You are on page 1of 16

DTE 3553

PLC
BAB 7: CONTOH APLIKASI PLC
7.1 : PENGENALAN
 Unit ini akan mendedahkan anda kepada contoh-contoh penulisan
aturcara PLC dalam aplikasi sistem kawalan automasi .

 Oleh yang demikian , kefahaman arahan dan format aturcara PLC


seperti rajah tangga , kod mnemonik dan carta fungsi turutan yang
telah dibincangkan dalam unit 4 diperlukan untuk membantu anda
mengkaji dan menganalisa contoh-contoh aturcara yang diberikan.
7.2 : KAWALAN MOTOR PENGHANTAR
 Rajah 7.1 menunjukkan PLC digunakan untuk memula dan mematikan
motor yang digunakan pada talisawat penghantar.

 Bahagian ini membolehkan sebarang objek seperti plet besi digerakkan


daripada satu bahagian ke bahagian yang lain.

 Penderia jenis suis penghad ( Sensor - proximity switch ) yang dipasang


pada setiap segmen talisawat penghantar diperlukan untuk mengesan
kehadiran plet yang digerakkan oleh penghantar.

 Motor penghantar akan berfungsi selagi plet berada di dalam julat penderia
yang telah ditetapkan.

 Motor pada talisawat akan berhenti sekiranya plet bergerak melebihi julat
yang ditetapkan atau pemasa akan diaktifkan bila masa yang ditetapkan
tamat
Masukan Peranti   Keluaran Peranti

00000 Sensor 1 ( S1 )   10000 Motor 1 ( M1 )

00001 Sensor 2 ( S2 )   10001 Motor 2 ( M2 )

00002 Sensor 3 ( S3 )   10002 Motor 3 ( M3 )

Jadual Umpukan

Rajah 7.1 : Kawalan Motor Berpenghantar


Kendalian Kawalan Motor Berpenghantar:

 Motor 2 akan ON apabila sensor 3 mengesan kehadiran objek.

 Motor 2 akan OFF apabila Motor 1 di ON dan objek berada diluar

julat pengesan sensor 2.

 Motor 1 akan ON apabila sensor 2 mengesan kehadiran objek.

 Motor 1 akan OFF apabila objek berada diluar julat pengesan sensor

1.
 
7.3 : PEMILIHAN BAHAN
 Rajah 7.2 menunjukkan sistem kawalan pemilihan bahan.

 Aplikasi ini bertujuan untuk mengesan kehadiran sekelompok produk


yang rosak dari kumpulannya yang dibawa oleh penghantar.

Rajah 7.2 : Sistem Kawalan Pemilihan Bahan


 Penderia Photoelectric 1 ( PH1 – 00002 ) berfungsi sebagai data
masukan pada shift register. Apabila objek yang rosak dikesan
oleh pengesan, isyarat keluaran pada sensor akan di “ON”kan.

 Penderia Photoelectric 2 ( PH2 - 00003 ) digunakan sebagai


penjana masa yang berfungsi sebagai masa masukan pada shift
register.

 Satu denyut akan dijanakan setiap masa pada jarak yang


ditetapkan pada awalnya.

 Semasa produk yang rosak dikesan oleh PH1, ia dikesan oleh


shift register sehingga produk tersebut tiba pada posisi yang
ditetapkan pada penghantar yang akan dipicukan oleh injap
magnetik ( MV – 10000 ).
7.4 : KAWALAN PAKEJ
 Merujuk kepada rajah 7.3 dan jadual 7.3 , kotak yang berada di
atas penghantar akan bergerak apabila PB1 ditekan.

 Motor penghantar kotak akan berhenti dan motor penghantar


epal mula bergerak apabila kotak tersebut di kesan.

 Penderia bahagian akan mengira sehingga 10 biji epal.

 Selepas itu motor penghantar epal akan berhenti dan motor


penghantar kotak akan bergerak semula.

 Pembilang akan di set dan operasi akan berulang semula


sehingga PB2 ditekan.
Rajah 7.3 : Kawalan Pembungkusan
Jadual 7.3 : Jadual Umpukan

Masukan Peranti

00000 Suis Punat Tekan Mula ( PB1 )

00001 Suis Punat Tekan Henti ( PB2 )

00002 Penderia Bahagian ( SE1 )

00003 Penderia Kotak ( SE2 )

Keluaran Peranti

10000 Penghantar Epal

10001 Penghantar Kotak


7.5 : KAWALAN LAMPU TRAFIK

Rajah 7.4 menunjukkan kawalan lampu trafik yang dipasang di


sebatang jalanraya yang sedang diperbaiki.

Sepasang lampu trafik dipasang bertentangan arah di kedua-dua


laluan jalanraya untuk mengawal kesesakan lalulintas.

Lampu tersebut akan berkendali secara berselang-seli. Apabila


lampu trafik L1 berwarna hijau, lampu trafik L2 akan memaparkan
warna merah dan keadaan sebaliknya akan berulang.

Penukaran nyalaan setiap lampu dikawal oleh pemasa selama 30


saat.
Rajah 7.4 : Kawalan Lampu Trafik
7.6 : PENGISIAN DAN PENGELUARAN

Rajah 7.5 : Pengisian dan Pengeluaran


 
Rajah 7.5 menunjukkan operasi pengawalan paras cecair
dalam sebuah tangki.
Dalam proses ini, dua sensor (TLB1 dan TLB2) digunakan
untuk mengesan paras cecair yang dimasukkan ke dalam
tangki.
Injap MVI berfungsi sebagai pengawal kepada masukan
cecair melalui saluran paip dan injap MV2 pula mengawal
keluaran cecair.

Kendaliannya:
 
1. Apabila punat tekan mula (PB1) ditekan, injap MV1 akan
terbuka dan cecair akan dialirkan ke dalam tangki. Di
waktu yang sama, motor pengisar mula berfungsi.
2. Apabila cecair melepasi TLB2 dan mencecah ke TLB1, injap MV1
akan tutup dan motor pengisar mula berhenti.

3. Apabila PB1 ditekan semula, injap MV2 akan terbuka dan cecair
mula dialirkan keluar daripada tangki. MV2 akan tertutup apabila
paras cecair berada di bawah paras TLB2. 

4. Setelah proses berulang sebanyak empat kali, lampu pertunjuk


paras (PL) akan terpadam. Proses pengisian dan pengeluaran
cecair pada tangki akan dihentikan walaupun PB1 ditekan.
 
Jadual 7.5 : Jadual Umpukan

Masukan Keluaran

00000 – Punat Tekan Mula (PB1) 10000 – Injap Bekalan Air (MV1)

00001 – Punat Tekan Henti (PB2) 10001 – Injap Keluaran Air (MV2)

00005 – Suis Paras Atas (TLB1) 10002 – Motor Pengisar (M)

00006 – Suis Paras Bawah (TLB2) 10004 – Penunjuk Paras

  10005 - Buzzer

You might also like