You are on page 1of 20

DTE3553

PLC

BAB 8 : PEMILIHAN DAN PENYELENGGARAAN PLC


8.1 : KAPASITI INPUT DAN OUTPUT
• PLC mempunyai berbagai nilai kapasiti Input dan
Output.

• Kapasiti bermaksud bilangan terminal


sambungan yang terdapat pada Unit Input dan
Unit Output.

• Pengguna perlu memilih nilai kapasiti Input dan


Output bersesuaian dengan kerja yang akan di
lakukan oleh PLC supaya terminal sambungan
Input dan Output mencukupi.
Jadual 1: Nilai Kapasiti Input dan Output

UNIT INPUT
JENIS NO. MODEL KAPASITI
  CQM1-ID211 8 points
DC Input CQM1-ID212 16 points
CQM1-ID213 32 points
AC Input CQM1- IA121 8 points
  CQM1-IA221 8 points
UNIT OUTPUT
JENIS NO.MODEL KAPASITI
Relay Output CQM1-OC211 8 points
Units CQM1-OC222 16 points
Transistor CQM1-OD211 8 points
Output Units CQM1-OD212 16 points
CQM1-OD213 32 points
CQM1-OD214 16 points
CQM1-OD215 8 points
AC Output CQM1-OD221 8 points
Unit
8.2 : JENIS INPUT DAN OUTPUT
• PLC juga mempunyai berbagai jenis Input dan Output.

• Sebelum menggunakan PLC untuk mengawal sesuatu


kerja, perlulah memastikan jenis bekalan yang akan di
sambungkan kepada Unit Input samada AC ataupun
DC.

• Tidak di benarkan untuk menyambung bekalan AC


kepada unit Input DC dan sebaliknya .

• Manakala untuk mengawal peranti keluaran pada


penyuisan biasa, perlu menggunakan Output jenis
RELAY.
• Untuk penyuisan yang cepat maka anda perlu
menggunakan Output jenis TRANSISTOR.

• Manakala untuk penyuisan pada voltan tinggi maka


Output jenis AC di perlukan.

• Jenis-jenis Input dan Output yang telah diterangkan di


atas adalah seperti yang terdapat pada Jadual 1.
8.3 : SAIZ INGATAN
• Saiz ingatan sesuatu PLC adalah merujuk kepada
keupayaan ruang menyimpan aturcara di dalam sistem
ingatan PLC.
• Jadual 2 menunjukkan beberapa saiz ingatan mengikut
jenis CPUnya.
No. Model Saiz Ingatan
CQM1-CPU11-E 3.2 K-word Program Memory
1K-word Data Memory
CQM1-CPU21-E

CQM1-CPU41-E  
7.2 K-word Program Memory
CQM1-CPU42-E 6K-word Data Memory
CQM1-CPU43-E

CQM1-CPU44-E
Jadual 2 : Spesifikasi Unit CPU
8.4 : JENIS BAHASA PENGATURCARAAN
• Setiap PLC mempunyai bahasa pengaturcaraannya
sendiri.

• Oleh itu, perlulah berhati-hati sebelum membangunkan


sesuatu aturcara PLC.

• Jenis-jenis bahasa pengaturcaraan telah dipelajari


dalam BAB 4.

• Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang


sangat popular digunakan masa kini.
8.5 : PERKEMBANGAN SISTEM MASA DEPAN
• Sistem kawalan di industri masa kini sedang mengalami
perubahan dari kawalan tradisional kepada kawalan
automasi di mana PLC merupakan agen utama sistem
pengautomasian ini.

• Perlu peka kepada fenomena ini kerana buat masa kini


banyak industri telah melaksanakan sistem kawalan
berteraskan pengautomasian seperti Flexible
Manufacturing System ( FMS ) dan Computer Intergrated
Manufacturing ( CIM ).

• Pemilihan penggunaan PLC juga perlu melihat kepada


keperluan masa depan industri supaya penggunaan PLC
tidak merugikan industri berkenaan.
8.6 : SOKONGAN DAN BACKUP
• Sistem kawalan automasi diindustri memerlukan
unit sokongan dan backup bagi menjalankan sistem
kawalan yang sedia ada jika berlaku kerosakan .

• Disinilah peranan PLC sebagai unit sokongan dan


backup kerana sambungannya yang mudah dan
cepat .

• Kelewatan menggantikan sistem kawalan yang


menghadapi kerosakan akan menyebabkan industri
mengalami kerugian.
8.7 : KEROSAKAN PERALATAN DAN OUTPUT
(SENSOR DAN ACTUATOR)
• Daripada kajian yang telah di buat di dapati 60% - 80%
kerosakan dalam sistem kawalan automasi kebiasaannya
berlaku disebabkan oleh peralatan Input dan Output.
Kemungkinan kerosakan ini adalah di sebabkan oleh
perkara berikut :

• Sensor pada silinder berubah daripada kedudukan


asal.
• Sensor terbakar di sebabkan oleh lebihan arus.
• Sesentuh dalaman sensor terputus.
• Gelung motor atau injap solenoid terbakar di
sebabkan oleh lebihan arus.
8.8 : KEROSAKAN PENDAWAIAN
• Kerosakan pendawaian yang berlaku di dalam
sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan
oleh perkara-parkara berikut :

• Pengalir di dalam kabel terputus.


• Kelonggaran pada skru-skru peralatan,
terminal Input dan Output.
• Pengalir mengalami proses pengoksidan.
8.9 : KEROSAKAN SAMBUNGAN KOMUNIKASI
• Kerosakan sambungan komunikasi yang berlaku di dalam
sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-
parkara berikut :

• Pengalir di dalam kabel komunikasi terputus.


• Pin penyambungan pada terminal bengkok atau patah.
• Sambungan pin longgar.
• Berlaku gangguan ( interference ) di dalam sambungan
kabel komunikasi yang di sebabkan oleh motor,
gelung , voltan tinggi , pematrian yang tidak kemas dan
sebagainya.
• Berlaku litar pintas sesama pengalir di dalam kabel
komunikasi.
8.10 : GANGGUAN BEKALAN KUASA

• Gangguan bekalan kuasa berlaku di dalam sistem


kawalan automasi apabila voltan bekalan susut di
bawah 85% daripada nilai kadaran.

• Keadaan ini akan menyebabkan PLC berhenti serta


merta.
8.11 : KEROSAKAN DALAMAN PLC
• Kerosakan dalaman PLC kemungkinan di sebabkan oleh
perkara-parkara berikut :

• Geganti atau Transistor pada Unit / Module Output di


dalam PLC terbakar.

• Optocoupler pada Unit / module Input tidak berfungsi.

• Fius terbakar.

• Bateri simpanan lemah.

• Komponen mikro elektronik ( Mikropemproses, RAM,


ROM terbakar.
8.12 : PERTIMBANGAN TERHADAP
PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN
• Untuk mengurangkan masalah kerosakan pada sistem
kawalan automasi, pemasangan dan pendawaian PLC perlu
memberi pertimbangan yang serius terhadap perkara-
perkara berikut :

1. Elakkan pemasangan PLC di tempat yang mempunyai ciri-


ciri seperti di bawah.
 Terdedah terus kepada cahaya matahari.
Suhu ambien melebihi julat 0C hingga 55C.
Kelembapan relatif melebihi julat 10% hingga 90% RH.
Pemeluapan berlaku di sebabkan perubahan suhu yang
berlaku secara tiba-tiba.
 Mengandungi gas –gas mudah terbakar dan beracun.
 Mengandungi air, minyak, habuk bahan kimia.
Mudah berlaku gegaran.

2. Memasang PLC di dalam panel / kabinet yang


mempunyai ciri-ciri berikut : 
Ruang yang cukup untuk peredaran udara.
Kipas pendingin .
Alat yang menghasilkan haba terletak di bawah PLC.
Tiada mengandungi peralatan voltan tinggi.
Talian kuasa terletak lebih kurang 200 mm daripada
PLC.
4. Mengikut panduan pendawaian dibawah:

Gunakan kabel sependek mungkin.

Guna talian tunggal di antara peralatan dan jangan menyambung


kabel untuk menjadikannya panjang. Hindarkan daripada
membuat lengkongan yang tajam pada kabel.

Jauhkan ruang sistem dan pendawaian kawalan daripada


pendawaian tenaga tinggi.

Asingkan pendawaian masukan, pendawaian keluaran dan jenis


pendawaian lain.

Asingkan pendawaian AU dan AT.

Wujudkan pembumian yang baik untuk semua komponen.


8.13 : TEKNIK MENGATASI MASALAH
GROUNDING
• PLC mengandungi banyak komponen aktif ( Transistor, Cip
Litar Terkamil ), yang mana ianya akan terbakar jika voltan
terjah ( surge voltage ) terjadi yang terhasil dari kilat .

• Oleh itu adalah perlu untuk mengatasi masalah ini dengan


menggunakan garis panduan seperti di bawah :

Pastikan terminal perlindungan bumi dan fungsian bumi pada


PLC di bumikan dengan nilai 100  maksimum.
Pastikan kabel yang di gunakan untuk pembumian sekurang-
kurangnya 2 mm­2­ .
Tapak pembumian dan kabel hijau mestilah di tamatkan pada
kabel lug. Kabel lug ini mesti di ketatkan dan di pateri.
Salutan dan hakisan cat mesti dibuang pada kawasan
penyambungan pembumian.
8.14 : KAEDAH PENYELENGGARAAN
PENCEGAHAN(PREVENTIVE MAINTENANCE) )
Sungguhpun PLC di rekabentuk pada tahap kebolehpercayaan
yang tinggi namun ianya masih boleh menghadapi masalah
kerosakan.

Bagi mengelakkan masalah ini maka penyelenggaraan


pencegahan adalah di perlukan . Langkah-langkah
penyelenggaraan pencegahan boleh di buat seperti berikut: 

Membuat pemeriksaan berkala terhadap keketatan skru


(Screw Tightness ) pada terminal Input dan Output.

Memastikan semua komponen bebas dari habuk. Sistem


penyejukan pada PLC tidak boleh di laksanakan jika terdapat
habuk pada lapisannya.
Hakisan kemungkinan berlaku pada sesetengah keadaan.
Lakukan pemeriksaaan berkala terhadap hakisan yang
mungkin ada pada terminal sambungan. Papan Litar
Bercetak dan penyambung kemungkinan terhakis secara
dalaman.

 Simpan dan jaga peralatan simpanan ( spare parts )dengan


baik untuk di gunakan pada masa berlakunya kerosakan
pada komponen berkenaan. Pengguna akan mengalami
kerugian jika peralatan simpanan tiada kerana mereka perlu
menunggu dalam jangka masa lama untuk mendapatkan
alat ganti.

Simpan dokumentasi operasi program dan litar


pendawaian dengan kemas. Anda mungkin memerlukannya
jika berlaku keadaan kecemasan.

You might also like