You are on page 1of 13

POSTER

NOOR AZNIZA BT AZHARI


PENGENALAN
• Poster ialah alat komunikasi yang sangat berkesan bagi memberi
maklumat kepada orang ramai.
• Poster adalah reka bentuk grafik yang memerlukan penghasilan kerja
yang teliti.
• Perkara yang penting dalam proses reka bentuk poster ialah
memahami tipografi, memilih ilustrasi dan imej, penggunaan unsur
seni reka dan prinsip rekaan.
CIRI-CIRI POSTER
• Reka bentuk yang boleh memberi cabaran kepada audiens
• Mesej yang efektif lagi mudah
• Menarik perhatian audiens
• Mesej yang ringkas, padat dan mudah difahami
ELEMEN-ELEMEN POSTER
• TIPOGRAFI
• pemilihan sesuatu imej yang menarik dalam visual memberi kesan yang menarik kepada poster,
namun demikian poster tidak akan lengkap tanpa tipografi yang memberi penerangan atau
maklumat.
• IMEJ
• imej ialah bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej yang penting. Imej akan
disampaikan melalui ilustrasi, catan, lukisan, lakaran, foto dan sebagainya.
• WARNA
• warna memberi kesan yang mendalam kepada pemerhati. Melalui warna dapat memberi kesan
mod kepada poster. Misalnya poster pesta akan diwarnai dengan warna-warni meriah,
sementara poster amaran seperti “Jauhi Dadah” akan diwarnai dengan warna-warna muram
atau gelap. Dalam rekaan grafik warna boleh digunakan dalam empat fungsi dasar iaitu:
-menarik perhatian
-menetapkan perhatian
-menyampaikan maklumat
TEKNIK MENGHASILKAN POSTER
• Teknik lukisan
• teknik mudah yang merujuk poster tidak berwarna. Alat dan bahan yang
digunakan ialah pensel atau dakwat hitam. Poster mudah memerlukan
kemahiran ton warna gelap dan terang untuk menonjolkan subjek poster.
• Teknik Catan
• Teknik catan lebih kepada penggunaan bahan berasaskan cecair atau
bahan basah seperti cat air, cat poster dan cat minyak.
• Teknik kolaj
• Teknik ini menjurus pada kaedah tampalan potongan bahan cetakan
seperti majalah, akhbar, dan bahan kutipan atau terbuang.
• Teknik komputer
• Teknik komputer merujuk penggunaan komputer dan perisian yang
sesuai untuk penghasilan poster.
• Teknik campuran
• Teknik campuran ialah gabungan penggunaan sebahagian atau
kesemua teknik di atas.
JENIS POSTER
• Dekoratif
• Kreatif, abstrak dan artistik
• Perkhidmatan awam
• Hiburan
• Kegiatan
• Pameran, pertandingan dan ekspo
• Sukan
• Iklan dan promosi
• Media dan teknik pencetakan
POSTER
DEKORATIF
POSTER PERKHIDMATAN AWAM
POSTER HIBURAN
POSTER KEGIATAN
POSTER SUKAN
POSTER IKLAN /
NIAGA

You might also like