziran dan
bercanggah dengan sunnah alam. Contoh-contah mudah yang dikemukakan
menjelaskan bahawa penerapan sistem bersepadu adalah tidak begitu sukar.
Kefahaman terhadap sistem bersepadu menerusi kaedah terus dan tidak terus oleh
arkitek dan jurutera adalah perlu sebagai titik tolak pada penghayatan "seni bina hijau"
dan "reka bentuk berteraskan iklim".
RUJUKAN

1. Modul sains persekitaran

2. http://www.hbp.usm.my/ventilation/penjimatan2.htm

3. Pritchard, D.C. Lighting, Longman Scientific & Technical, 5th.Ed., 1995.

4. Hopkinson,R.G. et.al. Daylighting, Heinemann, 1963.

5. Hopkinson,R.G. & Kay,J.D. The Lighting of Building, Faber and Faber, 1972.

6. CIBSE Publications. Codes for Interior Lighting, 1994.

7. Hutcheon, N.B. Building Science for a Cold Climate, John Wiley & Sons, 1983.

8. McMullan,R. Environmental Science in Building, The Macmillan Press Ltd., 3rd.Ed., 1993.

9. Evans,M. Housing Climate and Comfort, The Architectural Press Ltd., 1980.

10. Warta Kerajaan Malaysia. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

You might also like